Rabu, 3 Ogos 2011

BILA TAK BOLEH JAWAB...PIHAK SPR JAWAB JE...JANJI DAH JAWAB...LOGIK TAK LOGIK LAIN CERITA....

MB: Laporan p'raya olok-olok satu provokasi
Ogos 3, 11 4:33pm

Barisan Nasional (BN) Perak boleh mengadakan pilihan raya olok-olok pada bila-bila masa kerana ia sentiasa telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

NONE"Tetapi sehingga kini kita tidak pernah mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok dan saya dapati laporan (Perak telah buat pilihan raya olok-olok) yang dibuat itu adalah tidak berasas kepada BN negeri," katanya mengulas laporan sebuah portal berita bahawa BN Perak telah mengadakan pilihan raya olok-olok yang berkesudahan dengan kekalahan BN.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, beliau berkata laporan yang dibuat oleh portal berita itu adalah sesuatu yang bersifat provokasi.

"Ia cuba menggambarkan seolah-olah hampir kesemua 24 ketua bahagian Umno di Perak enggan menggerakkan jentera sehinggalah nama calon diumumkan," katanya.

Zambry berkata isu berkenaan tidak timbul kerana BN telah menetapkan untuk mengadakan musyawarah dan perundingan bagi membincang dan mencapai persetujuan dalam sebarang perkara termasuk soal calon.

Pemilihan calon telah dimulakan sejak awal berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu calon mestilah orang yang disukai rakyat dan boleh memenangi pilihan raya, katanya.

"Saya telahpun menerima senarai pendek calon dan senarai itu sedang melalui beberapa proses penilaian. Kita ada formula di BN di mana ianya adalah melalui prinsip persefahaman," katanya.

Zambry berkata calon-calon berpotensi telahpun dikenal pasti dan ianya termasuk mereka yang sedang berkhidmat dan muka baru.

- Bernama


SPR tukar status 'Mismah' dalam draf senarai pemilih
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 3, 11
3:43pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status Mismah, yang namanya telah dimasukkan dalam draf senarai pendaftaran pemilih.

Ini berdasarkan kepada semakan pada sistem pengesahan dalam talian SPR pada jam 2 petang hari ini.

NONE'Status rekod' (rujuk rajah) menyatakan permohonannya untuk mendaftar sebagai pengundi adalah 'dalam proses pengesahan daftar pemilih'.

Namanya terdapat dalam draf daftar pemilih tambahan yang telah dibuka untuk penelitian awam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi, menjelaskan bahawa tempoh bantahan berakhir semalam.

"Mereka yang tidak menerima apa-apa bantahan akan diwartakan (sebagai pengundi). Mereka yang menerima bantahan akan tertakluk kepada proses pengesahan," katanya.

Sewaktu proses tersebut, siasatan awam akan diadakan untuk mendengar kedua-dua pihak - bakal pengundi dan pengadu.

Semalam Malaysiakini mendapati Mismah telah dikategorikan sebagai seorang penduduk tetap (PR) dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Sistem pengesahan JPN dalam talian, yang membolehkan pengguna untuk menyemak status individu, menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.

Kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan semalam, status Mismah dalam sistem pengesahan dalam talian JPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi kemudiannya, berkata ia mungkin berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak JPN, serta menegaskan bahawa hanya warganegara layak didaftarkan sebagai pengundi.

  • Kamaruddin Abdullah · Top Commenter · Bagan Serai, Perak, Malaysia
    Serius aku rasa macam nak cari je orang yang nama Mismah ni... Jom kita pakat2 cari tengok orangnya mcmmana....
    • Mohd Faizal Anuar
      dah makcik2 ni kalau ikut tarikh lahir, kalo lahir 80++ bole la nak tgk kot2 jelita mcm pelakon sinetron
    • Malik Sulaiman · Top Commenter · Sek men semerah
      sekiranya betul apa di kata...sah lagi sahih,semua jabatan kerajaan kat Malaysia ni setaraf dengan dunia ke tiga je...rasuah ,bodo , bangang dan setaraf dengan nya.....cuma aku puji kat Jabatan Hasil Dalam Negeri kerana cekap dan amanah.....
    • Sibongkok Tg Puteri · Top Commenter
      BUAT APE CARI MISMAH, DIA HANYA DITAWARKAN JADI W/NEGARA DENGAN SYARAT UNDI BEEND, YANG PENTING CARI AZIZ , WAN AHMAD,HISHAMUDDIN DAN NAJIB...PULAS LEHER DIA..NAK JUAL NEGARA KE...
  • Cai Chee Meng
    "berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak JPN, serta menegaskan bahawa hanya warganegara layak didaftarkan sebagai pengundi." ini jawapan seorang bos? macam cibai...sekali lagi yer isu hantu mismah ni wujud @ xwujud kendian citer...ini isu mcmana hantu ni boleh menjadi salah seorang data dalam server SPR/JPN...itu saje...wat keje elok2 la...kecik2 xnak mapus, besaq2 menyusahkan worang...haiyooo.
  • Iskhandar Dzulkharnain · Top Commenter · Xder
    kah kah kah kah.. nak menang punya pasal.. sanggup jadi mcm org bodoh.. cover sana cover sini.. mcm ni teruk dan busuknya politik umno ni.. sistem negara jadi tonggang terbalik..
  • Asyraf Ibrahim
    benda ni boleh bawak masuk tivi tree ni..Aduan Rakyat..haperrrr pon tak boleeyyhh! suh tivi tree interview mismah..ada brann tivi tree?
  • Iskhandar Dzulkharnain · Top Commenter · Xder
    nak menang punya pasal mana punya pendatang asing pun dapat jadi kerakyatan malaysia.. sikit hari lagi jenayah semakin bertambah.. budak lombok, banjar, jawa dan bugis mampu berjalan dengan medabik dada.. ini malaysia juga negara gue.. lo mau bilang apa.. gue juga punya IC biru macam lo..


Wikileaks: ISA 2008 halang ahli Umno lompat parti
Ogos 3, 11 1:37pm
Sebuah kabel diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan tahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2008 telah menghentikan ahli parlimen Umno daripada berpaling tadah.

nur jazlan mohamed 071008 02Menurut kabel yang diperolehi dari laman sesawang Wikileaks dan disiarkan di blog Malaysia Today milik Raja Petra, perkara itu disahkan oleh ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed pada Oktober 2008, sebulan selepas penahanan ISA tersebut.

“Pada awal Oktober, MP Umno Nur Jazlan (kiri) memberitahu (kaunselor politik kedutaan Amerika Syarikat Mark D Clark) bahawa tahanan ISA itu “amat berjaya” mencapai objektif Umno untuk menakut-nakutkan MP yang bercadang menyertai (ketua pembangkang) Anwar (Ibrahim),” petik kabel itu.

Kabel yang bertajuk 'Anwar shifts gears, not goals, say aides', juga melaporkan perkara berkenaan diakui oleh naib presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah dalam dua pertemuan berasingan dengan Clark pada November 2008.

Raja Petra, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng ditangkap di bawah ISA pada 12 September 2008.

Tan dibebaskan 18 jam kemudian, Kok pada 19 September manakala Raja Petra pula dikurung lebih 50 hari.

isa 3 teresa raja petra tan hoon chengBagaimanapun, ketika diminta mengulas laporan itu, Nur Jazlan berkata ia amat melucukan kerana kedutaan Amerika Syarikat berpendapat beliau boleh mengesahkan alasan di sebalik penahanan itu.

Sambil ketawa beliau berkata: “Kami (Clark dan Nur Jazlan) berjumpa pada satu majlis dan berbual biasa, malah saya tidak ingat apa yang dibualkan itu.Kuasa eksekutif

“Untuk mengatakan saya boleh mengesahkan perkara seperti itu, sesuatu yang hebat. Saya tidak mempunyai kuasa eksekutif,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut kabel yang tidak bertarikh itu dan ditandakan “rahsia”, Chua dan Sivarasa mengesahkan bahawa PKR terus berusaha mendapatkan ahli Umno berpaling tadah selepas tarikh 16 September gagal.

anwar ibrahim and september 16 event“Tempoh masa telah berubah dari Disember kepada Mac 2009, selaras dengan pemilihan parti Umno ketika Najib diangkat sebagai presiden Umno tanpa pertandingan.

“Pegawai PKR berkata Anwar dan parti itu tetap fokus mahu mengambil alih sebelum Najib dilantik kerana percaya beliau akan menggunakan tindakan kuku besi mengekang pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang,” petik kabel itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, mereka yang menjadi perantaraan berkenaan adalah ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga ketua pemuda Umno dikatakan menjadi perantaraan di antara bapa mentuanya,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar.


PAS: 1,100 PR dalam daftar pengundi S'gor
Ogos 3, 11 2:09pm

PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi, dan ini, menurut parti itu, mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.

Selepas mengenalpasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.

"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.

Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan.

Sama seperti Malaysiakini yang mengesan seorang penduduk tetap bernama 'Mismah', setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia.


Pakatan: Jawapan SPR tak masuk akal
Jimadie Shah Othman
Ogos 3, 11
4:00pm

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini.

NONE"Ini tidak masuk akal," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kiri) yang mewakili wakil rakyat Pakatan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman untuk membuat perjelasan kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.

SPR malam tadi menafikan terdapat penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.

Sebaliknya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, beliau fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaski.

NONEKhairuddin (kanan) berkata, Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana ia masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.

Selain itu, tambahanya, timbul juga persoalan kenapa sistem dalam talian itu tidak dikemaskini secara automatik sejurus selepas maklumat baru diperoleh.

"Kalau tidak kemaskini, SPR kena kaji sistem itu," kata Khairuddin yang juga seorang pengamal undang-undang.

Sementara itu, beliau juga mendakwa mengenalpasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras namanya masih tercicir dalam daftar pemilih.





Nik Aziz nafi hidap kanser, akui ada masalah jantung
Ogos 3, 11 3:07pm

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau menghidap penyakit kanser seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

"Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul...mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat.

NONE"Cuma dalam rawatan saya terbaru di hospital tiga bulan sekali, saya tanya doktor di musim durian begini kolesterol saya tak tinggi, saya pun pelik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Portal berkenaan, www.kelatekito.net dilapor menyebut keadaan kesihatan Nik Aziz semakin serius di mana beliau dikatakan disahkan menghidap sejenis barah.

Laporan itu juga menyebut, masalah kesihatan Nik Aziz itu telah disahkan oleh sekumpulan pakar yang merawatnya ketika dimasukkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa hari sebelum berlangsungnya Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan.

NONEKetika ditanya mengenai kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (kanan), yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa anggota Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, Nik Aziz enggan mengulas lanjut sambil menyifatkan Zahrain sebagai "sampah".

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya.

- Bernama




Tiada ulasan: