Khamis, 4 Ogos 2011

AKUI LAH ALLAH MAMPU MELINDUNGI KITA DARI SEGALA MUSUH TERMASUK SYAITAN...JANGAN KITA JADI SEBAHAGIAN TENTERA SYAITAN DAH LAH...

S'gor kesal insiden serbuan, minta JAIS sedia laporan
Ogos 4, 11 5:34pm

Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

NONEMenteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," katanya.

Menteri besar menegaskan bahawa kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan tolenrasi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekaligus menyatupadukan rakyat.

JAIS dilaporkan malam tadi menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

azlanPuluhan anggota JAIS dan polis didakwa memasuki bangunan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada sekitar jam 10 malam dan mula menyoal hadirin berbilang kaum pada majlis itu.

Daniel dilaporkan berkata majlis makan malam itu diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

"Mereka masuk ke dewan di mana majlis sedang diadakan dan merakamkan video dan gambar,” kata Ho dalam satu kenyataan.

"Bila ditanya penganjur mengapa mereka berada di sana, (pegawai) Jais berkata mereka menerima aduan, tetapi dia gagal memberi sesalinan (aduan) apabila diminta berbuat demikian,” katanya.

Ho berkata anggota Jais turut mencatatkan butiran tetamu beragama Islam yang hadir sebelum meninggalkan bangunan itu dengan polis.


Undi pos: Lagi bekas tentera dakwa subahat
Jimadie Shah Othman
Ogos 4, 11
1:27pm

Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

NONENasir Mohamad (kiri) yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Menurut Nasir lagi, oleh kerana dia "mungkin BN" pada masa, maka undi diberikan kepada parti pemerintah itu.

"Saya ambil hak orang lain yang sepatutnya undi kertas itu. Tetapi saya sebagai tentera kena yes men (jadi penurut)," katanya lagi yang tamat perkhidmatan dengan tentera pada tahun 1998.

Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh pembangkang.

'Bukan jumpa kerani Datuk Wan'

Hadir sama dalam majlis pendedahan "penipuan" sistem pilihan raya itu antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Mohd Sany Hamzan dan Pengerusi Sekretariat Mobilisasi dan Pemulihan Demokrasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Sementara itu, Nasir ketika ditanya kenapa beliau tampil membuat penjelasan selepas hampir lebih 20 tahun, beliau mengakui "takut" sebelum ini.

NONE"Tetapi apabila saya lihat tidak lagi terikat dengan sebarang perintah tentera, sebab itu sekarang saya berani," katanya sambil memberitahu rasa terpanggil bertanggungjawab terhadap sistem demokrasi negara ini.

Nasir bagaimanapun buat masa itu tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memanjangkan kes yang disimpannya selama 25 tahun itu kepada pihak SPR.

"(Ia) bergantung kepada keadaan," kata Nasir lagi yang kini bergiat bersama PAS.

Sementara itu, Suhaizan pula berkata, ketika pihaknya mengetengahkan dakwaan Abu menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang dua tahun lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berjanji perkara itu tidak akan berulang.

"Tetapi kalau sistemnya sama, ia masih boleh boleh berlaku. Saya cakap ini dengan Tan Sri Aziz, saya jumpa dengan dia.

"Saya bukan jumpa kerani (timbalan SPR) Datuk Wan Ahmad (Wan Omar), saya jumpa bos Datuk Wan Ahmad," kata Suhaizan dengan nada menyindir.

Terlalu teknikal

Dalam forum pasca 9 Julai yang menyaksikan Wan Ahmad dan Pengerusi BERSIH S Ambiga sebelum ini, Wan Ahmad pernah menolak soalan teknikal daripada peserta dengan menyifatkan ia sebagai "soalan kerani".

Sementara itu, dalam pembentangan lebih dua jam kepada media hari ini, Suhaizan membentangkan pelbagai data dakwaan "penipuan" yang dikumpulkannya dalam pilihan raya Bagan Pinang dan Sibu sebelum ini.

NONEBanyak disentuh berhubung undi pos yang "terlalu teknikal" yang didakwa terdedah kepada banyak ruang manipulasi, antaranya penjualan kertas undi di pasaran gelap dan kuasa terhadap petugas SPR dan pemantau di kem tentera.

Dalam masa yang sama, beliau menimbulkan persoalan sama ada SPR benar-benar berhasrat memperkenalkan pengundian awal bagi menggantikan undi pos kerana sehingga sekarang belum ada sebarang pindaan dibuat.

"Kalau pilihan raya bulan 11 ini adakah dia boleh buat? Nak buat (pindaan) kena bawa Dewan Rakyat, Dewan Negara lagi. Jadi pilihan raya akan datang pakai sistem apa?" soalnya.

Sehubungan itu, Suhaizan mencadangkan, undi pos hanya mestilah melibatkan pihak yang mempunyai tugas-tugas kritikal sahaja, contohnya tentera di perbatasan.

"Isterinya tak perlulah terlibat, dia (isteri tentera) kerja lain pun. Kalau undi awal pula, buat luar kem, kerana dalam kem kawalan lebih sukar," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

Cuepacs minta bonus dua bulan gaji
Ogos 4, 11 7:05pm

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

cuepacs omar osman 181007Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

azlanSementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.

- Bernama

Kes Sosilawati: Saksi nampak empat lelaki buang barang
Ogos 4, 11 7:22pm

Seorang saksi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia nampak empat orang lelaki membuang barang di beberapa lokasi di Banting pada September tahun lalu.

U Suresh, 27, berkata, dia melihat perbuatan itu semasa lori yang dipandunya mengekori sebuah pacuan empat roda berwarna biru yang dinaiki oleh empat orang lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia pada pagi 4 September tahun lalu.

Sebelum itu, saksi ke-29 pendakwaan tersebut berkata, seorang lelaki telah menahan lori yang dipandunya di simpang masuk menghala ke tempat kerjanya, iaitu sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, dan bertanyakan sama ada boleh menyewa lorinya.

Suresh, yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan tersebut, berkata lelaki terbabit memberitahu bahawa lori itu diperlukan untuk membuang barang sembahyang dan bersedia membayar upah sebanyak RM250.

"Selepas bersetuju untuk menyewakan lori, ada seorang lelaki Indonesia turun dari jip (pacuan empat roda) itu dan naik lori saya serta duduk di bahagian tempat duduk sebelah pemandu. Lelaki Indonesia itu suruh saya mengekori jip itu.

"Jip itu kemudian bergerak dan berhenti di sebuah sungai yang saya tidak tahu nama. Pemandu jip tidak turun dari jip, saya nampak dua lelaki lagi turun dari jip dan buang satu karung (sack) warna putih ke dalam alur (drain).

"Lepas buang mereka naik semula ke dalam jip dan sambung perjalanan," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathmanabhan pada perbicaraan hari ke-17.

Suresh memberi keterangan pada perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20; R Matan, 21; dan R Khatavarayan, 31; yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Suresh berkata pacuan empat roda itu seterusnya berhenti di sebuah jambatan kecil kira-kira empat hingga enam kilometer dari lokasi pertama kenderaan itu berhenti.

"Di sana dia nampak seorang lelaki dari pacuan empat roda itu membuang barang ke dalam sungai.
"Selepas itu saya masih ikut jip dan bila sampai di satu kawasan hutan berhampiran Jalan Kelanang dan jip itu berhenti, saya nampak sebuah kereta warna hitam berada dalam jarak kira-kira 20 meter dari lori saya. Saya tidak nampak siapa dan berapa orang dalam kereta hitam kerana cerminnya "tinted".

"Selepas itu saya turun dan buka bahagian belakang lori sebelum naik semula (ke dalam lori). Kemudian saya nampak lelaki Indonesia dan seorang lelaki isi barang dalam lori saya kira-kira 10 minit. Selepas loading barang kereta hitam bergerak di hadapan kemudian diikuti jip dan lori saya," katanya.

Saksi itu berkata kira-kira lima hingga 10 minit kemudian ketiga-tiga kenderaan berhenti di tepi sebuah sungai di mana dia melihat lelaki Indonesia serta dua lelaki dari pacuan empat roda itu mengeluarkan barang dari lorinya dan membuangnya ke dalam sungai.

Suresh berkata ketika itu, dia yang masih berada di tempat duduk pemandu turut mendengar seperti bunyi zink dipijak.

"Saya kemudian nampak pemandu jip minta bayaran dari kereta hitam dan driver kereta hitam ada buka cermin kereta tetapi saya tidak nampak siapa. Pemandu jip beri saya wang RM300 dan bila saya beritahu bayarannya hanya RM250 lelaki itu cakap tidak apa, saya simpan baki duit," katanya.

Manjeet: "Selepas itu adakah awak terus ke Puchong?"
Suresh: "Tidak saya ada berhenti di satu tempat. Lelaki Indonesia itu cakap dia nak turun di Subang Jaya dan dia beritahu itu dalam perjalanan jadi bolehlah turunkan dia (di Subang Jaya)."

Suresh berkata apabila tiba di sebuah kawasan kilang dan flat di Subang Jaya, lelaki Indonesia itu memberitahu dia ingin berjumpa seseorang.

Kira-kira 10 minit kemudian saksi itu nampak lelaki Indonesia terbabit membuang sebuah kotak rokok ke dalam sebatang alur semasa sedang berjalan ke arah lorinya.

"Sebelum lelaki Indonesia beredar dari situ, dia ada beri dua buah telefon bimbit kepada saya dan saya tolak tetapi lelaki Indonesia itu mendesak saya mengambilnya," katanya.

"Bila balik semula ke ladang, saya beritahu majikan saya Ravi," kata beliau.

Manjeet: "Ravi ambil ke telefon bimbit itu?"
Suresh: "Ravi marah saya sebab barang-barang yang dibuang ialah barang sembahyang...dia suruh saya buangnya."

Saksi itu berkata dia kemudian membuang kedua-dua telefon bimbit tersebut ke dalam sebuah alur kecil berhampiran sungai di Pasar Besar Banting.

Kepada soalan lain, Suresh berkata dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan atau melakukan pembunuhan pada malam 30 Ogos 2010 (tarikh kejadian) dan dia juga tidak mengenali Pathmanabhan sehinggalah dia ditangkap polis pada 9 Sept 2010.

Saksi itu juga mendakwa dia telah dipukul oleh pegawai polis bernama Govindan dan anggota-anggota polis lain serta diacukan pistol di kepala bagi mengaitkan (implicate) Pathmanabhan dengan kes pembunuhan tersebut.

Terdahulu, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk membenarkan rakaman percakapan Suresh digunakan dalam prosiding bagi mencabar kebolehpercayaan (impeach) keterangannya di mahkamah.

Akhtar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa percakapan saksi itu yang dirakam oleh pihak polis memenuhi keperluan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Beliau bagaimanapun tidak menerima rakaman percakapan Suresh dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Ini kerana, katanya, Suresh merupakan saksi dalam kes pembunuhan itu dan bukan orang yang dituduh.

Akhtar kemudiannya meneruskan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi itu dengan meminta Suresh menjelaskan 22 percanggahan dalam keterangannya.

Setelah mendengar penjelasan Suresh, Akhtar berkata beliau akan memutuskan sama ada untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu di akhir kes pendakwaan kelak.

Perbicaraan bersambung esok.

- Bernama

Video seks: Azizah tetap yakin Anwar tak terlibat
Salhan K Ahmad
Ogos 4, 11
12:17pm

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam skandal seks walaupun serangan demi serangan melibatkan dakwaan seperti itu dilancarkan ke atas ketua umum parti itu.

Katanya, beliau tetap berpegang kepada keyakinannya itu walaupun timbul dakwaan terbaru dalam bentuk video – didakwa menunjukkan perlakuan Anwar dengan seorang wanita yang didakwa sebagai pekerja seks.

NONEIbu kepada enam orang anak itu berkata, beliau telah melihat rakaman video berkenaan namun beliau tetap yakin bahawa Anwar tidak melakukannya.

“Apabila saya melihatnya, (saya berkata kepada diri saya sendiri) mustahil bahawa dia boleh berbuat begini.

"Dia tidak bodoh, tidak selepas dipenjara, tidak selepas melihat bagaimana kami menderita, dan dengan anak-anak sedang membesar," kata Wan Azizah dengan tenang.

Namun, beliau tetap menaruh kebimbangan sekiranya masyarakat umum akan mempercayai video berkenaan yang mula didedahkan pada 21 Mac lalu oleh beberapa orang individu ternama.

Dosa besar percaya fitnah

"Saya takut jika ia kelihatan tulen, orang akan percaya. Penipuan boleh dipercayai. Bagi saya itu satu tragedi.

NONE“Bagi kita orang Islam, percaya kepada fitnah ialah satu dosa besar. Bukan saja anda akan dihukum tapi juga anak anda dan generasi selepas itu," kata Wan Azizah lagi dalam temubual yang dijalankan di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mengetahui mengenai tayangan video seks yang dijalankan oleh trio 'Datuk T' di hotel berprestij berkenaan.

Wartawan yang dijemput ke majlis tayangan penuh rahsia itu diperiksa dengan rapi seolah-olah dalam satu filem Mission Impossible, kata Wan Azizah lagi.

"Tentulah (saya fikir), 'Oh Tuhan, takkanlah satu lagi'," katanya yang turut dipujuk oleh rakan-rakannya supaya menonton video berkenaan.

Trio 'Datuk T' berkenaan – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim – kemudiannya didapati bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan berhubung penayangan video berkenaan.

Keputusan politik

Individu berkenaan bagaimanapun hanya dikenakan denda, masing-masing antara RM1,000 hingga RM3,000 pada 24 Jun lalu, yang disifatkan Wan Azizah sebagai keputusan bersifat politik.

NONE“Mereka ada kempen besar-besaran mengedar pornografi di negara ini, yang bertentangan dengan undang-undang – dan melibatkan wartawan – dan mereka terlepas dengan hukuman yang ringan.

"Jadi ini membuktikan bahawa kesemua ini hanya politik," kata Wan Azizah lagi dengan nada yang serius.

Wan Azizah juga berkata, sekiranya masyarakat luar boleh melihat perkara itu, apatah lagi beliau dan keluarganya.

"Jadi ini menyebabkan kami ingin melawannya (dengan lebih kuat). Tiada keluarga lain yang mahu melalui perkara ini.

"Ianya satu keaiban kepada maruah. Itu suami saya yang anda perkatakan. Ianya maruah keluarga. Kami bersama (dalam isu ini)," katanya.

Wan Azizah turut mempertikaikan hujah yang dikemukakan oleh peguam kepada Rahim, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa individu di dalam video berkenaan adalah 99.99 peratus Anwar.

Perbicaraan di media

"Saya terkejut mengapa mereka tidak kata 110 peratus seperti sesetengah orang kata," katanya lagi yang turut mempersoalkan siapakah pakar yang membuat pengesahan itu.

Langkah itu sama seperti dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar di mana pihak pembelaan tidak diberikan peluang untuk mengesahkan bukti DNA yang dikemukakan.

eskay abdullah in kepong police station sex video“Jadi bagaimana anda hendak sahkan bahawa ianya Anwar. Bagi saya, saya boleh tengok sekilas pandang dan kenalpasti perbezaannya. Ini perbicaraan di media," katanya lagi.

Wan Azizah turut mengakui bahawa salah seorang tertuduh calam kes tayang video berkenaan – Shazryl Eskay merupakan kenalan kepada keluarganya.

"Kita kenal dia sebab dia diperkenalkan (sebagai seorang tukang urut) apabila Anwar terjatuh dari atas seekor kuda (sekitar tahun 1990) dan mengalami (sakit) belakang. Dia datang sekali sekala.

“Apabila Anwar keluar daripada penjara, tiada lagi fisioterapi, dia cuma datang sebagai seorang pelawat," katanya lagi yang mengimbau semula .

Namun pastilah Shazryl Eskay telah meminta Anwar supaya tampil sebagai saksi dalam kes saman melibatkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun, Anwar tidak memenuhi permintaan berkenaan kerana dinasihati peguam bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Tapi kenapa dia timbulkan dakwaan bahawa di bawa (Anwar) ke Thailand? Ini di luar jangkauan saya," kata Wan Azizah lagi.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Kak Wan... usah cakap panjang lebar.
    Rakyat yang tonton vodeo seks dapat jadi hakim. Siapa kah perlakon itu.
    Tetap bukan Anwar. cuma bagi puak umno. kerana mereka masih hidup dalam zaman 60 an , hitam putih itu cara kesukaan mereka.
    bila masuk zaman internet, mereka jadi bodoh.
    - Bila beranika warna wujud di layar tv. puak umno terasa ini semua auta. ini semua kerja yahudi, mereka caya zaman kini masih zaman hitam putih.
    - Biar lah anak malaysia menuntut keadilan , menegakkan kebenaran untuk si mangsa suami mu. Kuasa rakyat lah kuasa sakti. kuasa yang dapat runtuhkan umno. syabas.
    • Muhammad Abdullah · Top Commenter · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
      Lizam Mat Isa,arahan siapa?,Saya nak tahu juga.Jangan takut,tak kena ISA.
    • Puteri Islam · TALKING ON THE PHONE at Keje main2
      walau apa pun aku mmg tak percaya, sebab kalau kita percaya seolah2 kita menuduh org yg belum tentu kesalahannya kerana procedure tuduhan org melakukan zina itu sudah jelas tidak mengikut ajaran Islam, jadi kalau kita org yg mengaku Islam terus-terusan mempercayai hatta ada terdetik di hati tentang pelaku dlm video tersebut yg bertujuan mengaibkan org tak pasal2 kita dpt dosa maka sama2lah kita bertaubat dari kita semua ni tak semena-mena berdosa besar dan akan dihukum di akhirat kelak.
    • Lizam Mat Isa · Top Commenter
      setakat itu aje maklumat yg boleh di kongsi.. harap maklum..
  • Sharifah Adelea Syed Armaz · Friends with Maba Budu
    Sebagai seorang isteri, Dato' Seri lebih kenal siapa suaminya, dia lebih arif akan bentuk fizikal suaminya. Dan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya, amatlah mustahil beliau akan mempertahankan perkahwinannya sekiranya fitnah ini benar. Ternyata ini hanyalah mainan politik kotor semata-mata. Memang BN akan mengutilisasikan sepenuhnya kuasa yang ada ditangan mereka demi memastikan Pakatan Rakyat kecundang. Tapi ingatlah Allah swt maha berkuasa, the truth will prevail ! Insya Allah.
    • Ahmad Fadhli Bin Alias
      Aku tak rasa DSAI sebodoh itu. Kalau lah sekalipun dia nak langgan hooker or flirt arround takkan DSAI nak bawa ESKAY sekali sdgkan ESKAY tu bukanlah kawan sejati/baik DSAI yg mana segala rahsia akan di simpan. For sure akan ada risiko utk dijadikan bahan ugutan apa lagi dalam politik ni kawan boleh jadi lawan....takkan DSAI simply nak ambil risiko tu utk dedahkan perbuatan tu. kalau ESKAY tu kawan yg amat2 baik DSAI or saudara ke may be juga lah..DSAI berani buat keja terkutuk tu...secara logiknya lah..potician mcm DSAI tak sebodoh tu..lainlah kalau ketua cawangan/bahagian UMNO ke may be lah kut...
    • Richard Neil · Top Commenter
      very good comment Ahmad Fadhli Bin Alias.
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Manusia yg mendedahkan dan mempercayai bulat2 isu video ini hanyalah manusia yg selesa berjalan kepala kebawah shj
  • Ibrahim Tompang · Top Commenter
    Kak wan, yakin pada diri sndiri nak bt apa? buat laa sesuatu yang bole meyakinkan org ramai yg dok menuduh ni...kak wan kata tu maruah suami kan? bt laa sesuatu kearah utk meyakinkan org ramai yg semua tu fitnah... baru laa bermakna pertahan kan maruah suami...bole ker org nk percaya, kalau berbalek2 kak wan cakap tu bukan anwar! tu bukan anwar!
  • Buzze Azam · Top Commenter · Universty of salford manchester
    Saya telah menghantar Memorandum ke Istana Negara sebentar tadi memohon perkenan YDPA untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam video seks berkenaan.
  • Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Gf
    rakyat biasa akan dihukum penjara tanpa denda !.tapi dato T boleh denda sahaja??..1malaysia..2 undang-undang..melayu kat malaysia ni dh xde maruah!!..apatah lagi puak2 umco..bermain politik dgn maruah orang yg seagamanya sendiri..tggu jela kat akhirat nanti..

PERKASA: Siasat kaitan Israel dalam projek PDRM
Salhan K Ahmad
Ogos 4, 11
4:24pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak di PDRM.

Dalam laporan polisnya hari ini, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.

NONEIrwan (foto kanan) membuat laporan itu berdasarkan tulisan di beberapa laman blog pro-BN – gerakantimur.blogspot.com, kerisputera.blogspot.com, darulehsantoday.blogspot.com dan gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Dakwaan seumpamanya – melibatkan kaitan kerajaan dan Bukit Aman dengan Israel – pernah ditimbulkan di Dewan Rakyat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 April 2010.

Dakwaan berkenaan adalah berhubung kegiatan individu yang didakwa sebagai ejen risikan Israel dengan satu syarikat untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM.

Ekoran itu, ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dalam penjelasannya beberapa hari kemudian berkata, syarikat Asiasoft yang berpangkalan di Tel Aviv itu tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat PDRM bagi melakukan kerja-kerja berkenaan.

Dakwaan kali ini pula menyebut kaitan seorang lelaki tempatan berhubung dakwaan skandal dalam kontrak berkenaan yang turut melibatkan unit teknologi maklumat Bukit Aman.

Ketika ditanya, Irwan berkata beliau tidak dapat memastikan sekiranya dakwaan itu melibatkan isu sama tetapi "apa yang pasti, ini laporan polis pertama yang dibuat."

"Di dalam blog tersebut, penulis menyatakan beberapa bukti yang kononnya terdapat penglibatan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan pihak Israel," katanya lagi dalam laporan polis tersebut.

Laporan yang dibuat pada kira-kira jam 12 tengahari itu juga menyebut, siasatan perlu dijalankan bagi menjamin keselamatan negara dan juga agar "maklumat sulit kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab."

Satu tulisan bertarikh 3 Ogos di kerisputera.blogspot.com menyebut kaitan berkenaan dengan tiga orang individu di Bukit Aman, masing-masing berpangkat asisten komisioner, deputi superintenden dan superintenden.

Ketiga-tiga orang pegawai kanan itu didakwa telah ditukarkan ke jabatan lain, menurut tulisan itu lagi.

VIDEO | 3.37 min


  • Kamaruddin Abdullah · Top Commenter · Bagan Serai, Perak, Malaysia
    Aku try refresh page ni berkali-kali, tapi nampaknya memang betul la apa aku baca ni ,.......Perkasa dah insaf ke? Pak Berahim dah x duk bawah ketiak bini lg ke? wakaka, perkasa buat lawak ar...
    • Kawat Duri · Top Commenter
      tak payah siasat lg.....nanti dia umum smua dah ok.....yahudi dah balik.
      kita tngu je lepas PRU 13 baru kita bongkar smuanya....apco/mason ke apa2!!!!!
    • Zanirun Baba · Top Commenter
      MACAM MIMPI AJE...BERLAKON ATAU NGIGAU...ATAU RASA DAH TAK PERKASA LAGI ATAUUUUU TAK TAHU LA ..BINGGONG DOOONG!!!BIAR BETUL YA...ISU YG DI BAWA DAH BASIIIIIIIIIII..LOHHH
    • Hazlan Abd Hamil · Top Commenter · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
      ko baca btul2 faham dalam dalam.. ni semua taktik je.. nak pulihkan imej polis.. imej PM.. dulu org bawak kat parlimen x nak ngaku skrg baru nak kecoh..
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Oh...selamat berjuang Perkasa,
    tiba tiba dapat arahan dari Mamak Kutty kah.
    sudah terima arahan Muhyddin untuk tibai Najib?
    OOOi...perkasa , cara ini lah memperjuangkan untuk islam dan untuk melayu , Bukan itu saja, berjuang untuk rakyat Malaysia.
    Elok juga Perkasa tunjuk peraan depan Bukit Aman, ( kalau berani).
    Masuk Bukit Aman siasat semua file dokumen, ini lah perjuangan yang paling indah , patut dipuji dan disokong oleh rakyat.
    • Once Esa · Top Commenter
      haha....gambar pon kartun yahdi...nak bising...sokong BERSIH tak bermakna sokong ambiga la bodoh.....ko xbaca ke 8 tuntutan???itu kami sokong...xada bahasa se-enak mungkin yang aku boleh bg kat ko...hahahaha
    • Zanirun Baba · Top Commenter
      GAARA ISKANDAR...OTAK KURANG CENTER...MERAPU TAK TAHU YANG MANA BETUL DAN YG TAK BETUL..DAH LATU TRUK KAT LUTUT PULAK......
    • Assamboi Abd Rashid · JURUTEKNIK AUTOMOBIL at PDRM
      yang sebenarnya ANTIMAMAK ni lah YAHUDI....
  • Akarseruntun Tun · Top Commenter
    ermm...elok dah tuu.., penyamun tak puas hati kt penyamun...jgn kotirrrr..., yg menang nanti pasti penyamun jgkk...HIDUP, HIDUPPP...HIDUPP PENYAMUNNNNNN..........
  • Chottii Bashar · Top Commenter
    EK ELEEYYYYY..DSAI dah berzaman dah usulkan hal ni kat parlimen, perkasa baru nk terHEGEH2 KA? HAHAHA..pompang2 ckp DSAI ejen Israela pela..puihhh!
  • Lee SlimShady Samm · Top Commenter · Kuim
    Pekasam memang cukup lembab! dah berbulan Yahudi Laknat tu ceroboh Bukit Aman takkan baru sekarang nak bising - bising! ini semua wayang nak mintak orang melayu sokong pekasam la tu, cheh! sudah lah!
    • Ibnu Zatussalasil · Friends with Bunga Azlina Wati
      Bukan minta org melayu sokong perkatak daaa,,, mau ingat raya sudah mau dekat, mau duit raya laaa, dulu punya utk BERSIH sudah abis, sudah joli. Sekrg mau minta lg kena hentam laaa sikit, baru mulut ada senyap... Hahaha...

Persepsi terhadap polis merosot selepas 9 Julai
Aidila Razak
Ogos 4, 11
3:29pm
Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) menjangka perhimpunan 9 Julai lalu akan memberi kesan negatif orang awam terhadap pasukan polis.

NONEPengarah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) bagi pengurangan
jenayah, Eugene Teh Yee berkata, ia akan menterbalikkan peningkatan dalam persepsi tersebut sejak tahun 2009.

"Ya, (tahap persepsi orang ramai terhadap polis) akan terjejas, tetapi mudah-mudahan kita boleh memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Program Transformasi Kerajaan di Petaling Jaya hari ini.Antara sebab-sebab yang mungkin menjadi punca kemerosotan rating terhadap polis, katanya, ialah kecepatan perkongsian maklumat awam mengenai tindakan keras pihak polis pada hari berkenaan.

NONEBeliau berkata, gambar dan video diedarkan dengan serta-merta, tetapi
polis mengambil masa beberapa hari untuk mengemukakan penjelasan mereka.

Cerita para saksi pula disiarkan di internet mengenai dakwaan keganasan pihak polis ketika kira-kira 15,000 orang memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur, bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Kajiselidik yang dijalankan oleh PEMANDU pada bulan Mei menunjukkan 55 peratus daripada 2,000 responden puas hati dengan perkhidmatan polis - meningkat daripada 35,8 peratus pada bulan Disember 2009.

  • Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional!!
    Rakyat masih percayakan polis dlm kes jenayah biasa, cuma bila kes melibatkan politik, persepsi rakyat terhadap polis amat rendah. Drp belasan negara seluruh dunia yg anjur phimpunan bersih, hanya Polis di negara kita yg pukul, tangkap, sembur & halang demonstran Bersih. Polis negara lain elok saja kawal dan iringi demonstrasi aman. Cara FRU & Polis menangani phimpunan seolah2 di zaman darurat dan bdepan dgn rusuhan komunis, sedangkan yg berarak rata2nya adalah masyarakat madani yg mpunyai kesedaran politik, demokrasi, hak asasi & plembagaan yg tinggi. Manual Polis btempur sperti ini sudah tidak sesuai ketika tahap kesedaran demokrasi itu meningkat. Kenyataan polis pula bercanggah, meragukan, perlahan dan tidak boleh mendahului kenyataan menteri atau PM.
  • Buzze Azam · Top Commenter · Universty of salford manchester
    Alah, kalau kereta eksident, report polis gak. Kalau perompak masuk rumah, polis juga yg di report. Kalau laki ko mabuk nak pecah pintu rumah, polis juga yg ko panggil suruh settlekan, kalau anak ko merempit mati kena gilis lori, polis juga yg kena kutip cebisan2 daging tu. So agak-agaklah bro...
  • Zanirun Baba · Top Commenter
    MAAFKAN SAYA....KALAU NAK KOMEN TENTANG POLIS..BUANG MASA AJE...RASUAH TERLALU MENEBAL..DAN JADI DARAH DAGING DAN SAYA TUJUKAN KEPADA POLIS TERAMAI BUKAN SEMUA......
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    Sejak dulu lagi rating polis agak merudum kerana persepsi org ramai polis kuat makan rasuah?
    • Mohamad Abdullah · Top Commenter
      polis rasuah siapa yang bagi.....kan org awam yg bagi ka...kalau x de yg bagi x de la rasuah...biar kering tekak pun jgn bagi rasuah pada POLIS baru x de rasuah
  • Perajurit Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    macamner rakyat nak pandang tinggi kerjaya Polis? Dengan rasuahnya, dengan berat sebelahnya, dgn tembak budak bawah umurnya dan mcm2 lagi. Kerjaya Polis dihancurkan presepsinya adalah dikalangan org atasan yg menjadi pengampu kepada yg berkuasa .. Yg halal diharamkan.. Yang haram dihalalkan. Itulah Polis Diraja Malaysia. Ceramah Pakatan dengan cepat Polis bertindak gagalkan, sedangkan ceramah PERKASA, UMNO dibiarkan dan dijaga dengan penuh elok..
    • Ko Leng · Works at Motong Pawah Kebun Tok Mek Som
      kalo ikutkn org2 tua kat kg dh lama bengkek ngan polis ni..org2 tua sebelah sik baling, kedah mmg anti abis lah ngan depa ni..kalo ada anak2 muda kg dpt keja polis mmg depa ni akan bangkang abis2san...sbb apa??tragei memali terlalu perit tuk dilupakan...

Tiada ulasan: