Rabu, 10 Ogos 2011

ALHAMDULLILLAH ...BAGI AMBIK...PANGKAH HAK PERIBADI...MUNGKIN KERAJAAN AKAN DATANG BERI BONUS 3 BULAN GAJI...MANA TAU...

Bonus untuk penjawat awam: Bonus Pilihanraya?
Abwayman
Ogos 10, 11
4:08pm

Kerajaan akhirnya bersetuju meng'hadiah'kan bonus kepada 1.27 juta kakitangan awam yang bakal menikmati bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, manakala setiap pesara kerajaan pula mendapat RM500 yang akan dibayar pertengahan bulan ini.

Jumlah pembayaran bonus tahun dianggarkan sebanyak RM2 billion.

Maka kerajaan pun dilihat begitu prihatin dengan beban ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan, lantaran Perdana Menteri sendiri menyebut pemberian bonus ini tidak lain adalah untuk meringankan beban perbelanjaan rakyat di musim perayaan ini.

Namun, dalam jangka pendek di mana kadar produktiviti pengeluaran adalah malar, maka kesan langsung dari lebihan wang dalam kitaran ekonomi ialah kenaikan harga barang yang berkali ganda mengikut hukum MV=PT dari teori Irving Fisher.

Apatah lagi kes ketidakcukupan barang-barang keperluan untuk sambutan perayaan seringkali kita dengar yang sudah pasti mengakibatkan tingkat harga semakin melambung.

Jadi pemberian bonus yang diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan kakitangan awam itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat jika harga barang melambung tinggi dari kadar biasa.

Logiknya, peningkatan nominal pendapatan kakitangan awam sebanyak 50 peratus pada bulan ini tidak bermakna apa-apa apabila harga barang naik mendadak lebih dari kadar berkenaan hasil dari penguncupan kuasa beli mereka.

Kita juga ingin tahu dari sumber manakah kerajaan memperolehi dana berjumlah RM2 billion untuk pembayaran bonus berkenaan? Saya tidak fikir kerajaan sanggup mencetak wang semata-mata untuk tujuan ini.

Jadi saya beranggapan ia hasil dari pinjaman kerajaan. Sudah tentu pemberian bonus ini bakal mengakibatkan jumlah pinjaman kerajaan meningkat sekaligus defisit kerajaan yang lebih tinggi.

Untuk tahun 2009 dan 2010, hutang kerajaan naik mendadak pada kadar lebih 50 peratus dari KDNK (2009 - 55 peratus dan 2010 - 54 peratus), paling tinggi sejak krisis kewangan 1998. Malah melebihi purata pinjaman kerajaan sejak 1990 hingga 2010 iaitu pada 47 peratus.

Bajet kerajaan juga masih terbelenggu masalah defisit sejak lebih sedekad lalu. Sejak dari krisis kewangan 1998 purata defisit kerajaan adalah 4-5% peratus dari KDNK negara. Paling kritikal pada 2009 iaitu pada kadar lebih 7 peratus.

Walaupun tahun 2010 dapat dikurangkan ke 5.6 peratus, namun pada 2011 ia dianggarkan dalam jajaran 5 peratus juga. Tambah buruk lagi, peningkatan defisit adalah kerana bertambahnya perbelanjan pengurusan, bukannya perbelanjaanpembangunan.

Jika dana RM2 billion ini hasil pinjaman kerajaan, maka keputusan kerajaan memberikan bonus ini seolah-olah cuba menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan penguncupan kuasa beli rakyat sekadar melepaskan batuk di tangga, isu ranting yang diberi perhatian, akar permasalahannya dipejamkan mata.

Yang nyata, kita berdepan dengan keadaan kewangan kerajaan yang cacamarba pengurusannya. Kita punya kerajaan yang tidak serius menangani kebajikan ekonomi rakyat.

Jika kerajaan benar-benar mahu mengurangkan beban rakyat, maka tunjukkan keseriusan dalam menangani maslah pembaziran, ketirisan, dan perbelanjaan melampau.

Ingatkah anda lagi pada kos RM50 juta untuk melaksanakan program email 1Malaysia? Manakala RM1.8 juta pula disia-siakan untuk membayar kos penyelenggaraan laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia oleh syarikat yang langsung tiada laman web!

Jika anda teliti Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat, anda sudah pasti berjumpa dengan pelbagai senarai ketirisan dan salah urus harta Negara hingga mengakibatkan ketirisan lebih RM28 billion. Ini bukan cerita rekaan, semua maklumat ini juga boleh didapati dari Laporan Audit Negara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Rakyat sebenarnya berhak mendapat kualiti gaji yang memungkinkan kuasa beli yg lebih tinggi. Pemberian bonus secara one-off begini tidak membantu rakyat mencapai tahap itu. Kita perlukan pengurusan yang benar-benar berhemah, yang mahu meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama.

Peningkatan ekonomi tidak sekadar pada peratus kenaikan KDNK semata, namun kebajikan dan taraf hidup rakyat patut turut meningkat.

Kalau kita teliti pemberian bonus ini pun, sepatutnya ia berbentuk piramid di mana untuk kakitangan awam di peringkat tertinggi seperti JUSA patut tiada bonus diberikan, bagi kumpulan professional dan kumpulan A mendapat setengah atau sebulan gaji, dan bagi kumpulan sokongan dan pentadbiran sekurang-kurangnya 2 bulan gaji. Ini baru dilihat benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat.

Tidak hairanlah ada pembaca akhbar yang meminta CUEPACS menolak pemberian bonus setengah bulan ini dan mengharap badan penjawat awam itu terus mendesak kerajaan memberikan sekurang-kurangnya bonus dua bulan gaji dan juga menyemak kembali tangga gaji mereka.

Atau adakah ini langkah kerajaan mengabui mata penjawat awam memandangkan ura-ura pilihanraya umum yang makin dekat?

Serbuan JAIS: Penjelasan Harapan Komuniti
Ogos 10, 11 1:58pm

Harapan Komuniti - NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam - hari ini tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.

Pengarah eksekutif NGO itu - yang membantu golongan miskin dan 'melarat' dan penghidap HIV dan AIDS - Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti" sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.

Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.

"Kami membantu orang ramai, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Harapan Komuniti adalah rakan kepada Majlis AIDS Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada hari berkenaan (Rabu 3 Ogos 2011), Harapan Komuniti hanya mengadakan majlis kesyukuran/makan malam amal untuk mengumpul dana di premis DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama).

Majlis makan malam tersebut, jelasnya, dihadiri oleh penderma, rakan-rakan dan penerima bantuan Harapan Komuniti.

Koh berkata, kira-kira 120 orang dari pelbagai latar belakang, menghadiri majlis makan malam tersebut dan dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh orang Islam, diikuti dengan persembahan tarian 1Malaysia, kuiz, dan pelaporan oleh individu.

Harapan Komuniti juga, tambahnya, mengadakan doa umum.

"Kira-kira jam 9.30 malam, kira-kira 30 pegawai JAIS dan polis, ada yang berpakaian seragam manakala yang lainnya berpakaian biasa, datang ke premis tersebut tanpa kebenaran atau tanpa waran menggeledah," katanya.

Berikutan itu, kata Koh, Harapan Komuniti terus bertanya kepada pegawai JAIS sama ada mereka mempunyai sebarang waran.

"... dan walaupun ditanya berulangkali, pegawai JAIS enggan menunjukkan kepada kami sebarang waran mengeledah atau untuk tangkapan," katanya.

Menurut Koh lagi, mereka masuk ke dalam dewan dan mengambil gambar, video dan malah membuang risalah dari pelbagai laci dan kabinet di dalam dewan tersebut, tanpa sebarang kebenaran pihaknya mahupun pemilik premis DUMC.

Sementara itu, peguam Harapan Komuniti, Annou Xavier pula berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi "harapan" kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.

Bagaimanapun, katanya, pada "malam yang malang itu", JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.

"Harapan Komuniti telah membantu ramai rakyat Malaysia yang miskin dan melarat, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, namun JAIS telah bertindak mengganggu sebuah majlis yang berjalan dengan aman dan harmoni pada 3 Ogos," tambahnya.

Menurut Annou lagi, Harapan Komuniti adalah sebuah organisasi '1 Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya, di mana ahli lembaganya terdiri daripada seorang Melayu, Mohd Rahim Bin Ithnen; seorang Cina, Raymond Koh dan seorang India, Sri Ram a/l KS Gopal, untuk membantu semua kaum, agama serta kepercayaan dan bukan hanya memuji-muji '1 Malaysia' sebagai satu slogan semata-mata.

Beliau berharap serbuan yang tidak munasabah seperti ini, tidak akan berlaku pada masa yang akan datang, yang menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu dan trauma kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Tu la Sebabnya.. Bila org Bukan Islam masuk Masjid dikata Menghina Islam.. Bila Org Islam pergi Gereja dikatakan Murtad.. Tapi Najib pi Mengadap Pope kat Vatican City senyap pulak..Bila Org Islam pergi minta Bantuan kat BaitulMal banyak Songeh.. Yg Bestnya ade Tarian 1Malaysia! Ingat lepas ni jangan Buat Traian 1 Malaysia.. anda mungkin Murtad..kah kah kah Kalau Berani Najib bawa Draf Pindaan Undang ke Parlimen untuk melarang Ummat Islam Murtad! kami PAS akan sokong 100%.. pasal PAS dah cuba bawa Draf Pindaan tapi di Tolak mentah oleh Parlimen yg dikuasai UMNO ApCO.. sekarang ni Perlembagaan yg dicipta UMNO dan British membenarkan mana penganut Convert selepas 18tahun...
    • Yoie Alias · Top Commenter · Ungku Omar Polytechnic
      org islam masuk gereja buat pe bro, takde tempat lain nak masuk, depa nk bual majlis bantuan mcm tu x bole buat kat luar ke, kalo nk cerita pasal umno, umno ni memanng kite kene tentang habis habisan, sebb umnolaa puncanya....tapi dalm soal masuk gereja, kita org islam x bole pergi ke tempat mcm tu x kira parti ape pun..tu kan umah ibadah kristian...kalo nak buat sumbangan pun minta diorang buat kat luarlaa, kalo diorang betul2 ikhlas, kat luar pun diorang bole buat kan...knpe kene gereja, dan diorg pun mengaku ade buat kuiz, kuiz tu disahkan oleh jais yg berkenaan agama islam, mengapa org kristian nak buat kuiz tentang islam, mesti nak seleweng punya,...... fikirlaa sdri.
    • Mat Mamat · Top Commenter
      IPOH MALI: ORG DATANG RUMAH KO DGN BERTELANJANG KO SUKA KE?, KALAU ORANG PEREMPUAN (KAFIR PULAK TU) MASUK KE MASJID ATAU SURAU TANPA MENUTUP AURAT, APA KO NAK KATA PADA ORG TU..?
    • Munirah Razak · Full Time Tutor at Home Tuition Teacher
      masa william and kate kahwin pulak macam mana ? agong and permaisuri datang and masuk gereja kan.. pastu raja2x dari arab pun masuk sekali kan.. itu tak bermaksud kita akan murtad. kadar keihklasan sesuatu majlis tu bukan berdasarkan tempat.. jangan lah narrow minded sangat
  • Maghael Muyang Gawing · C.O.W/SI at Perunding Muhandis ( C & S Jurutera Perunding )
    semua kes perbalahan agama dan perbalahan kaum kebanyakan berlaku di malaya....kenapa kurang berlaku di sarawak....sebab kemungkinan...terpulang kepada sesebuah komuniti untku hidup dengan aman dan mengekalkan kesejahteraan..dan satu lagi..kurangkan menjaga tepi kain orang lain...dan hormat agama sesama induvidu...kemungkinan perbalahan agama selalu terjadi di sana..adalah disebabkan diatas ke tiadak ansuran dalam hidup. kurang bercakap dan pergaulan yang terlampau mengira agama/kaum/taraf diri...
    • A. Karim Omar · University of Illinois at Springfield
      Sahabat saya sekarang sedang melindungi seorang Iban yang baru 6 bulan masuk Islam kerana sedang di cari dengan pelbagai ugutan oleh saudara/kawan mereka. Mualaf ini kini dalam ketakutan.
    • Harrison Dajai
      Encik Maghael Muyang Gawing kamu mmg betul! Sarawak & Sabah are more civilized..hey ingat, semua hasil mentah seperti minyak, balak dll datang nyer dr sarawak & sabah. Sarawak ada 2 tpt pengeluar minyak. Malaya???? Buat anak, buang anak..pandai ler.... Jais or whatever organization that did that nonsense... apologize immediately!!
  • Lia Suraya · Bangi, Malaysia
    Kalau betul ada orang Islam ikut makan di gereja, apa salahnya? Tak kan kerana itu mereka menjadi murtad?
  • Sham Ahmad · Top Commenter
    mcm mana pulak dgn 12 soalan kuiz yg d sediakan itu? kuiz utk pesakit aids ke?
  • Ahmad Hassan · Top Commenter
    berselindung di sebalik majlis amal konon. Boleh kutip derma dan buat majlis untuk menolong tetapi mengapa di gereja ? empat lain yang tak menimbulkan prejudis kan banyak. Apa pula kaitannya kertas soalan agama tu ?
    • Mohd Irwan · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
      Kaitannya sama dgn bom molokov dgn parang yg tetiba ditemui sblm Bersih 2.0 oleh polis. Sama jgk dgn kononnya ada parang yg dijumpai masa adik aminurrashid ditembak mati oleh polis wlaupun dlm bicara xde pun senjata tu... XKAN TU PUN X BOLEH NAK BACA SKRIP YG SENTIASA DIULANG-ULANG?
    • Muhammad Firdaus Zainal Abidin · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia (UTMKL)
      Jika nak bertemu Pope, kenapa di gereja, kenapa tidak tempat lain? kan ia menimbulkan prejudis kepada orang lain...(^^)Y
    • Yoie Alias · Top Commenter · Ungku Omar Polytechnic
      itulaaa pasai kenape buat kat gereja...kalo nak buat jamuan x bole ker buat dkat tempat lain.....yang 12 org tu bangang jgk, prgi majlis dkat dkat gereja buat ape? susah mcm mana skali pun jgn sampai nak jual agama.....

Dr Asri: Ada yang sengaja main isu gereja
Ogos 10, 11 5:07pm

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik.

Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian pihak berkuasa agama yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata tindakan itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".

"Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam. Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?

"Akhirnya, kita pening siapa yg jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi.


JAIS bertanggungjawab hantar laporan - MB
Salhan K Ahmad
Ogos 10, 11
3:42pm

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertanggungjawab untuk memberi laporan kepada kerajaan negeri berhubung serbuannya ke atas premis milik sebuah gereja minggu lalu.

Khalid menjelaskan, secara prinsip, JAIS merupakan satu jabatan di dalam pentadbiran negeri manakala ketua bagi agama Islam merupakan Sultan Selangor.

"Tapi JAIS perlu menjalankan aktivitinya dalam ruang lintup enakmen Selangor, berhubung (hal ehwal) agama," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tegasnya, enakmen berkenaan membolehkan JAIS melaporkan kepada kerajaan negeri.

"Sebab itu kerajaan negeri memberi arahan kepada mereka untuk mendapatkan laporan terperinci," katanya lagi.

Laporan berkenaan setakat ini masih belum diperolehi kerajaan negeri kerana JAIS masih berdepan masalah untuk mendapatkan keterangan daripada 12 orang Islam yang diperiksa dalam operasi berkenaan.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah menerima surat daripada peguam yang mewakili 12 orang berkenaan.

"(Surat berkenaan) menjelaskan tanggungjawab mereka dalam memanggil 12 orang yang ingin ditemui JAIS," kata Khalid lagi yang menjangkakan laporan terperinci akan dapat diperolehi "sebelum habis hari raya."

"Kerajaan negeri menyerahkan kepada penasihat undang-undang JAIS untuk memberi nasihat yang sepatutnya dalam hal ini," katanya lagi.

Ditanya sejauh manakah kesediaan JAIS untuk menyerahkan laporan berkenaan, Khalid berkata soalan berkenaan sepatutnya diajukan kepada jabatan itu sendiri.

Khalid turut meminta media supaya tidak menimbulkan spekulasi berhubung kontroversi yang timbul ekoran tindakan JAIS yang menjalankan pemeriksaan ke atas Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lalu

PAS: 'Serbu gereja' bagi tenggelamkan 'masalah' SPR
Ogos 10, 11 2:00pm

Kira-kira 20 orang yang mendakwa mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi di depan pagar Bangunan SUK di Shah Alam, pagi ini.

Kumpulan itu menggelarkan diri mereka Pemuafakatan Waris Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak).

Sambil memakai topeng Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mereka membawa mangkuk tandas, penyapu lidi, berus pencuci tandas dan pencuci lantai.

Demonstrasi itu diadakan sebagai sokongan kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu selepas mendakwa terdapat gerakan bagi memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Menurut Bernama, setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff, mendakwa mereka tersinggung dan terhina dengan telatah "kebudak-budakan" Abdul Khalid yang tanpa menunggu penjelasan dari JAIS memohon maaf atas serbuan itu.

Kumpulan kecil itu menunjuk perasaan dari pukul 10 pagi dan bersurai kira-kira 20 minit kemudian setelah diarah pihak polis yang bertugas mengawal keadaan.

pas muktamar 130610 idris ahmadSementara itu, PAS mendakwa isu berkenaan sengaja ditimbulkan bagi menenggelamkan isu yang cukup berbahaya kepada negara iaitu kontroversi MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.

Menurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad (kiri), setakat ini jawapan yang diberikan oleh SPR “diketawakan oleh orang pekak dan buta” manakala media perdana milik Umno dan BN cuba menimbus isu pendaftaran ini.

“Pemimpin Umno dan NGO Umno macam dilanda histeria mengenai isu ini (serbuan JAIS ke atas gereja). Kononnya merekalah pembela agama. PAS istiqamah dan konsisten menentang isu murtad di negara ini.

“Di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi? Sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PAS dalam operasi lalang 1987 kerana isu Kristianisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PAS juga telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja untuk mendapat gambaran sebenar.

azlan“Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Dalam nada menyindir Idris berkata beliau berharap pemimpin dan media Umno menyedari bahayanya murtad dan tidak menjadikannya isu politik.

“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata.

“Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam Umno menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.,” katanya.

azlanIdris juga mempersoalkan mengapa Umno diam membisu apabila MCA merancang untuk menyaman kerajaan Kelantan pimpinan PAS kerana mengharamkan perjudian di negeri itu.

“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” kata Idris lagi.


  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Wayang UMNO besarkan Isu Gereja..Kononnya Jaguh Islam.. Awat tak Mengamuk Najib pergi mengadap Pope kat vatican! Selama ni Jabatan Perdana menteri bawah najib dah luluskan 180 org Murtad.. takde sape Bising pun.. PAS dah Berkali kali bawa Rang undang2 ke Parlimen berkenaan Murtad..tapi ditolak Mentah2 oleh Parlimen UMNO APCO YAHUDI.. Dan Mengapa UMNO tidak Pinda je Undang2 di Parlimen melarang org yg berumur 18tahun untuk Murtad..sekarang ni Undang2 membenarkannya.. Dasar yg dipertahan UMNO bersama British!
    • Ahmad Kamil Harun · Top Commenter
      Sambil memakai topeng Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mereka membawa mangkuk tandas, penyapu lidi, berus pencuci tandas dan pencuci lantai.Demonstrasi itu diadakan sebagai sokongan kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)"..

      Perkara ini melibatkan 2 agama besar, perlembagaan, panel code dan beberapa prosedur, JAIS dan Gereja.. Apa yg dibuat oleh kerajaan negeri itu betul supaya semua laporan dibuat dgn terperinci. Siap nanti semua pihak akan dipanggil bersemuka di luar atau di dlm mahkamah. Ia demi keadilan yg menjadi lambang keagungan Islam dan agar pihak gereja tidak terasa terinaya. Takkan itu pun mike-mike ni tak faham...
    • Ibrahim Tompang · Top Commenter
      lebih baik diam dari memberi tau yg kita ni bodoh tentang agama dan undang2 sedia ada...
    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      Ibrahim Tompang : lu la bangang.. Lu pun tak tahu Undang2.. Jgn jadi jaguh Bodoh mcm tu.. Kemukakan Draf Pindaan Undang di Parlimen..PAS sedia Sokong.. Kalau dah Diri sendiri terpalit ngan Kristian.. Yahudi.. ade hati nk menuduh org..
  • Zick Noryani
    Apala punya bodoh si Idris Ahmad ni... Bukanya dia tak tahu JAIS tu di bawah kerajaan negeri selangor... Hasan Ali tu org PAS... tah apa2 yg dia kata "isu berkenaan sengaja ditimbulkan bagi menenggelamkan isu yang cukup berbahaya kepada negara iaitu kontroversi MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR".. Cakap cam sial ja.
    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      Lu la sial .. Benda dah terbukti depan mata.. Yg Serang Jaip.. Bukan PAS bangang.. JAIP dulu kepala dia UMNO..Khusrin SUK tu bekas barua UMNO dlm JAIP..Bekas Mufti Perlis bagi Kuliah pun tangkap..alasan takde Tauliah.. tu la sial tu..
    • Zick Noryani
      Sorry Ipoh Mali..I tak minat nak bertengkar ngan U... I just komen terhadap petikan MK ni ja... Ni pendapat i... U punya pendapat i pun tak nak ganggu... masing2 ada hak nak beri komen.
    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      OK..
  • Mohd Amli · Top Commenter · Politeknik ungku omar
    sama mcm isu beberapa tahun lepas berlaku di ipoh, perak..apabila AZHAR MANSOR cuba MURTAD KAN pelajar2 ISLAM..jangan pandang RINGAN hal2 begini..walaupun berbeda ideologi politik tetapi dalam menegakkan ISLAM harus bersatu..jangan asyik salah kan satu sama lain..sebab itu ISLAM sekarang lemah TETAPI hakikat nya ISLAM sebenarnya adalah KUAT..fikir2 lah saudara saudariku yang BERAGAMA ISLAM..politik dunia tidak membantu kita DISANA nanti..wallahualam..allahu​akbar..
    • Odessa Maya
      On the other hand,i hv 2 admit i agree wt PAS hv said.
    • A Jack Parow · Top Commenter
      Ceh! kalau Islam sekarang hangpa kata kuat. Tak akan bangkitnya Dajjal untuk memerintah.. Munafiq.. munafiq.. Nau'zubillah..
    • Odessa Maya
      Mr jack-cter psl ape ni?x fhm.
  • Diplomatik Bebas · Top Commenter
    Contoh yg terbaik untuk kita lihat bagaimanaYAHUDI menggunakan Kristian untuk mentarbiyah PM kita nie ialah:

    1. PERMATA NEGARA - cuba tengok persembahan KOIR budak2 tu. Serupa macam Koir Gereja.

    2. Perjumpaan Sulit - PM jumpa Pope (apa kejadahnya sampai ke Vatican? ada urusan perniagaan ker? Diplomatik ker?)
    ...See More
    • Ibrahim Tompang · Top Commenter
      kalau sulit macam mana awk tau?
    • Mohd Ismail Qamaludeen · Top Commenter · Inti College Sarawak
      saya sokong diplomatik bebas....suruh umno tutup 4D....PUB...DISCO...dan buka lebih banyak pusat pengajian islam.barulah generasi sekarang faham apa itu islam,bila bangsa lain tanya apa itu rukun islam & rukun iman ...jawab 1/2 so mereka akan pandang hina.pas lebih baik dari umno ,sekurang2nya masyarakat bukan islam ada sifat hormat dgn islam .berfikirlah waras sebelum mengeluarkan kata2.masjid saja banyak qariah takda why.....why.....sebab malaysia negara bertopengkan islam
    • Muqlis Al-jabbar · Top Commenter
      tv3 kasi tahu la brehem
  • Suara Dari Bumi · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    biasa cara pas mereka yang berak tapi UMNO yang kena basuh.

Tiada ulasan: