Khamis, 4 Ogos 2011

APA KITA BUAT KAT ORANG...KITA AKAN DAPAT....AGAR DAPAT RASA JUGA...NI BERLAKU DENGAN KEHENDAK ALLAH@IZIN ALLAH SWT

'Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam'
Ogos 4, 11 6:13pm

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, malam semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam, kata ahli exco hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali.

NONEMenurut beliau, berdasarkan maklumat bahawa terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan, Jais menghatar anggota penguatkuasaannya bersama polis bagi menjalankan siasatan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

NONEBeliau berkata pada majlis itu, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapanya ada diselitkan perkataan “Quran” dan “pray”.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Larikan diri

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam yang terbabit dengan majlis itu akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

NONEMereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.


  • Maaf Zahir Batin · Top Commenter
    G MASJID SOLAT TARAWIH LG BAGUS...SETAHUN SEKALI JER ALLAH BG PELUANG KAT KITA SEMUA UMAT MUHAMMAD.
  • David Anthony · Top Commenter · Klang
    Bodoh... kalau nak murtadkan, kenapa nak tunggu sampai waktu berbuka? Sebab menghormati orang Islam, jamuan itu diadakan pada waktu berbuka. JAIS nie suka2 jer nak mengapi api kan orang. Nie... aku nak gi majlis pembukaan Masjid Kg Raja Uda, Port Klang. Sapa nak ikut?
    • Shaniza Bt Said
      yang bodoh nyer orang islam tu nape nak pegi,pihak gereja pulak bawak la makan di restotan.
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Bro...ini bukan mengapi-apikan org....tapi suatu siasatan tentang laporan polis mendakwah org Islam utk masuk Kristian....Tiada law kata tak boleh siasat kerana Penal Code ada memperuntukkan kesalahan berdakyah utk memurtadkan org Islam....
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      kepada pihak Polis...jgn tunduk kepada apa-apa tekanan kerana siasatan memang boleh dilakukan.......jika ada kesalahan dilakukan....ambil tindakan seperti peruntukan undang2....
  • Mex Juliddin Bin Lumanggong · Works at NGOs
    main bohong punya datuk-buka puasa, orang kristian puasa ke? janganlah cuba mengaibkan kemurnian bulan puasa dan memalukan diri sendiri-main politik ni datuk ni bagus tanding la boleh menang ka ttidak.
  • Azree Persie · Top Commenter · Uthm
    bagus Hasan Ali aku dari dulu sokog pjuangan anda... katakan benar jika benar walaupun terpaksa ditendg oleh parti sendiri..jgn takut sbb pgkat dan parti.. Allah swt bersama kita insyaAllah.. like...
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Ulama2 PAS jgn berdiam diri ajer bila DAP nanti mengamok kerana ini.....Kenalah pertahankan Hasan Ali yg berani buat dan berani tanggung....Jgn jadi PARI ANGGUK SAHAJA..
    • Mohd Muzlimi Junoh · Top Commenter
      Bagus tu..bagus la tapi takkan nak dera penganut agama lain...hormatilah kebebasan beragama di negara ini..nabi pun menghormati agama dan bangsa lain..itulah cara menuju ke arah keharmonian agama..
    • Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
      InsyaAllah DAP akn bekerjasama dgn PAS sb Dr Hasan nak ambik org islam yg ´berbuka´ awal 2ja..
  • Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
    alhamdulillah teruskan kerja2 mncegah kemungkaran diselangor Dr Hasan..
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      kerja2 mencegah kemungkaran ini memerlukan pejuang Islam yg jujur dan berhati mulia...Bukan yg suka mimpi nak jadi PM atau gila kuasa tanpa memikirkan maslahat org Islam....

Tiket kereta api masih ada
Ogos 4, 11 7:26pm

Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket kereta api bagi perjalanan ke Utara, Selatan dan Tengah bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) hari ini, bagi perjalanan 20 Ogos hingga 2 September, masih terdapat baki 44,183 tiket yang boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.

Tiket untuk perjalanan ke sektor Pantai Timur dari 26 hingga 29 Ogos telah pun habis dijual dan sebarang penambahan koc bagi laluan itu akan diumumkan pertengahan bulan ini.

Selain itu, tiket bagi laluan lain yang telah pun habis dijual ialah laluan Kuala Lumpur-Hat Yai-Kuala Lumpur; Kuala Lumpur-Tumpat; Singapura-Tumpat; dan Singapura-Butterworth. Kesemua laluan itu ialah bagi perjalanan 24 hingga 29 Ogos.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 1-300-88-5862.

- Bernama

Pengundi P Pinang lonjak 32,000 dalam 3 bulan
Ogos 4, 11 5:08pm

Berikutan dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.

Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.

Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.

Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.

Pada masa lalu, kata Lim, biasanya akan ada pertambahan kira-kira 10,000 pengundi baru, tetapi peningkatan tiga kali ganda itu "mencurigakan" dan menimbulkan kebimbangan "mungkin berlaku penipuan".

"Pilihan raya umum semakin hampir. Jika pertambahan pengundi adalah 200 hingga 400, ia boleh diterima, tetapi kini terdapat pertambahan sebanyak tiga kali ganda (jumlah tersebut). Macam mana nak menang?" soalnya.

Hantu lapar undi

Lim berkata pertambahan jumlah pengundi berlaku dalam tempoh tiga bulan, sambil menyentuh tentang dakwaan mengenai 'Mismah' dan lebih 1,500 penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi.

"Dalam dunia ini, kita telah mi segera, tetapi di Malaysia, kami mempunyai pengundi segera," kata Lim berseloroh.

"Bulan ini adalah bulan hantu lapar untuk orang Cina, tetapi apa yang kita lebih takut ialah pengundi hantu," katanya.

Lim mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana keengganannya untuk menyiasat kes-kes tersebut atau mengambil tindakan.


PAS dakwa ada gerakan jatuh Najib dalam Umno
Abdul Rahim Sabri
Ogos 4, 11
11:59am

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

NONESetiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

rosmah mansor najib 250609 02Ditanya daripada mana gerakan tersebut, Mustafa mendakwa ia daripada kalangan pemimpin Umno sendiri.

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya".

Mustafa mendakwa Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.


Mustafa berkata sekiranya perkara ini berlaku, maka secara adatnya sudah tentu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan tempatnya.

"Kecuali Umno mahu memilih Ku Li (Tengku Razaleigh) untuk menjadi perdana menteri. Itu satu kemungkinan sebab Ku Li adalah ahli parlimen Umno," katanya.

Menurutnya, mana-mana ahli parlimen Umno atau BN boleh dipilih menjadi perdana menteri dengan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam sidang media yang sama juga, Mustafa juga menafikan wujudnya pertemuan Nik Aziz - Ku Li selepas membuat semakan berhubung dakwaan tersebut.

Katanya, perkara itu bukan isu dan tidak relevan kerana PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah berbincang mengenai pertukaran ketua pembangkang.

"Mana dapat (cerita ini). Ini serkap jarang... Tok Guru pun dah buat penafian, tetapi masih ditimbulkan.

"Sesiapapun boleh jadi ketua pembagkang tetapi mesti mewakili Pakatan Rakyat. Anwar sebelum ini digam (digantung dari sidang Parlimen) selama enam bulan, kita tidak ganti.

"Beliau terus menjadi ketua pembangkang. Nak ganti mesti datang daripada pemimpin utama Pakatan Rakyat," katanya.

Mustafa turut menafikan SMS yang mendakwa penyokong PAS diberikan wang tunai RM100 dan bekalan makanan sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu.

"Tidak ada. Ahli datang dengan komitmen, tidak harap apa-apa... Harap kena gas (pemedih mata), meriam air atau masuk lokap," katanya berseloroh.

  • Bumiputera Berjaya · Top Commenter · Managing Editor, JustNews.com at CNN International
    I help U..U help me..I buat kat U..sekarang giliran I pula kena U.....
  • Krol Nick · Top Commenter · Works at University of Michigan
    baguslah. aku dah xboleh tgk muka setan laki bini tu.
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    OOOOi..puak umno
    Berkali kali saya sudah sebut..ini umno sudah goyang macam sampan ditengah laut...tak caya?
    - Kalau nak sikap opportunist , jangan lah naik sampan umno. bahaya kalau ditibai badai. dalam umno pun saling serang sendiri. baik kau jaga jaga nasi periuk sendiri, jangan harap dapat tumpang makan nasi PR, sebab PR tak tawarkan konsep kronisma. konsep rasuah...
    - Jaga lah diri baik baik.. sekiranya Najib undurkan diri, maka puak Team B Muhyddin dan Mukhriz akan bantai Najib teruk teruk.. tak caya tunggu tengok. Apa yang berlaku di Pak Lah akan berulang tayang di Najib.
    • Abdul Razak Mohamad · Top Commenter · 52 years old
      Mana nak percaya apa yang antimamak mamak cakap sebab dia sendiri dah biol, kepala dah mereng sebab tak ada jawatan dan kuasa!!!. Berbanyak-banyaklah mengucap dan wirid sempena bulan Ramadhan ni, ni dok asyik kutuk UMNO. Kalau tak ada UMNO ko pun belum tentu ada ilmu!. Bangang punya antimamak mamak!!
    • Raja Rimba · Top Commenter · UC Berkeley
      SILA SHARE VIDEO PANAS INI - MASON DI MALAYSIA PART 18 (DAJJAL AL MASIH) ANTARA FAKTA DAN LIPATAN SEJARAH YG DIGELAPKAN http://bit.ly/pOTwEJ
    • Mohamad Abdullah · Top Commenter
      Altramentaro......like...l​ike...like...i suka u sebab boleh buat anti mamak marah....heh..heh..heh..an​ti mamak memang tangan celupar..
  • Teo See Lian · Top Commenter · High School Batu Pahat
    BUKAN saja UMNO sendiri, maka rakyat juga pun mahu PM- NAJIB letak jawatan jika tidak mampu menghentikan Rasuah, lapuran palsu dan fitnah, kerana rakyat sudah mula "naik angin". Ini adalah suatu Konspirasi politik dan taktik pembohongan yang merbahaya pasti akan menjahanamkan kestabilan negara.
    • Sf Liew
      Siapa tu? Hantu lawan hantu!!!
    • Chun Hon · SMK Batu Lapan
      pak najis....baik laa lu turun sebelum nasi jadi bubur....skrg member lu tarak suka lu lagi.....masih mau duduk persiden samapi buntut bernanah?!!!!!....ingat lu najis.....Lu Langsi Lu Mati!!!!!
    • Raja Rimba · Top Commenter · UC Berkeley
      SILA SHARE VIDEO PANAS INI - MASON DI MALAYSIA PART 18 (DAJJAL AL MASIH) ANTARA FAKTA DAN LIPATAN SEJARAH YG DIGELAPKAN http://bit.ly/pOTwEJ
  • Riwan Mohd Saad · Top Commenter · UTM Skudai
    INILAH PERANCANGAN ALLAH.. KITA XBOLEH NAK JANGKA.. CUMANYA KITA DISEBELAH PIHAK LAIN JANGAN LAH TERLALU GEMBIRA KERANA INI MUNGKIN UJIAN BUAT PR.. MUNGKIN IANYA BOLEH BERLAKU DALAM PAKATAN KITA

    BUATLAH GERAK KERJA JIKA BETUL2 JIKA NAK MENGUBAH DAN MEMBANTU RAKYAT.. JANGAN LIHAT KELEMAHAN / MASALAH DALAMAN PIHAK MUSUH ITU SEBAGAI PERKARA POKOK UNTUK KEMENANGAN..

    TAWAKAL DAN BERUSAHA SUNGGUH2 DENGAN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT.. SESUNGGUHNYA ITULAH SAJA YG RAKYAT PERLUKAN DARIPADA SETIAP WAKIL RAKYAT YG DIPILIH..

CNN nafi ia dilobi bagi wawancara Najib
Ogos 4, 11 3:35pm

Stesen penyiaran antarabangsa CNN menafikan dakwaan bahawa wawancara yang baru-baru diadakannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah hasil lobi oleh sebuah firma perhubungan awam antarabangsa.

najib at ukec student forum 310711Sebuah laporan berita yang diterbitkan oleh pertubuhan media berpangkalan di Amerika Politico memetik jurucakap CNN berkata dakwaan yang dibuat oleh laman web Sarawak Report tersebut adalah tidak benar.

"Wawancara CNN dengan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini diaturkan oleh CNN sendiri dengan pejabat PM,” kata Politico yang memetik jurucakap CNN Lauren Cone.

Sarawak Report, yang diasaskan oleh wartawan Clare Rewcastle Brown, yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, mendakwa firma perhubungan awam FBC Media Ltd, yang berpangkalan di United Kingdom dibayar jutaan ringgit bagi menaikkan imej pemimpin berkenaan di luar negara.

Ia juga mendakwa CNN adalah antara stesen penyiaran antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC bagi mempermantapkan kedudukan pemimpin politik BN itu dan bagi menangkis semua kritikan yang dilemparkan terhadap mereka.

Ini, jika terbukti benar, adalah bercanggahan dengan peraturan badan penyiaran antarabangsa.

azlanSarawak Report juga mendakwa CNN telah menyiarkan beberapa program terbitan FBC, termasuk wawancara Najib oleh presiden syarikat itu, John Defterios.

Wawancara terakhir dibuat awal bulan ini, semasa lawatan rasmi Najib ke London, selepas pihak polis di Malaysia didakwa bertindak kasar ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Meskipun Najib ditanya mengenai himpunan itu, namun menurut pengkritik, Defterios gagal mencabar perdana menteri mengenai rasional di sebalik taktik keras yang digunakan pihak berkuasa bagi menggagalkan perhimpunan berkenaan.

Sarawak Report juga mendakwa Defterios, seorang bekas pengacara bisnes CNN adalah presiden dan pemegang saham dalam syarikat induk FBC iaitu FBC Group Ltd.

Walaupun CNN mengakui terdapat hubungan antara Defterios dengan FBC, stesen televisyen antarabangsa itu berkata Defterios "menjadi kakitangan tetap dengan CNN pada Mac, yang ketika itu telah menamatkan hubungannya dengan FBC”.

Namun, menurut Cone, tidak terdapat sebarang kontrak antara CNN dan FBC bagi menyiarkan sebarang kandungan editorial di CNN.

Tiada ulasan: