Khamis, 25 Ogos 2011

PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH MASUK NERAKA..BEGITU YANG TAK AMANAH..PEMIMPIN2 DAN SATU2 KERAJAAN TAK BOLEH MENYELAMATKAN KITA DARI NERAKA..HANYA ALLAH

Pakatan beri PM, SPR peluang terakhir
Abdul Rahim Sabri
Ogos 24, 11
7:19pm

Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.

Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.

"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.

"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.

Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.

Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian "kewarganegaraan segera" kepada penduduk tetap.

"(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),"katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan.


Mufti: Melayu berpecah kerana k'jaan rasuah
Jimadie Shah Othman
Ogos 24, 11
3:21pm
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

ulama politik forum at sinar harian 240811 harussani zakaria"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi.

Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu.

Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.

azlanPerkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.

Tak ingat

"(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat).

"Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat," kata Harussani.

abdullah badawi leaving palacePada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu.

Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir.

"Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam.

NONEDua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:

"Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."

Ketawa besar

Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.

Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).

NONE"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.

Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.

"Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan".


  • Teo See Lian · Pengulas Tertinggi · High School Batu Pahat
    Malaysia boleh... Rasuah kekal berleluasa....Beli kapal selam tidak menyelam, beli jet tanpa injin, beli sebentuk cincin perlu USD24 juta (RM72 juta)...SPR, SPRM, PDRM bersekongkol BN "memecah-belahkan" rakyat......
    • Long Gy · SKMA Kadipaten
      Dah bias sudah lah rakyat bukannya tak tahu .hanya tak sampai masa lagi .kalau si penyagat dan lanun.lanun tu berkuasa. Rakyat malaysian hanya kerja dan bayar hutang negara. Jadi kalau nak berjaya kita harus ketua lanun tu dulu. Banyak juga anjing bertina mca tunjuk muka sial tu dekat fb. Undi merek tapi bila suruh buat kerja . Saje buat taktahu dan tak nak turun padang .yg laki .hanya tahu buat VCD. Itu yg pandai
    • Harun Mohamad · UM
      Hai braninyer tok peti buat kenyataan...kerajaan lemah, rasuah n tak amanah...ini dah luar biasa!
    • Changing Our Mindset
      sbnrnya puncanya adalah UMNO itu sendiri berpecah-belah, berpuak-puak dan tikam-menikam. macam mana nk kemudi negara kalau kapal pun tak umbang-ambing
  • Berat Nanang · Bekerja di Restoran ganu
    dulu Dr Asri, skarg Dato' Harussani plak yg sdh celik mata, sedar akn segala apa yg dilakukn umn-bn sgt brtentangan dgn islam...
  • Pyanhabib Rahman · Friends with Yob Tualang Sekah
    NOTA menjelang azan Maghrib 24 Ramadhan:
    TENGOK, Mufti Perak cakap, Melayu berpecah kerana kerajaan `lemah, tidak amanah dan RASUAH! Tidak mahu percaya lagi? Ha, ada pejuang Melayu mahu mengamuk? Silakan mengamuk!
  • Raini Anwar · Pengulas Tertinggi · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    definisi berpecah tu sbb fahaman politik lain ke? x semestinye.Hati dan jiwa melayu masih tebal wpun mengundi bukan parti kerajaan yg penuh dgn rasuah dan penipuan. Yg penting kerajaan yg memerintah pastikan kebajikan rakyat jgn nak makan harta rakyat saja. Itu peringatan pd pembesar2nye x kira Melayu, India atau cina. Sistem kerajaan hari ini amat jauh tersasar.
  • Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
    Pernah tak menasihati pemimpin negeri kami sendiri, Perak?
    • Kulop Meli · Pengulas Tertinggi
      kesian...
    • Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
      Tak amanah dan Rasuah nie dah jadi darah daging dia org...Tok Mufti tegoq mcm mana sekali pun tak jalan aihh....
    • Dee Valey · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
      Klu setakat ni je ketegasan mufti dlm nak menentang kemungkaran yg dibawa UMNO wlpun beliau amat faham cerita sebenar, nampaknya mereka tdk rela kedepan dlm menyelesaikan isu-isu nasional
  • Wayne Irwan Shah · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    banggang,, sikit2 UMNO..korang x faham ker mufti ni x berparti..maksudnya dua2 dia amik port..pakatan ataupun kerajaan..
    • Fakhruddin Ghazali · Top Commenter · Menengah Baling
      setuju sangat...depa tu dah fanatik sangat....klu fanatik pada rasulullah kan bagus...isyaallah masuk syurga....
    • Zamri Ismail · Top Commenter
      piraah..hang sembang boleh..percaya jangan..tak berparti..perghh.termuntah aku weii!
    • Abg Brutal · Top Commenter
      tapi parti yang bangsat lagi hina ialah AMNO tu macam ko jugak huhuhuhu
  • Ratu Aida Syawal · Top Commenter · Bangkok, Thailand
    Tahniah mufti perak, kita kasi Bersih semua rasuah lebih2 lagi di Putra Jaya lubuk Makbapak segala rasuah di sana berleluasa.......
  • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
    Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.

    Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.

    "Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan".
    ...See More
    • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
      Najib keluar pagi berjoging dan dia terpandang seorang budak kecil di satu sudut memegang kotak. Ingin tahu, Najib berjalan ke arah kanak-kanak itu dan bertanya,

      "Apa yang dalam kotak, nak?"

      Budak lelaki berkata, "Kucing, mereka anak kucing baru lahir."
      ...See More
    • Mohd Yusra · Top Commenter · Sekolah menengah kebangsaan rompin
      king jason: terbaikkkk!!
    • Amirul Azham Ahmad · Friends with Pria Malaya
      "Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil" 54 tahun dah bagi peluang. hasilnya makin ramai org melayu murtad. cukup la tu. x sanggup kitorg nak bagi 54 tahun lg kat umno.. they already have their chances..
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    terima kasih kpd harunasani kerana berani buat pendedahan.walau terlambat tapi baik daripada membisu.....
  • Muhammad Najib Mat Nor · Works at Nestle Manufacturing Bhd
    macam ni le mufti...
    berani mnegur...
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
    APA BETUL KATA KATA MUFTI PERAK?
    • Ben Atang · 20 years old
      umat islam seluruh dunia berpecah pecah angkara siapa?
    • Hizam Ariffin · Perak
      angkara umat islam sdri
    • Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
      ala Nabi dah ckp umat islam akhir zmn mcm buih2...senag sgt nak pecah..so kt dah tahu xkan kt nak tergolong dlm buih2 2..think bout it very deep in ur heart..
  • Diplomatik Bebas · Top Commenter
    Alhamdulillah... Mufti Perak pulak bakar line... kita tunggu Mufit2 lain pulak.. bila ramai2 BAKAR.. pasti ramai yg dapat HIDAYAH....

    Jangan main2 ngan ilmu PARA MUFTI di Malaysia nie... nampak jer diam.. tp hati mereka kadang2 boleh TERCABAR gak...

    TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI PARA MUFTI!

    UNDILAH PR pada PRU ke 13!
  • Akhi Fairuz Al-Jengkari · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    "Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil." Fathul Bari Ulama Muda UMNO.

    Tak belajar sejarah ke Ustaz ni. Bukankah sejak merdeka hingga kini para Ulama di dalam UMNO berbuih mulut menasihati UMNO agar kembali kpd Islam hingga mrk keluar dr UMNO. Tertubuhnya PAS pun salah satu sbb UMNO menghalalkan JUDI. Perlukan masa apa lagi? Alahai~
  • Man Kadir · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    RASUAH BUDAYA HIDUP PEMIMPIN UMNO ... apa macam?
  • Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr. · Top Commenter · Penulis Terkenal at Tintamuallaf.com
    inilah nasib ulama di negara kita. ulama lebih rendah tarafnya daripada seorang artis yang tidak memberi faedah kepada umat islam. kalau seorang ulama berceramah tidak ramai yang datang mendengar nasihat, bayaran yang diberikan ala kadar, tapi kalau artis yang datang untuk merosakkan akhlak umat islam bayaran yang diberikan beribu ringgit. tapi bila puak2 ini mati ulama juga yang dicari,,,
  • Laksamana Mujahid · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Habis tu buat apa nak sokong kerajaan rasuah , semua org tahu umno parti RASUAH...ubah beb!
  • ضامام Dhamam · Top Commenter · Freelance Photographer at Afghanistan
    "Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.
  • Mohd Yusri · Top Commenter · Institut kemahiran mara lumut
    aku pelik ngan mufti2 kat malaysia ne..senyap je..rakyat hidup makin susah, harga barang makin naik..jenayah makin menjadi..pemimpin umno makin zalim..mufti makin senyap..x kan takut kot..takut x dapat smbung kontrak ke..
  • Ruzman Mohamad · Top Commenter · Pemandu at Kolej komuniti langkawi
    harussani ni klu org dah x berapa kuat memang die berani tegur, ni pasal najib dah x kuat sgt la die berani. nampak nyer die termasuk perangkap golongan2 pemimpin2 umno yg nak jatuhkan najib.aku pun org perak gak dan selalu gak dgr die berucap, berbeza klu majlis tu ade pemerintah atau x der. klu x percaya ikut tgk.
  • Pak Ngah Kerdau · Maahad Muhammadi Lelaki
    dah ramai ulama2 masuk umno..semuanya dgn tujuan utk mendakwah pemimpin umno..akhirnya ulama itu yg didakwah oleh umno...kini muncul pula ulama muda Fathul Bhari dan 40 org sahabat2nya dgn tujuan yg sama...entahlah...namapun ulama muda...umno lebih bijak mendakwah mereka.....akhirnya mereka umno lebih dari umno....
    • Palmer Lundy · Works at ConocoPhillips
      Main internet memang syok. Tapikan lagi best kalau internet boleh datangkan duit. Saya nak minta awak tolong saya cari duit sedikit. Lihat profile saya. Awak cuma klik saja link yang ada di situ, dapatlah saya duit poket sikit.
      Tolong ek? Awak tak rugipun... http://iluvurl.com/money4u
  • Pedang Hijau · Supervisor at Pondok pesantren
    saya juga menhadiri wancana ilmiah tersebut, tahniah kpd datuk ustaz tn ibrahim tn man(ketua penerangan pas pusat)teruskan perjuangan memartabatkan islam di bumi malysia ini.pemimpin yg agung adalah pemimpin yg sujud kpd islam.takbirx2.
  • Atan Torres · Ipoh, Perak
    sokong dgn apa yg mufti komen... Islam x ajar penganutnya menipu... x kan mufti nak tipu kot...
  • Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Ada keja ada gaji
    xpayah la nak citer konon melayu tue berpecah...melayu dibawah xpernah bepecah pun..takat berbeza fahaman politik tu biasa la..ni semua kenyataan dari mereka yang kononya pandai menilai walhal ia xberlaku pun..KLU ada pun ia hanya isu terpencil..
  • ها كيمي · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    kalo najib ada hati pasti akan terasa. jgn dibalas kenyataan mufti ini dgn tomahan tp ambil pengajaran dan tindakan sewajarnya demi perubahan yg lebih baik
  • Naman Ali Osman · SAM Sg Manggis Banting (1986-1989).
    hehehe.. Dia punya nasihat pun dia boleh lupa, bukannya byk.. 3 perkara jer... memang x salahlah aku mengabaikan apa pun kata2 dari harussani ni.
  • Romeo Alpha · Top Commenter · Hero at Real Life Superheroes
    telah terbukti UMNO parti rasuah..UMNO tidak amanah.. UMNO sang penguasa yg lemah lahiriah dan akidah Islamiyah.. UMNO pemerintah zalim yg memecat mufti dan DSAI tanpa pertimbangan rasional.. yg lebih dikesalkan lagi ialah UMNO kekal sbg parti melayu jahiliyah sekular, nasionalis asabiyyah yg telah menolak Islam serta menyanggah nasihat mufti dan pandangan ulama'..
  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    DAH TAHU RASUAH DUDUK JUGAK DALAM TU... YG MB PERAK HARAM TU... DOK SOKONG LAGI LA PULAK... CAKAP TK SERUPA BIKIN...
  • Mohd Noor Ismail · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    PM mana nak dengar nasihat mufti, nasihat agong pun dia sanggup langgar. Hanya Kak Ros sorang saja yang mampu nasihat PM kita.
  • Hj Baharudin Husin · Top Commenter · Penolong Kanan at Guru
    Alhamdulilah, kita sangat besetuju dengan Tn Mufti tersebut. Kalau tidak ada iman didada sudah tentu kita yanbg berkuasa dari parti mana sekalipun akan menjalankan tindakan jijik tersebut.marilah kita bersama2 kita berdoa semoga Allah swt memberikan kepada negara kita permimpin yang beriman dan beramal soleh daripada parti mana sekalipun.
  • Alias Yahya · Top Commenter · Director at Jalur Ikhlas Sdn Bhd
    Fathul...memang benar kata2 awak doa kebaikan pada pemimpin...sudah 54 tahun rakyat berdoa makin lama makin teruk..dulu PM saja yg memerintah sekarang laki bini memerintah WANG negara awak nasihat la PM kalau tak Rosmah pelemang ko...Dgn cara perubahan saja dapat merubah Cara pemeriintahan Negara ni...PK2 la saudara yg cetek ilmu panjang PANGKAT...
  • Aminudin Mokhtar
    Berani kerana benar, takut kerane salah. Berkata benarlah walaupun pahit.
  • Azha Ramli · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Zaman Tun Razak dengar cakap Mufti, Zaman DS Najib anak Tun Razak dengar cakap APCO-YAHUDI.
  • Norlita Ibrahim
    Nak bgtau sangat tapi masih taku-takut... pehal? Taku najib x bg rezeki?
  • Ived Tapovanam · Top Commenter
    MMMMMMMMM mmmmmmm perpaduan tanpa pembangunan? sebenarnya bila hidup dalam negara demokrasi kita semua tak semestinya sokong satu pihak sahaja...sbb semua tak sokong satu pihak dikatakan tak bersatu pula..inilah pandangan jahil terhadap demokrasi...... sebenarnya pada pendapat saya rasuah dan penyelewengan semakin berleluasa sbb ketiadaan pembangkang yang kuat dan juga sesautu pihak telah diberi masa yang cukup lamaaa untuk berkuasa..... sbb tu kuasa itu perlu dihadkan....... at the end of day kalau negara makmur sbb ketelusan politik..... manalah orang nak fikir politik je.... so tak payah taksub pada parti sebaliknya perlu setia pada negara...........dan bukanya parti politik.
  • Mannszar Czar · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Senang jer Tok Mufti: kerajaan rasuah ni mana2 negara akan jatuh, so nak heran wat per....tp di Malaysia kerajaan tk nak mengaku rasuah sebaliknya di salahkan Melayu tak bersatu, Melayu berpecah dan semunya main sentimen Melayu.Paling senang, Khir Toyo rasuah, Selangor bertukar tangan, Libya rasuah dan perintah terlalu lama, rakyat berontak.Byk lagi contoh2, tp nak wat per dah mereka anggap depa pandai tak mau dgar nsihat, tunggu saja keputusan PRU13 nanti, kami rakyat dah tak tahan harga barang naik, gajikecil, juak2 UMNO main wayang, so apa lagi kami akan tukar kerajaan bila tk mau berubah....Lagipon dah lama sgt janji, tp mcm tu juga.Kita jumpa di PRU13.Action Not Talk Only.
  • Hatta Nongah · Top Commenter
    Tuan Mufti Perak yang saya hormati...bukan setakat kerajan rasuah dan tidak amanah...ini juga adalah salah 1 propaganda atau perancangan teliti pihak penjajah sejak dari sebelum kemerdekaan lagi untuk pecah belahkan agama dan bangsa di tanah air kita...perkara ini dah lama berlaku...cuma sekarang baru kita sibuk-sibuk selepas timbul bermacam-macam isu melibatkan hal ehwal agama dan bangsa...inilah yang dinamakan pecah dan perintah ( Yahudi guna teknik ini untuk tawan dunia ) ataupun NEW WORLD ORDER yang FREE MASON dan pertubuhan2 bawah tanah guna pakai...
  • Zainuddin Samek · Top Commenter · Technician at Flextronics ptp johor
    umno tolak islam, maka wujud la PAS..umno jatuhkan pemimpin melayu/islam, wujud pula PKR..maka terbukti melayu/islam terpecah kepada 3..umno, PAS, PKR..semua kerana umno...

    Aku suka ayat ulama' PAS.."Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."...Nasib x buat secara live.klu x, usahkan kata 500 malah 28 juta akan ketawakan umno...
    ha ha ha..aku pun turut ketawa...
    • Zainuddin Samek · Top Commenter · Technician at Flextronics ptp johor
      Lihat pula laporan utusan M..xde pulak cerita berkenaan Tok mufti Perak menegur Tun M..utusan M x nak rakyat tahu yg melayu berpecah disebabkan umno...itu sbb umno x berani buat secara live kat TV...

      24/08/2011 10:03pm

      SHAH ALAM 24 Ogos — Ulama di negara ini tidak kira dari mana-mana fahaman politik seharusnya tidak berkompromi sekiranya timbul isu akidah dan syariah di kalangan umat Islam, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
      ...See More
  • Akhi Fairuz Al-Jengkari · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bg memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yg "lemah, tidak amanah & rasuah.Sy kata pd Najib, Datuk Seri, ppecahan Melayu sbb kerajaan ini cukup lemah, x amanah & rasuah," kata Harussani.

    Adakah nasihat anda digunapakai wahai Sang Mufti? Golongan bertelinga 1 berlidah 2 tdk makan nasihat! Mrk hanya tahu BAHASA PETI UNDI!
  • Muhd Fazrul · Top Commenter · National University of Malaysia
    kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi)...selamat rice cooker, klo dianggap ulama ni sebagai periuk belanga zaman jepun, lagi hina kedudukan ulama di mata umno...
  • Hatta Nongah · Top Commenter
    Ulama BN/UMNO = APCO...lu pikirlah sendiri...sampai kiamat pun xkan selesai...selagi APCO ni ada jadi tink tank kerajaan...susunlah seribu ulama pun takkan jadi apa benda pun Malaysia ni..so, Apa lagi? Kita kasi tukarla PRU13 ni....takkan x reti nak pangkah mana lagi? PAKATAN RAKYAT LAA....
  • Mohdzaki Halim
    Diharap Ustaz Fathul dpt memainkan peranan utk berdakwah yg paling berkesan terhadap pihak kerajaan krn paling 'dekat' berbanding ulama'2 lain.
  • Kang Razzi Armansur · Top Commenter · Suicide Bomber at Suicide Bomberr
    Siapa di antara anda yang percaya Harussani bercakap benar? Siapa pula di antara anda yang percaya Harussani kelentong saja...
  • Spell Izzani · Technical Manager at Cyber Cafe Neo
    Melayu, bersatulah... pemimpin sedia ada ini, kalau rasa x boleh nak amanah, step down. Beri pada yang layak~.
  • Sufian Zabidi · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Bila jadi pemimpin, jangan ditolak walaupun satu daripada ayat Al-Quran.
  • Mahadhir Mohamad · Top Commenter · Uttar
    Ia satu pandagan positif yg patut diambil ikhtibar oleh kerajaan samada bn ataupun pakatan.
  • Abu Talib Bujang · Top Commenter
    berkata benar walaupun ia pahit itu adalah sikap pemimpin yg terpuji.
  • Raytec Crew · Top Commenter · Works at Agilent Technologies
    TS Harussani bukan Rosmah utk najib dengar cakap.so.
  • Muhamad Jiji
    1-Melayu berpecah kerana k'jaan rasuah mmg betul.
    2-Mufti Perak Tan Sri Harussani pakar putar belit pasal islam.
    3-Mufti Perak Tan Sri Harussani mmg pandai nasihat dan merosakkan akidah umat islam dan pemipin di negara ni.
    4-bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam dalam ajaran islam x ada, tp bagi memastikan perpaduan islam ada, bangsa sumua sama x kira warna kulit, kecuali yahudi.
  • Mohd Borhan Ismail · Top Commenter · Tukang sembelih umporno at Sinar Harian
    MUFTI PERAK SEORANG MUFTI BERANI...MUFTI NEGERI LAIN KECUT PERUT AKAL
  • Sunan Esa · Top Commenter · Batu Pahat
    Telah jelas pada pihak mereka yang telah terang2 menolak pada perundangan Allah dan Rasul Nya.Tiada sebab untuk yang masih ada kewarasan iman untuk duduk dalam rumah mereka(politik umno )yang masih lagi bertunjangkan pada perundangan barat.Dan para ulama yang masih ingin berkerja dengan pihak mereka, pasti akan menerima angin fitnah yang cukup ketara, segala pandangan para ulama tak akan didengar pandang olih mereka.Dan orang melayu islam kesemua nya wajib kembali pada pertunjuk Allah dan pertunjuk Rasul Nya.Itu lah perpaduan yang hakiki.
  • Asrraff Allym · MRSM Muar
    Saya mendoakan semoga para ulamak dan tuan guru serta mursyidul islam bersabar dan kuatkan kesabaran dlm mendidik dan memimpin umat terutama pemimpin pemimpin umat islam khasnya dinegara tercinta.. dan saya juga mendoakan semoga para pemimpin terus menjalankan tataurus kepimpinannya dgn penuh ikhlas dan jujur serta amanah..
  • Asrraff Allym · MRSM Muar
    Kelemahan umarak adalah sikap membelakangkan nasihat dan pandangan ikhlas ulamak..Sesungguhnya ulamak dlm apa juga keadaan tiada kepentingan duniawi selain dri maslahah dan kepentingan umat sejagat..semoga pemimpin kita sedar dan semakin sedar..
  • Raja Rimba · Top Commenter · UC Berkeley
    APAKAH HUBUNGAN DAJJAL DGN BRITISH? VIDEO INI MENERANGKAN HUBUNGAN ISTIMEWA TERSEBUT SEHINGGA JATUHNYA KERAJAAN KHALIFAH UTHMANIAH DAN PALESTIN DIJAJAH HINGGA SEKARANG. SILA SHARE VIDEO INI DGN RAKAN2 ANDA http://bit.ly/oY7NPe.
  • Yong Chun Wah · Top Commenter
    MAS rugi rm700 juta ++ dalam jangkamasa 6 bulan jer tahun ini. pelacuran, kedai mesin judi lumba kuda yang haram, dll masih ada dalam negara ini tak silap saya? kenapa tiada tindakan diambil? kenapa? perlukah kita tanya tuhan untuk mendapat jawapannya? sekian!
    • Yong Chun Wah · Top Commenter
      rasuah, rasisme dan pelampau ugama yang jahil telah merosakkan masyarakat malaysia ini....sekian
    • Yong Chun Wah · Top Commenter
      Banyak lesen Judi nombor juga dikeluarkan, 3 Kali seminggu boleh letak pertaruhan judi, tak Cukup juga diadakan judi Khas pads hari2 tertentu, semua ini membelah pecah keluarga , timbul hutang Dan masalah ahlong. Anak2 tak dapat tumpukan perhatian terhadap pelajaran, hasil Judi untuk pendidikan adalah idea sampah sarap. Wang kotor untuk tujuan pendidikan yang murni Dan kudus. Sekian.....
    • Yong Chun Wah · Top Commenter
      Dalam dunia ini, ujud dua kumpulan yang Berbeza Tanpa mengira etnik, kepercayaan, dll... Jahat lwn baik, kotor lwn Bersih, kudus lwn syirik, dll. Pergi lawat penjara Dan lihat banduan2 ...macam2 manusia Ada di bumi. Sekian,,
  • A.r. Nasution · Top Commenter · ITM
    Kalau sudah tahu keburukan pemerintah, kenapa mufti hanya senyap seribu bahasa?Malah ada tindakan mrk yg pro pemerintah.Adakah periuk nasi segala-galanya?? Mrk perlu sedar yg mrk mempunyai pengaruh.Seluruh mufti mesti bersatu demi menegakkan yg hak.Kiranya ini berlaku, pemerintah pasti akur & tdk berani membuat onar..
  • Muhamad Jiji
    Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria umur 70th lebih jangan tau nk putar kan belit agama islam dan tau dapat perojek buat jalan 300juta lebih dibina 2 apa bukan rasuah diberi dari kerajaan BN/umno BUKAN RASUAH ke......S.P.R.M tlg ambik tindakan....
  • Nasarudin Nasir · Top Commenter · Director at Tunez Global sdn Bhd
    kita sebagai bapa kalau anak buat salah ditegur atau nasihat, klu anak tak nak dengar nasihat camne? biar dan dok tengok je ke anak ni.... persoalan sekarang sape yg bapak, sapa yg anak? ketua kerajaan atau ulama yg perlu diikut?
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Dulu-dulu org mlyu mnja sgt dgn simamat umngok ni..sbb tulh umngok jd bbal, nkal dn ngok..mcm tk siuman?..
  • Meor Zahidi Tahir · Top Commenter · USM Penang
    "Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah........ mendoakan sesuatu yg buruk utk org lain...........ISLAMIK KE TU? nampak kesalahan org lain je....................
  • Mohd Irwan · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    Melayu itu berpecah kerana tidak berpegang teguh kpd tali Allah @ tidak mengikut ajaran Islam yg sebenarnya. Firman Allah Taala "Berpegang teguhlah kamu semua kpd tali Allah & jgnlah kamu berpecah belah'.
  • Teratak Damai · Kuantan
    Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".,,, Penakuuuuuuuuuut

POLITIK WANG : Pemberi Dan Penerima Rasuah Sama-Sama Masuk Neraka !

by

Nak cegah POLITIK WANG dalam UMNO? Pertontonkan selalu VCD Sajak Kematian kepada calon-calon, bukan setakat kpd budak darjah satu.

Baca artikel penuh di http://www.eratimur.com/

Sebelum ini ada pihak bahkan termasuk ulama bertaraf Mufti mempertikaikan Video Clip Sajak Kematian. Kini nampaknya VCD tersebut sudah tidak menjadi isu. Pada hemat saya padamnya isu VCD tersebut kerana ramai dikalangan masyarakat umum sangat menerima positif. Kesan positif dari VCD tersebut ialah menjadikan zikrulmaut lebih sebati serta mendalam dijiwa masyarakat. Sekaligus natijahnya ialah dapat menghayati rasa takut dan rasa cinta kepada Allah swt.

Ini bererti zikrulmaut itu sangat merangsang manusia agar takut kepada Allah swt. Rasa takut kepada Allah adalah satu keperluan kepada manusia. Sebab itu ianya Allah jadikan satu perintah. Allah swt perintahkan kepada manusia agar takut kepadaNya. Apabila manusia takut kepada Allah bukan Allah yang mendapat untung. Tetapi manusia yang mendapat untung dan faedahnya. Apabila manusia takut kepada Allah swt secara automatik manusia menjadi baik. Bukankah semua manusia menyukai kebaikan kerana ianya adalah fitrah semula jadi manusia. Mengingati mati adalah jalan yang lebih hampir kepada rasa takut kepada Allah.

Akibat tiada zikrulmaut dan tidak takutkan Tuhan dapat kita buktikan melalui perkembangan rasuah dalam negara kita.

Dalam tahun enam puluhan rasuah masih merupakan kes terpencil dalam masyarakat. Pada waktu itu rasuah disebut dengan istilah “tumbuk” rusuk.

Dalam tahun tujuh puluhan istilahnya sudah bertukar kepada “Makan Suap”. Makan suap sudah semakin merebak dan berkembang biak dalam masyarakat. Hinggalah kini istilahnya berubah pula dan menjadi lebih mudah disebut iaitu “RASUAH”. Rasuah adalah ambilan dari bahasa Arab yang juga ada disebut dalam Hadis Rasulullah saw seperti tajuk diatas.

Perlu diingat dan difahami serta merasa bimbang bahawa sesuatu sumber yang haram itu tidak terlepas dari membiak, bercambah, bercabang, yang mana kedudukannya adalah haram sama seperti sumber haram. Kalau dari sumber rasuah yang hukumnya haram itu di jadikan modal perniagaan umpamanya atau apa saja kegunaan maka apa saja yang datangnya dari sumber tersebut maka semuanya haram – makan minum, pakaian, kenderaan, rumah, nafkah anak isteri. harta benda, tanah dll

.Adakalanya tanpa disedari dan mungkin juga kerana jahil atau nafsu yang rakus, maka ramai yang terjebak kepada keadaan seumpama ini. Apabila menjadi harta warisan maka bersambung lagi “Jariah Haram” sebagai harta peninggalan. Orang yang mewariskan harta haram itu akan tanggung dosanya berpanjangan di kubur dan di akhirat kelak. Anak-anak turut mengecapi perkara haram ini dan tidak mustahil mereka juga turut terlibat dalam mengembangkan “Jariah Haram” warisan bapanya hingga entah berapa generasi terkemudian. Kita mungkin sudah lupa namun Tuhan tidak lupa, Maha Suci Allah dari sifat lupa.

Rasuah hukumnya haram. Hukum haramnya rasuah itu sama saja dengan parkara-perkara haram yang lain. Ianya berlaku pesat, menjalar bebas dan berleluasa dalam masyarakat. Semakin besar pangkat, semakin tinggi status sosial, semakin berkuasa, semakin cerdik, pintar dan licik seseorang itu maka semakin besar dan banyaklah nilai rasuahnya samada yang memberi atau yang menerima.

Namun persoalannya apakah haram disisi Allah dan salah disisi Undang-undang itu tidak langsung menyekat atau menegah berleluasanya perkara haram itu termasuh rasuah. Kalau sekadar tahu kedudukan haram, bukan satu jaminan manusia tidak melakukannya. Ulama pula lebih cenderung untuk menyatakan hukum sesuatu perkara tetapi tiada pendekatan untuk melahirkan manusia benci kepada perkara haram. Dalam keadaan masyarakat tahu rasuah itu haram mengapa rasuah tetap berleluasa? Contoh, apabila membiaknya pengkid, para ulama nampaknya sudah berpuas hati dengan fatwa haram, tanpa mencari jalan mendidik umat.

logoumno2

UMNO - Bagai ular berkepala dua. Konon beria-ia berusaha mengekang rasuah termasuk POLITIK WANG, bila SURUHANJAYA ditubuhkan seolah-olah dah berjaya lah tu..

Kedudukan rasuah kini ibarat satu kebun yang dipenuhi dengan tanaman. Pada peringkat permulaan, kebun itu tanpa pagar sebab tiada musuh tanaman. Apabila musuh tanaman seperti babi, kambing, berbau dan lembu meragut tanaman, maka pagar mula dibina. Maka ditubuhkan Biro Siasatan Negara (BSN).

Pagar yang awal itu rupa-rupanya tidak berupaya membendung musuh tanaman yang lebih ganas seperti beruang dan gajah, maka dibina pagar yang lebih kukuh iaitu Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Nampaknya BPR juga tidak berkesan membendung atau mencegah rasuah. Kini dibina pula satu lagi pagar yang bunyinya memang lebih gagah iaitu “SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.”Apakah ada jaminan bahawa selepas ini rasuah akan menjunam kepada sifar?

Kita jaja merata dunia bahawa negara kita adalah sebuah negara Islam. Bagaimana dalam sebuah negara Islam perkara fasad dan mungkar berlaku dengan bebas dan ketara banyaknya temasuk rasuah. Sepatutnya kita malu hendak mengaku sebagai negara Islam kerana golongan yang kononnya pendokong kepada pemerintahan merupakan kalangan yang paling banyak terjebak dengan perkara haram termasuk rasuah.

Suatu ketika dahulu para pemimpin Buddha di Thailand memprotes keras terhadap cadangan kerajaan Thailand untuk membina sebuah kasino bertaraf antarabangsa. Biar pun projek tersebut dibatalkan namun golongan pemerintah memberi alasan, “Sedangkan Malaysia sebuah negara Islam pun boleh membina Kasino di Genting.” Tidak mustahil suatu masa nanti negara lain akan kata, “Sedangkan Malaysia sebuah negara Islam pun rasuah amat ketara hingga terpaksa di ujudkan SPRM”.

Hanya orang yang kuat hatinya dengan Tuhan, takut dan cinta kepada Tuhan sudah pasti akan mengamalkan syariat Tuhan. Mereka ini amat ringan serta seronok menunaikan perintah Allah swt dan sekaligus amat ringan dan mudah meninggalkan segala perkara fasad dan mungkar. Perkara-perkara haram mereka lihat dengan perasaan jijik kerana didorong oleh hati yang takut kepada Allah. Para Sahabat yang berhasil dididik oleh Rasululullah dengan iman dan taqwa, kalau sekadar terlajak atau terbuat dosa kecil sahaja, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala. Kerana tidak takutkan Tuhan, kita kini kalau dengan sengaja melakukan dosa besar sekali pun, dirasakan seperti kapas jatuh di kepala.

Kesimpulannya disini, apabila disebut negara Islam, rakyatnya atau orangnya, dari kalangan pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata adalah sangat takut dan cintakan Tuhan. Kalau sekadar sistemnya saja yang Islam tetapi orangnya atau masyarakatnya tidak Islam, maka bukan negara Islam namanya. Ini yang berlaku sekarang. Sistemnya hendak dibuat mengikut syariat tetapi orangnya tidak kenal Tuhan, tidak takutkan Tuhan, tinggalkan sembahyang, melakukan rasuah serta berbagai fasad dan mungkar.

Para pemimpinnya bercakap mengenai Islam, seolah-olah wira dan jaguh menegakkan Islam. Namun tidak pernah bercakap mengenai Tuhan. Rakyat pula terpesona dan kagum. Sedangkan merekalah sebenarnya pembohong dan penyangak besar, wira dan jaguh dalam melakukan rasuah, fasad dan mungkar. Mereka sebenarnya yang paling tidak pedulikan Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak takutkan Tuhan.

Patut disedari, antara pemimpin dengan rakyat umpama kayu dengan bayangnya. Kayu yang bengkok, bayangnya sudah pasti bengkok. Selagi pemimpin bukan dari kalangan yang kenal Tuhan, mengutamakan Tuhan, takut dan cintakan Tuhan, selama itulah rasuah fasad dan kemungkaran akan kekal berleluasa dalam negara.

Faktor pemimpin, ibarat kayu yang lurus pasti membentuk bayang yang lurus. Ini amat penting. Khalifah Umar Ibnu Abd Aziz, menjadi faktor kepada rakyatnya yang amat baik. Sebahagian rakyatnya yang miskin dan layak menerima zakat pun menolak zakat kerana mereka merasai kaya dengan mendapat Tuhan. Seolah-olah dengan hidup berTuhan itu mereka merasa kaya dan turut merasakan tidak layak menerima zakat. Zaman kita ini orang kaya pun merasa tidak cukup dan merasa miskin.

Lantaran itulah masing-masing menjadi rakus dan tamak, tidak mengira halal atau haram termasuk rasuah. Pemimpin yang membesarkan Tuhan seperti Khalifah Umar Ibnu Abd Aziz itu, secara automatik berlakulah perpindahan rasa berTuhan kepada rakyat jelata. Bahkan limpahan berkat terjadi kepada haiwan serta tumbuhan. Haiwan ternakan membiak, manakala tanaman menjadi subur dan hasilnya berganda.

Bukan sahaja manusianya hidup berkasih sayang, bersatu padu, aman damai, dan harmoni, bahkan haiwan bermusuh pun turut berdamai. Bagitulah yang berlaku dizaman pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Abd Aziz dimana serigala dan kambing pun boleh bebas berkawan. Hati ganas serigala terhadap kambing turut lunak. Begitu besar erti limpahan berkat dan rahmat Tuhan melalui pemimpin yang amat beriman dan bertaqwa. Hari dimana Khalifah meninggal dunia, pada hari itulah tiba-tiba serigala menerkam kambing. Ini kerana “Bayang” yang lurus milik Khalifah sudah diangkat oleh Tuhan.

Sangat menghairankan serta menjadi tanda tanya! Dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia ini pemimpinnya amat kurang atau mungkin tiada langsung memperkatakan tentang Tuhan, memperkenalkan Tuhan, mengajak dan mempromosikan untuk takut dan cintakan Tuhan.

Kalau demikian, dimana Islamnya? Jawabnya hanya tinggal pada slogan, tempelan, tempekan, penyedap kata-kata tetapi kosong dari roh dan amalan. Alhasil gembar-gembur hendak membanteras rasuah tetap kekal menjadi modal politik umpama cerita dalam buku bacaan kanak-kanak.

Kisah seorang pencuri yang menjerit sekuat-kuatnya mengajak penduduk kampung mengejar pencuri. Jeritannya itu bertujuan untuk menyorok, menyembunyikan dan melinungi bahawa dirinya itulah pencuri yang sebenar.

Kini bertempik untuk membanteras rasuah. Siapa sebenarnya yang rasuah? Apabila di sebut-sebut ada terlibat dengan rasuah, lantas dengan segera menafikannya dan minta bukti.

Disinilah relevannya VCD Sajak Kematian itu di tayangkan selalu supaya timbul rasa insaf dan sedar bahawa tanpa dapat bukti didunia ini Tuhan tetap merekodkan segala perbuatan termasuk rasuah yang tersorok dan tersembunyi. Lintasan dan detik hati pun Tuhan tahu dan Tuhan tidak pernah lupa.

Inilah agenda pencegahan rasuah yang paling berkesan, andainya kita benar-benar mahu melihat rasuah menjadi sifar. Di Hadapan manusia siapa saja boleh berlakon tetapi tidak sama sekali disisi Allah swt yang maha mengetahu


ARKIB : 15/04/2011

Nabi Muhammad SAW laknat pemberi, penerima rasuah

PERKATAAN ‘rasuah’ berasal daripada perkataan Arab, ‘al-risywah’. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Di negara ini, dari segi undang-undang, semua perbuatan ‘memberi dan menerima suapan’ adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Rasuah bukanlah satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya bermula sejak sejarah peradaban manusia yang dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat.

Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah SWT. Perbuatan ini dengan sendirinya mencemar Islam dan negara. Mereka bukan sahaja pengkhianat kepada rakyat, malah mereka telah mengakibatkan agama Islam tercela dan negara musnah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka.”

Rasuah terus bermaharajalela, amaran Nabi SAW tidak sedikitpun menakutkan mereka. Tetapi buat mereka yang imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi, sabda Rasulullah SAW itu tidak akan mencecah ke hati nuraninya. Rasulullah SAW juga meramalkan akan datang muncul satu zaman yang mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka.

Setiap kepingan wang atau dolar menjadi agama mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Imam mereka sudah hilang kecuali namanya sahaja. Seks menjadi tumpuan mereka. Kemuliaan seseorang itu akan diukur berdasarkan kekayaannya.

Dalam hal ini, terdapat banyak hadis sahih yang menunjukkan baginda melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah. Rasuah adalah satu daripada dosa besar manakala rasuah paling keji dan besar dosanya ialah rasuah berkaitan hukum. Ini kerana hukum ditetapkan oleh Allah SWT, sementara manusia hanya pelaksana.

Dalam konteks rasuah di Malaysia, paling banyak kita menerima laporan ialah mengenai salah laku penjawat awam kerana seolah-olah mereka sahaja yang bersalah dalam hal ini. Sebenarnya, yang patut juga dipersalahkan ialah tangan yang memberi kerana dalam sistem persaingan, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat dan tujuan.

Persoalan yang melingkari penjawat awam, misalnya dalam kes yang melibatkan negara kehilangan lebih satu bilion ringgit ekoran masalah kutipan cukai oleh pihak berkuasa kastam memberikan gambaran seolah-olah penjawat awam sahaja yang bersalah. Penjawat awam dikatakan menerima sejumlah wang bagi memberikan laluan kepada kemasukan barangan yang diisytiharkan cukai yang rendah ataupun dilepaskan begitu sahaja.

Seharusnya pihak SPRM perlu juga membuat penyiasatan mendalam mengenai kejujuran syarikat atau orang perseorangan yang membawa masuk barangan tersebut. Tanpa membuat siasatan dan bertindak mengenakan hukuman yang berat ke atas syarikat terbabit, maka semakin lama akan menyebabkan penjawat awam terasa seolah-olah mereka terus dijadikan kambing hitam dalam usaha kerajaan menghapuskan gejala rasuah dalam masyarakat.

Perlu juga disiasat secara jelas apakah motif sebenar sesebuah syarikat yang banyak bertindak sebagai ‘philanthropist’ atau dermawan dengan mengeluarkan bantuan dan tajaan dalam jumlah yang besar kepada sesebuah badan sukarela ataupun pertubuhan. Apakah syarikat-syarikat itu benar-benar ikhlas sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya?

Perbuatan rasuah sejak permulaan sejarah lagi sudah berlaku. Rasuah datang dalam pelbagai kaedah. Ada melalui acara permainan golf, janji pakej umrah malah tidak keterlaluan rasuah menggunakan wanita cantik untuk memperoleh sesuatu perkara yang dihajatinya, selain menggunakan wang dan menaja percutian mewah seseorang. Kebiasaannya, orang yang dijadikan sasaran ialah mereka yang mempunyai kedudukan atau ada kuasa membuat keputusan berhubung dengan apa yang diinginkan itu.

Contoh klasik mengenai perkara ini boleh kita lihat melalui hubungan cinta antara Samson dan Delilah. Samson merupakan seorang panglima besar dan tidak mampu dikalahkan oleh sesiapa. Disebabkan ketaksubannya terhadap kecantikan Delilah, mereka akhirnya terjerat dengan kesilapan sendiri. Samson mendedahkan kelemahan yang ada pada dirinya, iaitu rambutnya yang panjang dan tidak pernah digunting.

Mengetahui kelemahan tersebut, pada suatu hari ketika Samson tertidur di pangkuan Delilah, rambutnya digunting. Selepasnya kekuatan Samson menjadi lemah, dan ketika itulah seluruh kerajaan yang dipimpin oleh Samson jatuh dan menjadi milik penduduk Palestin. Legenda itu kemudiannya dijadikan asas permusuhan antara Islam dan Kristian sehingga menerbitkan rasa marah yang mendalam. Legenda itu kemudiannya dibangkitkan kembali oleh tentera Perang Salib untuk membunuh kekuatan empayar Islam.

Menurut anggaran terbaru, negara dikatakan mengalami kerugian besar jika gejala rasuah tidak dapat dibendung. Baru-baru ini didedahkan pula lebih RM1 bilion telah berlegar dalam kelompok tertentu sehingga menyebabkan SPRM membuat sasaran untuk mendapatkan kembali RM3 bilion menerusi siasatan yang melibatkan kakitangan kastam secara besar-besaran. Lebih enam puluh orang telah disiasat dan sebahagian besar sedang menunggu untuk didakwa di mahkamah.

Kesedaran mengenai keburukan rasuah yang dikempenkan setiap masa nampaknya kurang memberi kesan menyeluruh. Dengan menjadikan penjawat awam sebagai sasaran utama, ia tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang bermaruah, kerana puncanya masih belum dapat dibasmi sepenuhnya.

Disebabkan rekayasa perniagaan moden memerlukan persaingan, maka syarikat yang inginkan projek kerajaan sanggup memperuntukkan sebahagian kecil wang untuk melobi dan belanja keraian tertentu asalkan projek itu menjadi miliknya.

Senario ini perlu diselidiki secara mendalam jika kita ingin menghapuskan rasuah. Persoalan rasuah adalah tidak sama dengan tanggapan apabila penawaran menjadi lebih kecil manakala permintaan semakin meningkat, menyebabkan perlumbaan menjadi sengit. Asas persaingan adalah membentuk suasana pertandingan yang sihat, tetapi tentunya ada muslihat lain di sebalik persaingan tersebut. Inilah yang seharusnya dibasmi secara menyeluruh oleh SPRM ataupun pihak berkuasa.

Seseorang penjawat awam yang dikaitkan dengan rasuah haruslah diurus dengan baik dan tidak menjadikan mereka berada dalam tekanan yang melampau. Kemungkinan rasa tertekan yang dialami oleh mereka yang tertuduh menyebabkan lebih menyakitkan hati penjawat awam apabila mereka dibawa ke balai polis dengan tangan bergari. Mereka seharusnya diberikan layanan yang mesra, dan cara siasatan yang tidak menyebabkan tertuduh terasa bagaikan berada dalam suasana aib yang besar.

Persoalan mengurus mereka yang tertuduh perlu dilaksanakan secara berhemah. Meskipun mempunyai bukti, tetapi sebenarnya berdasarkan undang-undang, selagi mahkamah belum membuat keputusan bersalah, maka tertuduh perlu dilayan sebaik mungkin.

Pihak yang mengurus usaha membanteras rasuah sepatutnya juga dapat mencari bukti untuk mendakwa mereka yang memberi rasuah. Pemberi rasuah perlu dikenakan hukuman lebih berat berbanding mereka yang menerima. Jika pemberi rasuah dikenakan hukuman lebih berat, bermakna intensiti penjawat awam melakukannya adalah kecil kerana tidak ada pihak terlalu terdesak meminta untuk diberikan kelonggaran atau pelenturan undang-undang.

Semua pihak perlu memperkuatkan iktikad dan memasang semangat untuk membanteras rasuah. Orang politik jangan menjadi kumpulan pendesak yang kuat kerana teladan yang diperoleh penjawat awam membekas dalam karier mereka sendiri.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR

Yang Dipertua Yayasan Dakwah

Islamiah Malaysia


Hukuman pemberi, penerima rasuah sama


ISLAM melarang keras amalan rasuah sama ada pada pihak pemberi atau penerima. Sebab tanpa pemberi, makatiada penerima dan begitulah sebaliknya. Amalan rasuah tidak akan berlaku jika dilakukan satu pihak saja.

Rasuah sangat berat dan besar dosanya kerana boleh mengakibatkan orang yang berhak tidak mendapat haknya sedangkan yang tidak berhak memperoleh hak itu. Misalnya, dalam mencari pekerjaan, orang tidak layak tetapi sanggup memberi rasuah akan memperoleh pekerjaan dan yang berhak tetapi tidak menghulur rasuah, tidak memperoleh pekerjaan itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk neraka.” (Hadis riwayat at-Tarmizi)

Apabila ada amaran daripada Nabi Muhammad SAW dan firman Allah dalam al-Quran bahawa amalan rasuah boleh menyebabkan masuk neraka, ia termasuk dalam salah satu dosa besar dan hukumannya haram di sisi Islam.

Kedua-dua pemberi dan penerima rasuah akan menerima hukuman sama tanpa sebarang pengecualian. Justeru, untuk mewujudkan umat dan negara maju, amalan rasuah perlu dibersihkan. Apabila rasuah diamalkan, keadilan tidak dapat ditegakkan atau seseorang yang jujur boleh kehilangan haknya. Beginilah besarnya akibat rasuah jika ia dijadikan amalan dalam kehidupan.

Dari segi psikologi, tiada sebab nyata yang boleh diberikan tanpa manusia membabitkan diri dengan rasuah. Bagaimanapun, secara umumnya perbuatan memberi dan mengambil rasuah boleh dikaitkan dengan personaliti individu yang tidak tegas dalam kehidupan.

Personaliti atau peribadi lahir daripada didikan awal yang diterima dan persekitaran di mana dia membesar. Dengan kata lain, didikan ibu bapa menanamkan nilai agama atau nilai murni lain kepada anak akan melahirkan individu berprinsip dan memiliki personaliti teguh.

Katakanlah setiap kali ibu bapa mahu keluar bekerja si anak menangis, lalu ibu bapa menjanjikan anak hadiah atau ganjaran jika berhenti menangis. Perbuatan ibu bapa sebegini boleh, bahkan kadang kala perlu dilakukan. Tetapi, jika kerap hingga menyebabkan anak berasakan dengan menangis dia akan dikurniakan pelbagai ganjaran, tentulah perbuatan itu melampau.

Inilah bibit amalan yang diterapkan sejak peringkat awal kehidupan tanpa disedari. Kemudian ia diamalkan sehingga dewasa walaupun manusia mengetahui rasuah itu salah dan haram. Perbuatan rasuah dikutuk dengan kerasnya oleh Allah.

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad yang maksudnya: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberi jalan terhadap kedua-duanya.”

Al-Quran juga tidak senang dengan perbuatan rasuah dan banyak ayat melarang perbuatan terkutuk antaranya, “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (salah).” (Surah al Baqarah, ayat 188)

Keterangan hadis dan nas tadi jelas membuktikan betapa serius larangan Islam terhadap perbuatan keji itu. Kutukan bukan saja terbatas kepada penerima, malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah.

Larangan rasuah ditekan Islam dalam tiga institusi terpenting dalam hidup bernegara dan berorganisasi iaitu politik, pengurusan negara dan kehakiman. Dalam ruang lingkup inilah Islam menekankan seberat-berat kewajipan setiap mereka supaya berlaku adil, amanah, jujur dan jauh daripada rasuah.

Contohnya, dalam hal kehakiman Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat mereka yang menerima rasuah itu dalam kehakiman.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ar Tarmizi)

Untuk mengelakkan amalan rasuah, al-Quran menyediakan beberapa langkah antaranya mengharamkan sama sekali segala kegiatan rasuah dan ancaman balasan seksa yang amat pedih di akhirat terhadap pemberi, penerima dan mereka yang bersubahat dengannya di akhirat.

Meningkatkan keimanan dan ketakwaan serta ihsan. Seseorang itu beranggapan perbuatan, perkataan, malah niat atau lintasan hatinya, semuanya tertakluk kepada ilmu dan penglihatan Allah bukan sekadar takut di tangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Al-Quran secara tegas menggalakkan pengumpulan kekayaan harta asalkan ia tidak menggugat dan merampas hak orang lain khususnya rasuah. Menjelaskan falsafah kepentingan kebendaan dalam kehidupan manusia itu sendiri ialah sebagai alat untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah.

Kefahaman ini dapat menghapuskan sikap tamak, rakus, riak dengan harta hingga terbabit amalan rasuah. Sebenarnya harta kekayaan yang direbut manusia adalah amanah daripada Allah yang berfirman yang bermaksud: “Kamu sesungguhnya akan diuji terhadap harta dan dirimu.” (Surah al Anfal, ayat 27)

Keimanan kepada hari akhirat penting. Ia harus disemat dihayati, dijiwai dan diamalkan. Lebih-lebih lagi kebahagiaan hidup di dunia ini menurut al-Quran bukanlah semata-mata ditentukan kekayaan kebendaan tetapi kekayaan iman dan takwa.

Setiap kakitangan pengurusan organisasi diwajibkan oleh Islam memahami, menyedari dan menghayati tugas dan tanggungjawab mereka. Jawatan yang disandang itu adalah amanah Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah pula mengkhianati amanah yang dipercayai kepadamu sedangkan kamu mengetahui.” (Surah al Anfal, ayat 27)

Islam akhirnya meletakkan tanggungjawab dalam usaha membanteras amalan rasuah kepada pihak pemerintahan atau pihak berkuasa. Pemerintah secara langsung bertanggungjawab menghapuskan segala kemungkaran. Perbuatan rasuah dipersetujui oleh seluruh agama dan bangsa di dunia ini sebagai salah satu penyakit sosial yang berbahaya. Ia ibarat barah yang boleh meruntuhkan kerajaan.

Sejarah rasuah bermula sejak tamadun manusia mengenal pemerintahan dan hidup bernegara. Ia terus menjadi fenomena dari zaman ke zaman. Ia tidak mungkin dapat dibanteras sama sekali tetapi wajib dikawal. Sesungguhnya pengawalan bukan saja terletak dibahu kerajaan tetapi menjadi tanggungjawab setiap individu.


GEJALA RASUAH DAN KESANNYA

Oleh: Norhafifi Yahya

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

PETIKAN TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID SELURUH NEGERI MELAKA


TAJUK KHUTBAH : RASUAH

Dan peringatan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 'pemberi rasuah dan penerima
rasuah kedua-duanya masuk neraka.'

Mereka bukan sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala, bahkan mereka juga
akan disoal di padang mahsyar kerana amanah rakyat yang mereka khianati.

Ingatlah, perbuatan rasuah itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal
menghancurkan masyarakat, agama dan negara.

Pengamal rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit jiwa, akibat perasaan
takut yang sentiasa menghantui diri mereka.

Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan.

Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima
bala'.

Firman Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran,
surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian kamu
memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan
janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan
sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".

Perbuatan rasuah dianggap sebagai melanggar amanah dan dalam Islam melanggar
amanah termasuk ke dalam golongan munafik, Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim yang bermaksud "
tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta,
apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati.

Oleh kerana itu, pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian diri agar
kita tidak terlibat dengan rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal samada
sebagai pemberi rasuah, penerimanya atau perantaranya. Kerana Allah dan rasulnya
melaknat ketiga-tiga golongan tersebut.

Sumber :
http://www.al-azim.com/masjid/khutbah24.html
http://mutiaraislam.wordpress.com/seruan-minda/seruan-minda/

Tiada ulasan: