Rabu, 3 Ogos 2011

BILA CAKAP TAK SERUPA BIKIN...BANYAK RAKYAT MENDERITA...YANG KAYA HIDUP MELIMPAH LUAH..RAKYAT ADA YANG MEREMPAT..AKHIRAT JAWAB JE LAH SAMA PUSAT ZAKAT

Berbuka puasa bersama Red Warriors
Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 3 Ogos: Peminat pasukan The Red Warriors berpeluang berbuka puasa bersama skuad tersebut di Perdana Resort sempena majlis amal 5 Ramadan ini.

Program tersebut yang ditaja Happy Prepaid, Tourism Kelantan dan KB Excel akan meraikan anak-anak yatim Taman Sabariah bersama peminat bola sepak Kelantan.

Penjaga Gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dijangka memeriahkan program berkenaan bersama anak-anak yatim dan peminat.

Pegawai Perhubungan Awam Perdana Resort, Norhasnida Ahmed berkata, proram itu bermula jam 5.00 petang menawarkan peminat The Red Warriors buffet berbuka puasa sebanyak RM43 untuk dewasa dan RM20 (kanak-kanak).

Katanya, pelanggan kelapan dari satu keluarga tidak dikenakan bayaran sebagai menghargai sokongan mereka.

“Selain itu pada 16 Ogos ini kami akan mengadakan program masakan beramai-ramai untuk diagihkan kepada masyarakat kampung yang tinggal di sekitar Perdana Resort,” katanya di sini.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan melalui talian 09-774 4000.


Terberak tunggu bayaran wang kebajikan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) diberitahu terdapat golongan tua yang terkencing dan terberak dalam premis BSN ketika menunggu untuk mengeluarkan wang.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya ketika mengunjungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang hari ini amat terkejut apabila melihat keadaan kelam kabut di premis bank itu.

“Ketika bertanyakan berkenaan hal itu, pegawai kami difahamkan bahawa setiap minggu pertama pada setiap bulan begitulah keadaannya memandangkan golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, ramai daripada penerima itu yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank.

“Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, katanya bayaran dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bank Simpanan Nasional menjadi bank komuniti yang dilantik untuk menyalurkan bayaran itu.

Menurutnya, BSN cuba untuk mengatasi masalah itu dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan untuk menggunakan kaedah pengeluaran itu kerana ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka untuk menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN).

Keadaan itu, ujarnya boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa.

“CAP menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan meminta bank komersial lain agar turut menyediakan perkhidmatan ini,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan itulah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

>: رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا

خَيْرُبَيْتٍ فِى الْمُسْلِمِينَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ إِلَيهِ

وَشَرُّبَيْتٍ فِى المُسْلِمِينَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيمٌ يُسَاءُ إِلَيْهِ

Se-baik2 rumah kaum muslim, yalah rumah yg ada anak yatim diasuh dgn baik, dan se-jahat2 rumah kaum muslim, yalah rumah yg ada anak yatim, yg selalu diganggu dan disakiti hatinya.
>: Ibnu Majah

CAP: Warga tua terberak tunggu wang kebajikan
Ogos 3, 11 5:05pm

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa keadaan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang adalah sebegitu kelam kabut dan sesak pada setiap minggu pertama setiap bulan.

Ini kerana menurut presidennya SM Mohamed Idris, beliau dimaklumkan sepanjang tempoh itu golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka.

NONE“Ramai daripada penerima ini yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank.

“Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, menurut SM Mohamed (kiri), bayaran dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

BSN kemudiannya dilantik menjadi bank komuniti untuk menyalurkan bayaran itu.

Menurut presiden CAP itu, BSN juga cuba untuk mengatasi masalah berkenaan dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan menggunakan mesin bagi tujuan pengeluaran.

“Ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN). Keadaan ini boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa,” katanya.

Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Katanya, bank komersial lain juga perlu menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan golongan berkenaan mengeluarkan wang kebajikan mereka.

“Semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan inilah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR),” akhiri kenyataan media CAP itu.

PR: 610 di 4 Dun telah daftar mengundi
Hazayani Zakaria

PETALING JAYA, 3 Ogos: PAS Selangor mengenal pasti 610 nama berstatus Penduduk Tetap (PR) yang didaftarkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) di empat Dun.

Menurut Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar), seramai 225 pengundi yang mempunyai kad pengenalan merah dikesan di Dun Paya Jaras, 261 orang di Dun Semenyeh, 140 orang di Dun Kajang dan 49 orang di Dun Dusun Tua.

Ianya sebahagian nama yang dikesan dalam proses bantahan bagi RDPT bagi suku ke-2 2011 Julai lalu.

Tegasnya, Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor mempunyai bukti mengenai dakwaan itu.

"Untuk kepastian, PAS Selangor telah merujuk kepada laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk rekod. Kita khuatir jumlah tersebut akan bertambah.

"Kita ada bukti bercetak bahawa nama-nama mereka yang diklasifikasikan sebagai PR yang dicetak dari laman web JPN sebagai kad pengenalan merah,"kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas sidang media Pakatan Rakyat berhubung perkara sama di pejabat Pakatan Rakyat, dekat sini hari ini.

Namun apa yang memeranjatkan apabila sehari selepas dikesan, mereka mendapati rekod kerakyatan mereka yang dikenal pasti sebagai PR telah bertukar menjadi warganegara dan bertukar kepada kad pengenalan biru.

"Bagaimana ia boleh berlaku, Bukankah JPN memerlukan cap jari seseorang itu sebelum menyerahkan kad pengenalan atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada pemohon? soalnya.

Selain itu PAS selangor juga mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana seorang rakyat Malaysia yang lahir tahun 1984 telah dikatakan memiliki kad pengenalan biru yang membawa kod 71 iaitu penduduk teap kelahiran luar negara.

"Jika dia dilahirkan di Malaysia, sudah tentu kod yang tertera di kad pengenalan adalah kod negeri kelahiran.

"Jika betul dia dilahirkan di luar Malaysia, kenapa dia memiliki keistimewaan sehingga memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?" soalnya lagi.

Beliau berkata, perkara ini sangat membimbangkan kerana jelas merupakan tindakan penipuan oleh mereka yang mempunyai akses kepada rekod di JPN.

Sehubungan itu PAS Selangor mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara membabitkan keselamatan negara ini.

"PAS Selangor mendesak pihak yang terlibat dalam perkara ini diambil tindakan undang-undang," katanya.

Duit raya cuma RM200, hutang berlipat ganda
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Lembah Klang menegaskan bahawa pemberian wang raya sejumlah RM200 hingga 400 kepada peneroka bukan penyelesaian yang diinginkan oleh mereka.

Sebaliknya, mereka menegaskan, sememangnya lebih daripada jumlah itupun peneroka berhak menerimanya, hasil penat lelah mereka mengusahakan ladang-ladang mereka.

Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Cawangan Lembah Klang, Mohd Nasaie Ismail menegaskan, namun mereka mendesak Perdana Menteri menjawab persoalan hutang peneroka Felda yang menanam semula dengan Felda sehingga jumlahnya hampir RM100,000, malah ada yang lebih daripada itu.

Menurut beliau, terdapat perbelanjaan tidak munasabah di pihak Felda seperti dalam penyata yang diberikan kepada sebahagian peneroka dan jumlah yang besar itu tidak dapat ditampung dengan gula-gula raya sebanyak RM400 itu.

Katanya, antaranya kos kawat letrik yang dimasukkan dalam perbelanjaan, tetapi tiada sebarang kawat elektrik pun dipasang di ladang-ladang peneroka.

"Begitu juga dengan kos meracun dan membaja yang dijalankan secara tidak efisyen. Ini dapat dilihat daripada kebun sawit dan getah yang semak seolah-olah tidak diracun untuk tempoh yang lama.

"Amat pelik apabila setelah lebih 30 tahun membayar hutang dengan Felda dan kini peneroka memiliki geran tanah sendiri, kemudian terpaksa berhutang kembali dengan Felda akibat kos tanam semula yang dikenakan dan tidak munasabah," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Anak Lembah Klang, menurut beliau, pelik dengan perbelanjaan besar tersebut memandangkan hasil kelapa sawit peneroka yang diambil Felda setiap bulan.

"Jadi ke mana disalurkan keuntungannya? Adakah dengan jumlah hasil yang diterima setiap bulan masih kurang untuk dipotong hutang Felda sehingga meninggalkan jumlah hutang yang besar?

"Ladang sawit 10 ekar yang pokoknya berusia 7 hingga 15 tahun berpotensi menghasilkan pendapatan RM5,000 ke RM10,000. Adakah dengan jumlah ini tidak cukup untuk menampung kos buruh dan penyelenggaraan ladang yang dikendalikan oleh Felda? Sedangkan umum mengetahui harga komuniti sawit yang tinggi mutakhir ini?" tanyanya.

Justeru, Anak Cawangan Lembah Klang melihat ada sesuatu 'tidak kena' dengan pengurusan perbelanjaan Felda yang bebannya dikenakan kepada peneroka.

Tidak cukup dengan gula-gula wang raya sebanyak RM400 setiap peneroka, katanya, kerana beban hutang tidak munasabah dikenakan kepada peneroka berlipat kali ganda lebih besar berbanding wang raya tersebut.

"Kita mendesak Perdana Menteri menjawab segera isu ini dan mengarahkan Felda mengeluarkan penyata yang telus kepada setiap peneroka Felda.

"Tiada harapan kita hendak berikan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk menjawab isu ini kerana setiap jawapan beliau sebelum ini sekadar jawapan politik, merapu dan tidak masuk akal. Oleh itu Perdana Menteri mesti bertanggungjawab," tegasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.


Jom Shopping: BN minat tiru Selangor
Aziz Muda

SHAH ALAM, 3 Ogos: Langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memperkenalkan skim Jom Shoping yang dikhaskan kepada warga emas di seluruh Selangor turut diminati pihak BN sehingga bertindak menirunya.

Menerusi skim Jom Shoping, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan sumbangan RM100 seorang kepada setiap warga emas rakyat Selangor untuk membantu mereka dari segi kewangan, khususnya untuk membeli belah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) menjelaskan, skim tersebut sememangnya suatu skim yang baik kepada rakyat dan kerajaan dan sejak diperkenalkan sudah banyak warga emas di Selangor yang menerimanya.

Menurut beliau, tujuan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memperkenalkan skim itu adalah untuk membantu rakyat, manakala untuk melaksanakannya, kerajaan mendapatkan dana khas dengan cara tersendiri.

Katanya, begitu juga dengan skim-skim lain yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor yang juga dilaksanakan dengan dana yang diperolehi dengan cara tersendiri tanpa membabitkan wang rakyat.

"Sekarang Jom Shoping untuk warga emas yang kita perkenalkan itu dah pun ditiru oleh kerajaan BN. Tak apalah kalau kerajaan BN nak tiru perkara baik yang kita buat itu.

"Tapi dalam hal ini, kita nak ingatkan kepada kerajaan BN, janganlah pula guna dana pembayar cukai. Kalau nak tiru kita, buatlah seperti yang kita buat juga dengan tidak menggunakan dana pembayar cukai (dana rakyat)," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.

Rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini, di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Pada sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Khalid menjelaskan, belanjawan negeri Selangor yang dibentangkan tahun ini dan tahun-tahun lalu tidak terdapat defisit kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sendiri sememangnya berusaha mengelakkan dari belanjawan yang mempunyai defisit.

Katanya, kalau defisit, kerajaan Selangor terpaksalah membuat pinjaman dengan Kerajaan Pusat, sedangkan kerajaan Selangor tidak boleh membuat pinjaman dengan Kerajaan Pusat.

"Untuk itu, kita tak perlu pinjam. Apa yang dapat, kita belanja. Begitu juga dengan lebihan RM200 juta dalam belanjawan kita yang lalu, kita akan belanja untuk kepentingan rakyat.

"Hasil-hasil yang kita terima dah kita gunakan. Sekiranya kita memerlukan dana untuk membantu rakyat, kita akan gunakan syarikat-syarikat kita.

"Syarikat yang kendalikan pasir baru-baru ini dah dapat untung RM20 hingga RM40 juta. Kita minta dari syarikat kita ini sedikit sumbangan untuk dana bagi membantu rakyat, termasuk untuk skim Jom Shoping bagi warga emas," katanya.

Tindakan seperti itu, jelas beliau, terpaksa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengelakkan belanjawan kerajaan negeri mengalami defisit, memandangkan belanjawan tersebut sudah tinggi.

Selain itu, beliau juga menggunakan dana yang diperolehi dari pengumpulan kutipan hutang-hutang yang tidak dibayar dulu bagi melaksanakan skim-skim lain termasuk skim-skim bagi penduduk bandar, luar bandar, golongan wanita, lelaki, belia, remaja, warga emas, pelajar, ibu tunggal dan skim-skim lain yang melibatkan semua golongan.


Ketua Pemuda PAS ke Mesir siasat kes pecat pelajar
Mohd Farham

SEPANG, 3 Ogos: Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan bersama peguam berlepas ke Mesir bagi menyiasat sendiri kejadian beberapa pelajar Malaysia di buang universiti di sana ekoran menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu di sana.

Nasruddin ditemani peguam Mohd Zamri yang juga merupakan Ketua Jabatan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengkaji sendiri kes itu.

(Nasruidn dan Zamri di KLIA sebelum berlepas ke Mesir)

Sebelum ini, dilaporkan dua penuntut Malaysia dipecat dari universiti Al Azhar kononnya kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kaherah pada 9 Julai lalu.

Namun ramai yang musykil bagaimana universiti Al Azhar boleh membuat tindakan itu sedangkan ratusan ribu lagi rakyat Mesir yang berdemostrasi sehingga menjatuhkan regim Husni Mubarak tetapi tidak diambil tindakan oleh universiti Mesir.

Ekoran itu, ramai yang membuat dakwaan ia berlaku ekoran dari tekanan pihak berkuasa Malaysia melalui kedutaan besarnya di Kaherah.

Ramai pelajar Malaysia yang pulang ke tanah air mula membuat kempen bantahan dengan menganjurkan solat hajat di surau dan masjid yang mereka dijemput untuk menjadi imam solat Terawihnya.

Bagi Nasrudin, Umno menjadikan seluruh agensi-agensi kerajaan yang dibayar gajinya oleh rakyat sebagai 'trooper' Umno dalam merealisasikan amalan demokrasi sempit mereka.

Nasruddin berkata, antara buktinya adalah apabila Umno menggunakan kedutaan dan jabatan penuntut Malaysia di Mesir untuk menyekat serta menghalang kebangkitan pelajar di sana.

Mereka dikenakan tindakan seperti dilucutkan dari pembelajaran serta disenarahitamkan dari segala urusan berkaitan dengan kedutaan hanya kerana menyertai sesuatu aktiviti yang tidak disenangi Umno.

Antara tidakan yang dikenakan adalah dipecat dari universiti, dibuang asrama, disenaraihitamkan oleh kedutaan.

Antara kesalahan mereka hanya kerana menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di seluruh penempatan rakyat Malaysia di Mesir 9 Julai lalu.

Mereka yang dikenakan tindakan ini tiada hitam putih dan hanya mendapat arahan mulut sahaja pihak universiti.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu ini sebelum rakyat bangkit khususnya penuntut-penuntut agama dan agamawan di seluruh tanah air.

"Pemuda PAS akan menggerakkan seluruh ulama-ulama, muda dan tua, serta penuntut ilmu di seluruh tanah air untuk mendesak kerajaan sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak menyelesaikan isu ini. Isu ini juga jelas apabila ada dikalangan pegawai yang bertugas di kedutaan Malaysia di Kaherah merancang dan berniat jahat melalui perbincangan laman sosialnya yang telah digodam oleh individu yang tidak dikenali,"ujar Nasaruddin.

Nasruddin juga turut membidas kenyataan beberapa pimpinan kerajaan Malaysia mengenai dengan kerukunan dan keselesaan rakyat kepada kerajaan semasa.

"Dalam kerajaan membawa imej 1 Malaysia, transformasi politik berlaku, juga mengatakan rakyat sudah kembali kepada Umno dan BN, tapi apabila Bersih 2.0 diadakan, ianya jelas mengambarkan kehadiran rakyat pelbagai kaum yang ramai benar-benar menolak kerajaan serta menyangkal rakyat selesa dengan kerajaan yang memerintah sekarang ini,"kata Nasruddin.

Tiada ulasan: