Isnin, 1 Ogos 2011

KOMEN ELOK BERNAS2...TAPI TAK ELOK MENGELUARKAN KATA YANG LUCAH DAN KOTOR.....

Najib elak bincang "Melayu dahulu, M'sia kemudian"
Ogos 1, 11 9:24am
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengelak mengulas kenyataan timbalannya bahawa beliau adalah “Melayu terlebih dahlu, manakala Malaysia di tempat kedua”.

najib at ukec student forum 310711"Saya tidak akan jawap soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib.

Katanya, semua mereka yang menganggotai jemaah menteri adalah sehaluan dan mengikut arahan yang sama.

"Percayalah saya, 1Malaysia akan menjadi pedoman kita. Kita akan adil dan berpandukan perlembagaan,” kata Najib yang cuba mengelakkan isu berkenaan.

ukec forum studentsPerdana menteri menjawab soalan daripada hadirin semasa Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada sidang medianya di parlimen tahun lalu, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa beliau adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia.

  • 'Aiman Wahid' · Top Commenter · Jertih, Terengganu, Malaysia
    hahaha..padan muka najib..dah terkena dengan perangkap muhyidin..baguslah muhyidin, kerana anda berjaya menambahkan sokongan rakyat kepada PR..kepada Najib..jangan letak jawatan sebelum PRU 13, kerana anda adalah nyawa yang terbesar untuk PR memerintah Malaysia..teruskan liabiliti anda kepada BN..

    kah..kah..kah..
  • الشيخ أحمد فائز · Friends with Muhammad Naim
    dulu terang2 muhyidin suruh pak lah letak jawatan,, ni pun tanda2 awl dp muhyidin, tapi biarlah siapa pun naik jadi PM, kalau atas nama BN, semuanya JAHAT NAK MAMPUS!
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    - Najib nak bertegaskan konsep 1Malaysia, tetapi Muhayddin yang memegang ketuanan Melayu. masing masing bertelaga. masing masing konflik dalam ideologi. Ini lah tanda tanda umno menghadapi pepercahan.
    - Dimana umno dalam memang mempunyai puak yang ingin runtuhkan kerusi pm beliau, Team 2- Muhyddin dan Anak Mamak Kutty, sedia lakukan penoolakkan terhadap Najib, ulang tayang sejarah ketika Najib tolak Abdullah.
    -Nampak lahj Kerusi Najib pun kena goyang , elok juga duduk kerusi roda. boleh pusing pusing. tambahan pula Rosmah dapat tolak kesana kesini, nampak lah gaya suami isteri begitu mesra.
    - Politik umno ini bagai beruk dihutan , mana adanya beruk tina, beruk jantan akan lawan sampai mati.
    • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
      umno kena tukar ke United Malaysian National Organisation
      UMSIANO ... Kalau ikut fahaman Najib Ini lah berita yang mengecewakan puak umno. ..
      Kalau nak umsiano, baik rakyat pilih parti pembangkang, ini puak umno punya cakap bukan boleh caya. Itu sia sia banyak bawah sial..... kah kah kah
    • Abdullah Alif · Top Commenter
      Najab cara jalan mendongak.. mahyudin pulak mendada.. dua2 tu x bleh pakai..
  • Zack Arin · Top Commenter
    tak jawab sebab tak ada prinsip bukan takut perpecaha...
  • Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaaba
    kalau macam tu bagi jer pak muhyidddin yang jawab.....padan muka ingat budak sekolah mudah di tipu..hikhikhik....hiok

Ramadhan: Kemenangan ke atas kebatilan, kezaliman
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan kepada kebenaran ke atas kebatilan dan kezaliman, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

"Pada bulan ini kita diseru memperbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t. Di antara ibadat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah saling menasihati sesama muslim untuk kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat," ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan tahun ini.

Jelasnya, di antara kemungkaran yang besar ialah apabila undang-undang Allah yang berteraskan keadilan ditinggalkan.

Maka, ujarnya pada bulan Ramadhan ini, isikannya dengan ketaqwaan yang jitu berdasarkan ilmu dan kefahaman yang sebenar tentang Islam agar kita memiliki kekuatan untuk merobohkan kezaliman di negara ini.

Berikut perutusan penuh beliau.

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur oleh Allah SWT pada tahun ini untuk bersua kembali dengan bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh penghuni langit dan bumi iaitu bulan ramadhan. Pada bulan Ramadhan inilah segala pintu keampunan dan kerahmatan Allah s.w.t dibuka seluas-luasnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan kepada kebenaran ke atas kebatilan. Pada bulan ini kita diseru memperbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t. Di antara ibadat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah saling menasihati sesama muslim untuk kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat.

Dewan Ulamak menyeru umat Islam Malaysia bukan sahaja berlumba-lumba untuk membaca sebanyak mungkin ayat-ayat Allah tetapi juga diseru agar cuba memahami tuntutan Allah SWT serta melakukan muhasabah sejauh manakah kita melakukan usaha dalam melaksanakan segala arahan Allah SWT dan menjauhkan diri kita daripada terjerumus ke dalam kemungkaran bersama-sama golongan yang zalim.

Di antara kemungkaran yang besar ialah apabila undang-undang Allah yang berteraskan keadilan ditinggalkan. Maka pada bulan Ramadhan ini, isikannya dengan ketaqwaan yang jitu berdasarkan ilmu dan kefahaman yang sebenar tentang Islam agar kita memiliki kekuatan untuk merobohkan kezaliman di negara ini.

Kita percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti cahaya kebenaran akan terus terserlah mengatasi cahaya kegelapan. “Malam Itu Walaupun Terasa Panjang, Tetapi Fajar Akan Menyingsing Juga”. Jadi, gunakanlah kesempatan bulan rahmat dan keampunan ini untuk memuhasabah diri kita untuk menilai sama ada kita telah menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim ataupun tidak.

Allah SWT pasti akan menganugerahkan kemenangan kepada hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas dan menyucikan diri mereka dari segala bentuk kejahatan dan kezaliman.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah At-Taubah ayat 40:

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya:

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

YB Datuk Tuan Guru Harun Taib

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat


Kes tipu kabinet Dr Ling bermula hari ini
Ogos 1, 11 10:22am

Perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bermula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini.

Kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi dan dijangka 40 saksi akan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.

NONEPada 29 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Bekas menteri Kabinet itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa beliau (Dr Ling) boleh menyebabkan kehilangan kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya di dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu, beliau terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi.

Bagi pertuduhan utama, Dr Ling dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

azlanBagi pertuduhan pilihan, Dr Ling didakwa menipu Jemaah Menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dr Ling mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Manoj Kurup manakala Dr Ling diwakili peguam Wong Kian Kheong.

- Bernama


MIC bantah keahlian penuh parti serpihan dalam BN
Jul 31, 11 8:55pm

Parti politik berasaskan kaum India di negara ini boleh menyertai BN sebagai ahli gabungan atau bersekutu sahaja dan tidak sebagai parti komponen, kata Presiden MIC Datuk G Palanivel.

Katanya parti serpihan kaum India yang mesra BN boleh menjadi ahli gabungan atau bersekutu dan MIC tidak akan membantah.

"Tetapi sebagai parti utama mewakili masyarakat India, kami tidak benarkan keahlian penuh dalam BN dan sekiranya berlaku, kami akan keluar," katanya pada sidang media selepas menutup perhimpunan agung MIC ke-65 di Putraja hari ini.

Katanya MIC selama ini menjadi parti politik terbesar mewakili masyarakat India dalam BN dan ia tidak akan membenarkan sebarang parti serpihan kaum India diberikan peranan atau hak yang sama.

Bagaimanapun, katanya partinya menjemput parti serpihan tersebut menyertai MIC dan menjelaskan ada sebilangan daripada mereka memberi reaksi positif.

Beliau enggan mendedahkan parti-parti yang telah memberi respons positif terhadap pendekatan parti itu mempelawa parti berkenaan menyertai MIC.

Antara parti politik berasaskan kaum India ialah Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), Malaysia Makkal Sakti (MMS) dan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP).

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menjadi ahli bersekutu Umno sejak 27 Ogos 2010.

Terdahulu itu, dalam ucapannya, Palanivel berkata adalah penting bagi ahli parti itu berdaftar sebagai pemilih dan telah menyasarkan kesemua 600,000 ahli parti itu menjadi ppengundi berdaftar.

"Ketika ini, hanya 390,000 ahli mendaftar sebagai pemilih dan saya yakin menjelang Disember ini, kami mampu mendapatkan mereka yang belum berdaftar supaya mendaftar sebagai pemilih," katanya.

Katanya beliau mahu menjadikan MIC sebagai blok undi yang mantap.

- Bernama


Tiada ulasan: