Khamis, 11 Ogos 2011

JANGAN DAH TERANTUK BARU NAK BUAT KERJA....KUTIP ZAKAT BERJUTA2...BANGGA LAGI..MASUK SURAT KHABAR LAGI..TV LAGI...TAK MASUK TV PUN ALLAH TAU...KERJA AMIL@PUSAT ZAKAT...DALAM KITAB FEQAH...KUTIP ZAKAT...BUAT KIRA2...CARI PENERIMA ZAKAT@ASNAB....DAN AGIH2KAN@HANTAR....BUKAN DUDUK TUNGGU...TU SEBAB DAPAT BAHAGIAN...ORANG KAYA PUN BOLEH JADI AMIL...BERHAK DAPAT SEBAB BUAT KERJA....BAHAGIAN ITU BAGI 8...MUKATAB@HAMBA NAK BEBASKAN DIRI@MERDEKA TAK ADA DAH...SEBAB DI MALAYSIA TIDAK ADA HAMBA....JANGAN SALAH BUAT KERJA...ATAU TAK BUAT KERJA....ATAU TAK BAGI WANG ZAKAT...SIMPAN DLL...AKHIRAT KELAK JAWABLAH...SALAH...TAK BETUL TADBIR MASUK NERAKA....'PADAN MUKA AKU'

Cari, bantu orang susah

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Gerakan besar-besaran membabitkan Baitulmal, badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pemimpin masyarakat akan dilakukan bagi mengesan golongan susah termasuk ibu tunggal untuk diberi bantuan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, berkata gerakan itu perlu dilakukan supaya golongan terbabit mendapat maklumat jelas yang kerajaan mempunyai banyak bantuan untuk disalurkan kepada mereka.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperolehi sesetengahnya bukan sukar mendapatkan bantuan tetapi kebetulan mereka didatangi orang tidak sepatutnya, yang menyebabkan mereka tidak mencari tempat lain untuk mendapatkan bantuan.
“Kerajaan ada banyak saluran bantuan, malah kita memang ada institusi Islam bertanggungjawab menyalurkan bantuan kepada golongan tidak mampu, cuma mereka tidak didatangi pegawai atau tidak mencari institusi berkenaan, jadi sekarang kita turun mencari mereka.

“Baitulmal dah buat gerakan itu tetapi jumlah mereka yang susah agak besar dan berada di tempat tidak sampai (jauh), ini juga memerlukan kerjasama daripada NGO Islam, ketua kampung, jawatankuasa kemajuan kampung dan pemimpin masyarakat setempat,” katanya, di sini, semalam. Beliau ditanya mengenai pemeriksaan dilakukan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana majlis makan malam anjuran komuniti gereja yang turut dihadiri umat Islam, baru-baru ini.

Majlis itu dianjurkan sebuah NGO yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makanan percuma kepada golongan menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka.

Mashitah berkata, beliau difahamkan terdapat satu laman web khas dibangunkan di mana segala maklumat serta pengumuman diberikan khas untuk mereka yang menerima bantuan dari gereja.

“Ia seolah-olah ada rangkaian sendiri di dalam Internet untuk mereka menyebarkan maklumat mengenai bantuan yang dihulurkan,” katanya.
Justeru katanya, pemantauan perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh manakala orang Islam yang terbabit secara langsung atau tidak dalam menerima bantuan perlu dibimbing dan disedarkan.

Beliau turut mempertikaikan kejujuran pihak gereja yang menjemput orang Islam berbuka di dalam gereja, malah menganggap pihak gereja mempunyai agenda tertentu.

“Sukar nak tahu apa niat mereka, kalau mereka (pihak gereja) menjemput berbuka di tempat lain mungkin kita boleh anggap kejujuran itu masih ada. “Tetapi dalam hal ini, panggil makan dalam gereja dan difahamkan ada minuman tertentu yang dihidangkan, kita perlu semak balik kenapa perkara ini boleh berlaku,” katanya.

Pada masa sama, Mashitah turut menjemput Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyertai Barisan Nasional untuk memudahkan beliau berjuang untuk agama.

“Saya kesian pada Datuk Hassan Ali, mungkin beliau patut menyertai kerajaan jika ingin berjuang untuk agama kerana (sekarang) dia berjuang dengan tidak mendapat sokongan penuh daripada parti dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Mati ditimpa pokok kelapa

Oleh Zarina Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Suami saya tidak menunjukkan sikap aneh sebelum meninggal dunia, tetapi dia gemar pakai kasut raya tahun lalu sejak tiga hari lalu apabila pergi bekerja sedangkan sebelum ini dia selesa berselipar,” kata Wan Mariam Wan Ibrahim, 58, isteri pemandu bot penambang yang maut akibat ditimpa pokok kelapa di Kampung Baru, Seberang Takir, di sini, semalam.
Mangsa, Abdul Rashid Deramang, 59, yang parah di badan dan kepala mati di tempat kejadian selepas dihempap sebatang pokok kelapa ketika menunggang motosikalnya melalui jalan berkenaan pada jam 2.45 petang.

Wan Mariam berkata, sebelum kejadian Abdul Rashid meninggalkan rumah pada jam 12 tengah hari untuk membeli keperluan dapur dan makanan.
“Suami menelefon saya beberapa kali, tetapi saya tidak menjawab panggilan berkenaan kerana tidur, bagaimanapun panggilan itu dijawab anak, Nurul Wahida, 26, dan dia bertanyakan keadaan saya yang kurang sihat,” katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan jiran mengenai kejadian itu pada jam 3 petang sebelum menghubungi anak lelakinya, Mohd Azmi, 26, untuk melihat keadaan arwah di tempat kejadian.

Wan Mariam tidak dapat menahan sebak melihat barangan yang dibeli mangsa sebelum kejadian menimpanya itu.

“Dia selalu inginkan seluar warna gelap untuk Aidilfitri tahun ini,” katanya sambil membelek dua seluar panjang berwarna biru tua dan kelabu yang dibeli suaminya.

Turut dibeli mangsa ialah sabun basuh dan beberapa kuih-muih untuk berbuka puasa.
Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Razmini Razali, 28, berkata dia dalam perjalanan menaiki motosikal dari Kampung Teluk Ketapang menghala Kampung Hujung Tanjung, di sini, ketika menyaksikan kejadian berkenaan.

“Saya melihat arwah datang dari arah bertentangan menunggang motosikalnya di sebelah kanan jalan dan tiba-tiba sebatang pokok kelapa di tepi jalan di Kampung Baru tumbang dan menimpa mangsa,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Gong Badak tiba 15 minit kemudian selepas dimaklumkan orang awam mengenai kejadian itu.

Jenazah Abdul Rashid dibawa ke rumah bapanya di Kampung Hujung Tanjung sebelum disemadikan Tanah Perkuburan Seberang Takir, di sini.


Dua lagi mangsa mercun di Kelantan




KETUA Jururawat, Rohayati Safee (kiri) menemani Syahir Saifullah (baring) dan Ahmad Zakiyuddin yang cedera akibat bermain mercun di HRPZ II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Kes kecederaan akibat letupan mercun di Kelantan seolah-olah tiada penghujungnya apabila dua lagi kanak-kanak lelaki nyaris putus jari.
Kali ini melibatkan kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun dalam dua kejadian di Rantau Panjang dan Kok Lanas.
Dalam kes pertama, Syahir Saifullah Jefri, 3, dari Kampung Telaga Emas, Rantau Panjang hampir putus jari tengah tangan kirinya selepas mercun bola yang dipasangnya meletup di tangan.
Bagaimanapun, jari mangsa berjaya disambungkan semula selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.
Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.30 tengah hari kelmarin ketika anaknya sedang bermain bunga api bersama abangnya, Anuar yang berumur enam tahun di depan pintu rumah.
Katanya, berdasarkan cerita Anuar, adiknya masuk ke dalam rumah untuk mencari sesuatu sebelum terjumpa sebiji mercun bola milik abang sulungnya, Shahmi Faiq, 10, yang disimpan di dalam laci meja di bilik.
"Sebaik sahaja jumpa, Syahir Saifullah terus menyalakan sumbunya dan terus meletup tanpa sempat dia membuangnya.
"Ketika kejadian, saya sedang menjahit baju raya anak sebelum terkejut dengar bunyi letupan dari arah pintu rumah," katanya ketika ditemui di Wad Anggerik HRPZ II di sini semalam.

Peniaga Pasar Ramadan dakwa dipermainkan MPAG


PENIAGA Pasar Ramadan di Dataran Keris tetap menjalankan perniagaan seperti biasa walaupun diarahkan berpindah ke lokasi lain di Alor Gajah kelmarin.


MELAKA – Bagaimana kami hendak berniaga kalau asyik kena pindah lokasi!Itulah kekecewaan kira-kira 30 peniaga Pasar Ramadan Alor Gajah berhampiran Dataran Keris di sini yang mendakwa sikap tidak konsisten Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyebabkan mereka teraniaya.
Yang Dipertua Persatuan Penjaja Kecil cawangan Alor Gajah, Baharuddin Mohd. Tahir berkata, sebelum ini peniaga menjalankan perniagaan di sebelah Mahkamah Syariah Alor Gajah sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, peniaga diarahkan berpindah ke bangunan perniagaan di tengah-tengah pekan dan ia didakwa menganggu urusan orang ramai di kawasan lama.
“Kami mengadakan perbincangan dengan MPAG dan mengusulkan kawasan baharu diberi iaitu di hadapan Dataran Keris melibatkan 130 tapak peniaga.
“Permohonan ini diterima oleh MPAG tetapi setelah seminggu berniaga kami diarahkan berpindah ke tempat lain kerana mengganggu lalu lintas keluar ke bangunan pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah pula.
“Saya hairan mengapa perkara ini tidak diambil pertimbangan oleh MPAG semasa peniaga mengemukakan cadangan dan kini menyusahkan peniaga,” ujarnya di sini kelmarin.
Sementara itu, seorang peniaga, Rimah Ros Bajuri, 40, berkata, dia kesal kerana diarahkan berpindah terlalu kerap.

Tak sempat ke Cyprus


AZIS (kanan) melihat sebahagian daripada 25 buah kereta Honda City curi yang dirampas pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Usaha keras Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menjejaki baki lima buah kontena yang sarat dengan 25 buah kereta Honda City curi untuk diseludup ke Cyprus melalui Israel membuahkan hasil apabila kesemua kenderaan itu dapat dirampas semula baru-baru ini.
Kesemua kereta bernilai RM2 juta itu tiba di sini melalui Pelabuhan Barat pada pukul 11.30 malam 27 Julai lalu.
Difahamkan, sebelum itu, kesemua kontena tersebut dikesan berada di Haifa, Israel selepas JKDM membongkar penipuan borang kastam yang mengisytiharkan kereta itu sebagai perabot pada 26 Jun lalu.
Pengarah JKDM negeri, Datuk Azis Yacub berkata, pihaknya yang mendapat kerjasama dengan sebuah syarikat perkapalan telah mengarahkan kontena itu dihantar pulang.
Katanya, seorang lelaki berusia 35 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.
“Siasatan mendapati sindiket merancang untuk mengeksport sebanyak 50 buah kereta curi ke Cyprus tetapi hanya 25 yang berjaya diseludup keluar,” katanya.
Tambahnya, kontena berkenaan terlepas untuk diimbas kerana pihaknya melakukannya secara rawak berikutan sebanyak 4,000 kontena tiba di sini setiap hari.

Haram bertaruh wang sukan futsal



KUALA LUMPUR: “Niat bertaruh futsal, ‘siapa kalah dia bayar’ adalah haram di sisi agama Islam kerana ia ibarat satu perjudian,” kata penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz mengulas sikap remaja masa kini yang gemar menjadikan sukan futsal sebagai aktiviti perjudian mereka.
Kata Hassan, sukan futsal yang pada awalnya bermanfaat kerana menyihatkan badan namun sikap segelintir remaja yang gemar bertaruh futsal ‘siapa kalah dia bayar’ menyebabkan jatuhnya hukum haram dan berdosa.

Menurutnya, jika sesuatu permainan itu membabitkan pertaruhan ia salah di sisi agama kerana ia mengandungi unsur perjudian namun jika pemenangnya diberikan hadiah yang ditaja pihak penganjur ia diharuskan.
“Begitu juga dengan program Imam Muda, pemenangnya akan menerima hadiah kemenangan yang ditaja manakala yang kalah pula tidak kerugian apa-apa kerana tidak bertaruh atau membayar sejumlah wang untuk menyertai.

“Hari ini kita melihat ramai anak muda gemar bertaruh futsal, yang kalah terpaksa membayar sejumlah wang, yang menang bergembira, maka jatuh hukumnya haram dan berdosa,” katanya.

Katanya, pihak berwajib iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) harus memantau perkara itu bagi memastikan masalah terbabit tidak berleluasa di kalangan anak muda.

Tiada ulasan: