Ahad, 28 Ogos 2011

MEMANG BADAN2 ATAU SYARIKAT2 DAN APA SAJA TAK BOLEH MASUK NERAKA...YG MASUK PENGENDALINYA...JIKA BUAT PERKARA LAWAN HUKUM ALLAH..ZALIM DAN PENIPU..DLL


ADA ORANG GILA KUASA..ADA GILA PANGKAT...ADA GILA NAK MENGARAH ORANG...ADA GILA MENUNJUK HEBAT DAN KEKAYAAN...ADA YANG GILA SYURGA TANPA MENINGGAL HAKNYA DIDUNIA.. DUNIA IKUT KITA JIKA KEJAR AKHIRAT INI GILA INI TIADA PERSAINGAN...DAN ORANG TAK PENDULI....ALLAH AKAN BERSAMA PADA ORANG YANG SENTIASA BERUSAHA DEKAT DENGANNYA......

K'jaan S'gor dibidas keluar kenyataan canggah Sultan
Ogos 27, 11 4:38pm
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar membidas sikap Kerajaan Selangor yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

NONEBeliau berkata sikap seperti itu boleh menyebabkan rakyat di negeri berkenaan keliru terutamanya apabila ia membabitkan isu-isu sensitif atau hal yang berkaitan dasar.

Katanya lebih membimbangkan sekiranya perkara itu berterusan, institusi beraja yang selama ini menjadi simbol perpaduan rakyat berbilang kaum akan mula dipersoalkan pelbagai pihak.

"Saya tengok kerajaan negeri sekarang banyak sangat berpolitik dan suka keluar kenyataan bercanggah dengan Tuanku dalam banyak perkara bermula dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan negeri yang baru hinggalah isu gereja.

"Kenyataan yang berubah-ubah menunjukkan berlaku banyak percanggahan dalam pelbagai keputusan yang diambil kerana baik PKR, DAP atau PAS, masing-masing tidak mahu mengalah," katanya kepada pemberita di Shah Alam selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media Selangor, semalam.

NONENoh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata isu terbaru berhubung percanggahan itu ialah penubuhan Majlis Syura berkaitan kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai titah Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda tidak menitahkan berkenaan penubuhan Majlis Syura.

Katanya kerajaan Selangor kemudiannya menukar jawatankuasa terbabit kepada Gerak Kerja Pendengaran.

"Tindakan dan sikap kerajaan negeri sekarang ibarat sebuah kereta yang hanya menukar cat baru di luaran saja untuk mengaburi prestasi kenderaan yang tidak memberangsangkan dan kegagalan menguruskan negeri dengan baik," katanya.

Noh berkata antara contoh tindakan itu termasuklah selepas slogan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' menemui kegagalan, ditukar pula kepada 'Selangorku Sayang' serta nama Universiti Industri Selangor yang ditukar kepada Universiti Selangor yang tidak membawa apa-apa perubahan.

- Bernama




Jualan Esso: Pemuda Umno, PAS mahu k'jaan berunding
Ogos 27, 11 8:33pm
Pergerakan Pemuda Umno hari ini berharap kerajaan dapat berunding dengan syarikat ExxonMobil International Holdings (ExxonMobil) mengenai tindakannya menjual 65 peratus kepentingannya dalam Esso Malaysia Bhd kepada sebuah syarikat Filipina.

NONE"Aset syarikat ini adalah strategik, maka itu perlu pertimbangan terutama apabila sudah ada tawaran yang begitu tinggi (oleh) syarikat tempatan," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada Bernama.

Beliau mengulas tindakan syarikat petroleum Amerika yang dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menjual kepentingannya itu kepada syarikat pembuat bir terkenal dari Filipina, San Miguel Corp, yang juga konglomerat yang amat pelbagai dengan harga yang lebih rendah daripada tawaran yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Khairy berkata tindakan rakyat negara ini yang mahu kerajaan melihat semula mengenai perjanjian antara ExxonMobil International dengan San Miguel Corp bukan bermakna rakyat negara ini menghalang syarikat antarabangsa daripada masuk dan melabur di sini, atau tidak menghargai penglibatan mereka dalam ekonomi negara.

"Cuma kita minta kerajaan melihat semula kepada transaksi ini. Mungkin tidak boleh buat apa-apa tapi mungkin kita boleh minta supaya ExxonMobil dapat mempertimbangkan tawaran yang dibuat oleh LTAT itu," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan pek berbuka puasa kepada orang ramai di Stesen Kuala Lumpur Sentral sempena program Jom Balik Kampung.

Subsidi minyak

Sementara itu, PAS dalam satu kenyataan media mendesak kerajaan supaya menyemak semula perstrukturan subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

NONE“Kerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak terhakis.

“PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara, perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan Esso kepada kepentingan luar,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media.

Justeru, menurutnya, sekiranya penjualan Esso menjadi kenyataan, ia menandakan sekali lagi kegagalan kerajaan pimpinan BN bagi mempertahankan kepentingan negara dalam industri yang sangat penting dan strategik.

Katannya, ia juga membuktikan kegagalan BN untuk membela nasib 98 peratus kakitangan Esso yang merupakan anak tempatan.

“Pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urusniaga tersebut dan Esso mestilah menawarkan penjualan asetnya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan sebagainya.

Paras munasabah

“Perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China, iaitu CNOOC di atas kepentingan strategik,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, sepatutnya kerajaan, bersama dengan Petronas melalui Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah.

reza zamhari“Sekaligus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputra yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara.

“Walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya di dalam syer peruncitan, iaitu pasaran stesyen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan.

“Sektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil, Shell dan Caltex,” katanya.

Menurut presiden PAS itu, partinya percaya bahawa keadaan pada waktu ini masih belum terlambat bagi Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambilalih Esso.
  • James Valentino Js · Pengulas Tertinggi · SEGi College Malaysia
    KENAPALAH ENGKAU ORANG NI BANGGANG SANGAT, SYKT DARI FILIPIN ITU MILIK MUKHRIZ/MOKHZANI....SEBAB TULAH MAHA KUTTY diam2 ubi......senanglan anak2 mahathir @ maha kutty menyusup masuk ESSO, undi lagi BARISAN NASIONAL@ BANGKAI NERAKA.
  • Rain Raj · Institut latihan perindustrian
    n 1982, In Singapore, LOKPAL BILL was implemented and 142 Corrupt Ministers & Officers were arrested in one single day.. Today Singapore has only 1% poor people & no taxes are paid by the people to the government, 92% Literacy Rate, Better Medical Facilities, Cheaper Prices, 90% Money is white & Only 1% Unemployment exists.. Re Post this if you want to live in a corruption free country.. This Msg is for all malaysianz.....
  • Elipss Voxx · Pengulas Tertinggi
    dah menyebuk saja syarikat orang lain. bilakah gov akan bayar subsidi royalti petrolium kelantan?
  • Tengku Aril · Pengulas Tertinggi
    saya sokong bro khairy dan Tuan guru HA..boleh x orng2 umno di dalm alam maya ni komen tentang perkara ini....mungkin ader idea2 lain....tak semesti nya penyokong kerajaan dan pakatan rakyat sentiasa tak boleh bersatu untuk kepentingan negara...


Tiada cadangan larang kenderaan lama guna jalan
Ogos 27, 11 4:44pm

Kerajaan belum bercadang untuk melarang kenderaan yang berumur melebihi 25 tahun daripada berada di atas jalan raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata peraturan dan undang-undang sedia ada akan terus digunakan dan tiada peruntukan bagi melarang kenderaan yang telah berusia untuk beroperasi di atas jalan raya.

"Bagaimanapun semua kenderaan terutamanya kenderaan perdagangan perlu menjalani pemeriksaan Puspakom dan disahkan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan di atas jalan raya.

"Adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan lama dilarang berada di atas jalan raya sedangkan ianya berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Lumut hari ini.

Kong yang juga Anggota Parlimen Lumut menyerahkan cek wang berkenaan kepada 152 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan kolej.

Mengenai operasi bersepadu musim perayaan Aidilfitri, Kong berkata semua pengguna jalan raya diminta mematuhi semua peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.

"Pihak berkuasa khasnya anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba menjadi 'samseng' ketika berada di atas jalan raya.

"Mereka (samseng jalan raya) bakal dikenakan tindakan tegas. Jangan cuba merasuah anggota JPJ atau berdepan dengan tindakan diheret ke mahkamah," katanya.

- Bernama



TV3: Laporan ganguan seksual tidak tepat
Ogos 27, 11 12:22pm

Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 dalam satu kenyataan media hari ini berkata laporan 'Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' yang disiarkan pada 24 Ogos lalu sebagai tidak tepat.

“Merujuk kepada tajuk berita berikut: “Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' di laman portal Malaysiakini pada 24 Ogos lalu, pihak TV3 mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut selaras dengan polisi integriti syarikat.

“Hasil siasatan mendapati ia tidak tepat, malah tiada aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut.

“Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar laporan berkenaan,” petik kenyataan yang difakskan hari ini.

Pada Rabu lalu, memetik sumber, TV Selangor melaporkan empat wartawan termasuk seorang pembaca berita TV3 mendakwa menjadi 'mangsa' gangguan seksual seorang editor kanan setesen televisyen swasta itu.

Menurut TV Selangor, empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru-baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.




Tiada ulasan: