Selasa, 9 Ogos 2011

BILA RAHSIA DIBUKA SATU DEMI SATU...MUNGKIN BANYAK LAGI....NI MASA ALLAH BUKA SEGALA PENIPU DAN PEYELEWENGAN...AGAR KITA BERHENTI DAN BERTAUBAT

Lagi kepincangan daftar pemilih SPR didedahkan
Ogos 9, 11 9:25am
Lagi kepincangan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan.

NONEKali ini, menurut ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, SPR berjaya mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Suhaizan (kanan) yang juga pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, - Kg Baru mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dia dilahirkan pada 27 Mei 1983.

Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan - Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.

Apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.

NONENONE“Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?

“Apakah (Timbalan Pengerusi SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak dijawab oleh kerani SPR sahaja?” soal Suhaizan dalam satu kenyataan media.

Selain itu, beliau juga mendakwa Pemuda PAS telah menjumpai pemilih dari kalangan 'pengundi hantu' di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.

Tidak sah

Beliau memberikan contoh seseorang yang kononnya bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan dikatakan pengundi di DUN Wakaf Mempelam dan kerusi parlimen Kuala Terengganu di daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Namun semakan di laman web JPN menunjukkan nombor yang dimasukkan tidak sah ataupun tiada permohonan mengikut nombor yang diberikan itu.

NONENONE“Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan JPN melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

“Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos lalu di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini,” katanya.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata tempoh bantahan yang lebih lama diperlukan bagi menyemak daftar pemilih SPR bagi membuktikan ia benar-benar bebas daripada 'pengundi hantu'.

Terlalu singkat

Beliau berkata tempoh bantahan sekarang yang hanya selama lima hari termasuk dua hari bercuti adalah terlalu singkat dan tidak munasabah.

voter registration campaign 110707 registration“Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai hingga 2 Ogos. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga Selasa.

“Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan,” katanya.

Menurut Suhaizan, Pemuda PAS juga mendesak SPR agar mengugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak.

“Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

azlan“Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih.

“Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR,” katanya lagi.

  • Ishak Ahmad · Top Commenter · Ilp
    Wan Ahmad : Saya ikut perlembagaan -tak boleh ubah suka suka.
    YB Pdg Rengas : Saya kena tanya PM, sebab PM yang boleh timbang.
    PM : Saya akan arah Peguam Negara kaji perkara ini.
    Rakyat Malaysia : Kita tukar KERAJAAN !
    • Riwan Mohd Saad · Top Commenter · UTM Skudai
      Peguam Negara: Saya kena tanya PM..
      PM: Saya akan mintak nasihat peguam negra..
      Peguan Negara: Saya akan dengar dulu nasihat PM
      PM: Saya bgtau kat peguan negara
      Peguam Negara: PM xbgtau lg apa nak buat.

      hahahahah... 2 x 5.. 5 x 2..
    • Ck Din · Top Commenter · Sabah, Malaysia
      Peguam Negara : PM x bagi tau lg apa nak buat
      PM; buat tak tau saja lama diorang lupa-BN menang.
    • Kayu Api · Kelantan
      wakil rakyat yang menang dari proses menipu ni halal ke haram duit die makan niii, cepat2 brtobat dibulan mulia niii? ya ampunn
  • Mardhiah Mahiddin
    Ya Allah.... Peliharalah negaraku Malaysia daripada Pemimpin yang menzalimi rakyatnya... Selamatkan negaraku Tanahairku tercinta Malaysia daripada pemimpin yang akan merosakkannya negaranya......
  • Suhaizan Kayat · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Kita tak mahu buat report mcm Nazri Tan Sri Aziz cadangkan. Sbb Wan Ahmad kata ini soalan kerani dia aja. Saya mahu aju soalan semasa debat Ambiga dan Wan Ahmad di karangkaraf pun mereka tak dibenarkan. Pada saya bincang dgn SPR buang masa aja. Yg lebih penting adalah kesedaran rakyat.
    • Joseph Abdul · Top Commenter · Works at Banking
      ini bulan..org cina celebrate bulan antu..lagi itu lubuk antu sarawak pun ada... sebabtu banyak antu maa..sudah salah masuk tempat dia pigi ke SPR lak nk jd pengundi.
  • Didi Li · Top Commenter
    Apa kata kita boikot PRU akan datang?
  • Rakyat Skodeng · Top Commenter · Anadolu University
    ini tidak menghairankan langsung..ini tidak pelik..ini memang kerja spr.
    ini tugas spr untuk mengumpul undi untuk gerombolan..satu dunia tahu hal ini seluruh rakyat negara ini tahu spr menipu..

Rusuhan di London: 160 orang ditahan polis
Ogos 9, 11 9:07am

Sekurang-kurangnya 160 orang ditahan oleh polis kerana didakwa terbabit dalam rusuhan dan samun di utara London sejak Ahad lalu manakala keganasan baru dilaporkan tercetus dan merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.

NONERusuhan itu dikatakan kejadian terburuk di London dalam tempoh lebih 25 tahun.

Wartawan AFP melaporkan beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis.

Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus.

Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya.

Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta.

Laporan AP pula memetik pegawai kanan polis Christine Jones, berkata 35 pegawainya cedera, ketika cuba menahan penunjuk perasaan itu.

NONEBeliau berkata, kumpulan belia menyamun kedai, menyerang pegawai polis dan membakar kenderaan dalam keganasan yang menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan bandar raya itu menjelang Sukan Olimpik 2012.

Christine berkata, pihaknya 'terkejut' dengan tahap keganasan dan kemarahan yang ditunjukkan penunjuk perasaan ke atas polis.

“Sebilangan mereka melempar bom petrol ke arah polis, manakala yang lain menyerang anggota kami dengan kayu besbal dan batang besi. Keganasan juga merebak ke bahagian lain di London, termasuk kawasan tarikan pelancongan dan pusat beli belah utama,” katanya.

Keadaan di Tottenham dilaporkan tenang malam semalam, namun keganasan merebak ke Walthamstow Central di timur London, apabila 30 belia mencuri dan merosakkan kedai.

NONE“Kami menempatkan pegawai tambahan di seluruh London dan membuat pemantauan rapi bagi mengelak keganasan daripada berterusan,” katanya.

Sementara itu Jabatan bomba London dalam satu kenyataan berkata, ia menerima 49 panggilan kebakaran di Tottenham tetapi tiada anggota cedera.

Laman web sosial dibanjiri khabar angin rusuhan lain bermula atau dirancang di bahagian lain tetapi polis memberi amaran supaya tidak mempercayainya.


MAS bakal raih faedah
Ogos 8, 11 2:52pm

Malaysia Airlines dijangka mendapat lebih banyak faedah daripada perjanjian pertukaran saham dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd dalam jangka terdekat, kata penganalisis.

Dengan pertukaran saham berkenaan, kedua-dua syarikat penerbangan itu mungkin tidak lagi bersaing sesama sendiri tetapi boleh memanfaatkan secara terus kekuatan dan kemampuan masing-masing, kata HwangDBS Vickers Research di Kuala Lumpur hari ini.

airasia and malaysia airlineFirma penyelidikan itu berkata kedua-dua pihak berkemungkinan dapat menikmati kuasa pembelian yang lebih baik sebagai entiti gabungan.

"Apa yang kami percaya lebih penting ialah perjanjian ini boleh membantu meletakkan semula dan memulihkan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan perjalanan jauh utama," demikian menurut firma itu dalam nota penyelidikannya.

Saham kedua-dua syarikat digantung agangan mulai hari ini selama dua hari sehingga pengumuman yang akan dibuat syarikat-syarikat tersebut.

Semasa ditutup pada Jumaat, saham AirAsia pada RM3.95 manakala Malaysia Airlines pada RM1.60.

HwangDBS Vickers Research berkata perkongsian itu akan menyaksikan kedua-dua syarikat penerbangan mengembangkan saiz kumpulan pesawat mereka kepada 228 pesawat, yang terbesar di rantau ini.

air asia airasia aircraftBagi AirAsia pula, sebagai entiti besar dan dengan Khazanah Nasional sebagai pemegang saham, membolehkannya berada pada kedudukanyang lebih baik untuk mendapat lebih banyak laluan dan hak pendaratan di dalam dan luar negara.

Mengikut perjanjian itu, syarikat penerbangan dijangka beroperasi sebagai entiti berasingan pada peringkat operasi tetapi mungkin berkongsi dasar dan pengarah bersama.

Ia juga dijangka membawa kepada perubahan dalam pengurusan dalam syarikat penerbangan negara, kata firma itu.

Sementara itu, ECM Libra pula dalam nota penyelidikannya berkata perkongsian berkenaan akan membolehkan AirAsia meneruskan apa yang terbaik dilakukannya dengan persaingan yang berkurangan, manakala Malaysia Airlines boleh memberi tumpuan kepada segmen premium dengan pulangan hasil yang lebih baik.

azlanMenurut firma itu, terdapat peluang bagi penjimatan kos memandangkan kedua-dua syarikat penerbangan berpeluang mendapat harga yang baik bagi pembelian pesawat di masa depan serta meminimumkan sumber berganda seperti dalam bidang penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Dilaporkan perjanjian pertukaran berkenaan akan melibatkan Khazanah Nasional akan menguasai sebahagian besar pegangan dalam pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd.

Tune Air pula, mungkin menguasai sehingga 20 peratus pegangan dalam Malaysia Airlines melalui langganan saham baru pada harga diunjur pada premium pada harga pasaran.

- Bernama

  • Kaseh Siti · Top Commenter · Sekolah Menengah Jitra, Kedah
    sudah banyak episod 'merger' berlaku, namun semuanya tidak kekal lama, alih2 KWSP, Tabung Haji, PNB digunakan sebagai alat menahan impak terhadap kerugian yg dialami oleh syarikat2 'merger', siapakah disebalik muslihat ini, fikir2kan...PRU13 ubah pembuat dasar yg baru.
  • Sheikh Mad · Universiti utara malaysia
    INI LAH KERJA PEMIMPIN UMNO SANGGUP GADAI MARUAH DAN MERTABAT MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA, YANG PENTING SELEPAS NI BOSS UMNO AKAN DAPAT BERIBU PEGAGANGAN SAHAM DAN SYARIKAT YANG MENGAMBIL ALIH MAS, PEMIMPIN UMNO UNTUNG ORANG MELAYU JADI BALACI SEUMUR HAYAT..ORANG MELAYU SELALU KENA TIPU, YANG UNTUNG PEMIMPIL IE.AIRASIA IN UMNO..ITU PUN TAK SEDAR...DULU KITA BANGGA DENGAN MAS, SEKARANG SYARIKAT YG ASAL KECHIL AIR ASIA IBATAR ANAK TELAN IBU..APA SUDAH JADI, JAWAP IDRIS JALA PAKAR EKONOMI PM NAJIB.BERAPA % SAHAM ANDA DAAPATDALAM TRANSATION NI...THE FACT IS WE LOST EVERY THING TO THIS VAMPIRE...ORANG MELAYU YANG SOKONG UMNO DAPAT APA JAWAPNYA SEMUA BARANG NAIK, MINYAK NAIK, KOS LIVING NAIK..KITA TINGGAL SELUAR JE ITU YG KITA BOLEH BANGGAKAN.
  • Abezzr Csi Nazrey · USM
    Selepas ni, semua perkhidmatan kena bayar.....as said by Tony last time, PAY SERVICES YOU USED.....jadi, mungkin guna toilet kena bayar, guna aircond kena bayar, guna lampu kena bayar.....lagi teruk, tambang flight murah tapi tambang kosong, tanpa seat etc (mcm hotel tune). So kalau nak seat etc, please pay.....yang pasti slogan lepas ni ialah SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG MURAH YANG SEBENARNYA TIDAK MURAH.....
  • Prince Malaya
    tungguuuu formula idris jala...kaya tambah kaya...yg miskin hilang kerja..pembuangan kerja akan berlaku..bukan tambah berkembang malah tambah kuncup peluang pekerjaan....hidup transformasi...
  • Othman Johor · Top Commenter · Post Doctoral Fellow at Universiti Kebangsaan Malaysia
    Adakah ini usaha untuk meyelamatkan MAS dari lemas berpanjangan? Di zaman Mr Jala, banyak bangunan dan pesawat MAS dijual sedangkan Airasia menuruskan pembelian pesawat dan bangunan. Apa-apapun kita sama-sama lihat siapa telan siapa selepas ini?
Mutiara Ilmu:
اَصْلُ كُلِّ مَعْصِيَةٍ وَغَفْلَةٍ وَشَهْوَةٍ اَلِرّضَا عَنِ النَّفْسِ.

وَاَصْلُ كُلِّ طَاعَةٍ وَيَقْظَةٍ وَعِفَّةٍ عَدَمُ الِرّضَا مِنْكَ عَنْهَا

"Pokok dari semua maksiat dan kelalaian serta syahwat itu kerna ingin memuaskan hawa nafsu. Sedang pokok dari segala ketaatan, kesadaran dan kesopanan akhlak budi, ialah kerna ada pengekangan (penahanan) terhadap hawa nafsu."

Tiada ulasan: