Khamis, 4 Ogos 2011

DAH MATI ...DAH JADI TAKDIR...ALLAH SAJA YANG TAHU SEBAB KEMATIAN...MAHKAMAH DUNIA MUNGKIN LEPAS...MAHKAMAH AKHIRAT SANGKUT...AZAB PEDIH MENUNGGU...


LPK tiada kewangan kukuh untuk beli tanah
Ogos 4, 11 9:34pm

ah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk membuat pembelian tanah seluas 830 ekar bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mukim Klang. Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, 61, berkata berikutan itu Kementerian Pengangkutan dicadangkan untuk membeli tanah berkenaan dan menyewakannya kepada LPK. "LPK tidak mampu untuk membeli tanah berkenaan kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi, sekiranya LPK membeli tanah tersebut kedudukan kewangan LPK akan menjadi lebih teruk," katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah. Saksi keempat pendakwaan bagi perbicaraan kes Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik itu memberitahu walaupun kerajaan memberikan subsidi sebanyak 50 peratus untuk pembelian tanah itu, LPK masih tidak mampu membelinya kerana ia masih dalam defisit. Selain itu, Abdul Rahman memberitahu bahawa LPK turut dicadangkan untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan berhubung pembelian tanah tersebut. Katanya menerusi satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Penyelarasan Syarikat MKD, Kementerian Kewangan, Abdul Rahim Mokti menyatakan LPK dicadangkan untuk membuat pinjaman daripada kerajaan bagi pembelian tanah berkenaan. "Menerusi satu mesyuarat berhubung cadangan untuk membeli tanah seluas 830 ekar di Pulau Indah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dihadiri oleh saya di Kementerian Kewangan yang mana mesyuarat itu dipengerusikan oleh Abdul Rahim pada 2 November 2000 ada membincangkan mengenai pembiayaan kerajaan untuk beli tanah itu," katanya. Abdul Rahman berkata beliau telah memaklumkan mengenai mesyuarat tersebut kepada Dr Ling menerusi satu surat bertarikh 6 November 2000. Terdahulu itu, beliau memberitahu bahawa kerajaan berhasrat untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pusat pemuggahan utama untuk semua kargo dari Malaysia. Beliau menambah atas sebab itu kerajaan berhasrat membeli tanah seluas 830 ekar tersebut berbanding 400 ekar yang ditawarkan oleh penjual (KDSB). "Tawaran pertama KDSB untuk pembelian tanah itu ialah seluas 400 ekar, namun LPK tidak menerimanya disebabkan keluasan tanah yang terlalu kecil untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab utama," jelasnya. Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 November 2002. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung esok. - Bernama


Penawar nafi desak PM letak jawatan
Ogos 4, 11 8:37pm

Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) menafikan bahawa pihaknya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletak jawatan seperti yang dinyatakan dalam sebuah blog. Presiden Penawar Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin berkata Penawar tidak pernah membuat keputusan mendesak Perdana Menteri supaya meletak jawatan. "Kita berasa kesal bila ada pihak yang menyatakan Penawar membuat keputusan supaya beliau turun dan ini tidak betul kerana kami menghormati Perlembagaan dan juga rasa tanggungjawab kepada Umno," katanya. Abdul Aziz berkata penubuhan Penawar dibuat pada 14 Disember 2009 dengan tujuan menyokong kerajaan yang ada kerana ia telah memberi banyak khidmat dan keuntungan kepada seluruh warga negara ini. "Penawar datang dengan hasrat memberi pandangan dan menyokong Perdana Menteri supaya beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik," katanya di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata Penawar tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penulis blog msomelayu.blogsopt.com Mohd Sayuti Omar. "Ini kerana ia bukan cara untuk menyelesaikan masalah dan mahkamah bukan penyelesaian dan ia akan merugikan kita semua," katanya. - Bernama




Polis rampas buku nota wartawan Malaysiakini
Ogos 4, 11 11:20am

Polis merampas buku nota wartawan Malaysiakini berdasarkan laporan berita yang disiarkan oleh portal berita itu berhubung dakwaan timbalan presiden PAS Mohammad Sabu bahawa motosikal yang diboncengnya dirempuh oleh kenderaan polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu. NONEBuku nota berkenaan diserahkan kepada anggota polis dari ibu pejabat polis Brickfields di luar bangunan pejabat Malaysiakini di Bangsar semalam. Polis menggunakan Seksyen 51(1) Kanun Acara Jenayah yang membenarkan mahkamah atau mana-mana anggota polis mendapatkan dokumen yang difikirkan perlu dengan tujuan menjalankan siasatannya. Pada 2 Ogos lalu, wartawan Malaysiakini juga diarahkan ke balai polis Petaling bagi merakamkan kenyataannya berhubung perkara yang sama. Antara soalan yang diajukan ialah sama ada wartawan berkenaan mengenali mana-mana rakannya yang menulis berita seumpama itu yang boleh disoal oleh polis.NONEPada 22 Julai lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid (kiri) berkata timbalan presiden PAS itu boleh dikenakan tindakan berhubung 'laporan palsu' yang dibuatnya itu. Mohamad pada sidang akhbarnya pada 11 Julai mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Akibat kejadian itu, beliau terpaksa berkerusi roda dan memberitahu doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan semasa pembedahan pada 15 Julai lalu.

  • Raven Murugesan · Top Commenter · University of Leicester
    Bila lah polis nak mengambil komputer komputer kat Utusan Malaysia dan Berita Harian..kerana banyak kali menyiarkan berita berunsur fitnah, perkauman dan yg boleh menjejaskan keselamatan negara. Tak dengar pun kan..pihak polis panjat tangga surat khabar hasutan belaan BN..untuk meminta mereka jelas laporan palsu mereka atau dedahkan sumber maklumat.
    • Ammierto Bangi · Top Commenter · UKM
      Tahniah kpd BN. Sikap double standard dan mengarah polis akan menyerlahkan lagi kebobrokan kerajaan. Rakyat semakin benci dan tak mustahil polis sendiri akan membenci kerajaan. Fitrah manusia sukakan keadilan.
    • Shaari Mat Saman · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Polis mana yang berani?. Gaji polis selalu naik, jadi polis 5 tahun, gaji lebih mahal dari gaji guru graduate.Kesian cikgu ya, tapi apa boleh buat, dia orang dok sokong juga BN
    • Ck Senn · SMJK (C) Chung Hwa
      Nanti selepas PR13, masa itu Bee END tidak lag memrintah Malay.
  • Shazni Munir II · Universiti Malaya
    Polis dah terdesak. Ingin menyalahkan polis 100% agak tidak adil bg polis yg benar2 mnjalankan tugas dgn jujur mnjaga keselamatan rkyat. Seharusnya Menteri KDN lah yg harus dipertanggungjawabkan atas segala tindakan melampau & x masuk akal oleh pihak polis kpd org awam.
  • Ipoh Mali · Top Commenter · 17 years old
    polis malaysia buat kerja Bodoh... Itu yg mampu dibuat nak memuaskan Nafsu UMNO. Tunggu Man Pegawai Polis ygjahat ini akan diheret ke Tribunal Jenayah oleh rakyat macam Regim Mubarak!
  • Manivanan Gowin · University of London
    Wahai warga BN - UMNO, sedarlah dan insaflah kamu pada bulan Ramadhan ini. Bertaubat lah kamu sebelum terlambat.....
  • Sin Taq · Top Commenter · Lyon, France
    tak habih2 lg ka kerja polis nih...hina sunggunh keja polis ni..ikut arahan, kalau ada akai pun letak d rumah dulu baru p kerja. pinjam akai bos dulu...ya tuan..malu jd polis. ada setengah tu blajar tinggi tah2 jadi polis..minat la konon...rugi je blajar byk2 perah otak, kalau etika polis tak d benarkan bawa otak ke tempat keja....minta maaf pak polisi tp itulah hakikat nya malaysiakini.....
    • Sin Taq · Top Commenter · Lyon, France
      kemenangan bukan impian kpd semua...pasrah kepada takdir,namun usaha2 telah berhasil menyatukan kesepaduan PR. Kami sama2 menagis dan sama2 gembira..itulah PR...pasti tiada yg akan menyamai kami....
Pegawai penyiasat: Sarbani diklasifikasi mati mengejut
Ogos 4, 11 9:11pm
Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur dibunuh atau membunuh diri, sebaliknya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. ASP Zuhairi Mohamed, pegawai penyiasat kes Ahmad Sarbaini berkata beliau percaya punca kematian Ahmad Sarbaini disebabkan beliau terjatuh dari tempat tinggi. Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keterangan 57 saksi, termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, kastam, pakar patologi, pegawai forensik, ahli kimia, anggota polis, anggota keluarga dan rakan Allahyarham. Zuhairi, 46, yang bertugas di Bahagian Siasatan Perundangan dari Ibu pejabat Polis Daerah Cheras menyatakan demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas. Zuhairi berkata sampel cat yang ditemui pada seluar mangsa juga berpadanan dengan dinding tingkap di bilik pantri, aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, yang dipercayai mangsa terjatuh. "Ada sebab dan akibat kenapa mangsa (Ahmad Sarbaini) keluar dari tingkap bilik pantri berkenaan, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak mendapat jawapan dan tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang nampak mangsa berbuat demikian," katanya. Menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM tentang sama ada Zuhairi berpuas hati dengan hasil siasatan yang dilakukannya, pegawai polis itu berkata: "Pada saya siasatan yang dilakukan hanya 90 peratus lengkap kerana saya masih tidak mengetahui kenapa Ahmad Sarbaini keluar dari tingkap itu. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lepas. Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. Zuhairi, saksi ke-34 inkues berkata kematian Ahmad Sarbaini tidak boleh dikaitkan dengan membunuh diri kerana tidak ditemui nota bunuh diri atau kecederaan oleh pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa yang membuktikannya berbuat demikian. Beliau juga menafikan terdapat unsur jenayah dilakukan terhadap Ahmad Sarbaini kerana dalam bedah siasat yang dijalankan oleh patologi tidak ditemui kecederaan akibat dipukul atau kesan mempertahankan diri. Sementara itu, Zuhairi turut mengesahkan isteri Ahmad Sarbaini, Masiah@Maziah Manap ada membuat laporan polis kedua berhubung artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk "Ahmad Sarbaini's Death: The Lies and Deception by the MACC (Part 7), dalam blog Malaysia Today, pada 20 Julai lepas. Dalam laporan itu, Masiah mendakwa pegawai SPRM bertanggungjawab atas kematian suaminya selepas beliau membaca artikel berkenaan dan yakin suaminya tidak membunuh diri tetapi wujud "foul play" dalam siasatan polis. Ketika disoal Muhammad Shafee adakah dalam penyiasatan yang dilakukan terdapat keterangan daripada mana-mana saksi yang menyokong "cause of death" seperti yang dinyatakan oleh RPK dalam artikel itu? Zuhairi berkata: "Saya tidak tahu bagaimana RPK boleh mendapat cerita mengenai sebab kematian Ahmad Sarbaini kerana tiada keterangan sedemikian dan saya berpendapat ini adalah andaiannya sendiri".

Terdahulu, ahli Kimia Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu mahkamah bahawa analisis terhadap barang kes termasuk dua helai stokin, seluar, baju dan belakang tapak tangan si mati (Ahmad Sarbaini) hanya menemui dua kesan DNA daripada dua orang asing yang tidak dikenali. "Kemungkinan dua DNA berkenaan adalah milik ahli kimia yang menjalankan analisis atau patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid. Bagaimanapun Dr Seah memberitahu mahkamah beliau ada menerima sampel DNA daripada ASP Zuhairi dan hasil analisis yang dijalankan mendapati dua DNA berkenaan sepadan dengan DNA yang ditemui pada si mati. "Dua DNA itu adalah milik Soo Chew Kheong yang dibedah pada 5 April lalu dan Lum Chee Weng yang dibedah pada 6 April lalu. Perkara ini berlaku berikutan mangsa (Ahmad Sarbaini) dibedah di atas meja yang sama digunakan oleh kedua-dua mayat itu menyebabkan DNA Soo dan Lum melekat pada badan Ahmad Sarbaini," katanya. Sementara itu, prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahamad Sarbaini yang bermula pada 4 Julai lepas berakhir hari ini selepas ASP Zuhairi memberi keterangan. Koroner Aizatul Akmal Maharani kemudian menetapkan tarikh pada atau sebelum 25 Ogos ini bagi pihak yang terlibat memfailkan hujahan bertulis masing-masing dan keputusan inkues akan diumum pada 26 September. "Tidak diwajibkan hujahan dalam inkues, tetapi saya mengalu-alukan pihak yang terlibat untuk memfaikan hujahan kerana ia akan membantu siasatan," katanya. Sepanjang perbicaraan selama 13 hari itu, seramai 34 saksi memberi keterangan termasuk beberapa pegawai SPRM Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, pegawai forensik, beberapa pegawai Kastam dan juga isteri Allahyarham, Masiah@Maziah Manap. Pada 5 Julai lepas, Aizatul Akmal yang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Hanim Mohd Rashid, Noor Amalina Mohd Rashid, Azlina Rasdi melawat lokasi kejadian di mana mayat Ahmad Sarbaini ditemui. Turut serta ialah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM serta peguam Awtar Singh yang mewakili keluarga Allahyarham. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April lepas. Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. - Bernama


Ismail Hj Sidi · SMK ARSHAD KOTA BELUD 1983
mati mengejut heeeeeee.......
Ghazi Johar · Top Commenter · Samttaj shah alam
dah agak dah!!!!!SPRM dah takde jawapan lain ke????? tukar tukar sikit alasan tu.....buat macam P. Ramlee...tertelan kapur barus!!!! boleh sama sama kita gelak!!!!!


Pelakon lagak ngeri: Sukar untuk keluar tingkap
Ogos 3, 11 8:42pm

Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian. NONESaksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April. Sementara itu, pakar patologi Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, Ahmad Sarbaini terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan itu dengan tidak disengajakan. Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton. "Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas. Dr Shahrom berkata Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya. NONESaksi itu berkata mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu. Katanya perlakuan itu dibuat dengan berhati-hati dan tidak terburu-buru kerana jika seseorang cuba melarikan diri dengan cara terburu-buru akan terdapat kecederaan dan tanda lebam pada badan disebabkan keadaan tingkap yang agak menyukarkan seseorang untuk keluar dengan cara sedemikian. Beliau berkata kesimpulan yang dibuat juga berdasarkan kepada lakonan lagak ngeri yang dilakonkan semula oleh pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley. Saksi itu menjelaskan lakonan dibuat berdasarkan penemuan kesan calar pada cat dinding di bilik pantri, tapak kasut, kepala tali pinggang, kedudukan mayat yang berada selaras dengan tingkap di aras tiga berkenaan dan juga kesan pada tapak tangan mangsa. "Terdapat kesan putih pada tapak kasut di sebelah kiri mangsa tetapi kesan itu tidak berapa jelas kerana terkena pada belakang seluar kanan mangsa semasa dia terjatuh dan juga terdapat kesan geseran pada kepala tali pinggang ketika mangsa dipercayai cuba masuk kembali ke dalam bilik pantri melalui tingkap," katanya. NONEDr Shahrom berkata lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri itu menunjukkan kemungkinan mangsa telah jatuh ke belakang apabila kaki kanannya tergelincir dari tebing tingkap dan jatuhan itu menyebabkan kecederaan teruk pada kepala dan keretakan pada tengkorak dan patah tulang di bahagian lutut. Selain itu tiada tanda lain yang mencurigakan selain daripada disebabkan oleh kejatuhan dan tiada tanda-tanda mangsa dipaksa keluar dari tingkap itu. "Jika mangsa dipaksa keluar dari tingkap, pasti akan terdapat kecederaan pada tubuh mangsa kerana dia akan melawan kembali serangan daripada seseorang dan akan ditemui kesan pergelutan di tempat kejadian," katanya.

  • Muhammad Rafael · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    kpd keluarga arwah sarbani..bersabarlah..takd​ apat keadilan di malaysia tdk mengapa..kerana keadilan tetap akn perolehi di akhirat..ape pun. rusmah mansur sdg seronok mengelap cincin baru di jarinya..terima kasih kastam kerana dedahkan cincin rusmah..hehehe.
    • Nur Atika Binti Atan · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      senang citer..PRU13 nehh pakat2 tukaq krjn...selagi umno memerintah..selagi itulah semuanya dlm keadaan samar... M'sia perlukan perubahan...
    • Jejakasangap Geram
      kalo bukan cincin si semah, cincin spe plak?? cincin ko ke yagami?? ko pun, jgn nk tegakkan benang yg basah... lain kali nk wt statement... pikir2 la dulu... kes cincin ni semua org dh tau... kdrm pun ada statement pembelian cincin tu...
    • Muhammad Rafael · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
      sejak sarbani meniggal..kastam dah berani dedahkan penyelewengan pemimpin2..isteri2 pemimpin BN..gua rasa..lps ni lbh banyak lg pendedahan akn dibuat..
  • Amran Bin Othman · Top Commenter · Kuantan
    korang rasa logik ke allahyarham sarbaini dikatakan terjatuh dgn tak sengaja..pada aku sendiri, tak logik langsung.apatah lagi ni kali kedua kes gitu kat pejabat SPRM.
    • Mohd Fhairul Ali · Kuala Lumpur, Malaysia
      pasal apa dia keluar ikur tingkap..kenapa tidak keluar dari pintu utama??? jeng..jengg..
    • Terumbu Karang · Top Commenter
      HAA.. Aku tambah sikit lah. Rasanya logik juga keje nie bukan keje kakitangan SPRM sendiri. Mungkin polis yang take over. Alar.. Macam kes ketuk ketampi bogel org singapore tu.. Mula2 kata immigresen. Sekali tgk dalam video, polis yang buat keje tu.. Ish.. Ish.. Ish.. kesian...
    • Arnas Nasution
      biasa la tu
  • Ipoh Mali · Top Commenter · 17 years old
    Jahatnya SPRM dan POLIS bersengkongkol < Bersubahat Membunuh Sarbani! Mereka cuba Menutup Jenayah Pegawai SPRM yg Menjadi Barua UMNO! Pertama : Rakaman CCTV telah dipadamkan secara Manual dan didakwa diusik untuk mengambarkan CCTV itu Rosak Kedua: Pelagak Negeri itu mengatakan dia yg bekerja sebagai Stuntman pun nak keluar tingkap tu punya payah ambil ama 2-3 minit.. Mana mungkin Sarbani Terjatuh! Kesimpulannya.. SPRM ( Suruhanjaya Pembunuh Rosmah Mansur).
    • Nani Ariffin · Top Commenter · SEK.MEN HULU KLANG AMPANG SELANGOR
      HUHUHU....KITA DUDUK DLM NEGARA PEMBUNUHAN YG TAK DPT DIKESAN....TAKUTTTTT....ee​eeeeeeeee.
    • Yagami Raito · Top Commenter · Machida, Tokyo, Japan
      Hek eleh.. kalaulah arwah masih hidup.. aku rasa koranglah antara orang yang sedang mengutuk arwah, salah seorang pegawai KERAjaan yang mengmbil rasuah, jahat, korup bla bla bla bla blaa... dan macam macam lagi....
      Aku masih ingat lagi para pencacai PR ni camana mereka mencacai pegawai2 kastam yang kene tuduh ni diawal kes masa arwah masih hidup..... tapi sebab sekarang ni ketua2 PR kamu kata sokong, kamu pun sokong.... itulah minda penacaii...
      Cuba lepas ni kalau ada anggota Polis atau SPRM yang meninggal cara pelik.. mesti orang2 PR akan angkat mereka jadi hero untuk jadikan isu politik..
      Macam CACAIl korang pencacai ni semua...
    • Ct Nemo
      huhu pencacai umnongok
  • Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Mangsa bukan di paksa datang ka pejabat MACC, jadi apa logicnya mangsa mahu lari melalui tingkap.
    • Yagami Raito · Top Commenter · Machida, Tokyo, Japan
      kalau mangsa tahu kalau tunggu kat situ akan kene belasah cukup2 malam tu.. cabut laaa.. mungkin masa mula2 datang mangsa ingat takda apa2.. tengok2 bapak sprm dah tunggu nak tibai... apa yang tak logik nya... cuma orang sprm yang nak menyeksa mangsa sampai mangsa kecut dan sanggup cuba lari mestilah dikenekan hukuman jenayah, bukannya setakat tukar kerja dari kerja penyeksa orang jadi kerja makan gaji buta free duit rakyat!
  • Dato' Shahrul Nizam Yunos · Presiden at Pertubuhan pendidikan pencegahan rasuah malaysia
    Sahabat2...Dalam situasi sekarang ini, adalah lebih wajar kita menunggu keputusan inkues yg sdg berjalan Dan selepas itu terpulanglah kpd sahabat2 utk menilainya krn sbg rakyat Malaysia sahabat2 berhak bersuara...kepada keluarga allahyarham, bersabarlah, besar sungguh dugaan yg anda lalui..mungkin ada hikmahnya..bersabarlah..se​moga roh Alahyarham bersama roh2 org yg beriman..
    • Once Esa · Top Commenter
      habis ko yang islam tafsir al-quran pernah baca? ada brapa tafsir kat rumah ko?Himpunan hadith pernah baca?orang nak baca biarlah dia baca dulu...salah betulkan..xfaham terangkan...hahaha...lain kali ko kena faham dulu baru bleh nak komen pasal isu tafsir...
    • Zain Binyahya
      Yagamai tok sah lah berlagak nak jadi org jepang. Bodoh kalau org melyu tu berlagak lah macam melayu bodoh
    • Jejakasangap Geram
      dah tu... ustaz jib yg ko bangga2 n defend tu ape yg dia dh buat sbgai org islam kt msia ni?? yagami... yagami... x tau le cm ner pemikiran ko ni....

Tiada ulasan: