Isnin, 1 Ogos 2011

PILIH YANG LEBIH BAIK DRPD YG BAIK...PILIH YG KURANG TERUK DRPD YG TERSANGAT TERUK...PILIH KENA PILIH..TAK BAIK BOLEH TUKAR..KENA BERANI

Pakatan janji permit teksi individu
Salhan K Ahmad
Ogos 1, 11
11:24am

Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai “bakal perdana menteri” dalam pertemuan pemandu teksi dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE"Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

"Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku.

"Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan," katanya lagi kepada hampir 500 orang yang hadir di majlis perhimpunan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Jelasnya, pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar-dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah parti Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka.

Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso), meminda perjanjian sewa beli antara pemandu dan syarikat teksi.

Turut dinyatakan dalam resolusi berkenaan ialah tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

'100 permit untuk bekas menteri'

Kumpulan pemandu teksi berkenaan turut menuntut supaya kadar premium insurans bagi kenderaan teksi juga disemak semula supaya sesuai dengan kemampuan pemandu teksi.

Anwar berjanji bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian yang dibuat antara syarikat teksi dan pemandu supaya syarikat berkenaan tidak dapat lagi menyewakan teksi mereka kepada kira-kira 30,000 pemandu berkenaan.

NONE"Kita nak tengok datuk-datuk dan tan sri-tan sri ini pula kerja bawa teksi," kata bekas timbalan perdana menteri itu lagi yang menambah, isu berhubung permit teksi sememangnya menjadi masalah sejak beliau masih di dalam kerajaan.

Tanpa menamakan sesiapa, Anwar mendakwa seorang bekas menteri juga telah diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.

Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.

"Tapi menteri suruh (pemandu teksi) senyum. Macam mana nak senyum, bini duduk gaduh barang makan tak cukup. Senyum hotak kamu," katanya lagi yang disahut dengan "laungan hidup datuk seri" daripada hadirin.

Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Sepuluh tuntutan berkenaan dirangka oleh penasihat undang-undang bagi majlis berkeanaan yang juga peguam bagi kumpulan pendesak Hindraf – R Kengadharan dan V Ganabatirao.

  • Pg Abdul Razak · Sekolah Atap dinding Bertam
    Keadilan melangkaui batas bangsa. Teras kepada keadilan ialah memulangkan hak kepada yang berhak. Orang Melayu ada haknya, sama seperti orang lain. Bukan membela namanya, apabila pembelaan itu dilakukan atas nama bangsa dengan mengenepikan nilai-nilai keadilan sejagat.
    Paksi PAS adalah keadilan dan keadilan juga adalah paksi Islam.
    ............:)
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Ohhhh.... kalau henti permit teksi.
    Maka timbul lah puak puak umno terpaksa menganggur.
    Pada hal permit teksi itu milik taukeh umno , Cuba tanya menteri Teksi Nazri. berapa permit dia ada? Puak umno mengutip ufti dengan gunakan permit teksi. pemandu teksi terpaksa kerja macam lembu untuk membiayai ufti mereka kepada puak umno. Hapuskan permit teksi sekarang juga.
    • Zul Iman · Top Commenter
      Takder apa yang aku boleh belajar dari kata2 Antimamak Mamak dan aku tak nampak sebarang isi penting...
    • M S Ibrahim Al-Malbar · Top Commenter · Gopeng
      Dalam peristiwa Hijrah,Nabi pernah berjanji untuk menghadiahkan mahkota kerajaan Parsi kepada Suraqah yang mengejar Nabi s.a.w.,waktu itu Nabi belum jadi pemerintah bahkan negara pun takde,tetapi Nabi yakin Allah akan bagi Kuasa (politik) di Madinah, janji Nabi ini ditunaikan oleh Saidina Umar Al-Khattab.InsyaAllah
    • Awantie Nasruddin · Top Commenter · PANTS ON THE GROUND. at Kerja Kerja Kerja
      bolih tukar blik pd umno 5 taun kemudian.......ape susah.tarak susah punye.ini demokrasi.
  • Zaim Aini
    Diharap jika Pakatan Rakyat memerintah lepas ni harga tambang teksi pun dapat diturunkan. Pemandu teksi harus menggunakan meter dengan jujur.
    • Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
      trom Chai klu nak tau blh bt ka dak bg undi kat PR PRU nnti..klu rs PR xblh bt PRU lg skali bg blk undi kat Be End k
    • Trom Chai · Top Commenter
      nape nak salahkan pemerintah yg miskin disebabkan kebodohan rakyat walau diberi peluang segunung n free skalipun klu dah bangap cm nak berubah tukar kerajaan mana skalipun ttp sama walau 1000 tahun pun..bangsa pemalas adalah Melayu kena ingat
    • Trom Chai · Top Commenter
      dah sah xbleh buatnye..lihat kat penang, slangor, kelantan pe yg dia boleh wat smuanya ehsan persekutuan...merapu je lebih
  • Jashamsulnizam Jani · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Klu btul Anwar nk hapuskn permit teksi kt syarikat2 kroni maka xsalah klu rakyat nk mencuba memberi peluang kpd Pakatan Rakyat(PR) menerajui Putrajaya pd Pru13 nanti, tetapi... sekiranya ianya hanya sebuah retorik semata2 maka siaplah korng! aku ni ader ramai sedara-mara yg keje bawak teksi tau!
    • Jashamsulnizam Jani · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      ckp jer la ape ko nk, ader aku kisah?...
    • Trom Chai · Top Commenter
      xkisah pun xpe xpenting smua tu yg penting melayu islam mundur n terus mundur walau siapa yg ambil alih sekalipun...2 yg penting
    • Jashamsulnizam Jani · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      lantak ko lah, ko tu bkn nyer tuhan nk tentukn nasib hidup manusia atas muka bumi ni...
  • Zaman Bujang · Top Commenter
    Bulan puasa ooooi! komen alas2 skit .... sekadar ingat mengingat .... aku pon sama gak .....
    • Zidan Zinadin · Top Commenter
      Kan aku dah kata Antimamak tu layak hanya jadi macam China Doll sahaja
    • Zidan Zinadin · Top Commenter
      Kg Buah pala pun dia janji macam tu juga last sekali semuanya roboh bila pakatan ambil alih Pulau Pinang
    • RLie SyaZza · Top Commenter · Howard CC
      kg buah pala ko nampak.....duit rakyat...minyak naik...barang naik....ko tak nampak .....samdul la lu

Nik Aziz: 'Perbincangan rahsia' hanya jenaka
Ogos 1, 11 1:24pm

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.

"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.


Harun Taib: Ku Li ganti Anwar, tak mustahil
Ogos 1, 11 12:44pm

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus 'menyakat' Pakatan Rakyat dengan melobi agar ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah diangkat sebagai ketua pembangkang baru kerana mendapat sokongan sebahagian ahlinya.

harun taib 270804Terbaru, dalam laporan akhbar itu hari ini, Utusan mendakwa Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib (kiri) tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar itu mendakwa ahli parlimen Umno berkenaan mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan.

Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam Pakatan Rakyat akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan itu, jika keadaan memerlukan.

"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

azlan"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan ketua pembangkang)," kata Harun dipetik Utusan.

Bekas pesuruhjaya PAS Terengganu PAS sebelum ini juga dilihat sebagai penyokong kuat cadangan kerajaan perpaduan di antara Umno-PAS yang telah berulang-kali ditolak oleh pemimpin dan ahli parti Islam itu.

Utusan sejak Jumaat lalu berkempen hebat agar Tengku Razaleigh, selepas melancarkan NGO barunya Angkatan Amanah Merdeka, menggantikan Anwar.

Karpal: Ku Li bukan alternatif

NGO yang mengumpulkan bekas menteri dan ahli parlimen BN yang kini dipinggirkan bertujuan menghidupkan semula idea perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman berhubung beberpa isu yang menyentuh mengenai penduduk berbilang bangsa, demokrasi dan kedaualatan undang-undang.

“Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," kata Harun dipetik Utusan lagi.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.''

NONESementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh (kanan) berkata, Tengku Razaleigh bukan alternatif kepada Anwar kerana ketika mempunyai peluang dalam pembangkang melalui Semangat 46, beliau kembali kepada Umno.

"Dan selepas itu, hanya Umno bahagiannya sahaja mencalonkannya bertanding jawatan presiden parti menentang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star.

Karpal berkata, sekiranya terdapat anggota parlimen PKR membelot pada Anwar dan meninggalkan Pakatan, DAP dan PAS tidak akan menuntut kerusi ketua pembangkang.

"Tanpa Anwar, pembangkang dan negara ini tidak akan menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008," katanya.


SPAD: Bincang dengan kami, bukan pembangkang
Nigel Aw
Ogos 1, 11
12:31pm

Kurang 24 jam selepas pertemuan 500 pemandu teksi dengan ketua pembangkang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa kumpulan tidak mempolitikkan rungutan mereka.

NONEIni kerana, isu itu melibatkan kepentingan awam pihak yang tidak perlu dipolitikkan, katanya Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (kiri, tidak bertali leher).

Penilaiaan tentang keberkesanannya juga bukan terletak di tangan pembangkang, tambahnya.

Syed Hamid menambah, wakil daripada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor yang menganjurkan perhimpunan besar di Petaling Jaya malam tadi belum lagi menemui SPAD.

Katanya, jika mempunyai masalah, suruhanjaya itu bersedia mendengarnya sekiranya pemandu terbabit tampil memaklumkannya.

NONESebelum itu, bekas menteri dalam negeri itu berkata, SPAD menjalankan tinjauan melibatkan pemandu teksi dan pemegang saham berkaitan industri itu daripada 15 hingga 27 Julai untuk mengenalpasti rungutan mereka.

Banyak maklumat terperinci dikumpulkan dan akan diserahkan kepada kerajaan bulan depan, kata Syed Hamid lagi.

Perhimpunan antara pemimpin tertinggi pembangkang, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor diadakan selepas muncul dakwaan kerajaan gagal mengambil tindakan menangani rungutan pemandu teksi.

Dalam pertemuan malam tadi, Anwar antaranya berkata, Pakatan sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat.

Bagaimanapun, golongan pemandu itu juga perlu berusaha membolehkan Pakatan membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai “bakal perdana menteri” dalam pertemuan itu.


    • Tok Wan Rongoq · Top Commenter · Works at Tukang urut
      Umno, BN $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$​$$$$
    • Mazlan Callmelann · Top Commenter · .NET Developer at CXC Global
      tu dia...makhluk2 ni laju je. wujud lg sbnrnya. awal2 je idup. nnt lama2 bila dah xbleh jwb ilang la tu...AnuWear Si Chemeleon, kalo da pnat complain org bwh xnk dgr. buat pe nk kecoh2 lg. da tau xkn dgr punya, cr la alternatif lain, br dia panas, nk amik perhatian kat org yg tido. biar lah dia nk jmp PR pn. pe slhnyakn, nk mengadu je. yg syed hamid terasa tu kenapa, br nk tkt, br tau slama ni tido...kalo tukang gunting rambut xdgr, xnk guntungkn, cmner customer xlari pg cr kdi saloon lain!
    • Mazlan Callmelann · Top Commenter · .NET Developer at CXC Global
      Jack Gooners, ko tgk tak pemandu teksi bwk nk mmpus, kalo org suh cpat lg la dia terbang. da try nek taxi? mana tau diaorg keje mls? diorg bersusah pyh nk dptkn customer, bwk selaju mungkin nk dpt duit lebih yg mmg xckp. lg nk byr permit yg mhl...yg cekik darah pemandu taxi dgn permit tu pe crita, depa cr rezeki semata2 nk byr permit!...comment men sedap je..
  • Hashim Habeed · Sekolah rendah sultan ismail
    Ha ha ha bila pembangkang masuk baru mau menangani masalah mereka.... Sekarang Bangla pun sudah bawak teksi....
  • Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

    dia ni lah yang banyak permit teksi dan bas di malaysia ini... dia cakap macam tu sebab takut kelak dapur dia takkan berasap setebal asap gas pemedih mata yang di lepaskan pada 09.Julai yang lalu....
  • Audry Rysca · Top Commenter · LIVE FROM SCANDINAVIA
    SPAD melenting????? jadinya dah terang la siapa yg punyai permit teksi dgn jumlah yg besar...pemandu teksi wajib menolak mereka dlm PRU nanti
  • Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    Temui kami, bukan pembangkang.

    kalau pemandu teksi pergi berjumpa dengan si kepala berkilat ni pun sekedar di hidangkan secawan teh o suam nak buat apa....mereka pasti akan berkata 'Bukan ka meter teksi sekarang ni buka pintu sahaja dah RM3, macam mana pula awak semua kata tak cukup.awak semua ni tak reti bersyukur pada apa yang ada lah" kata-kata ini pasti akan keluar dari mulut "s.h.a" tu..percaya lah..dan bila orang lain cakap nak bantu emandu teksi baru kelangkabut cakap " datang lah sini temui kami." dah telambat lah tuan Albar....dan tak ada masa lagi dah...

Artikel rogol amah: Blogger buat rayuan
Joseph Sipalan
Ogos 1, 11
1:08pm

Penulis blog Amizudin Ahmat yang diarahkan membayar ganti RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel memfailkan rayuannya hari ini.

NONERayuan itu difailkan melalui peguam belanya, Ong Chin Wen (kanan, berkaca mata) yang berkata “mereka memounyai asas untuk merayu” terhadap penghakiman berkenaan. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butirannya kerana perkara itu “masih dalam perbincangan.”

Pada 1 Jan lalu, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PKR. Tindakan itu berhubung artikel yang disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu yang menuduh menteri itu merogol pembantu rumah Indonesianya.

Dalam samannya, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

NONESeorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof pada 19 Julai lalu memerintahkan Amizudin (kanan) membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Rais dan juga RM100,000 dalam bentuk kos kepada Rais.

Dalam penghakimannya, Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Tiada ulasan: