Jumaat, 26 Ogos 2011

BILA ADA PENDATANG ASING...KESANNYA MEMANG ADA...TERIMA AJE...KITA PUN BIARKAN PERGAULAN BEBAS..TAK DE SEKATAN...HUKUM ALLAH DIABAIKAN...

Gadis lari ikut teman lelaki Nepal ke Kathmandu
Ogos 26, 11 5:07pm

Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, Padang Seri bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.

Gadis berkenaan Norshahira Mohd Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.

Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.

Ketika ditemui di rumahnya hari ini, Mohd Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.

Mohd Rasul berkata sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu.

Beliau juga mendapat maklumat daripada rakan sekerja lelaki Nepal yang dikenali sebagai Imthias Khan, 24, bahawa permit kerjanya telah tamat tempoh dan dia terpaksa pulang ke negaranya sebelum dapat menyambung semula permitnya untuk bekerja semula di negara ini.

Isteri Mohd Rasul, Siti Fatimah Jasin, 46, pula amat risau akan masalah kesihatan yang dideritai Norshahira, anak kedua daripada enam beradik, yang pernah menjalani pembedahan kecil akibat apendiksnya pecah beberapa tahun lalu.

Fatimah memohon sama ada Kelab Putera 1Malaysia atau Pergerakan Pemuda Umno membantu keluarganya mengatasi masalah yang dialami keluarganya itu kerana untuk menyelesaikannya sendiri mereka amat kesuntukan kewangan selain komunikasi.

- Bernama




  • King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.
    Najib : hang smalam kalot kata celop cap jari lebih senang! kak mah ko marah2 tu..hari ni ko buat kasi susah sikit.ko nak bonus tak?

    SPR : awat hang kalut, kisti lah ceq buat BN menang mudah! hang jgn risau.ceq dah plan dah.scrip lama tu kita ulang balik.depa suruh kita pakai dakwat kita kata la kita setuju..sehari nak mengundi kita batalkan la..hehe hang jugak yg ajar kami kan.

    DAP : hangpa ni tolol lah, kami cuma nak bantu SPR bersihkan senarai undi..hangpa ni x mau ni hangpa ikhlas ker idak?
    ...Lihat seterusnya..
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    SPR ni Pun satu.. Kerja Org Politik Bukan Tolong daftarkan org Jadi Pengundi...yang Aku Pelik.. KENAPA TAK SECARA AUTOMATIK SIAPA YG BERUMUR 21 - SECARA AUTOMATIK DIDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI - Selepas Didaftar Cuma yg Ingin Membuat Pertukaran Tempat baru buat Permohonan! Kata Dah Ade Link dgn JPN... Ini Cara Zaman Kuno.. Cara Nak Menyusahkan Orang!
    • Ibrahim Tompang · Pengulas Tertinggi
      Kelakar laa ipoh mali ni...kan tu daa tugas suruhan jaya pilihanraya...tapi u all tak letak kepercayaan pulak....!!saya rasa ANU WAR jadi pengerusi SPR baru betul laaaa...
    • Faisal Kun · Pengulas Tertinggi · 宮城県名取市
      klu malas xpyh jd wakil rakyatkle.jd pencacai umno ngan pkr
    • Hamim Shahrir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sendiri cari makan maa
      puak2 yg berkenaan suka sgt tompang yg bukan2.org ckp pasal spr dia pusing and babitkan anwar..sikit2 anwar, sikit anwar...nampak sgt takut kat anwar...
  • Ikram Gti · Batu 16 hing school
    mangkok ayun bangang stupid dap.
  • Zaki Abu Zaki · Pengulas Tertinggi · Smksb
    bangsat pada yang menyokong SPR aka ejen umno! DAP yg ahlinya rakyat MALAYSIA dikata penghancur negara tapi umno bawak warga asing masuk dan bagi kp biru dengan cepat korang puji! wei rakyat malaysia selepas ini warga asing yg dpt I see tu boleh menuntut hak sama mcm korang punya tau silap2 tanah korg g dia rampas padan muka! baru nk nyesal tak guna beb! UMNO SDG MENGGADAIKAN NEGARA!
  • Sofian Abd Aziz · Bekerja di Kilang kobe
    jangan dok layan DAP , lagi dok layan , lagi macam -macam depa minta.Ini kelemahan orang kita.Di Pulau Pinang pemimpin cina bukan layan sangat permintaan orang Melayu , depa buat tak tau saja , macam kita bukan rakyat penang.Depa DAP anggap orang Melayu ini pengacau saja .Tak guna layan .
    • Zainuddin Alang · Pengurus di Salakunggul
      masa gerakan..dulu..ksk..layan ke org melayu penang....lu pikir la..sendiri
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
      DAP yang Tak peduli Org Melayu yg Guru KAFA dapat Bonus RAYA minimum RM300 Lim guan Eng Kasi.... UMNO yg Peduli melayu 50 tahun yg Melayu Merempat ..habis Licin tanah melayu Digadai UMNO..kah kah kah
    • Faisal Kun · Pengulas Tertinggi · 宮城県名取市
      lol ipoh mali.p.pinang tu klu xumno caci maki die jgn harap die nak wat.die wat camtu sbb nak jage hati je. tgkle kes2 sblum nie mase die baru jadi ketua mnteri dulu.ramai org melayu sangkut.bila org ramai bangkit barule die hulur skit duit..org kite tgk duit layulee..haha bek bg pas je jd ketua mnteri.cina pgg hapa pon xda
  • El Yoesraa
    Seandainya Nik Aziz Gubernur Aceh? sila baca..menarik..

    http://harian-aceh.com/2011/06/09/seandainya-nik-aziz-gubernur-aceh
  • Raja Rimba · Top Commenter · UC Berkeley
    LEE KUAN YEW KETAWAKAN MALAYSIA. CUBA TENGOK CARA DIA GELAK AMAT MENYAKITKAN HATI BETUL, MENDIDIH GUA BEB http://bit.ly/qHni7a.
  • Absah Awang · Top Commenter · Xkolej
    mudahnya MEREKA cuci tangan..lapkan pada orang lain.Orang lain kena bertanggungjawab pulak.KURANG AJAR!
  • Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    SPR tiada maruah dan nilai kerjaya yang baik....selagi kedua individu itu ada dalam jabatan itu.
  • Sofian Abd Aziz · Works at Kilang kobe
    Di Balik Pulau mana prumahan kos rendah yang DAP bina.Sejak Pakatan Rakyat memerintah yang banyak pembangunan adalah perumahan kos tinggi saja.Mana orang Melayu mampu nak beli.Harganya semua satu juta keatas.Semua cina dah beli.Perumahan kos tinggi harganya jutaan ringgit tumbah bagaikan cendawan selepas hujan di Balik Pulau.lama-kelamaan majoriti penduduk melayu akan menjadi minoriti.
    • Ketam Kapit · Top Commenter
      tu la pasai... sofian abd aziz... hang lain kali kena berkawan dgn budaya UMNO baru la bleh beli umah yg mahai mahai, juta juta.... cuba hg tgok pemimpin UMNO, semuanya umah besaq besaq belaka.... hg ada apa? hg yg undi lepa masih tp merempat di bumi sendiri...sepatutnya hg dah kaya lama dah bila jd ahli UMNO.... masa BN merintah dekat dekat 50thn, awat hg x p minta kat lepa umah utk berteduh atau umah juta juta jugak, lani baru hg nk bunyi, hang dah terlambat..... sbb LGE n PR akan bg dkt rakyat yg lebih susah dari hang, yg mana lepa nie dulu BN/UMNO buat x peduli langsung.............tp aku nk bgtau hang, tanah p penang adalah 67% hak melayu dan bakinya yg org lain... hg nk tau mcmana jd mcm ni? mai aku nk bgtau kat hang.... yg dok jd dalang sampai lingkup tanah melayu ni, semua keja kroni UMNO utk tangkap projek pembangunan ...See More
    • Paksu Wazir · Top Commenter · SMK Raja Tun Uda
      fian ni memang mangkok ayun bangang lagi tolol

Ketua Umno Padang Serai lepas jawatan
Ogos 26, 11 3:05pm

Ketua Umno bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai penyelaras DUN Merbau Pulas.

Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.

“Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya.

Beliau memberitahu Bernama demikian selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran
Umno Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di Padang Serai malam tadi.

Hampir 500 orang yang terdiri daripada warga emas, orang susah dan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam Parlimen Padang Serai mendapat bantuan barang-barang keperluan dapur, pakaian dan “duit raya' sempena Aidilfitri.

- Bernama



DAP: 'Kenapa SPR sibuk dengan agama pengundi?'
Salhan K Ahmad
Ogos 26, 11
2:27pm

DAP hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menolak pendaftaran pengundi tertentu disebabkan status agama individu berkenaan.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata parti itu hanya berjaya mengesan perkara itu apabila SPR menggunakan sistem pendaftaran yang lebih tersusun pada tahun ini.

Perkara itu dikesan melalui borang pendaftaran yang dikembalikan SPR, berserta dengan catatan berhubung sebab penolakan bagi setiap pendaftaran, kata Pua.

"Ada di pendaftaran pengundi yang ditolak sebab dalam borang dinyatakan 'tiada agama' atau berlainan daripada agama di dalam kad pengenalan.

"Saya dapati perkara ini sangat membebankan kerana agama seseorang itu tidak relevan dengan kerakyatannya atau hak untuk mengundi.

"Kenapa SPR perlu sibuk dengan agama pengundi?," soalnya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Beliau menganggarkan, satu daripada setiap 30 pendaftaran pengundi yang dikemukakan DAP akan ditolak oleh SPR.

"Jumlah ini nampak tidak besar, tapi mereka telah berhak untuk mendaftar," katanya lagi.

Pua mendakwa, perkara itu menimbulkan banyak masalah kepada penolong pendaftar DAP yang tidak dapat menyemak status agama sebenar bagi setiap individu bukan Islam.

Jelasnya, status agama sebenar bagi individu bukan Islam hanya boleh disemak menggunakan pengimbas MyKad memandangkan status berkenaan tidak dinyatakan pada dokumen berkenaan.

Penolong pendaftar berkenaan pula hanya mendaftarkan pengundi mengikut maklumat status agama yang diberitahu oleh individu berkenaan, katanya lagi.

Masalah timbul apabila SPR menolak pendaftaran individu tertentu, termasuk yang berstatus tiada agama mengikut MyKad mereka.

"Saya kenal seseorang yang cuba mendaftar (sebanyak) empat kali tapi gagal, kemudian dapat tahu selepas menyemak dengan pengimbas MyKad yang menyatakan bahawa beliau tiada agama.

"Agama seseorang tidak relevan dengan kerakyatan atau hak mengundi. Terdapat ramai orang yang agnostik atau ateis dan ini tidak salah mengikut perlembagaan persekutuan," katanya.

"(Orang bukan Islam juga bebas untuk menukar agama, dan ramai yang tidak tahu bahawa data ini terdapat dalam MyKad, jadi anda tidak boleh jangka orang akan pergi ke Jabatan Pendaftaran negara untuk menukar (status) agama, katanya lagi.

Dalam sidang media hari ini, beliau turut mengedarkan salinan kepada lapan helai Borang Pendaftaran Pemilih yang telah dikembalikan oleh SPR.

Sebanyak empat daripada 13 permohonan yang ditolak itu dinyatakan "tiada agama," menurut alasan yang dinyatakan di borang berkenaan.

Selebihnya, empat daripada 120 pemohon itu ditolak kerana "dah daftar", dua lagi dinyatakan "alamat tak sama", satu permohonan yang "tiada tandatangan" dan satu lagi "tiada poskod."


Pengundi dakwa didaftar tanpa pengetahuan
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 26, 11
3:48pm

Selain daripada kecacatan yang dikesan dalam daftar pemilih, proses pendaftaran pengundi juga terdedah kepada penyalahgunaan apabila rakyat Malaysia di seberang laut dikesan didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan mereka.

Malaysiakini menerima aduan daripada dua orang pengadu berkenaan yang terkejut apabila mengesan nama mereka di dalam daftar pemilih, walau individu berkenaan tidak pernah memohon untuk mendaftar sebagai pemilih.

Seorang pengadu yang hanya ingin dikenali sebagai Ng mendapat tahu perkara itu selepas menyemak status beliau melalui sistem dalam talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos lalu.

Beliau berbuat demikian atas dasar "ingin tahu" selepas membaca di dalam satu forum online mengenai dakwaan bahawa pekerja asing tanpa izin telah didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau terkejut apabila mendapat keputusan "permohonan yang sedang diproses" selepas membuat semakan tersebut.

Ini menimbulkan syak kepada dirinya memandangkan beliau tidak pernah mendaftar sebagai pengundi sebelum ini.

"Nama, nombor MyKad dan alamat itu adalah milik saya," katanya kepada Malaysiakini melalui e-mel.

Ng kemudiannya memfailkan aduan kepada SPR melalui e-mel dan seterusnya mendapat jawapan bahawa permohonan beliau untuk mendaftar sebagai pengundi telah dibuat pada Jun 2011.

Setelah itul, beliau menyemak kembali sistem pengesahan di laman SPR dan mendapat tahu bahawa permohonannya telah diluluskan.

Apa yang menghairankan, Ng mendakwa beliau berada di luar negara pada waktu ini dan telah berlepas keluar daripada Malaysia sejak awal 2011.

Sejak itu, beliau juga tidak pernah pulang ke tanah air, kata Ng lagi yang mengesyaki bahawa seseorang telah menggunakan MyKad beliau untuk mendaftar, kata Ng lagi.

Mengulas dakwaan itu, seorang pegawai SPR menjelaskan perkara itu mungkin disebabkan oleh pegawai penolong pendaftar (ARO) yang tidak bertanggungjawab.

Kebanyakan daripada mereka merupakan wakil daripada parti politik yang dibenarkan untuk mempunyai dua orang ARO untuk setiap DUN.

"Ia mungkin berlaku apabila sebilangan ARO, terutamannya daripada parti politik, mendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan individu berkenaan dengan menggunakan maklumat MyKad mereka," katanya yang enggan dinamakan.

Tiada ulasan: