Jumaat, 26 Ogos 2011

MEREKA YANG TAK BERPEGANG KONSEP AMANAH...BERSIFAT MENZALIMI...TAMAK...RAKUS..BERAT SEBELAH..AKHIRAT MEREKA SUDAH ADA JAWAPAN KOD....

Malay Basin: Kelantan tidak boleh diketepikan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kelantan tidak wajar dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion.

Suka diingatkan, katanya bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yang disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain.

Tambah beliau, jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150 km dan paling hampir berbanding Terengganu.

“Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya,” ujarnya yang juga Pengerusi JK Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan dalam satu kenyataan.

Dalam hal itu, katanya adalah elok Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya gas ini didaratkan di Bachok, Kelantan.

Kerajaan negeri, tambahnya bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.

“Kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja insya Allah supaya hasil mahsul Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Rumah anak yatim Kg. Chicha hampir siap
Harakahdaily

KUBANG KERIAN, 26 OGgos: Kegembiraan semakin jelas kelihatan di wajah anak-anak yatim Kampung Chicha apabila ahli parlimen mereka, Salahuddin Ayub turun menyampaikan duit raya kepada mereka untuk menyambut ketibaan Syawal.

Setelah laporan asrama mereka musnah dalam kebakaran yang disiarkan Harakahdaily sejak empat minggu lalu, para penderma terus-menerus menghulurkan sumbangan bagi mendirikan sebuah rumah untuk mereka selepas rumah asal mereka hangus terbakar bulan lalu.

Menurut ahli parlimen Kubang Kerian itu, setakat 26 Ramadhan sebanyak RM50,000 telah berjaya dikumpulkan.

“Petang tadi saya juga menyampaikan sejumlah duit raya untuk anak-anak yatim ini membeli keperluan mereka menyambut hari raya yang bakal tiba. Bukan main gembira wajah anak-anak yatim ini,” kata Salahuddin yang tersentuh hati melihat kegembiraan anak-anak buah di kawasan parlimennya.

Mengenai perkembangan terkini pembinaan rumah untuk anak-anak yatim Kampung Chicha ini, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata batu-bata, pasir, besi dan simen telah mula membentuk kerangka rumah yang bakal menjadi tempat perlindungan anak-anak yatim ini.

“InsyaAllah saya yakin dan percaya dalam tempuh sebulan dua lagi rumah anak-anak yatim ini dapat disiapkan. Ianya dapat disempurnakan dengan sumbangan anda semua,” katanya dengan rendah diri.


Utusan: KM Umno boleh menangkan BN di P Pinang
Ogos 24, 11 2:33pm

Kunci bagi BN merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ialah dengan menjanjikan kerusi ketua menteri diserahkan kepada Umno, kata akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

“Jika semua pihak setuju Umno akan menjadi ketua menteri selepas pilihan raya umum kelak ini, saya yakin Pulau Pinang akan berjaya diambil semula,” tulis Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit' hari ini.

utusan cuit 240811 anwar renaissanceKatanya, kedudukan kerusi dalam DUN Pulau Pinang sekarang ialah 11 bagi Umno, satu bagi PAS, 19 untuk DAP manakala PKR memiliki 9 kerusi.

“Jika semua pihak setuju (bagi Umno diberikan kerusi ketua menteri), maka undi Melayu yang diberi kepada PKR itu akan kembali kepada Umno dan Umno pastinya akan menerajui semula negeri itu kelak.

“Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku,” hujahnya.

Zaini juga membidas presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga pengerusi BN Pulau Pinang kerana “banyak membuat bising” baru-baru ini sedangkan beliau juga kurang arif mengapa media arus perdana mengasak sakan dirinya.

“Sepatutnya BN Pulau Pinang jangan buat kecoh. Tumpuan ialah mengambil balik negeri itu. Yang kecoh sekarang ialah Lim Guan Eng. Mengapa beliau disenyapkan sahaja?

“Sepatutnya perbincangan sekarang ialah untuk memberi balik pusingan Ketau Menteri kepada Umno yang menang semua kerusi yang ada dalam DUN sekarang.

“Tak payah bising-bising. Gerakan jangan buat kecoh. Senyap dan tumpukan kepada pilihan raya,” kata Zaini.Mandela Malaya?

Zaini yang juga timbalan ketua pengarang kumpulan, Utusan Malaysia juga menyelar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semasa membela dirinya dari kandang tertuduh Isnin lalu kerana membuat ucapan “berbunga-bunga dan berfalsafah”.

Anwar pada keterangannya yang tidak boleh disoal-periksa itu menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi.

michelangelo david sculpture 240811“Anwar menyelitkan kata-kata Mandela? Dia mahu dikenali sebagai Mandela Malayakah? sindir Zaini.

Menurut Zaini, Anwar dalam keterangan 32 halaman yang dibacanya itu menggunakan bahasa Inggeris yang cukup tinggi dan dipenuhi jargon serta falsafah dalam usaha supaya orang mengenalinya sebagai the renaissance man atau manusia madani atau pembaharuan di zaman milenium ini.

“Renaissance man di zaman pertengahan dulu ialah Michelangelo. Antara patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambilo berbogel bulat,” katanya lagi.

Beliau seterusnya mencerita mengenai tokoh-tokoh renaissance yang suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan.

Tiada ulasan: