Ahli Parlimen veteran itu menggelar Chua "pembohong yang hanya
mahu memberi bahan penyebaran khabar angin" oleh media arus perdana yang pro-kerajaan.
Lim (kanan) berkata ianya "tidak masuk akal, liar dan tidak bertanggungjawab" bagi Chua, dalam ucapannya di konvensyen MCA Sabah semalam, untuk menuduh DAP berjanji untuk mewujudkan 'Little China" sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan kerajaan pusat.
DAP, katanya, sentiasa komited kepada "Malaysian Malaysia, di mana pelbagai kaum, agama, budaya dan wilayah dapat menemui perpaduan dan keharmonian melalui dasar-dasar pembinaan negara yang adil dan saksama".
Dalam satu kenyataan Lim berkata: "Chua tidak mungkin percaya bahawa dia boleh menipu pengundi Cina di Malaysia untuk mempercayai pembohongannya itu.
"... Dakwaan Chua Soi Lek di Kota Kinabalu semalam ... mesti berkedudukan antara pembohongan yang paling keji dan pengecut dalam politik Malaysia, yang direka untuk membantu ultra Umno untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu."
- Kamarzaman Mustafa · Top Commenter · Daie at Jamaah islamDAP jangan takut melayu pembangkang akan pertahankan DAP sampai syahid!
- Poh Guan Chai · Top Commenter · SMK Green Road Kuching
- Ezam Razali · Top Commenter · Kuching, MalaysiaTakde apa yang nak dimalukan dengan orang macam CSL, cina tak perlu malu pasal dia. Sama jugak ngan melayu, tak perlu malu dengan orang macam brahim katak. Kita dah duduk lama dah kat malaysia ni, dan kenal satu sama lain. Tak perlu gaduh2. Tunggu PRU, kita undi sapa yang kita rasa bijak. Yang bodoh kita hantar balik rumah.
- Poh Guan Chai · Top Commenter · SMK Green Road Kuching
- Aidan Generous · Top Commenter · Top Commentator at Online CommentatorChua SL dah ketandusan idea. Ciptalah tuduhan bodoh nak raih sokongan kaum cina. Tkt MCA tak dpt tempat menteri kot...
- Malik Sulaiman · Top Commenter · Sek men semerah
- Ah Seng · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekahkah kah kah cukong mca bercakap bg pihak perkasa wkakakaka.
- Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, MalaysiaBukan DAP...Bukan LIM KIT SIANG..Bukan juga..PR.. yang mewujudkan Little china di Malaysia..akan tetapi MCA lah yang empunya kerja sebenarnya...nak tengok bukti...PRU13 akan beri jawapan...pasti ramai calon MP dan ADUN dari MCA akan tersungkur nanti.DAP bertindak membantu rakyat...tapi MCA di bawa pimpinan soi lek, hanya tahu bermain sandiwara saja.dan menipu masyarakat cina di Malaysia saja. oleh itu Soi Lek bercakap umpana orang yang sedang mabuk carlsberg campur dengan wishky dan XO... itu sebab cakap merapu tak tentu pasal... saya ulangi sekali lagi...LIM KIT SIANG jauh lebih berwibawa dan didikasi berbanding dengan chua soi lek...yang memang " SUI" punya pemimpin.
- Poh Guan Chai · Top Commenter · SMK Green Road KuchingCSL memang sampah politik yang cuba main sentimen perkauman! Boleh disiasat di bawah akta hasutan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.
Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.
"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.
- Annur Salsabila · Kuli at Base Engineeringhaaaa....haaaaa...... 1/2 bulan je .... kalau jimat tak beli cincin 24M ...... beg tangan ..... sewa hotel .... cuti ..... etc ..... mgkin buleh bg 2 bln kan PM ..... errrrr.... bini PM la ....
- Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaFarouk Harakiri...mcmana hang boleh tuduh cerita cincin tu sebagai benar, dari sumber mana maklumat itu dan adakah bukti2 dari sumber tu lagi terang dan nyata....setau aku yg duduk bawah tempurung ni buktinya screen komputer dari jabatan kastam yg mana jawatan kastam tu x pernah wujudpun didlm organisasi kastam, gambar hidup rakaman cctv hang x percaya tapi gambar ni hang boleh senang2 100% percaya....
- Tiara Slam · Top Commenter · High school
- Sense Gto · Top Commenter · United kingdomhahaha...dpt setengah gaji jer...yg gaji rm1000, dpt la rm500, yg gaji 10 000 dpt rm5000...yg gaji sikit bertambah miskin, yg gaji kaya bertambah selesa...rakyat diutamakan katakannn...yg kaya bertambah kaya, yg miskin papa kedana...hampeh punya Najib...
- Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Muhamad Hailmizam Abdul Hamid · Lead Java Developer at HeiTech Padu Berhadjangan suka2 anggap blaja xpandai gaji sikit woi..bodoh tu smua rezeki dr Allah..ade org usaha dh mmg tahap max tp rezeki sikit aje...smua dr Allah...cuma aku nak minta korang ingat klo korang cerdik n gaji byk cuba lah pikir kesusahan org yg korang ckp bodoh xblaja sgguh...
- Junaidi Jun · Top Commenter · Smad
- Noor Wie · Works at Puspakom Sdn Bhd
- Perajurit Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaMaknanya PRU nak dekat... sebab dia umum Bonus, bukan saguhati... 2 perkara yg berbeza...Kalau cakap Bonus rakyat suka sikit dengar... maknanya masa belanjawan nanti tidaklah lagi rakyat tertunggu2 pengumuman bonus... (3 tahun pun rakyat tak tertunggu2 bonus ) cuma kali ini bahasa digunakan berlainan, BONUS. Tidak seperti kebiasaannya "SAGUHATI"..
- Perajurit Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Khairul Anwar Wahab · 32 years old
- Azrin Ren · Top Commenter · 29 years oldlepas ni barang naik, minyak nqik..sbb nak maik balik duit bonus yg diberikan kepada kakitangan kerajaan dan penjawat awam dan juga pesara.
- Mat Bantai · Top CommenterTak lama dulu Mat Bantai ke Lowyat nak repair laptop, Mat Pakistan yang repairkan, memang ramai Mat Pakistan berniaga di Low Yat skrg. Bila ditanya adakah mereka buka syarikat sendiri, jawab mereka tidak tapi joint venture dgn orang Malaysia. Mat Bantai pung tanya Cina, India, Melayu? Jawabnye semua joint venture dgn orang Melayu. Mat Bantai pung tanya, boss selalu masuk ke? Jawabnye tidak, dia orang tunggu duit masuk je tiap bulan.
Mat Bantai pung sambung tanya. Customer ape yang selalu dapat , jawab Mat-Mat Pakistan yang ada ialah macam-macam customer termasuk kerajaan pung beli komputer dengan mereka. Disini tak payah ditanya soalan dah. Mereka sendiri memberitahu ramai kontrektor bumi yang ambil komputer dgn mereka. Mat Pakistan bercerita, kontrektor bumi nie ambil komputer dengan mereka pada harga RM2000 dan dapatlah untung RM500, TETAPI MAT PAKISTAN PUNG BERKATA, KONTREKTOR-KONTREKTOR BUMI NIE JUAL KEPADA KERAJAAN PADA KEUNTUNGAN 2,000 - 4,000. MAT-MAT PAKISTAN PUNG TAHU HAL MACAM NIE. TAK CAYA SILA KE LOWYAT TGT 2 DAN TANYA MAT-MAT PAKISTAN DI SANA!
PATUTLAH KAKITANGAN KERAJAAN DAPAT SETENGAH BULAN BONUS JE, KRONI LEBIH DIUTAMAKAN RUPANYE...KESIAN...KESIAN KAKITANGAN KERAJAAN KESIAN...
"Ia mewujudkan monopoli ataupun sekurang-kurangnya oligarki. Monopoli adalah penghalang utama tunggal dalam proses pembaharuan ekonomi Malaysia,” kata ketua jabatan penyelidikan PAS Dzulkefly Ahmad (kanan).
Beliau mengulas tindakan Khazanah Nasional yang menjual 20 peratus daripada 69 peratus saham yang dimilkinya dalam MAS kepada Tony Fernandes secara 'penjualan bersilang' (share swap) dengan saham Air Asia yang dimilikki oleh Tune Air Sdn Bhd. Sebaliknya Khazanah juga akan membeli sejumlah saham Tune Air.
Dengan harga saham MAS yang berada pada RM1.60 satu saham, tentunya Tony Fernandez boleh senyum lebar kerana saham Air Asia pada harga RM3.60 satu saham.
"Kita sedar MAS hadapi kerugian bersih RM243.3 juta untuk suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.6 juta untuk tempoh yang sama tahun 2010 dahulu.
"Kita juga faham, MAS dalam unjuran kerugian untuk tahun ini,kalau sesuatu yang drastik tidak dilakukan.
"Tetapi tindakan ini bukan jalan penyelesaiannya bahkan rakyat dan penggunalah yang bakal rugi. Ini bukan sahaja pandangan saya sahaja bahkan dikhuatiri pelbagai pihak" katanya.
Menurut Dzulkefly, monopoli sebenarnya menyaksikan kekayaan dihalakan ke tangan segelintir mereka yang dipilih. Oleh kerana kekurangan persaingan yang adil, monopoli tidak menghiraukan usaha bagi memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatan mereka.
Dzulkefly berkata antara contoh 'monopoli' yang wujud sekarang adalah seperti cengkaman Media Prima ke atas media elektronik terestrial, penguasaan TM ke atas infrastruktur internet dan juga monopoli ke atas gula, beras dan tepung yang diberikan kepada 'kroni' kerajaan.
"Persaingan adil dalam industri penerbangan akan mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan memberi manfaat,” katanya.
Pandangannya juga dikongsi bersama oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua.
Katanya, rancangan pertukaran saham itu mengimbaunya kembali pada tahun sebelum 1999 ketika negara hanya mempunyai satu syarikat penerbangan.
"Ia hanya boleh menyaksikan pengguna yang akan rugi,” kata Pua.
Menurutnya, pertukaran saham itu akan mengurangkan daya saing penerbangan udara Malaysia.
"Tony Fernandes (CEO Air-Asia) tidak akan bersaing sengit dengan syarikat penerbangan negara - ini umpama cubaan bunuh dirinya sendiri - ini kerana beliau akan memiliki kira-kira 20 peratus saham,” kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dan mendapat didikan ekonomi dari Universiti Oxford.
Sementara itu, AFP melamporkan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan cuba mendapatkan kawalan pengurusan jika perjanjian pertukaran saham kedua-dua syarikat itu menjadi kenyataan.
Urus niaga kedua-dua syarikat penerbangan itu digantung hari ini berikutan laporan akhbar hari ini bahawa pertukaran itu akan menyaksikan AirAsia memiliki 20 peratus pegangan dalam Malaysia Airlines.
Memetik sumber dalamam industri berkenaan, berkata kawalan pengurusan adalah syarat utama rundingan berkenaan yang bertujuan membantu Malaysia Airlines yang kini bergelut supaya tidak rugi.
Pengumuman rancangan itu dijangka dibuat seawal esok, kata pegawai dalam industri penerbangan itu sambil menambah pegangan saham sehingga 30 peratus mungkin ditawarkan.
AirAsia dikendalikan oleh jutawan Tan Sri Tony Fernandes, yang membeli syarikat penerbangan berkaitan kerajaan lebih sedkad yang lalu ketika ia bergelut untuk melakukan impak.
- Poknikman Tok Rahim · Top Commenter · 33 years olddulunya ikan bilis, kini dah bertukar jadi jerung yg ganas dan bisa menelan sapa saja.. itulah Air Asia.. hebat. MAS pula dulunya jerung, tp kini dh bertukar jadi ikan bilis.. hehehe... pun hebat...
- Azman Abu Bakar · Top Commenter
- Bian Silam · Top Commenter · Belum Habis LagiAkhirnya, MAS tu akan jadi anak syarikat Air Asia suatu hari nanti. Esok lusa bolehlah Tony buat suka hati untuk jual kepada orang asing. Macam BERNAS.. top-top heboh satu negara, rupa-rupanya syarikat pembekal makanan utama negara tu sahamnya dimiliki oleh orang asing. Sedihnya... Sampai bila-bila pun tiada hak aku untuk memilih yang terbaik. Jangan suatu hari nanti korang kenakan caj juga guna tandas kapal terbang tu.
- Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
- Pathma Raja · Top Commenter · Business Development Meneger at Chiristel electrical wiring works
- Pathma Raja · Top Commenter · Business Development Meneger at Chiristel electrical wiring works
- Vijayan KrsnaZing · Top Commenter · Associate at Yogeshwara KrishnaMAS itu penerbangan yang amat baik, tapi selalu rugi kerana monopoli kroni nepotis...........kalau mr.tony bertukar saham kat MAS yg sedang rugi itu, secara tidak langsung, tindakan ini memberi puak kroni nepotis ini memonopoli airasia.....tak faham la saya ini....kenapa nak bagi musang masuk dalam reban ayam?
- Razman Abd Razak · Top Commenter · JitraRamai orang 'cari makan' dalam MAS. Time rugi kerajaan tanggung guna duit kwsp, duit rakyat. Airasia ni terpaksa berusaha sendiri, MAS dah berapa kali rugi dah. Episod lama, cerita baru, kalau bagi Melayu urus, segala benda akan rugi. TIme untung, depa diam.
- Pathma Raja · Top Commenter · Business Development Meneger at Chiristel electrical wiring works
- Razman Abd Razak · Top Commenter · Jitra
- Pathma Raja · Top Commenter · Business Development Meneger at Chiristel electrical wiring works
- Tokbathin Bathin · Top Commenter · Sek men vokasional nibong tebalha ha kepala otak pemimpin kita memang geliga 1Malaysia boleh bangkrap"dari dulu kini & selamanya"satu persatu GLC lingkup lagi , bagi punah ranah cepat2"biar kroni kaya raya, rakyat fikir sendirilah kalau nak hidup senang".
- Tokbathin Bathin · Top Commenter · Sek men vokasional nibong tebal
Katanya, klip video itu bukan sahaja langsung tidak berasas tetapi berniat jahat serta berunsur hasutan.
Sehuhungan itu, Zairil (kiri) membuat laporan mendesak polis menyiasat pembikin video berkenaan di Balai Polis Tun H S Lee di Kuala Lumpur petang ini.
“Realitinya, harga barang dikawal secara langsung oleh kerajaan BN dengan adanya inflasi, subsidi, pengawalan harga minyak, gula dan sebagainya,” katanya.
Menurut Zairil kenaikan harga barang dan inflasi berlaku kerana ketirisan dan kepincangan dalam dasar dan urus tadbir ekonomi Malaysia, dan tidak ada kena-mengena dengan kaum atau agama.
“Di samping itu, syarikat yang mengawal industri gula pula adalah Felda, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Faktor-faktor yang menyumbang kepada inflasi adalah kuasa pasaran antarabangsa yang berada di luar kawalan, dan juga ketidakcekapan dalam urustadbir ekonomi negara kita,” katanya.
Video yang dihasilkan atas atas nama 1Malaysia itu menuduh DAP sebagai dalang yang menyuruh semua peniaga Cina menaikkan harga barang supaya rakyat sengsara.
Ia dimuatnaik oleh orang yang menggunakan nama gelaran Kawasaki9722, yang bertujuan menggunakan sentimen perkauman dengan menuduh DAP mewakili peniaga-peniaga Cina menaikan harga barang di Malaysia.
Menurut Zairil pihak yang menghasilkan video berkenaan cuba menipu rakyat Malaysia dengan fakta yang dangkal serta membangkitkan api perkauman.
Justeru beliau memberi contoh subsidi gas yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit setiap tahun diberi kepada penjana tenaga bebas (IPP) yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia makin meningkat.
“Bukankah tujuan pemberian subsidi itu untuk mengurangkan beban rakyat? Satu lagi contoh polisi yang menguntungkan syarikat besar dan membebankan rakyat adalah monopoli beras, yang dikawal oleh Bernas, sebuah lagi GLC.
“Oleh kerana monopoli yang mengekang pasaran beras ini, hasilnya harga beras import di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding harga beras import di Singapura!” katanya.
Kata Zairil, kebertanggung-jawaban bagi masalah inflasi harus dipikul oleh kerajaan persekutuan yang dikuasai BN dan bukan mana-mana pihak lain, terutamanya DAP.
Oleh itu beliau mempersoalkan bagaimana pula DAP boleh dikatakan terlibat untuk menjatuhkan BN dengan bersekongkol dengan peniaga-peniaga Cina, walhal DAP semenjak penubuhannya tidak menetapkan sebarang dasar berunsur perkauman seperti yang dilakukan kerajaan BN.
Zairil secara terbuka meminta rakyat menilai sendiri video propaganda murahan tersebut.
Berdasarkan kualiti terbitan klip video tersebut, beliau berkata, jelas ia bukan terbitan sembarangan tetapi telah dibuat secara profesional dengan peralatan dan peruntukan yang mencukupi.
- Izmil Amri · Top Commenter · Universiti Teknologi MaraYa... Cincin 24Juta juga salah DAP. Scorpene juga salah DAP. Altantuya mati juga salah DAP. Harga minyak naik pun salah DAP. Felda bankrap pun salah DAP. National debt pun salah DAP. Polis ganas pun salah DAP. Rasuah berbiliun pun salah DAP. Batu Putih pun salah DAP. Tanjong Pagar pun salah DAP. Semua ni DAP punya angkara. Kah kah kah!
- Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
- Yusri Jamin · Top Commenter · Hamba Allah at Di Bumi ALLAH
- Mohd Rizuan · Top Commenter · Limkokwing University of Creative TechnologyDia naikkan harga petrol lepas itu menuduh DAP yang menyuruh pembekal naikkan harga barang? Astaghfirullah... Ramadhan yang tiada kelainan dengan bulan lain..
- Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
- Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
- Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysiasemua salah dap.....melayu semua tergadai kat penang..sejak merdeka pun salah dap.....francis light ambik penang dari sultan kedah pun salah dap....singapura keluar dari malaysia pun salah dap.....pulau batu putih hilang pun salah dap.....
- Cahaya Jati · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekahmmg teruk DAP ni....yg lesapkan saham bumiputra lebih 50 billion tu DAP la...dah tak ada tanah rezab Melayu pun, pasal DAP...tak ada lagi biasiswa anak Melayu ke IPTA pun pasal DAP...lebih dasyat yg lesapkan tulisan jawi pun DAP.....hah hah hah....UMNO, UMNO....
- Xyza Caution · Top Commenter · Kampung Aje
- Isu-Isu MalaysiaBN ingat rakyat semua bohong, senang ditipu dan dipembohongkan dengan mengunakan fitnah yang tidak berasas. Penyokong BN! TOLONG buka mata dan otak anda, kerajaan inikah yang ada inginkan?
- Isu-Isu MalaysiaTerdapat banyak orang yang berfikir macam DinMinyak ini yang dapat dipengaruhi oleh BN dengan perkara perkaumam dan tidak dapat berfikir secara logik. Kita nak "Selamatkan Malaysia", tak kira dia adalah penyokong BN atau tak... =D
"...(ini) kerana dana yang dipegang oleh Baitul Mal adalah amanah dari seluruh umat Islam yang mengeluarkan zakat," kata timbalan presiden PGSM, Musa Awang.
Katanya, ia ekoran rentetan isu yang disiarkan oleh kebanyakan media berhubung pujukan gereja terhadap umat Islam, untuk menerima bantuan gereja bagi meneruskan kehidupan, lantaran kepayahan
mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitul Mal.
"Dedahan media tentang isu ini boleh menyebabkan kebolehpercayaan umat Islam terhadap institusi Baitul Mal terjejas, dan ditakuti pihak yang akan mengeluarkan zakat akan membelakangkan Baitul Mal," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, PGSM menggesa Baitul Mal dan JKM mengkaji semula kaedah mengumpul data dan maklumat masyarakat fakir miskin serta menambahbaik kaedah pengagihan dana kebajikan kepada masyarakat yang layak menerimanya.
"... supaya tidak ada lagi masyarakat Islam yang tercicir, yang akhirnya dipujuk oleh pihak-pihak tertentu untuk menerima bantuan dari gereja.
"Kebenaran dakwaan bahawa ada masyarakat susah menerima dan atau sumbangan dari JKM atau Baitul Mal perlu dilihat dari aspek positif, bahawa masih terdapat kelemahan sistem sedia ada yang digunapakai sekarang," tambahnya.
PGSM, tegas Musa, tetap menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguatkuasakan undang-undang Syariah sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, serta Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Selangor 2003.
"Jika terbukti dakwaan terdapat pujukan dari gereja terhadap umat Islam untuk menerima bantuan dari pihak gereja, maka PGSM menganggap ia satu usaha dakyah dan dakwah terancam yang perlu ditangani segera, dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam," katanya.
- Sheikh Mad · Universiti utara malaysiaPSGM PLEASE IT IS YOUR JOB TO FIND THE TRUTH AND BRING TO THE PUBLIC DAN SOLVE THE PROBLEM., IT DISGUSTING TO THE MUSLIM UMMAH.THE ROOT OF THE PROBLEM IS THAT BAITULMAL AND PEJABAT ZAKAT HAVING TOO MANY RED TAPE...
- Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysiaada aku kisah...yg penting aku dok atas kerusi empuk...bilik sendiri....bilik pejabat berhawa dingin...org2 fakir...nak bantuan dtg sendiri...jumpa kat pejabat..itu pun klu ada...takut cuti2 malaysia or kursus kat resort or hotel....tak tau pejabat...lantak la..zaman it guna gps ler....keh keh keh.
- Mohd Ayub Harun · Top Commenter · Friends with Umngok Apcokesian ada ibu tunggal yang berulang alik ke Baitulmal tapi tidak di layan. kemana perginya wang bantuan zakat. orang yg memikul ini tidak takun balasan dari Allah ke..?
- Saipudin Samsi · Cosmopoint collegekutipan zakat setahun rm800 juta ....kutipan cukai kerajaan rm250 bilion setahun....mana nak cukup belanja ....ibarat seperti seorang bapa gaji rm800 perlu sara 10 anak....begitulah perumpamaannya....kalu semua org islam berzakat insyallah cukup...ni yang bayar cuma suku penduduk islam malaysia je....tu pon cuma setahun sekali....harap zakat fitrah cuma rm5 ke rm7 je setahun sekali.
- Mohd Shah · Top Commenter · Jertih, Terengganu, MalaysiaBayar terus zakat Fitrah ke penerima. Rakyat miskin yang layak.Tak payah melalui badan2 zakat yang memberi banyak masaalah. Banyak alasan.
- Suzee Zailani · Kolej Damansara Utama (KDU)Kita tgok sejauh mana isu ni diselesaikan. Last2 senyap g tu jer. Hangat2 taik ayam. Mangsanya sape? Fakir2 miskin yang makin miskin. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin
- Sheikh Mad · Universiti utara malaysiaSuzee I 100% setuju , the real problem ia that BAITULMAL / PEJ. ZAKAT TAK BUAT KEJA YANG DI AMANAHKAN, JIKA ADA YANG MINTA, DIA ORANG BELAGAK MACAM ORANG MUALAF DAN FAKIR MISKIN TU MACAM PEMINTA SEDEKAH, SEDANGKAN DIA ORANG DIBAYAR GAJI ADALAH UNTUK SERVE ORANG MUALAF DAN MISKIN, JIKA TAK ADA ORANG SAPERTI INI MEREKA PUN TAK WUJUD DI PEJABAT ZAKAT...JANGAN SALAHKAN BADAN NGO YG BERCORAK AGAMA KERANA ITU PERANAN MEREKA, THE BAITULMAL DAN ZAKAT HAVE THEMSELF TO BE BLAME..THEY FAIL/GAGAL MELAKSANAKAN AMANAH DAN TUGAS YG DIAMANAHKAN...
- Saipudin Samsi · Cosmopoint collegeIsu ini sepatutnya dilihat dalam perspektif yang lebih luas....bukan sekadar golongan daif....bagaimana jika yang nak ke gereja tu bukan golongan fakir miskin....malah ada yang berpelajaran tinggi sampai belajar diluar negeri pon ada yang nak murtad....adakah ia salah Baitulmal?????.......Baitu
lmal sepatutnya dilihat sebagai kekuatan sumber ummat islam....maklumat saluran bantuan boleh dikaji melalui laman - laman web badan tersebut....berapa banyak sumbangan yang telah disalur untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat islam....adakah jika hanya 12 ibu tunggal tidak menerima bantuan sudah dianggap baitulmal tidak menjalankan tugas dengan baik???...bagaimana dengan faktor persekitaran???? yang kadang - kadang kita lihat orang islam pon terikut2 budaya orang bukan islam???.....lalu tertarik dengan agama mereka yang lebih memberi kebebasan.....tepuk dada tanya selera....
Hemy Hamissa bersama suaminya, sekarang Kamarul Hamri Mohd Latif dan tiga yang lain dituduh bersama memiliki 10.19 gram methamphetamine di SK Damansara Jaya, pada jam 29 Jun, 2005, jam 1.45 pagi.Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama.
Dalam keputusan itu, Majistret Nor Afidah Idris berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta dalam pengetahuan semua tertuduh.
"Mahkamah juga berpendapat pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan terperinci terhadap kesemua tertuduh, termasuk tidak memeriksa Hemy Hamisa ketika serbuan sekaligus mewujudkan kelompongan," katanya.
Dadah berkenaan dijumpai pada Ku Azizul Ku Abd Rahman, yang kemudiannya menghilangkan diri selepas dibenarkan dijamin.
Dua minggu lalu, Hemy Hamisa berjaya menyelesaikan saman di luar mahkamah yang difailkannya ke atas seorang konstabel polis dan kerajaan berhubung kes ketuk ketampi bogelnya itu sehingga menyebabkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan.
- Wee Boon · Top Commenter · Masterskillbab2 polis nie memang susah nak cakap...memang keja dia la tangkap dulu baru siasat..bikin rosak nama keluarga saja diaorg pandai.
- عرفان أشرف · Top Commenter · Works at Syarikat Perkayuan Mutu Setia
- Bewok Kwok Kwok · Top Commenter · College
- Ivancph Ivan · Top Commentertangkap dulu , bogel dulu, ketuk ketampi dulu, rakam dulu,
i pun nak join jadi polis. - Azmy Othman · Top Commenter · Universiti Putra MalaysiaHemy, sila sujud syukur sekarang juga. Insaflah! di bulan yg penuh barakah ini Allah masih sayangkan hambanya....berubahlah ke arah kebaikan. Sibukan diri anda dengan jamaah islamiyah nescaya anda tidak lagi terlibat dgn perkara terkeji......amin....amin
- Korie Kasim · Top Commenter · Supt. at Pemotong rumput berkumpulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan