Jumaat, 12 Ogos 2011

BERBELIT2LAH DIDUNIA...SELAMATLAH SEBAB DE KUASA DAN KRONI....AKHIRAT JIKA BERDOSA ALLAH SUMBAT DALAM NERAKA...SILAP2 DENGAN KRONI2 SEKALI.....

PAS dakwa pengundi 'klon' adalah ahli Umno
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 12, 11
12:00pm

Ekoran pendedahan mengenai pengundi 'klon', PAS mendakwa parti itu mendapati antara mereka yang mempunyai identiti berganda dalam daftar pemilih, adalah ahli Umno.

NONEKetua Pemuda Johor PAS Suhaizan Kaiat, hari ini mendedahkan tiga lagi
'pengundi klon' di mana identiti berganda mereka masih ada dalam lamanweb pengesalahan dalam talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan Malaysiakini mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai identiti berganda dengan nama, alamat dan kawasan pilihan raya yang sama tetapi nombor MyKad yang sedikit berbeza.

Semakan dengan lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan diri, mendapati satu daripada MyKad mereka adalah tidak sah.

Ketiga-tiga kes baru ini berbeza dengan kes-kes sebelum ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini, yang kemudiannya dibuang oleh SPR dari senarai pemilih.

Mereka tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama, dan identiti berganda mereka berkongsi alamat yang sama tetapi ditulis dalam format yang berbeza.

NONEBagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka adalah ahli Umno.

Suhaizan mendakwa ketiga-tiga mereka adalah ahli sayap Puteri Umno dan Pemuda Umno.

Beliau disyaki 'pengundi klon' tersebut telah dibenarkan mengundi dua kali, dengan meyakinkan pegawai SPR semasa pengundian, dengan menggunakan:

- MyKad palsu;

- Lesen palsu memandu;

- MyKad tulen tetapi dibenarkan mengundi kerana kesilapan kecil dalam nombor MyKad;

- Borang 11 untuk mengisytiharkan bahawa pengundi adalah orang yang namanya terdapat dalam daftar pemilih; dan

- Cara-cara lain yang sesuai.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu akhbar Sin Chew Daily bahawa isu identiti berganda adalah akibat kesilapan manusia ketika memasukkan nombor MyKad ke dalam sistem.

NONEKatanya, sesetengah pengundi mungkin mendaftar dua kali kerana nombor MyKad mereka tidak betul dimasukkan semasa pendaftaran kali pertama.

Jadi mereka mendaftar sekali lagi apabila mendapat tahu nama mereka tidak ada dalam daftar pemilih, mengakibatkan terdapat dua identiti.

Butir-butir terperinci tiga pengundi 'klon' yang ditemui oleh PAS adalah seperti berikut:


Mismah akhirnya ditemui
Ogos 12, 11 11:13am

Seorang warganegara baru Mismah - yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam - akhirnya ditemui media.

Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya, terutama oleh pihak pembangkang.

NONE"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita asal Bawaen, Indonesia yang mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan 'kerakyatan pintu belakang' itu.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Lebih banyak kontroversi muncul apabila selepas empat jam dilaporkan Malaysiakini, status baru ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara).

Tiba 1882, penduduk tetap 1982

Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.

"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah lokasi pinggir ibu negara.

NONEMismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.

Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah - yang digambarkan sebagai ceria, bersuara lembut dan tenang - berkata, beliau masuk dengan sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.

Beliau ketika itu menetap di rumah neneknya di Keramat, Kuala Lumpur dan berpindah ke setinggan Kayu Ara di Petaling Jaya selepas berkahwin dua bulan selepas itu.

Beliau terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.

Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya dengan loghat tempatan, sesuai dengan taraf barunya itu.

Ibu, 4 anak juga warganegara

Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun - 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.

NONEDilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.

Mismah, empat anaknya dan - dua lelaki dan dua perempuan - termasuk ibunya yang sudah berumur 70 tahun juga merupakan pemegang kad pengenalan biru.

Tiga anaknya kini merupakan penjawat awam manakala seorang lagi baru tamat belajar.

Beliau kini bekerja sebagai tukang sapu di pejabat sebuah syarikat jualan langsung dan dikatakan seorang penjimat sehingga memiliki sebuah rumah teres.

Mismah ditemui dua wartawan Sinar Harian. Akhbar berita tempatan berbahasa Melayu itu dikatakan sudah seminggu cuba menjejak wanita itu tetapi hanya menemuinya selepas dibantu maklumat daripada seorang pembaca.

Bagaimanapun, gambar Mismah yang disiarkan sengaja dikaburkan di bahagian mukanya manakala suaminya pila hanya diperkenalkan dengan nama Musadi (bukan nama sebenar).

'Siapa dia yang tahu saya kalah, boleh jalanlah'
Aidila Razak
Ogos 12, 11
10:50am

Ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali tidak risau dengan hasil satu kajiselidik yang menunjukkan beliau mungkin kehilangan kerusi Pasir Mas di Kelantan ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEDalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah".

"Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalanlah," katanya dalam teks mesej kepada Malaysiakini semalam.

Ibrahim (kiri) diminta mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa beliau mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008.



DAP: Siasat Nazri ikut undang-undang yang penjarakan Anwar
Ogos 12, 11 11:29am

Walaupun Datuk Nazri Abdul Aziz telah menjelaskan bahawa suratnya kepada syarikat kaitan kerajaan (GLC) supaya selesaikan saman mereka dengan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli hanya satu "nasihat", tetapi DAP mahu menteri itu disiasat atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 03Dalam satu kenyataan, setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mendakwa ia merupakan satu kes yang jelas menteri menggunakan kedudukannya untuk secara tidak wajar mempengaruhi keputusan yang belum selesai di syarikat-syarikat tersebut.

Tony berkata, Nazri tidak ada urusan untuk memberi apa juga bentuk arahan kepada GLC kerana beliau bukan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan terbaik.

Sebaliknya, katanya, pihak terbaik untuk menasihati lembaga pengarah syarikat berkenaan berhubung kes perundangan mereka adalah peguam mereka yang dilantik, yang menurut Pua, juga terkejut dengan arahan menteri tersebut.

NONEAhli parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan arahan Nazri itu sebagai "memperolok-olokkan urus-tadbir korporat syarikat berkenaan", yang menurutnya hanya akan menjejaskan minat pelabur tempatan dan asing, yang tidak bertolak ansur dengan campurtangan terang-terangan kerajaan dalam perniagaan dan keputusan kewangan.

Pua berkata Nazri boleh disiasat di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970.

Seksyen itu menyebut mana-mana anggota pentadbiran, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang melakukan perbuatan rasuah boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda 20,000 RM atau kedua-duanya."


Nazri: Saya tak arahkan GLC, saya hanya nasihati
Hafiz Yatim
Ogos 11, 11
5:07pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengakui beliau menghantar surat kepada syarikat-syarkat berkaitan kerajaan (GLC) pada 8 Ogos lalu berhubung penyelesain dengan Tan Sri Tajudin Ramli, tetapi menafikan mengarahkan mereka membatalkan saman ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia itu.

NONENazri berkata tindakan itu adalah atas kapasitinya sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang dan berikutan cadangan oleh Tajudin untuk menyelesaikan kes-kes yang tertangguh.

Justeru, katanya ia bukan sesuatu yang wajib bagi GLC membatalkan saman mereka tetapi mereka dimaklumkan berhubung situasi baru yang boleh mereka ambil.

“Tajudin telah berhubungan dengan kami sejak enam bulan lalu dan mencadangkan penyelesaian.

"Saya menulis kepada GLC terbabit selepas mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dan sebagai menteri bertanggungjawab mengenai undang-undang kerana kes ini telah berlarutan sebegitu lama - enam tahun,” kata Nazri kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Katanya, tidak perlu bagi GLC berkenaan mematuhi nasihatnya dan terpulang bagi mereka menentukan pilihan terbaik demi menjaga kepentingan mereka.Tiada jaminan menang

"Jika mereka berpendapat, mereka ada peluang untuk menang, mereka boleh teruskan dengan saman. Sebagai entiti yang sah, mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri.

tajudin ramli“Saya hanya menulis kepada mereka mengingatkan bahawa Tajudin (kiri) telah menghubungi (kerajaan) dengan hasrat membuat penyelesaian dan saya hanya meminta mereka mengkajinya,” katanya.

Menurut Nazri proses mahkamah bukan sahaja memakan masa tetapi tidak ada jaminan kemenangan akan berpihak kepada mereka.

“Katakan kes ini dibicarakan, ia mungkin ambil masa lima hingga enam tahun dan mungkin ada rayuan pula. Ia mungkin ambil masa 10 tahun lagi. Kita juga tidak tahu sama ada ia akan berpihak kepada kita ataupun Tajudin. Sebab itu penyelesaian luar mahkamah dicadangkan.

“Bagaimanapun, jika ini diselesaikan, ia tidak sepatutnya menambahkan kos pada pihak kerajaan,” katanya.

Awal hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Nazri kerana didakwa mengeluarkan surat kepada GLC untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas Tajudin.

NONEMenurut Anwar, jika sesuatu perkara membabitkan GLC, arahan mesti datang daripada menteri kewangan atau Kementerian Kewangan dan bukannya Nazri.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.



Tiada ulasan: