Selasa, 9 Ogos 2011

SAHABAT2 MENJADI KHALIFAH SELEPAS RASULLULLAH SAW WAFAT...

Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Saidina Abu Bakr atau nama sebenarnya Abdullah bin Quhaffah merupakan sahabat Nabi s.a.w yang paling rapat dan paling disayangi. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w " Perempuan yang paling ku cintai adalah Aisyah r.a manakala lelaki yang paling kucintai adalah bapanya". Keperibadianya yang begitu mulia, ditambah dengan kemurahan hati serta kebijaksanaanya menyebabkan beliau telah dicalunkan sebagai Khalifah pertama selepas kewafatan junjugan besar Rasulullah s.a.w.

Beliau merupakan seorang tokoh perniagaan yang kaya dan datang dari keluarga bangsawan yang dihormati oleh masyarakat Arab Quraisy. Beliau dari segi umur adalah dua tahun lebih muda daripada Nabi s.a.w . Beliau tidak pernah minum arak. Pengorbanannya yang begitu besar begitu dihargai oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya " Islam tertegak diatas harta Khadijah r.a dan pengorbanan Saidina Abu bakr r.a".

Beliau merupakan orang ketiga memerluk Islam selepas Saidina Ali Karramallahuwajhah dan Zaid bin Harithah, hamba kepunyaan Nabi pada masa itu. Selepas keislamanya, dia terus berda'wah dan dapat mengislamkan beberapa orang sahabat yang agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Zubir AiAwwam Saad bin Waqqas dan ramai lagi. Semasa beliau membeli Bilal Bin Rabah yang telah diseksa oleh tuannya ,beliau telah ditanya mengapa beliau membeli bilal yang sudah tidak dapat bekerja berat akibat seksaan itu. Beliau menyawab " aku membeli jiwanya ". yakni keteguhan Bilal mempertahankan keEsaan Allah. Perbagai cabaran gentir dan siksaan yang pernah beliau hadapi dalam menegakkan agama Allah. Beliau pernah dipukul dan dipijak sehingga dapat dikenali cuma melali hidungnya,kerana teruknya luka yang dialaminya. Tentang keimanannya yang begitu mantap, pernah Rasulullah s.a.w bersabda " Jika ditimbang iman Saidina Abu Bakr dengan sekelian ummat, nescaya berat lagi iman Saidina Abu Bakr" .

Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang senantiasa membenarkan kata Nabi s.a.w . Mengenai gelaran ini pernah ada ulama' yang mentafsirkannya dengan bermaksud " Mempercayai Allah dan Rasulnya dengan berpegang pada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan sifat-sifat kemulian Rasulnya mengatasi akal fikiran semata-mata ". Pernah Nabi s.a.w bersabda " Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membela ku ". Antara peristiwa dan pengiktirafan oleh sahabat yang membenarkan gelaran ini :-

1.Semasa peristiwa Isra' dan mi'raj di mana peristiwa yang luar biasa ini tidak dipercayai oleh seluruh masyarakat jahiliyah dan mereka telah datang menemui saidina Abu Bakr. Tetapi Saidina Abu Bakr telah berkata " sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai ".

2.Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saidina Abu Bakr".

3.Saidina Umar r.a bertanya pada Saidina Abu Bakr selepas termetrinya perjanjian Hudaibiyah " Wahai Abu Bakr bukankah dia Rasulullah ?. Abu Bakr menjawab " Ya " . Umar r.a bertanya lagi " Bukankah kita ini orang-orang Islam ?. " Ya " , jawab Abu Bakr. Lalu umar bertanya lagi " Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini ?. Bila ditanya oleh Saidina Umar soalan yang sama maka Rasulullah bersabda " Aku ini hamba Allah dan rasulnya ; aku tidak akan sekali-kali menyalahi perintahnya dan aku tidak sekali-kali dipersia-siakan" . Pada masa ini kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah di mana mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji pada tahun itu,sehingga mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah disuruh oleh Nabi sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan sayang pada Rasulullah . Lalu Rasulullah menerima cadangan yang bernas daripada Ummu Mu'minin, Ummu salamah supaya Rasulullah meneruskan sahaja penyembelihan itu seolah-olah wahyu dari Allah dan ini telah dikuti oleh para sahabat.

4.Aqalah bin Mu'it la'natullah pernah menjerut leher Rasulullah SAW tetapi telah dilihat oleh Saidina Abu Bakar yang segera menghalangnya lalu berkata, "Adakah kamu mahu membunuh seorang yang berkata Tuhanku adalah Allah?".

5.Saidina Abu Bakar juga telah meneruskan tindakan Rasulullah SAW sebelum kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Nabi SAW kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar telah melantik Khalid Aw-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang murtad ini.

6.Saidina Umar pernah berkata " Sesungguhnya di dalam syurga Admin terdapat sebuah mahligai . Ia mempunyai 500 pintu. Setiap pintu ada 5000 bidadari : tidak akan masuk kedalamnya melainkan Nabi-nabi sambil menoleh ke arah maqam Nabi s.a.w atau orang-orang yang benar, sambil memandang ke arah maqam Saidina Abu Bakr, atau orang yang syahid sambil menunjuk ke arah dirinya dengan mengaharapkan dia memperolehi syahid".

7.saidina Uthman Affan pernah mengatakan bahawa Saidina Abu Bakr layak mengantikan nabi s.a.w kerana dia As-Siddiq dan menjadi Imam solat sewaktu Rasulullah s.a.w uzur.

Saidina Abu Bakr telah diberi penghormatan untuk menemani Nabi s.a.w untuk berhijrah,beliau begitu gembira sekali mendengarnya sehinggakan Syaidatina Aisyah r.a mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat bapanya begitu gembira sekali melaikan pada hari itu. Dalam keadaan yang penuh gelisah di gua Thur , Allah telah menurunkan ayatnya menceritakan peristiwa ini didalam surah at-Taubah. saidina Abu Bakr telah berkata " Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata Tuan sendiri dapat dibunuh, maka hancurlah satu cita-cita yang murni. yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tertegak adalah kezaliman" . Begitulah cintanya saidina Abu Bakr kepada Rasulellah s.a.w. saidina Abu Bakr begitu sedih mendegar munajat Nabi s.a.w semasa perang Badar yang begitu mengharapkan kemenagan keatas tentera Islam lalu Beliau berkata " cukuplah Ya Rasulullah".

Semasa dalam satu khutbah Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang disediakan oleh Allah ; dan hamba tersebut tidak akan memilih dunia melaikan memilih apa yang di sisi Allah. Mendengarnya, menangislah tersedu-sedu saidina Abu Bakr kerana beliau faham akan maksud khutbah itu, yakni umur Rasulullah di dunia sudah hampir berakhir.

Saidina Ali penah mengatakan bahawa saidina abu Bakrlah sahabat Nabi s.a.w yang paling berani kerana sangup melindungi Nabi s.a.w untuk menghadapi perang Badar di saat para sahabat yang lain berdiam diri bila Nabi s.a.w mengacukan soalan itu. saidina Abu Bakr telah menyertai hampir semua Ghazwah yang disertai oleh nabi s.a.w. Beliau juga merupakan sahabat yang paling banyak mengeluarkan hartanya untuk Islam. Sewaktu perang Tabuk beliau telah membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah "apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu "lalu beliau menjawab, "Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya ". saidina Umar pernah berkata " Tidak kami berlumba-lumba dalam membuat kebaikan melaikan dia saidina Abu Bakr pasti akan mendahuluiku".

Saidina Umar juga pernah berkata " Suatu malam dan satu hari saidina Abu Bakr lebih baik daripada Umar dan keluarganya". Satu malam semasa Hijrah bersama Nabi s.a.w manakala satu hari adalah di hari kewafatan Rasulullah s.a.w diaman saidina Abu Bakr dengan tenang tetapi tegas mengahadapi saat getir itu, ditambah dengan gejala murtad yang melandai sebahagian umat Islam pada masa itu. Beliau berkata " Wahai kaum muslimin, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati, Tetapi barang siapa menyembah Allah,maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati" seraya menyambung lagi dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran :144

" Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti Rasul-rasul yang terdahulu darinya, Jika ia mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur kebelakang. Sesiapa yang surut kebelakang , dia tidak membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur." Ali-Imran 144.

( Ayat ini turun semasa perang Uhud di mana tersebar fitnah bahawa Rasulullah telah terbunuh. menyebabkan tentera Islam hampir putus asa).

Setelah dialantik menjadi Khaifah Rasulullah ( atas cadangan saidina Umar r.a dengan dipersetujui oleh sahabat) beliau telah memberi satu ucapan yang mahsyur, antaranya : " Wahai sekelian umat ! aku telah dipilih menjadi peminpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik diantara kamu. Sebab itu jika pemerintahan ku baik, maka sokonglah ; tetapi jika ianya tidak baik perbaikilah. orang yang lemah diantara kamu adalah kuat disisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat diantara kamu adalah lemah disisiku hingga aku harus mengambil hak orang lain padanya untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah aku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekelian tidak harus lagi patuh kepada ku".

Saidina Abu Bakr hidup seperti rakyat biasa dan tidak suka didewa-dewakan. Pernah orang memangilnya" ya Khalifah Allah" lalu dijawabnya " Saya bukan Khalifah Allah, saya hanyalah Khalifah Rasulnya"Sehari selepas dilantik, saidina Abu Bakr telah pergi kepasar dengan membawa barang perniagaannya, lalu ditegur oleh Abu Ubaidah Ibnu Jarrah, " Urusan Khalifah tidak boleh dicampuru dengan perniagaan". Lalu Khalifah bertanya "Habis,apa yang harus saya berikan pada keluarga saya?". Semenjak hari itu Kahlifah mendapat peruntukan wang daripada Baitul-mal dan saidina Abu Bakr pun menghentikan perniagaannya untuk menumpukan kerja sebagaiseorang Khalifah. Namun tidak berapa lama sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah mengembalikan semula wang Baitul-mal kerana berpendapat bahawa tenaga yang dicurahkanya tidak sepadan dengan duit Baitu-mal yang diperolehi itu dengan sebab-sebab keuzurannya.

Saidina Abu Bakr mengalakan sahabat-sahabat keluar berjihat, dengan menyebarkan ajaran Islam ke tempat-tempat baru. Beliau mengarahkan wakilnya menawarkan tiga pekara kepada pemerintah disitu, iaitu samaada memilih Islam, tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar Jizyah( sekiranya tidak mahu menganut Islam ) atau perang ( sekiranya menulak kedua-dua pilihan yang diberi itu). Di zaman Khalifah Umar r.a beliau yang lebih keras memberi tempuh selama tiga hari untuk memilih sama ada Islam ataupun berperang.

Sebelum meninggal dunia, selepas hampir dua setengah tahun menjadi Khalifah beliau telah berpesan kepada saidina Umar : "Janganlah hendaknya sesuatu bencana walau bagaimana besar pun dapat melupakan kamu dari urusan agama dan wasiat Allah. Engkau telah melihat apa yang aku lakukan tatkala Rasulullah wafat, sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum penah manuasia ditimpa bencana sebesar itu. Demi Allah, andaikata diwaktu itu aku melalaikan perintah Allah dan Rasulnya , tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula Kota Madinah itu telah menjadi lautan api ".

Saidiana Abu Bakr meninggal dunia ketika berumur 63 tahun dengan menyediakan tiang-tiang pokok dari kekuatan Islam yang memudahkan lagi kerja-kerja penyebaran da'wah oleh Khalifah seterusnya iaitu Khalifah Umar Al-Khattab, yang mana sebahagian Syam dan Iraq telah berada dibawah pemerintahan Islam ketika hayat beliau.


SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA

Saidina Abu Bakr (bahasa Arab: أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) atau nama sebenarnya Abdullah bin Quhaffah merupakan sahabat Nabi s.a.w yang paling rapat dan paling disayangi. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w.,

Perempuan yang paling ku cintai adalah Aisyah r.a manakala lelaki yang paling kucintai adalah bapanya.

Keperibadianya yang begitu mulia, ditambah dengan kemurahan hati serta kebijaksanaanya menyebabkan beliau telah dicalunkan sebagai Khalifah pertama selepas kewafatan junjugan besar Rasulullah s.a.w.Beliau merupakan seorang tokoh perniagaan yang kaya dan datang dari keluarga bangsawan yang dihormati oleh masyarakat Arab Quraisy. Beliau dari segi umur adalah dua tahun lebih muda daripada Nabi s.a.w . Beliau tidak pernah minum arak. Pengorbanannya yang begitu besar begitu dihargai oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya “

Islam tertegak di atas harta Khadijah r.a dan pengorbanan Saidina Abu Bakr r.a.

Beliau merupakan orang ketiga memeluk Islam selepas Saidina Ali Karramallahuwajhah dan Zaid bin Harithah, hamba kepunyaan Nabi pada masa itu. Selepas keislamanya, dia terus berda’wah dan dapat mengislamkan beberapa orang sahabat yang agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Zubir AiAwwam Saad bin Waqqas dan ramai lagi. Semasa beliau membeli Bilal Bin Rabah yang telah diseksa oleh tuannya, beliau telah ditanya mengapa beliau membeli Bilal yang sudah tidak dapat bekerja berat akibat seksaan itu. Beliau menjawab:

Aku membeli jiwanya.

Yakni keteguhan Bilal mempertahankan keEsaan Allah. Perbagai cabaran gentir dan siksaan yang pernah beliau hadapi dalam menegakkan agama Allah. Beliau pernah dipukul dan dipijak sehingga dapat dikenali cuma melalui hidungnya, kerana teruknya luka yang dialaminya. Tentang keimanannya yang begitu mantap, pernah Rasulullah s.a.w bersabda;

Jika ditimbang iman Saidina Abu Bakr dengan sekalian ummat, nescaya berat lagi iman Saidina Abu Bakr.

Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang senantiasa membenarkan kata Nabi s.a.w. Mengenai gelaran ini pernah ada ulama’ yang mentafsirkannya dengan bermaksud;

Mempercayai Allah dan Rasulnya dengan berpegang pada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan sifat-sifat kemulian Rasulnya mengatasi akal fikiran semata-mata.

Pernah Nabi s.a.w bersabda;

Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelaku.

Antara peristiwa dan pengiktirafan oleh sahabat yang membenarkan gelaran ini :-

  • Semasa peristiwa Isra’ dan mi’raj di mana peristiwa yang luar biasa ini tidak dipercayai oleh seluruh masyarakat jahiliyah dan mereka telah datang menemui saidina Abu Bakr. Tetapi Saidina Abu Bakr telah berkata “Sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai”.

  • Rasulullah s.a.w pernah bersabda ” Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saidina Abu Bakr”.

  • Saidina Umar r.a bertanya pada Saidina Abu Bakr selepas termetrinya perjanjian Hudaibiyah “Wahai Abu Bakr bukankah dia Rasulullah ?. Abu Bakr menjawab “Ya !.. . Umar r.a bertanya lagi ” Bukankah kita ini orang-orang Islam ?. ” Ya “ , jawab Abu Bakr. Lalu umar bertanya lagi ” Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini ?. Bila ditanya oleh Saidina Umar soalan yang sama maka Rasulullah bersabda “Aku ini hamba Allah dan RasulNya ; aku tidak akan sekali-kali menyalahi perintahnya dan aku tidak sekali-kali dipersia-siakan” . Pada masa ini kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah di mana mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji pada tahun itu,sehingga mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah disuruh oleh Nabi sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan sayang pada Rasulullah. Lalu Rasulullah menerima cadangan yang bernas daripada Ummu Mu’minin, Ummu Salamah supaya Rasulullah meneruskan sahaja penyembelihan itu seolah-olah wahyu dari Allah dan ini telah dikuti oleh para sahabat.

  • Aqalah bin Mu’it la’natullah pernah menjerut leher Rasulullah SAW tetapi telah dilihat oleh Saidina Abu Bakar yang segera menghalangnya lalu berkata, “Adakah kamu mahu membunuh seorang yang berkata Tuhanku adalah Allah?”.

  • Saidina Abu Bakar juga telah meneruskan tindakan Rasulullah SAW sebelum kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Nabi SAW kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar telah melantik Khalid Aw-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang murtad ini.

  • Saidina Umar pernah berkata “Sesungguhnya di dalam syurga Admin terdapat sebuah mahligai . Ia mempunyai 500 pintu. Setiap pintu ada 5000 bidadari : tidak akan masuk kedalamnya melainkan Nabi-nabi sambil menoleh ke arah maqam Nabi s.a.w atau orang-orang yang benar, sambil memandang ke arah maqam Saidina Abu Bakr, atau orang yang syahid sambil menunjuk ke arah dirinya dengan mengaharapkan dia memperolehi syahid”.

  • Saidina Uthman Affan pernah mengatakan bahawa Saidina Abu Bakr layak mengantikan nabi s.a.w kerana dia As-Siddiq dan menjadi Imam solat sewaktu Rasulullah s.a.w uzur.

Saidina Abu Bakr telah diberi penghormatan untuk menemani Nabi s.a.w untuk berhijrah, beliau begitu gembira sekali mendengarnya sehinggakan Syaidatina Aisyah r.a mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat bapanya begitu gembira sekali melaikan pada hari itu. Dalam keadaan yang penuh gelisah di gua Thur, Allah telah menurunkan ayatnya menceritakan peristiwa ini didalam surah at-Taubah. Saidina Abu Bakr telah berkata;

Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata Tuan sendiri dapat dibunuh, maka hancurlah satu cita-cita yang murni. yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tertegak adalah kezaliman”.

Begitulah cintanya saidina Abu Bakr kepada Rasulallah s.a.w. Saidina Abu Bakr begitu sedih mendengar munajat Nabi s.a.w semasa perang Badar yang begitu mengharapkan kemenagan keatas tentera Islam lalu Beliau berkata “cukuplah Ya Rasulullah”.

Semasa dalam satu khutbah Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang disediakan oleh Allah; dan hamba tersebut tidak akan memilih dunia melainkan memilih apa yang di sisi Allah. Mendengarnya, menangislah tersedu-sedu Saidina Abu Bakr kerana beliau faham akan maksud khutbah itu, yakni umur Rasulullah di dunia sudah hampir berakhir.

Saidina Ali penah mengatakan bahawa Saidina Abu Bakrlah sahabat Nabi s.a.w yang paling berani kerana sangup melindungi Nabi s.a.w untuk menghadapi perang Badar di saat para sahabat yang lain berdiam diri bila Nabi s.a.w mengacukan soalan itu. Saidina Abu Bakr telah menyertai hampir semua Ghazwah yang disertai oleh nabi s.a.w. Beliau juga merupakan sahabat yang paling banyak mengeluarkan hartanya untuk Islam. Sewaktu perang Tabuk beliau telah membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah;

Apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu?

Lalu beliau menjawab,

Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya.

Saidina Umar pernah berkata,

Tidak kami berlumba-lumba dalam membuat kebaikan melaikan dia Saidina Abu Bakr pasti akan mendahuluiku.

Saidina Umar juga pernah berkata,

Suatu malam dan satu hari Saidina Abu Bakr lebih baik daripada Umar dan keluarganya.

Satu malam semasa Hijrah bersama Nabi s.a.w manakala satu hari adalah di hari kewafatan Rasulullah s.a.w diaman saidina Abu Bakr dengan tenang tetapi tegas mengahadapi saat getir itu, ditambah dengan gejala murtad yang melandai sebahagian umat Islam pada masa itu. Beliau berkata ” Wahai kaum muslimin, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati, Tetapi barang siapa menyembah Allah,maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati” seraya menyambung lagi dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran :144.

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤﴾

“Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti Rasul-rasul yang terdahulu darinya, Jika ia mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur kebelakang. Sesiapa yang surut kebelakang dia tidak membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.” – Surah Ali-Imran 144.

(Ayat ini turun semasa perang Uhud di mana tersebar fitnah bahawa Rasulullah telah terbunuh. menyebabkan tentera Islam hampir putus asa).

Setelah dilantik menjadi Khaifah Rasulullah (atas cadangan saidina Umar r.a dengan dipersetujui oleh sahabat) beliau telah memberi satu ucapan yang mahsyur, antaranya :

Wahai sekelian umat ! aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik diantara kamu. Sebab itu jika pemerintahan ku baik, maka sokonglah ; tetapi jika ianya tidak baik perbaikilah. Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat disisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat diantara kamu adalah lemah disisiku hingga aku harus mengambil hak orang lain padanya untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah aku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekelian tidak harus lagi patuh kepada ku”.

Saidina Abu Bakr hidup seperti rakyat biasa dan tidak suka didewa-dewakan. Pernah orang memangilnya,

Ya Khalifah Allah ..

Lalu dijawabnya,

Saya bukan Khalifah Allah, saya hanyalah Khalifah RasulNya.

Sehari selepas dilantik, saidina Abu Bakr telah pergi ke pasar dengan membawa barang perniagaannya, lalu ditegur oleh Abu Ubaidah Ibnu Jarrah,

Urusan Khalifah tidak boleh dicampuri dengan perniagaan”.

Lalu Khalifah bertanya,

Habis, apa yang harus saya berikan pada keluarga saya?”.

Semenjak hari itu Kahlifah mendapat peruntukan wang daripada Baitul-mal dan Saidina Abu Bakr pun menghentikan perniagaannya untuk menumpukan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang Khalifah. Namun tidak berapa lama sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah mengembalikan semula wang Baitul-mal kerana berpendapat bahawa tenaga yang dicurahkanya tidak sepadan dengan duit Baitu-mal yang diperolehi itu dengan sebab-sebab keuzurannya.

Saidina Abu Bakr mengalakan sahabat-sahabat keluar berjihad, dengan menyebarkan ajaran Islam ke tempat-tempat baru. Beliau mengarahkan wakilnya menawarkan tiga pekara kepada pemerintah disitu, iaitu samaada memilih Islam, tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar Jizyah( sekiranya tidak mahu menganut Islam ) atau perang ( sekiranya menulak kedua-dua pilihan yang diberi itu). Di zaman Khalifah Umar r.a beliau yang lebih keras memberi tempuh selama tiga hari untuk memilih sama ada Islam ataupun berperang.

Sebelum meninggal dunia, selepas hampir dua setengah tahun menjadi Khalifah beliau telah berpesan kepada saidina Umar

Janganlah hendaknya sesuatu bencana walau bagaimana besar pun dapat melupakan kamu dari urusan agama dan wasiat Allah. Engkau telah melihat apa yang aku lakukan tatkala Rasulullah wafat, sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum penah manusia ditimpa bencana sebesar itu. Demi Allah, andaikata pada waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan Rasulnya tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula Kota Madinah itu telah menjadi lautan api.

Saidiana Abu Bakr meninggal dunia ketika berumur 63 tahun dengan menyediakan tiang-tiang pokok dari kekuatan Islam yang memudahkan lagi kerja-kerja penyebaran da’wah oleh Khalifah seterusnya iaitu Khalifah Umar Al-Khattab, yang mana sebahagian Syam dan Iraq telah berada dibawah pemerintahan Islam ketika hayat beliau.

Rujukan :-

1 . Fiqh Al-Harakah 1 & 2 – Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang
2 . Hayatus-Sahabah 1,2,3 dan 4 – Syeikh Myuhamad Yusuf Al- Kardahlawi.
3 . Tokoh-tokoh Islam dulu dan sekarang edisi 5 – H. Luqman Hakim
4 . Al – Quran , Tafsir Usmani – Allama Shabbir Ahmad Usmani.


Wasiat Saidina Abu BAkar r.a sebelum kematiannya

terima melalui email...

Ibnu Asakir mengeluarkan dari Salim bin Abdullah bin Umar, dia berkata, "Ketika Abu Bakar menghadapi ajalnya, maka dia menulis wasiat, yang isinya:

'Bismillahir- rahmanir- rahim. Ini adalah surat wasiat dari Abu Bakar pada akhir hayatnya di dunia, yang bersiap-siap hendak keluar dari dunia, yang merupakan awal masanya menuju ke akhirat dan yang bersiap-siap untuk memasuki akhirat, yang pada saat-saat seperti inilah orang kafir mau beriman, orang durhaka mau bertakwa dan pendusta mau menjadi jujur, aku telah memilih pengganti sesudahku, yaitu Umar bin Al-Khaththab. Kalau dia berbuat adil, maka memang itulah yang kuharapkan darinya. Namun jika dia semena-mena dan berubah, maka kebaikanlah yang kuinginkan dan aku tidak mengetahui yang gaib. Adapun orang-orang yang berbuat aniaya akan mengetahui di mana mereka akan dibalikkan.'

Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Kanzu, 3:146. Ibnul-Mubarak, Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Jarir dan Abu Nu'aim meneluarkan dari Abdurrahman bin Sabith, dia berkata, Sebelum ajal tiba, Abu Bakar memanggil Umar, lalu dia berkata kepadanya,

"Wahai Umar, bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahwa Allah telah menetapkan amalan yang harus dikerjakan pada siang hari, dan Dia tidak menerimanya jika dikerjakan malam hari, dan Allah telah menetapkan amalan yang harus dikeriakan pada malam hari, dan Dia tidak menerimanya jika dikerjakan pada siang hari. Sesungguhnya Allah juga tidak nienerima yang sunat sebelum yang wajib dikerjakan."

Begitulah yang disebutkan di dalarn Al-Kanzu, 4:363. Ibnu Sa'd mentakhrij dari AI-Muththalib bin As-Sa'ib bin Abu Wada'ah Radhiyallahu Anhu, dia berkata, "Abu Bakar menulis surat kepada Arw bin Al-Ash, yang isinya: 'Aku sudah menulis surat kepada Khalid bin AI-Walid agar dia bergabung ke pasukanmu dan mernbantumu. Jika dia sudah datang, inaka hergaullah yang baik, jangan merasa lebih tinggi darinya, jangan memutuskan perkara sendirian karena engkau merasa lebih tinggi darinya dan dari yang lain, berrnusyawarahlah dan janganlah berselisih dengan mereka. Begitulah yang disebutkan di dalam AI-Kanzu, 31133.
Wasiat Saidina Abu BAkar r.a sebelum kematiannya
« Jawab #4 on: 22 September, 2010, 10:50:40 AM »
Abul-Malih meriwayatkan, bahwa tatkala Abu Bakar Radhiyallahu'anhu hendak meninggal dunia, dia mengirim utusan kepada Umar bin Al-Khatab ra, untuk menyampaikan,

"Sesungguhnya aku menyampaikan wasiat kepadamu, dan engkau harus menerimanya dariku, bahwa Allah Azza wa Jalla mempunyai hak pada malam hari yang tidak diterima-Nya pada siang hari, dan Allah mempunyai hak pada siang hari yang tidak diterima-Nya pada malam hari.

Sesungguhnya Dia tidak menerima nafilah (sunat) sebelum yang wajib dilaksanakan. Orang-orang yang timbangannya berat di akhirat menjadi berat, karena mereka mengikuti kebenaran di dunia, sehingga timbangan mereka pun menjadi berat. Sudah selayaknya timbangan yang diatasnya diletakkan kebenaran menjadi berat.

Orang-orang yang timbangannya ringan di akhirat menjadi ringan, Karena mereka mengikuti kebatilan, sehingga timbangan mereka pun ringan pula di dunia. Sudah selayaknya timbangan yang di atasnya diletakkan kebatilan menjadi ringan, Apakah engkau tidak melihat bahwa Allah menurunkan ayat yang ada harapan di dalam ayat yang ada kepedihan, dan ayat yang ada kepedihan di dalam ayat yang ada harapan? Hal ini dimaksudkan agar manusia takut dan sekaligus berharap, tidak menyeret dirinya kepada kebinasaan dan tidak berharap kepada Allah secara tidak benar.

Jika engkau menjaga wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang tidak tampak namun paling engkau sukai selain dari kematian, dan memang begitulah seharusnya. Jika engkau menyia-nyiakan wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang tidak tampak namun paling engkau benci selain kematian, dan memang begitulah seharusnya yang engkau lakukan. Engkau tentu mampu melakukannya".

Ada yang menuturkan, bahwa sebelum ajal menghampiri Abu Bakar Ash-Shidiq ra, Aisyah rha putri beliau menemuinya lalu melantunkan syair,

"Tiada artinya harta kekayaan bagi pemuda
Jika sekarat menghampiri dan menyesakkan dada".

Abu Bakar ra. menyingkap kain yang menutupi kepalanya, lalu dia berkata, "Bukan begitu. Tetapi ucapkan firman Allah,"

"Dan, datanglah sekaratul-maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya". (QS. Qaf:19)

Lalu dia berkata lagi. "Periksalah dua lembar pakaianku ini, cucilah ia dan kafanilah jasadku dengan kain ini. Sesungguhnya orang yang masih hidup lebih memerlukan kain yang baru daripada orang yang sudah meninggal".

Ibnu Qudamah, Mukhtashor Minhajul Qoshidin, Pustaka Al-Kautsar, 1997, hal 499-500



Kisah Saidina Umar ra. yang paling menyayat hati

Berikut ialah sebuah kisah yang menyayat hati yang menimpa keluarga Khalifah Saidina Umar ra. Yang dipetik daripada laman web Jabatan Mufti Negara Brunei Darus Salam. Semoga ianya dapat menginsafkan kita semua.


KETEGASAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkata: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.


PERIBADI MULIA SAIDINA UMAR R.A.

Saidina Umar Al-Khattab r.a. sering memegang sehelai jerami sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini.” Kadang-kala dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!”
.
Pada suatu ketika, Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan menuntut pembelaan. Umar memukul orang itu di bahagian bahunya. Umar berkata: “Bila aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan penting engkau datang mengganggu aku.” Tanpa berkata apa-apa, orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian dia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata: “Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi.” Kata orang tersebut: “Saya memaafkan anda kerana Allah SWT.”
.
Kekesalan Saidina Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali ke rumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri seperti berikut: “Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah SWT. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah SWT dan Dia telah memberi kamu kuasa ke atas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan di hadapan Allah SWT?”
.
Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada suatu malam, Saidina Umar sedang meronda di suatu tempat di sekitar kota Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada. Dia berkata: “Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah, mungkin kepunyaan suatu kafilah yang tidak dapat memasuki kota kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka.” Setibanya mereka di tempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.
.
Umar: “Mengapa kanak-kanak ini menangis?”
Perempuan: “Kerana mereka lapar.”
Umar: “Apa yang ada di dalam cerek itu?”
Perempuan: “Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah SWT akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku di dalam keadaan begini.”
Umar: (Menangis) “Semoga Allah SWT mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!”
Perempuan: “Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya.”
.
Saidina Umar pulang ke kota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh, Umar pun berkata kepada Aslam: “Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam.” Aslam menjawab: “Tidak, tidak, ya Amirul Mukminin! Biar saya yang memikulnya.” Umar berkata: “Apa! Adakah engkau yang akan memikul dosaku di hari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulnya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini.”
.
Dengan perasaan serba salah, Aslam meletakkan karung itu di atas belakang Saidina Umar. Dengan diikuti oleh Aslam, beliau berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak ke dalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata Aslam: “Saya melihat asap mengenai janggutnya.”
.
Sebentar kemudian makanan itu pun siap. Saidina Umar sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata: “Semoga Allah SWT memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar.” Umar menghiburkan hati perempuan itu lalu berkata: “Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku di sana.”
.
Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Saidina Umar pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang, Saidina Umar bertanya kepada Aslam: “Adakah kamu tahu mengapa aku duduk di situ beberapa ketika? Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan.”
.
Mengikut riwayat, ketika mengerjakan solat fajar, Saidina Umar sering membaca Surah Al-Kahfi, TaHa dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberapa saf di belakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat Surah Yusuf 86 yang bermaksud: “Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah”, beliau telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.
.
Semoga kisah-kisah Saidina Umar dijadikan teladan oleh kita bersama. Saidina Umar diketahui umum merupakan pahlawan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian di hadapan Allah SWT, dia menangis ketakutan.
.
Wallahua’lam.

Benarkah Saidina Umar r.a membunuh anak perempuan?

Terdapat beberapa buah buku yang tersebar meluas dalam masyarakat yang menceritakan kisah Sayyidina Umar r.a. kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dan menanamnya hidup-hidup, seperti sebuah buku berjudul “Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga” oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), m.s. 50-51. Dua artikel berkenaan cerita ini telah disiarkan dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998) dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM ( Harakah, 30 Nov 1998) . Kedua-duanya mengandungi cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.

Jika cerita seperti itu disiarkan oleh musuh Islam, tentu sekali tiada maksud lain bagi mereka melainkan untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a. yang merupakan sahabat karib Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam.

Jika cerita seperti ini disebarkan oleh mereka dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah, pada pandangan penulis, ada dua kemungkinan yang mendorong mereka untuk menyebarkannya.

Pertama, kerana jahil dan kedua, adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a. berada di zaman jahiliah.

Apa yang peliknya andaikata semasa zaman jahiliah itu, Sayyidina Umar r.a. telah melakukan demikian! Selain dari itu bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam dengan kemampuannya yang luar biasa dalam mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Sayyidina Umar r.a. itu pun telah menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat Islam kemudian apabila memeluk Islam?
Bagi penulis, tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana telah pun terbukti melalui banyak riwayat-riwayat yang sahih tetapi bagaimana dengan cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a. ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?

Alangkah berguna kepada para pembaca sekiranya penulis-penulis buku dan artikel-artikel ini mengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab.

Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan walaupun bayangnya di dalam kitab-kitab hadis atau kitab-kitab sejarah yang muktabar! Tentu sekali ianya direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali apabila kita sebagai umat Islam menerima apa saja yang disogokkan dalam cerita atau kisah-kisah sahabat padahal Rasulullah s.a.w. telah pun bersabda yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa sahaja yang didengarnya.” ( Hadis Riwayat Muslim)

Tujuan penulis mengkaji semula dan membetulkan artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup Rasulullah s.a.w. Juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. kerana mereka adalah cermin agama Islam.

Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a. menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disebarkan dalam akhbar sebagaimana di atas).

Begini ceritanya…..

“...Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. Ia menangis. Umar tidak menghiraukannya….Umar menutupkan mata dan terfikir, “ Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” Ia menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “ Umar, jangan jadi pengecut,” Tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali ditelinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kisah ini selain tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulamak Islam dalam menilai sesuatu cerita.
Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:

1) Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan membuktikan seorang pun daripada kabilah Quraisy menanam anaknya hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuannya.

2) Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah kabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka kerana anak-anak itu. (Muhammad Tayyib dan Najjar di dalam kitab Al-Qabasu AL-Waddah’, muka surat 78 Zakaria Basyir dalam Meccan Crucible, muka surat 24). Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Hasyim seorang pemimpin kabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman Jahiliah.


Disana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari kalangan Bani Tamim juga telah menyelamatkan ramai anak perempuan daripada dibunuh oleh ibu bapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan. Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada Al-Farazdaq seorang penyair Arab yang terkenal dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibu bapanya kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang ( At Thabarani dalam Al Mu’jamu’ Al Kabir, jilid 8 m.s. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakat sekeliling yang menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki baki peninggalan agama Nabi Ibrahim. Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapanya lalu memelihara mereka hingga dewasa. Kemudian dia akan membawa anak-anak perempuan itu kepada kedua ibubapanya lalu berkata kepada mereka , “ Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini, kamu boleh mengambilnya atau kalau kamu tidak mahu kepada anak perempuan kamu ini biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” ( Bukhari, jilid 1 , m.s. 540)

Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau adalah sepupu Sayyidina Umar r.a. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id dan anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a. sendiri.

Takkanlah keluarga yang terkenal dalam usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menonjol dan yang terpenting daripada mereka sendiri melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anaknya sendiri.

3) Setelah Mekah dibuka, Rasulullah SAW. Berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Diantara ucapan baginda SAW ialah:

“ Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.”

Hindun tiba-tiba berkata, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.”

Peristiwa itu tercatat di dalam kitab-kitab hadis dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci. Kata-kata Hindun ini menunjukkan kabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini. Sabda Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa kabilah Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu, Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud,
“ Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka paling menjaga kedudukan dan harta benda suaminya”.

Apa ertinya pujian Nabi s.a.w terhadap sifat penyayang mereka terhadap anak-anaknya sekiranya mereka juga seperti kabilah-kabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak-anaknya?

Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.

4) Dalam tradisi Arab, seorang yang dikurniakan dengan anak
sulungnya seperti Kuniah Nabi kita s.a.w ialah Abu Qasim, Kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a. yang sulung ialah Sayyidatina Hafsah.

5) Perlu juga diperhatikan bahawa disepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a dan juga hamba sahayanya di samping anak daripada mereka itu?

Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a Imam Ibn Jauzi dan lain-lain menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a. dan anak-anaknya di samping hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:

I) Zainab bt Maz’un

Zainab adalah saudara perempuan Uthman b. Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan dan saudara sesusu dengan Nabi s.a.w. Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman.

ii) Atikah bt Zaid b. Amar b. Nufail
Daripadanya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Iyadh
iii) Isteri yang ketiga ialah Jamilah bt Tsabit b. Aflah
Daripadanya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim
iv) Ummul Hakkam bt Al-Harith b. Hisham
Daripadanya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.
v) Ummul Kulthum bt Jarwal b. Malik
Daripadanya beliau mendapat dua orang anak perempuan bernama Ubaidullah dan Zaid Al Akbar
vi) Ummul Kulthum bt Ali b. Abi Talib
Daripadanya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid Al Asghrar dan Ruqayyah.
vii) Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan
Luhayyah juga Sayyidina r.a telah mendapat anak. Daripada Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan daripada Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman Al Autsar dan Abdul Rahman Al Asghrar.
Jadi, anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:

LELAKI

1) Abdullah
2) Abdul Rahman Al Akbar
3) Abdul Rahman Al Autsar
4) Abdul Rahman Al Asghrar
5) Zaid Al Akbar
6) Zaid Al Asghrar
7) Ubaidullah
8) ‘Aasim
9) ‘iyadh

PEREMPUAN:

1) Hafsah
2) Ruqayyah
3) Fatimah
4) Zainab
Daripada isteri pertamanya Zainab bt Maz’un, Sayyidina Umar r.a mendapat tiga orang anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah b. Umar dan Abdul Rahman Al Akbar.Hafsah adalah anak sulungnya daripada Zainab bt Maz’un, sebab itulah beliau dikurniakan dengan Abu Hafsin.

Pada ketika beliau memeluk islam, beliau mempunyai hanya tiga orang anak ini sahaja. Kalau begitu anak yang manakah ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a? Apakah namanya dan apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul bencikan atau tidak suka kepada anak perempuan, kenapa pula dia memakai kuniah Abu Hafsin?

Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logic Sayyidina Umar r.a baru mengetahui identity anaknya samada lelaki atau perempuan setelah anak itu berumur 4 tahun?

Mungkin juga orang yang mula-mula menyebarkan kisah ini terkeliru dengan riwayat Wadhin yang dikemukakan oleh imam Daarini di dalam sunnahnya,atau mungkin ia pura-pura terkeliru.

Riwayat itu menyebutkan bahawa ada seorang lelaki mengadap Rasulullah Saw lalu berkata, “wahai Rasulullah! Kami dahulu orang-orang Jahiliah,kami menyembah berhala dan membunuh anak-anak. Saya pernah mempunyai seorang anak perempuan.Bila saya memanggilnya dia berlari-lari datang kepada saya dan sangat ceria. Pada suatu hari saya memanggilnya dan ia terus mengekori saya. Berdekatan dengan tempat itu ada satu telaga, saya memegang tangannya dan menolaknya masuk ke dalam telaga. Ucapan terakhir yang terkeluar dari mulutnua ialah “ ayah!”

Mendengar ceritanya itu Nabi saw menangis. Orang-orang yang ada berdekatan dengan Nabi saw berkata kepada orang itu, “ kamu betul-betul telah menyedihkan Rasulullah saw.” Nabi bersabda, “orang ini datang bertanyakan sesuatu yang lebih dari itu,” seraya baginda Rasulullah saw berkata kepada orang itu, “ceritakan sekali lagi kisah itu” orang itu pun mengulangi sekali lagi kisah itu sehingga Rasulullah saw menangis sehinnga basah janggutnya.

Kemudian Nabi saw bersabda, “perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah swt dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakan amalan-amalan yang lain” ( sunnah Daarini,jilid 1. ms 3)

Ini adalah satu kisah seorang yang tidak diketahui siapa orangnya,apa namanya? Mungkin orang-orang yang mempunyai maksud jahat mengaitkan cerita ini dengan Sayyidina Umar r.a. padahal cerita inipun jika ditimbang dengan neraca ilmu riwayat juga tidak disabitkan kerana Wadhin merupakan perawi teratas, lahir pada tahun 80H dan wafat pada 149 H,sedangkan dia tidak pula menceritakan perawi lain lain diatasnya. Tidak mungkin dia telah mendengar sendiri kisah ini 80 tahun sebelum kelahirannya!

Dalam istilah ilmu hadis, riwayat seperti ini dinamakan riwayat munqati’, kerana perawi diatasnya tidak disebutkan. Selain itu Wadhin itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan oleh ulamak Rijal Hadits tentangnya. Imam Bukhari,Muslim dan Nasa’I tidak mahu menerima riwayatnya. Ibnu Saad berkata, “ dia seorang yang daif.” Abu Hatim berkata, “ sesetengah riwayatnya baik tetapi setengah yang lain sangat buruk.” Jauzajani berkata, “riwayat-riwayatnya adalah lemah” ( Mizan Al I’tidal, jilid 4. ms 336). Hafidz Ibnu Hajar menulis bahawa, “ingatannya sangat teruk”.

Bila riwayat itu sendiri tidak tahan diuji, di samping orang yang berkenaan tidak disebutkan dengan jelas namanya kenapa pula ada orang yang pandai-pandai mengaitkannya dengan Sayyididina Umar r.a.? Tentu sekali perbuatan seperti ini tidak pernah dilakukan kecuali oleh musuh-musuh Islam.

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/05/benarkah-umar-ra-bunuh-anak-perempuan.html

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

* Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah-lembut

* Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

* Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

* Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah di antara keduanya yang lebih baik untukku

* Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

* Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu



Sayyidina Usman r.a.

Sayyidina Usman yang dermawan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu berkata :” Sayyidina Uthman r.anhu membeli syurga daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali dengan jual beli yang hak (benar), (pertama) setelah Sayyidina Uthman r.anhu menggali perigi rumah , dan (kedua) setelah menyiapkan bala tentera pada masa kesulitan.” (Riwayat Imam Al-Hakimrah. di dalam Al-Mustadrak)

Ketika kaum muslimin hijrah dari Mekah ke Madinah, mereka menghadapi masalah bekalan air. Di sana memang ada sebuah perigi, tapi perigi itu milik seorang Yahudi dan airnya diperdagangkan. Hijrahnya kaum muslimin ke Madinah amat menggembirakan kerana memberinya kesempatan untuk memperoleh wang yang banyak daripada hasil penjualan air perigi.

Rasulullah SAW amat berharap jika salah seorang sahabat mampu membeli perigi itu untuk meringankan beban kaum Muhajirin yang menderita kerana harta mereka ditinggalkan di Makkah. Mengetahui kejadian itu, Sayyidina Usman r.a. pergi ke rumah orang Yahudi itu untuk membeli perigi itu. Selepas tawar-menawar, harga perigi itu 12,000 dirham dan dengan perjanjian satu hari hak orang Yahudi itu, dan keesokan harinya untuk Sayyidina Usman.

Pada giliran Sayyidina Usman, kaum Muslimin bergegas mengambil air yang cukup untuk keperluan dua hari. Dengan demikian si Yahudi berasa rugi, kerana tidak ada lagi yang membeli air pada gilirannya,

Orang Yahudi itu mengeluh kepada Sayyidina Usman, dan akhirnya dia menjual perigi itu kepada Sayyidina Usman dengan harga 8,000 dirham.Perigi Raumah mengalirkan air yang melimpah bagi kaum Muslimin dengan percuma. Itulah kedermawanan Sayyidina Usman r.a.

Malaikat pun malu pada Sayyidina Usman

Diriwayatkan dari Aishah r.a.:

Rasulullah s.a.w sedang berbaring di dalam rumahnya dalam keadaan paha atau betisnya terbuka.

Abu Bakar r.a. meminta izin untuk masuk dan diizinkan masuk sementara Rasulullah s.a.w. masih berada dalam keadaan itu and beliau masuk ke dalam dan bercakap dengan Baginda s.a.w.

Kemudian, Umar r.a. meminta izin untuk masuk. Beliau dizinkan masuk dan bercakap dengan Baginda s.a.w dalam keadaan itu.

Kemudian Usman r.a meminta izin dan Rasulullah s.a.w. dan Baginda bangun dan membetulkan pakaiannya. Setelah beliau beredar, Aisyah berkata: “Abu Bakar masuk dan kamu tidak bangun untuknya atau bimbang tentangnya, Umar masuk dan kamu tidak bangun untuknya atau bimbang tentangnya, tetapi bila Usman masuk, kamu membetulkan pakaian kamu”

Nabi saw bersabda; Apakah saya tidak malu terhadap Utsman? Sedangkan malaikat pun malu padanya!(Muslim:6159, Ahmad:VI/62)

Kematian Sayyidina Usman

Diceritakan Sayyidina Usman dibunuh kerana melantik kroni iaitu ahli keluarganya dalam kerajaan pemerintahannya. Orang ramai marah dengan tindakannya melantik kroni. Sebenarnya tidak salah melantik kroni sekiranya mereka layak, menjalankan tugas dengan betul, jujur, boleh menjadi penasihat yang baik dan dipercayai. Rasulullah saw juga melantik kroninya seperti Sayyidina Abu Bakar r.a. dan Sayyidina Umar r.a.. Semasa dibunuh, darahnya menitis di atas al-quran, beliau bertanya “Apakah aku telah melakukan salah satu dari 3 perkara yang menghalalkan darahku ditumpahkan? Ketiga-tiganya aku tidak terlibat”

Rasulullah SAW telah bersabda:“Tidak halal darah seorang muslim kecuali dengan sebab salah satu dari tiga perkara, iaitu: janda yang melakukan zina, pembunuh jiwa dengan dibalas bunuh, dan orang yang meninggalkan agama yang memisahkan diri dari jemaah(Islam).”(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Sayyidina `Uthman’s Preservation of Qur’an

Notes by Dr. G.F. Haddad

Imam al-Bukhari narrates in his Sahih (6:183-184) from Anas ibn Malik (RA) that Hudhayfa ibn al-Yaman came to `Uthman at the time the people of Sham were battling for the conquest of Armenia and Azerbaijan [~year 25H] with the people of Iraq. Their divergences in Qur'anic reading had alarmed Hudhayfa, so he said to `Uthman: "O Commander of the Believers! Rescue (adrik) this Umma before they differ over the Book the way the Jews and Christians differed." Whereupon `Uthman wrote to Hafsah: "Send us the folios (suhuf) so that we copy them then we shall return them to you." Hafsa then sent them to `Uthman who ordered Zayd ibn Thabit, `Abd Allah ibn al-Zubayr, Sa`id ibn al-`As, and `Abd Allah ibn al-Harith ibn Hisham who copied those folios into the volumes (masahif). `Uthman said to the group - the three Qurayshis: "If you find yourselves differing, [the three of] you and Zayd ibn Thabit in anything of the Qur'an, write it in the tongue of the Quraysh. For it was not revealed but in their tongue." They did [as instructed] and when they finished copying the folios into the volumes, `Uthman returned the folios to Hafsa, sent one mushaf to each region from those they had copied, then ordered that all other [copies] of the Qur'an in each and every folio or volume be burnt.

In his commentary on the above hadith in Fath al-Bari, at the line "when they finished copying the folios into the volumes, `Uthman returned the folios to Hafsa," Ibn Hajar says:

"Abu `Ubayd [a tashif for Abu `Ubayda al-Qasim ibn Sallam as proven below] and Ibn Abi Dawud [in Kitab al-Masahif] added: with a chain from Shu`ayb, from Ibn Shihab who said: Salim ibn `Abd Allah ibn `Umar told me:

"'Marwan used to send courier to Hafsa - meaning, when he was governor of al-Madina on behalf of Mu`awiya - asking her for the folios from which the Qur'an had been copied [kutiba minha] but she would refuse to give them to him.' Salim continued: 'When Hafsa died and we returned from her burial, Marwan sent an imperative request to `Abd Allah ibn `Umar for those folios to be sent to him, whereupon `Abd Allah ibn `Umar sent them to him. Then Marwan gave an order so they were ripped up (fashuqqiqat). He said: 'I only did this because I feared that after the passing of time, some doubter might foster doubt with regard to those folios.'

"The wording in Abu `Ubayda's narration has: 'so they were torn up' (famuzziqat). Abu `Ubayd [sic] said: 'It is unheard of that Marwan tore up the folios except in this narration.' I say: Ibn Abi Dawud narrated it with a chain from Yunus ibn Yazid, from Ibn Shihab, in a similar wording which has:

"'When Marwan was governor of Madina he sent courier to Hafsa asking her for the folios but she refused him access to them.' He [Ibn Shihab al-Zuhri] said: 'Salim ibn `Abd Allah [ibn `Umar] narrated to me saying: "When Hafsa died..."' and he narrated it [as above] and said in it: 'So he had them ripped up and burnt' (fashaqqaqaha wa harraqaha).

"And this addition also came up in the narration of `Umara ibn Ghuzayya, also an abridged one, but he, also made it part of the narration of Zayd ibn Thabit who said in it: 'So he had it washed out thoroughly (faghassalaha ghaslan)'.... And all this can be reconciled by saying that this was done with all the folios - renting, them washing out, then burning - and it is possible that the word [harraqaha] be read 'kharraqaha' (he had them rent) so that he has them first torn up then washed out, and Allah knows best."

These Suhuf were the Mushaf of Abu Bakr (RA) kept by `Umar, then kept by his daughter Hafsa the Mother of the Believers, wAllahu a`lam.

Pemeliharaan Sayyidina `Uthman Al-Quran

Nota oleh Dr GF Haddad

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya (6:183-184) dari Anas ibn Malik (RA) bahawa Hudhayfa ibn al-Yaman datang ke Othman pada masa itu orang-orang Sham telah berjuang untuk penaklukan Armenia dan Azerbaijan [~ tahun 25H] dengan rakyat Iraq. Perbezaan mereka dalam membaca Al-Quran telah cemas Hudhayfa, jadi dia berkata kepada `Uthman:" Wahai Amirul orang-orang yang beriman Penyelamat (adrik) Umma ini sebelum mereka berbeza untuk Buku cara orang-orang Yahudi dan Kristian berbeza " Dimana `Uthman menulis kepada Hafsah:" Hantar folio (suhuf) supaya kita terikut untuk meniru mereka maka kita akan kembali kepada anda. " Hafsa kemudian menghantar mereka kepada `Uthman yang mengarahkan Zaid bin Thabit,` Abd Allah ibn al-Zubayr, Sa `id ibn al-` As, dan `Abd Allah ibn al-Harith ibn Hisham yang disalin folio tersebut ke dalam isi padu (masahif) . `Uthman berkata kepada kumpulan - tiga Qurayshis:" Jika anda mendapati diri kamu yang berbeza, [tiga] anda dan Zaid bin Thabit dalam apa-apa Al-Quran, menulis dalam bahasa Quraisy ia tidak diturunkan. tetapi dalam lidah mereka. " Yang mereka lakukan [seperti yang diarahkan] dan apabila mereka selesai menyalin folio ke dalam isi padu, `Uthman kembali folio untuk Hafsa, menghantar satu mushaf untuk setiap wilayah yang mereka telah disalin, kemudian mengarahkan bahawa semua yang lain [salinan] Al- Quran dalam setiap dan tiap-tiap folio atau volum dibakar.

Dalam komentarnya terhadap hadis di atas dalam Fath al-Bari, pada baris "apabila mereka selesai menyalin folio ke dalam isi padu,` Uthman kembali folio Hafsa, "Ibn Hajar berkata :

"Abu` Ubaid [tashif untuk Abu `Ubayda al-Qasim ibn sallam seperti yang dibuktikan di bawah] dan Ibn Abi Dawud [dalam Kitab al-Masahif] ditambah: dengan rantai dari Shu` ayb, dari Ibn Shihab yang berkata: Salim ibn ` Abd Allah ibn `Umar dan memberitahu saya:

"'Marwan digunakan untuk menghantar kurier Hafsa - makna, apabila dia gabenor al-Madinah bagi pihak Mu` awiya - memintanya untuk folio dari mana Al-Quran telah disalin [kutiba minha] tetapi dia enggan memberikan mereka kepadanya. ' Salim terus: 'Apabila Hafsa meninggal dunia dan kami pulang dari perkuburan itu, Marwan menghantar permintaan penting untuk `Abd Allah ibn` Umar dan bagi orang-orang folio untuk dihantar kepadanya, lalu `Abd Allah ibn` Umar dan menghantar mereka kepadanya Kemudian Marwan memberi. suatu perintah supaya mereka ripped (fashuqqiqat) Beliau berkata: 'Saya hanya melakukan ini kerana saya takut selepas masa, beberapa lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya) mungkin memupuk keraguan kepada orang-orang folio.

"Kata-kata di dalam menyampaikan riwayat Abu` Ubayda: 'jadi mereka telah musnah' (famuzziqat) Abu `Ubaid [sic] berkata: 'Ia tidak pernah di dengari bahawa Marwan mengoyakkan folio kecuali di dalam menyampaikan riwayat ini' Saya berkata: Ibn Abi Daud diriwayatkan ia dengan rantai dari Yunus bin Yazid, dari Ibn Shihab, kata-kata yang sama yang telah:

"Apabila Marwan menjadi gabenor Madinah dia menghantar kurier Hafsa memintanya untuk folio tetapi beliau enggan beliau mempunyai akses kepada mereka. ' Dia [Ibn Shihab al-Zuhri] berkata: 'Salim ibn `Abd Allah [ibn` Umar] menceritakan kepada saya sambil berkata: "Apabila Hafsa meninggal dunia ..."' dan beliau diriwayatkan [seperti di atas] dan berkata kepadanya:' Jadi dia telah mereka robek dan 'terbakar (fashaqqaqaha wa harraqaha).

"Selain itu ini juga datang dalam riwayat` Umarah rha ibn Ghuzayya, juga merupakan salah satu ringkas, tetapi dia juga membuat ia sebahagian daripada riwayat Zaid bin Thabit yang berkata: 'Jadi dia telah membasuh keluar dengan teliti (faghassalaha ghaslan )'.... Dan semua ini boleh diselaraskan dengan mengatakan bahawa ini telah dilakukan dengan semua folio - menyewa, mereka basuh keluar, maka pembakaran - dan ianya tidak mustahil bahawa perkataan [harraqaha] dibaca 'kharraqaha' (dia terpaksa mereka menyewa) supaya dia telah mereka mula-mula koyak kemudian dibasuh keluar, dan Allah lebih mengetahui. "

Suhuf Ini adalah mushaf Abu Bakar (RA) yang disimpan oleh Umar, maka disimpan oleh Hafsa anak perempuannya Ibu orang-orang yang beriman, wAllahu satu lam ` .



ALI BIN ABI THALIB AS. DALAM NASH (1)

Ali bin Abi Thalib adalah amirul mukminin, pemimpin para washi (orang yang mendapat wasiat kepemimpinan), khalifah Rasulullah yang pertama. Penetapan ini berdasar pada perintah Allah dan Rasul-Nya. Al-Qur’an dengan gamblang menjelaskan kemaksumannya, keterjagaan dan kesuciannya dari segala salah dan dosa. Nabi Muhammad saw. melakukan mubahalah (sumpah setelah berdebat) disertai Ali bin Abi Thalib, Fathimah dan kedua anaknya. Mereka berempat disebut Al-Qurba (keluarga). Wajib hukumnya mencintai mereka. Berkali-kali disebutkan bahwa keluarga Nabi adalah padanan Al-Qur’an. Siapa yang berpegangan pada keduanya akan selamat, sementara yang meninggalkan keduanya akan tersesat.

Ali bin Abi Thalib a.s. tumbuh dan besar di bawah asuhan Rasulullah saw. Sejak keci,l ia disuap oleh Nabi. Ia adalah seorang murid yang senantiasa setia pada gurunya. Ali bin Abi Thalib memerankan seorang saudara tanpa tendensi apapun berhadapan dengan Nabi. Ia adalah orang pertama yang memeluk Islam, orang pertama yang shalat bersama Nabi dan orang pertama yang lebur di jalan Allah.

Ali bin Abi Thalib a.s. mengorbankan dirinya demi kemenangan risalah Allah pada kondisi yang paling sulit sekalipun ketika berhadap-hadapan dengan masyarakat Arab Jahiliah. Pengorbanannya dilakukan pada kedua periode perkembangan Islam; Mekkah dan Madinah. Pengorbanannya tidak hanya dilakukan semasa Nabi masih hidup, namun berlangsung hingga ajal menjemput Rasul dan setelah sepeninggal beliau. Ali bin Abi Thalib luruh dalam prinsip dan risalah Allah, sebagaimana ia adalah personifikasi kebenaran. Ia tidak pernah berpaling dari kebenaran walau seujung rambut.

Dhirar bin Dhamrah Al-Kannaani memerikan sifat-sifat mulai Ali bin Abi Thalib kepada Muawiyah bin Abi Sufyan. Mendengar sifat-sifat yang disandang Ali, ia langsung menangis. Mereka yang mendengarkan penyifatan itu juga ikut menangis. Kemudian ia memohon kepada Allah untuk memberikan kemurahan kepadanya dengan ucapannya:

“Demi Allah! Ali adalah orang yang memiliki pandangan yang jauh ke depan dan sangat kuat. Ucapannya menyelesaikan setiap masalah, hukuman yang dijatuhkan mencerminkan keadilan. Ilmu memancar dari dirinya, hikmah selalu menghiasinya. Ia menjauhkan dirinya dari dunia dan gemerlapnya, meraih malam dan keheningannya menjadi teman. Dari Ali banyak pelajaran yang dapat diambil; ia adalah orang yang berpikir panjang. Ia senantiasa membalikkan tangannya (untuk berdoa) dan sering berbicara kepada dirinya sendiri. Ia menyukai pakaian yang sederhana dan makanan secukupnya. Bila ia berada di tengah-tengah kerumunan orang, tidak terlihat berbeda dengan orang lain. Bila seseorang hendak mendekatinya, ia lebih dahulu menghampiri ke arah orang tersebut. Ia pasti menjawab bila ditanya. Bila diundang, pasti datang. Ia senantiasa memberikan kabar bila kami menanyakan sesuatu.

Demi Allah! Walaupun ia senantiasa mendekatkan dirinya kepada para sahabat, atau ia berada dekat-dekat dengan mereka, para sahabat segan berbicara dengannya. Keseganan itu muncul dari wibawa yang dimilikinya. Ia tersenyum bak mutiara yang tersusun. Ia senantiasa menghormati orang-orang alim, dan dekat dengan kalangan mustadh’afin. Orang kaya tidak akan memanfaatkannya dalam kebatilan, sebagaimana orang lemah tidak pernah berputus asa akan keadilannya”.[1]

Ali bin Abi Thalib membantu Rasulullah saw. sejak permulaan dakwah. Ia berjuang bersama beliau. Perjuangannya dalam sejarah dakwah Nabi tidak dapat dibandingkan dengan para sahabat yang lain. Perjuangan yang dilakukannya berakhir pada suatu titik di mana malam tidak dapat membohongi pagi dan kebenaran muncul dalam dimensinya yang murni. Ia berbicara sebagai pemimpin agama. Ia membungkam asa para setan setelah terlebih dahulu membenamkan harapan serigala-serigala Arab dan keinginan-keinginan Ahlul Kitab.[2]

Setelah Rasulullah saw. menetapkan langkah-langkah dakwahnya untuk mengubah masyarakat Jahiliah dalam masa yang singkat, jalan semakin terbuka untuk mencapai tujuan besar Islam. Di sisi lain, terbukanya jalan berarti semakin sulit dan panjangnya perjalanan dakwah Islam. Kesulitan-kesulitan yang akan dihadapi membutuhkan rancangan yang sempurna dan pemimpin yang sadar akan masalah ini. Pribadi pemimpin sepeninggal Nabi harus seorang yang tidak berbeda jauh kepribadiannya dengan Nabi sendiri, baik dari sisi iman, kesempurnaan, keikhlasan, kematangan intelektual dan memiliki pengalaman yang cukup.

Tentunya, secara alami, risalah penutup (baca: Islam) sebagai inti sari dakwah para nabi dan pewaris usaha yang telah dilakukan sebelumnya dan sebagai ajaran ilahi, hendaknya memiliki blue print yang jelas tentang masa depannya. Atas dasar ini, dengan perintah Allah, Nabi memilih seorang pribadi yang lebur dan menyatu wujudnya dengan eksistensi dakwah Islam. Pribadi tersebut harus fana’ dan lebur dalam tujuan Islam, dan tidak boleh terkotori oleh konsep-konsep Jahiliah. Ia harus memiliki keutamaan-keutamaan seperti kesadaran penuh akan tanggung jawab yang diemban, keimanan, keikhlasan dan siap berkorban di jalan Allah.

Ali bin Abi Thalib adalah satu-satunya sahabat yang dipersiapkan oleh Rasulullah untuk mengemban tugas ini. Ali adalah tokoh puncak pemikiran dan politik sepeninggal Nabi yang mampu menyambungkan proses perubahan panjang yang telah digariskan Nabi. Hal itu akan dilakukan dengan bersandarkan pada kaedah-kaedah yang jelas yang telah dipersiapkan oleh Rasulullah untuk membimbing kaum Muhajirin dan Anshar.

Konsep hidup Jahiliah yang telah melekat erat dalam kehidupan sosial waktu itu tidak hancur hanya dengan perang Badr, Hunain dan di sela-sela sebuah perjanjian sekaitan dengan penghancuran dan pemusnahan. Jelas, secara alamiah, ia akan muncul kembali dengan mengambil baju Islam agar dapat leluasa tampil di tengah masyarakat baru setelah puluhan tahun. Secara alamiah sikap dan ide-ide Jahiliah perlahan-lahan akan merambah posisi-posisi kepemimpinan, baik secara langsung maupun tidak.

Dari sini, kembali kepada ide-ide dan kebiasaan Jahiliah dan menggabungkannya dengan kepemimpinan yang mendapat legalitas syariat di tengah masyarakat Islam, memiliki dampak yang sangat berbahaya dari setiap dimensi permasalahannya. Sementara di sisi lain, prinsip-prinsip kepemimpinan Islam sendiri belum sempurna secara disadari dan menjadi sebuah keniscayaan, bahkan dinanti oleh setiap pemimpin yang memiliki kesadaran politik dan sosial yang sangat rendah sekalipun. Bila ini dapat dibayangkan, bagaimana Rasulullah tidak pernah memikirkan kondisi dan kemungkinan yang seperti ini?

Bila diandaikan bahwa risalah Islam bertujuan untuk mengubah realitas sebuah masyarakat Jahiliah, maka seyogianya untuk memperhatikan dengan sungguh-sungguh kenyataan ini dari setiap usaha untuk mengaburkan masalah yang sebenarnya. Setelah itu menyiapkan langkah-langkah perubahan baik untuk rencana jangka pendek maupun jangka panjang. Risalah Islam sendiri telah memiliki rancangan tersebut yang merupakan keharusan logis sebuah syariat. Rancangan Islam terimplementasikan pada ajaran-ajaran bagaimana dan kepada siapa seorang muslim harus merujuk masalah-masalah keagamaan dan politik. Islam memerintahkan umatnya untuk merujuk kepada para imam yang terjaga dari perbuatan dosa. Itu pun setelah Nabi mengangkat Ali pada peristiwa Ghadir Khum sebagai pemimpin kaum mukminin, dan meminta para sahabat waktu itu untuk melakukan baiat kepada Ali bin Abi Thalib a.s.

Rencana Nabi berbenturan dengan realita yang dinanti oleh Nabi, juga dengan arus lemah yang kembali menunjukkan kurangnya kesadaran umat yang semestinya dapat membentuk lingkaran yang aman untuk melindungi kepemimpinan. Mayoritas kaum muslimin belum memahami secara mendalam bahwa kekuatan Jahiliah bekerja sama di belakang layar untuk menggulingkan revolusi Islam. Problem yang dihadapi tidak hanya sekedar mengganti seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain. Masalah yang dihadapi adalah penggantian rancangan Islam yang revolusioner dengan rancangan Jahiliah yang berselimutkan Islam.

Peristiwa Saqifah (peristiwa pemilihan khalifah sepeninggal Nabi di tempat bernama Saqifah Bani Saidah) menggugurkan rancangan kepemimpinan yang disiapkan oleh Nabi; sang pemimpin. Lebih-lebih setelah pada kejadian tersebut, Nabi telah tiada. Kejadian Saqifah membenarkan berita Al-Qur’an: “Muhammad hanyalah seorang utusan Allah. Sebelumnya telah diutus beberapa utusan. Apakah bila Muhammad mati atau terbunuh, kalian akan kembali pada kondisi kalian sebelumnya?”[3]

Nabi telah menetapkan Ali bin Abi Thalib sebagai pelindung risalah, umat dan negaranya. Ia telah mewajibkan kepada Ali untuk menjaga risalah dan syariat, sebagaimana ia juga telah diwajibkan untuk mendidik umat dan menjaga negara yang baru berdiri dan masih rentan terhadap goyangan.

Ali bin Abi Thalib a.s. telah melakukan usaha untuk mengembalikan permasalahan-permasalahan yang ada kepada tempat yang seharusnya. Ia mengingkari prosesi Saqifah dan hasil kejadiannya dengan cara bertahan tidak melakukan baiat dan tidak mau bersikap kooperatif dengan penguasa terpilih dari peristiwa Saqifah. Usaha yang telah dilakukan tidak banyak manfaatnya, bahkan kondisi yang ada sedemikian rupa sehingga beliau harus memilih antara tersungkurnya pemerintahan yang ada, baik secara politis dan teritorial, atau melindungi negara dengan menerima mereka yang tidak layak menjadi pemimpinnya.

Pada awalnya, Ali a.s. mengambil sikap pertama sebagaimana dicatat oleh sejarah, ketika beliau berkata: “Aku berdiam diri ketika melihat kebanyakan orang telah berpaling dari Islam. Mereka berdoa untuk yang membenarkan agama Muhammad saw. Kondisi ini membuat aku khawatir, bila tidak membantu Islam dan pengikutnya. Aku sedang melihat keretakan dan kehancuran. Kehancuran ini bagiku sangat berat sekali untuk ditanggung daripada hilangnya kepemimpinan yang merupakan hakku. Kepemimpinanku yang kuanggap hanya sesuatu yang sangat tidak berarti, akan lenyap bagaikan hilangnya fatamorgana atau awan yang lenyap”.[4]

Sikap yang diambil oleh Ali a.s. dapat dilihat dari ujian yang dihadapinya selama 25 tahun. Semua kepahitan dihadapinya dengan penuh kesabaran dengan harapan ia dapat membantu terwujudnya persatuan di kalangan umat Islam dan tidak adanya bentrokan negara muda yang telah dirintis pendiriannya oleh Nabi Muhammad saw. Itu semua dilakukan dengan membiarkan haknya terambil untuk sementara. Ia menjadi konsultan bagi para khalifah sekaligus penasihat mereka. Di samping itu, beliau tidak lupa untuk melakukan hal-hal lain yang lebih penting seperti; mengumpulkan Al-Qur’an sekaligus menafsirkannya. Beliau juga memberikan pencerahan kepada umat dengan menjelaskan makna-makna Al-Quran dan hakikatnya. Semua itu dilakukan tanpa meninggalkan upaya menyingkap konspirasi yang dilakukan oleh beberapa kelompok dari kaum muslimin. Beliau juga sering meluruskan pemahaman-pemahaman yang salah tentang Islam dan praktek-praktek yang mengatasnamakan Islam. Pada saat yang sama beliau juga mengkader sejumlah sahabat yang masih beriman dan meyakini rancangan Nabi tentang kepemimpinan Islam, dan berusaha agar ini dapat menyebar dan tidak lupa mengingatkan untuk berkorban demi terwujudnya rancangan Nabi.

Setelah bersabar selama dua puluh lima tahun, Ali bin Abi Thalib a.s. mulai memetik hasil dari usahanya. Tersingkaplah hakikat yang selama ini terpendam. Semuanya tampak di depan generasi yang mulai sadar. Mereka tahu bahwa Ali bin Abi Thalib a.s. adalah yang paling layak untuk menjadi khalifah sepeninggal Nabi. Hanya Ali bin Abi Thalib satu-satunya yang mampu untuk memperbaharui apa yang telah rusak selama ini. Sebuah kondisi yang sangat sulit dan kompleks sementara keberpisahan mereka dari kebenaran telah semakin jauh. Mengenai masalah ini, Ali bin Abi Thalib a.s. berkata: “Demi Allah! Aku tidak memiliki sedikit pun perasaan untuk menjadi khalifah, kalianlah yang meminta dan memaksaku untuk menjadi khalifah”.[5]

Setelah menjadi khalifah kaum muslimin, Ali bin Abi Thalib a.s. menyampaikan garis besar politiknya: “Ketahuilah! Aku telah menerima permintaan kalian untuk menjadi khalifah, namun aku akan berbuat sesuai dengan pengetahuanku. Aku tidak akan memerintah dengan mengikuti ucapan atau peringatan orang lain (sesuai dengan khalifah terdahulu)”.[6]

Pada kesempatan lain, beliau mengucapkan: “Wahai Allah! Engkau mengetahui bahwa tidak satu pun dari kami (Ahlul Bait) yang ingin berebut kekhalifahan dan mengais runtuhan puing-puing. Yang menjadi perhatian kami adalah mengembalikan ajaran-ajaran agama-Mu sekaligus melakukan perubahan di negeri-Mu, sehingga hamba-hamba-Mu yang dizalimi merasa aman karena hak-haknya dilindungi dan batasan-batasan agama yang selama ini dilalaikan dapat ditegakkan kembali”.[7]

Ali bin Abi Thalib a.s. sendiri melakukan usaha sebisa mungkin untuk merealisasikan keadilan sosial dan politik di tengah masyarakat. Beliau menjaga keamanan, kebebasan, kesejahteraan, dan stabilitas negara dengan menjaga persatuan umat melalui upaya-upaya mendidik, mengajari dan memberikan umat hak-haknya secara sempurna. Tidak lupa, ia pun memberhentikan pejabat-pejabat korup dan menggantikannya dengan orang-orang saleh yang dapat dipercaya, tanpa meninggalkan pengawasan yang ketat. Usaha terakhir ini dilakukan untuk menjauhkan lingkaran pemerintahan dari orang-orang yang tamak dan rakus akan kekuasaan. Ali bin Abi Thalib a.s. konsekuen pada sikapnya; terbuka dan selalu bersikap benar di setiap dimensi masalah. Ia tidak akan memerintah dengan perbuatan yang memalukan seperti menipu dan mencurangi. Beliau berjalan searah dengan rancangan yang telah disiapkan oleh saudara dan anak pamannya, Muhammad Rasulullah saw.

Usaha Ali bin Abi Thalib a.s. mendapat penentangan keras dari seluruh kekuatan tamak yang merasa posisi politik, sosial dan ekonominya terancam. Semua kekuatan yang ada saling bahu membahu. Mereka yang ikut dalam kasus pembunuhan Utsman menyuarakan slogan untuk meminta pertanggungjawaban atas kejadian itu kepada khalifah terpilih, Ali bin Abi Thalib a.s. Ada pula kekuatan yang kemudian muncul dalam peristiwa Nakitsin (pasukan Jamal yang kemudian dikenal dengan perang Jamal), Qasithin (pasukan Muawiyah yang kelak dikenal dengan perang Shiffin) dan Mariqin (kaum Khawarij).

Setelah melakukan perjuangan yang sulit, Ali bin Abi Thalib a.s. sendiri menjadi martir dan tubuhnya bersimbah dengan darahnya yang suci. Itu terjadi di mihrab shalatnya di Masjid Kufah pada malam lailatul qadr tahun keempat puluh hijriah. Ali bin Abi Thalib telah meraih kemenangannya dengan mereguk manisnya syahadah dan menang berada di jalur dan nilai-nilai risalah dan kebenaran demi menegakkan Islam. Ini sebuah kemenangan revolusi nilai ilahi atas nilai Jahiliah.

Salam untuk mu wahai Amir Mukminin dan pemimpin orang-orang yang putih bercahaya karena bekas wudlu di hari kelahiranmu, di hari engkau dibesarkan di ruang risalah, di hari engkau berusaha untuk meninggikan bendera Islam, di hari ketika engkau sabar dan memberi nasihat, di hari ketika engkau dibaiat dan memerintah, di hari ketika terbukanya kedok Jahiliah yang senantiasa bersembunyi di balik slogan Islam, di hari ketika engkau menjadi martir dan darahmu yang suci menyiram pohon Islam menjadi lebih lebat, dan di hari ketika engkau dibangkitkan di mana engkau membawa lambang-lambang kemenangan di surga yang tinggi.

Kesan dan Pengaruh Kepribadian

Kehidupan Ali bin Abi Thalib a.s. berbarengan dengan masa pergerakan wahyu hingga terputusnya wahyu sepeninggal Nabi. Ia memiliki posisi yang mulia di sisi Nabi. Posisi ini yang membuatnya berusaha untuk membantu dan melindungi Rasul Allah dan risalah Islam selama dua puluh tiga tahun dengan perjuangan yang terus menerus. Pembelaannya terhadap ajaran-ajaran Islam yang suci, sikap beliau sekaitan dengan kedudukan khilafah, perbuatan-perbuatan dan keutamaan yang dimilikinya dengan indah dilukiskan oleh ayat-ayat Al-Qur’an dan teks-teks hadis.

Ibnu Abbas berkata: “Ada 300 ayat yang turun berkenaan dengan Ali”.[8] Dan setiap turun ayat yang berbunyi Yaa ayyuhal ladzina aamanuu (wahai orang-orang yang beriman), Ali bin Abi Thalib pasti disebutkan di sana, karena ia adalah pemimpin dan yang termulia dari orang-orang yang beriman.[9] Dalam sebagian ayat, Allah pernah memperingatkan para sahabat Nabi. Namun, namun setiap kali menyebutkan tentang Ali, pasti berkenaan dengan yang baik.[10]

Oleh ulama mutaqaddimin (yang terdahulu) maupun muta’akhirin (yang terakhir) banyak jumlah ayat yang turun berkenaan dengan Ali bin Abi Thalib a.s. dikumpulkan dalam buku-buku mereka. Sebagian dari ayat-ayat yang memiliki sangkut paut dengan Ali bin Abi Thalib akan disebutkan sesuai juga dengan penjelasan para ahli hadis:

  1. Riwayat dari Ibnu Abbas; Pernah Ali bin Abi Thalib hanya memiliki empat dirham. Dengan uang itu, ia memberikan sedekah satu dirham pada malam hari, dan satu dirham lagi di siang hari. Dua dirham terakhir juga disedekahkan; satu dirham secara sembunyi-sembunyi, sementara dirham terakhirnya disedekahkan secara terang-terangan. Setelah melakukan hal tersebut turun ayat yang berbunyi: “Orang-orang yang menginfakkan hartanya di malam dan siang hari, secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan. Bagi mereka yang berbuat demikian pahalanya ada di sisi Tuhannya. Orang yang melakukan ini tidak memiliki rasa takut dan tidak pernah bersedih”.[11]
  2. Dari Ibnu Abbas; Ali bin Abi Thalib bersedekah dengan cincinnya, sementara ia dalam kondisi melakukan rukuk’. Kemudian Nabi bertanya kepada pengemis: “Siapa yang memberimu cincin ini?” Ia menunjuk sambil berkata: “Yang memberiku adalah orang yang sedang melakukan rukuk’ itu”. Setelah itu turun ayat: “Wali (pemimpin) kalian hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, orang-orang yang menegakkan shalat sembari memberikan sedekah dalam kondisi rukuk”.[12]
  3. Ayat Tathir[13] menunjukkan bahwa Ali termasuk Ahlul Bait yang disucikan dari segala noda dan dosa. Sementara ayat Mubahalah[14] menyatakan bahwa Ali adalah jiwa Nabi.
  4. Surat Al-Insan menjadi bukti akan keikhlasan Ali dan keluarganya dan kekhusyu’an mereka kepada Allah. Bukti dan persaksian ilahi ini menjadi jamin bahwa mereka adalah ahli surga.[15]

Para ahli hadis menyiapkan bab khusus berkenaan dengan keutamaan Ali sekaitan dengan riwayat-riwayat Rasulullah saw. Sejarah panjang kemanusiaan belum pernah mengenal manusia yang lebih utama dari Ali bin Abi Thalib setelah Rasul. Tidak pernah tercatat pada orang lain keutamaan seagung yang tertulis tentang Ali bin Abi Thalib, sekalipun ia banyak menuai cercaan dan makian di atas mimbar shalat Jumat sepanjang kekuasaan Bani Umayyah dan orang-orang yang membencinya. Mereka yang membencinya senantiasa berusaha untuk mengurangi keutamaan Ali sampai tidak lagi ditemukan apa yang dapat dilakukan. Semua usaha menemui jalan buntu. Umar bin Al-Khatthab berkata bahwa Rasulullah pernah bersabda: “Tidak ada seorang pun yang dapat meraih keutamaan seperti keutamaan yang dimiliki Ali. Keutamaan ini selalu menunjukkan pemiliknya ke jalan hidayah dan mencegahnya dari kehancuran”.[16]

Dikatakan kepada Ali bin Abi Thalib: “Bagaimana bisa engkau banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah saw. lebih dari sahabat yang lain?” Ia menjawab: “Bila aku bertanya niscaya Nabi memberi kabar kepadaku. Bila aku diam Nabi yang memulai memberitahukan kepadaku”.[17]

Dari Ibnu Umar, Pada hari penetapan persaudaran yang dilakukan Nabi kepada para sahabat, Ali bin Abi Thalib tiba dengan air mata berlinang. Rasulullah saw. bersabda: “Engkau adalah saudaraku di dunia dan di akherat”.[18]

Dari Abi Laila Al-Ghiffari berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Sepeninggalku akan terjadi fitnah. Bila fitnah itu terjadi maka hendaklah kalian berpegangan dengan Ali bin Abi Thalib. Ia pertama kali orang yang beriman kepadaku. Orang pertama yang menyalamiku di hari kiamat. Ia adalah orang yang paling jujur (As-Shiddiq Al-Akbar). Ia adalah pemisah (Faruq) umat ini. Ia merupakan pemimpin (lebah jantan) kaum mukminin sementara harta adalah pemimpin kaum munafikin”.[19]

Seluruh khalifah mengatakan bahwa Ali adalah yang paling mengetahui dan paling tepat dalam mengadili, hakim. Lebih dari itu, mereka sepakat bahwa seandainya Ali tidak ada niscaya mereka pasti celaka. Ungkapan ini lebih dikenal dalam ucapan-ucapan Umar yang berbunyi: “Seandainya tidak ada Ali niscaya Umar telah celaka”.[20]

Dari Jabir bin Abdillah Al-Anshari berkata: “Kami tidak pernah mengenal orang-orang munafik kecuali lewat kebencian mereka terhadap Ali ibn Abi Thalib”.[21]

Ketika Muawiyah tiba di tempat terbunuhnya Ali bin Abi Thalib a.s. ia berkata: “Pemahaman yang detil dan ilmu telah lenyap dengan meninggalnya Ibnu Abi Thalib”.[22]

As-Sya’bi berkata: “Keberadaan Ali bin Abi Thalib di tengah umat Islam sebagaimana keberadaan Isa bin Maryam di tengah Bani Israil. Sebagian dari pengikutnya begitu mencintainya sehingga mereka sampai pada batasan kekafiran akibat kecintaan yang berlebihan. Sementara sebagian yang lain begitu membencinya sehingga mereka sampai pada batasan kekafiran akibat kebencian yang berlebihan”.[23]

Ali adalah paling dermawannya manusia. Ia senantiasa berakhlak sebagaimana yang diinginkan Allah; dermawan dan tangannya senantiasa terbuka. Ia tidak pernah berkata ‘tidak’ seumur hidupnya untuk peminta-minta.[24]

Sha’sha’ah bin Shuhan berkata kepada Ali bin Abi Thalib di hari ketika ia dibaiat: “Demi Allah! Wahai Amir Mukminin, engkau telah menghiasi khilafah sementara khilafah tidak pernah membuatmu terhiasi. Engkau telah meninggikan derajat khilafah sementara khilafah tidak pernah meninggikanmu. Kekhalifahan lebih membutuhkanmu dibanding kebutuhanmu terhadapnya”.

Dari Abi Syibrimah, “Tidak pernah ada seorang pun yang berkata di atas mimbar ‘Saluni’ (tanyailah aku), selain Ali bin Abi Thalib”.[25]

Al-Qa’qa’ bin Zurarah berdiri di sisi kuburan Ali sambil berkata: “Semoga Allah rela denganmu. Demi Allah! Kehidupanmu selama ini adalah kunci kebaikan. Seandainya masyarakat sebelum ini menerimamu niscaya mereka akan mendapat makanan dari langit dan dari bawah kaki-kaki mereka. Sayangnya mereka menganggap remeh nikmat yang selama ini ada bersama mereka dan lebih mementingkan dunia”.[26]

George Jordack seorang Masehi berkata dalam bukunya Al-Imam Ali bin Abi Thalib Shaut Al-‘Adalah Al-Insaniyah (Ali suara keadilan manusia) berkata: “Ali bin Abi Thalib salah satu dari orang yang unik dan sulit ditemukan yang semisalnya. Bila engkau mengetahui hakikat mereka pasti engkau terjauhkan dari status taklid. Engkau akan memahami fokus keagungan mereka yang terwujud dalam keimanan mutlak akan kemuliaan manusia, kebenaran manusia yang kudus dalam kehidupan yang bebas dan mulia. Manusia yang semacam ini yang diinginkannya selamanya. Kejumudan, keterbelakangan dan senantiasa terhenti pada kondisi sebelumnya atau masa kini hanyalah sebuah kematian dan penunjuk pada kefanaan”.[27]

Syibli Shcmeil berkata: “Ali bin Abi Thalib paling agungnya orang yang teragung. Pribadi satu-satunya yang tidak akan pernah ada yang menyamainya, baik di barat maupun di timur, tidak juga sebelum dan sesudahnya”.[28]

Ali bin Abi Thalib tetap tinggal sebagai rumusan dan kepemimpinan praktis yang tidak dapat dipisahkan. Ia senantiasa konsekuen bersama generasi sahabat-sahabat besar dengan pengertian pertama Islam sebagai petunjuk dan pengorbanan guna memperbaiki alam dan membentengi Islam menuju jalan kebenaran dan keadilan. Dengan kata lain, sesuai dengan pengertian Islam sebagai revolusi yang tetap dan berkelanjutan.

Di sela-sela peperangan dengan Ali bin Abi Thalib, Muawiyah menampakkan dirinya di hadapan generasi muda muslim sebagai orang yang berada di puncak kekuasaan dengan ekspansinya. Di sisi yang lain, ia tidak ingin melepaskan ketamakannya atas kekayaan materi yang telah dikumpulkannya. Sikap permusuhan yang sangat dalam dan kelam ini sangat merusak dan menghancurkan. Hal ini memberikan kesempatan kepada Muawiyah untuk mengukuhkan rasa cinta keduniaan yang mengakar. Rasa ini mengoyak-ngoyak persatuan kaum muslimin. Kondisi ini membbuka kesempatan untuk mengangkangi agama terutama masalah politik dan pemerintahan berhadap-hadapan dengan semangat risalah dan revolusi yang hakiki.[29]

Masih seputar masalah ini, Prof. Hasyim Ma’ruf menulis:

“Ali bin Abi Thalib adalah fenomena historikal yang tidak pernah dikenal oleh umat manusia dalam kehidupan mereka. Ketidaktahuan ini mulai dari kelahirannya. Tempat lahirnya merupakan tempat yang sangat fenomenal dalam sejarah. Belum pernah ada seorang pun yang pernah dilahirkan di dalamnya (Ka’bah), tidak sebelumnya dan tidak sesudahnya. Namun, sekalipun ia dilahirkan di rumah Allah, saat menghadapi kematiannya, oleh Allah, ia dikeluarkan dari rumah-Nya (masjid Kufah) dan meninggalnya dikediamannya.”

Ma’ruf menambahkan:

“Belum pernah terjadi dalam sejarah kemanusiaan seperti yang terjadi pada Ali bin Abi Thalib. Orang-orang yang tidak memiliki keimanan seperti para pecintanya menganggapnya sebagai pemimpin yang terdepan dan salah satu manusia terjenius yang pernah dilahirkan zaman. Orang-orang yang tulus mencintainya, memandangnya sebagai pendamping kenabian dan kerasulan. Sementara orang-orang yang ekstrim mencintainya telah meletakkannya pada posisi ketuhanan.”[30]


[1] . Al-Isti’ab (Al-Mathbu’ bi Hamisyi Al-Ishabah), jilid 3, hal 44, terbitan Dar Ihya At-Turats Al-‘Arabi, Beirut.

[2]. Bagian dari pidato Fathimah Az-Zahra as. yang terkenal di hadapan Abu Bakar, Umar bin Khatthab dan seluruh kaum Muhajirin dan Anshar tidak lama setelah meninggalnya Nabi dan meminta untuk mengembalikan kekhalifahan kepada Ali.

[3] . QS. 3:144.

[4] . Allamah Majlisi, Bihar Al-Anwar, jilid 33, hal 596-597, Bab Al-Fitan Al-Haditsah bi Mishr, cetakan Wizarah At-Tsaqafah wa Al-Irsyad Al-Islami, 1368 HS.

[5] . Allamah Majlisi, Bihar Al-Anwar, jilid 32, hal 50, Bab Bai’ah Amir Al-Mu’minin.

[6] . Allamah Majlisi, Bihar Al-Anwar, jilid 32, hal 36.

[7] . Allamah Majlisi, Bihar Al-Anwar, jilid 34, hal 111, Bab Al-Fitan Alati Waqa’at fi Zaman Ali AS.

[8] . Al-Futuhat Al-Islamiyah, jilid 2, hal 516.

[9] . Kasyf Al-Ghummah, hal 93.

[10] . Yanabi’ Al-Mawaddah, 126.

[11] . QS. 2:273. Lihat Yanabi’ Al-Mawaddah, hal 92.

[12] . QS. 5:55. Lihat Tafsir Ath-thabari, jilid 6, hal 165, Tafsir Al-Baidhawi dan lain-lainnya.

[13] . QS. 33:33. Lihat Shahih Muslim, Bab Fadhail As-Shahabah.

[14] . QS. 3:61. Lihat Shahih At-Turmudzi, jilid 2, hal 300.

[15] . Lihat Al-Kassyaf milik Az-Zamakhsyari. Ath-thabari di Ar-Riyadh An-Nadhirah, jilid 2, hal 207.

[16] . Ar-Riyadh An-Nadhirah, jilid 1, hal 166.

[17] . Thabaqat Ibnu Sa’ad, jilid 2, hal 338. Hilyah Al-Auliya’, jilid 1, hal 68.

[18] . Sunan At-Turmudzi, jilid 5, hal 595, hadis nomor 3720.

[19] . Ibnu Hajar, Al-Ishabah, jilid 4, hal 171, nomor 994. Majma Az-Zawaid, jilid 1, hal 102.

[20] . Syarh Nahjul Balaghah, jilid 1, hal 6. Tadzkirah Al-Khawash, hal 87.

[21] . Al-Isti’ab bi Hamisy Al-Ishabah, jilid 3, hal 45.

[22] . Ibid.

[23] . Al-‘Aqd Al-Farid, jilid 2, hal 216.

[24] . Syarh Nahjul Balaghah, jilid 1, hal 7.

[25] . Aimmatuna, jilid 1, hal 94, dinukil dari ‘Ayan As-Syi’ah, jilid 3, bagian 1, hal 103.

[26] . Tarikh Al-Ya’qubi, jilid 2, hal 213.

[27] . Al-Imam Ali Shaut Al-‘Adalah Al-Insaniyah, jilid 1, hal 14.

[28] . Ibid, hal 35.

[29] . Burhan Ghalyiun, Naqd As-Siyasah, Ad-Daulah wa Ad-Din, hal 78, cetakan kedua 1993, Al-Muassasah Al-‘Arabiyah lil Dirasah wa An-Nasyr.

[30] . Sirah Al-A’immah Al-Itsna ‘Asyr.



SAIDINA ALI BIN ABI TALIB KARAMALLAHU WAJHAH

Saiyidina Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.

Beliau telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau adalah anak saudara baginda yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya aku benmesyuarah dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?

Pada mulanya agama Islam hanya berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah S.A.W. sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti Khadijah, Ali dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W. telah mengundang sekelian sanak saudaranya pada satu jamuan di rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah S.A.W. pun menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu. Maka Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang lain supaya meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya Rasulullah S.A.W. mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai bensantap, maka bersabdalah Rasul S.A.W.

"Saya rasa tak ada seorang yang membawa sesuatu yang lebih mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang akan menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali yang masih lagi belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata, "Hai Rasulullah, akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan memerangimu , lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil melihat-lihat Abu Talib dan anaknya itu. Kemudian meneka meninggalkan rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.

Saiyidina Ali R.A. pernah benkata, "Aku telah menyembah Allah S.W.T. lima tahun sebelum disembah sesiapapun dari ummat Muhammad ini. Bahkan beliau adalah salah seorang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah S.A.W. Dalam hubungan ini Anas Bin Malik R.A. pernah berkata, "Muhammad diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.

Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya sedang Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil tabi'at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya. Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergonbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat Islam.

Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hani.

Setelah Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian sabdanya, "Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga di Akhirat. Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W. terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.

Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi. Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A. seraya baginda bersabda, "Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.

Dalam apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang berasa senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya, "Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa ?" Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali R.A.

Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.

Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah S.A.W. bersabda "Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya".

Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari menjumpai saya, Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng yang sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.

Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.

Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musynik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, "Siapa di antara kalian yang berani berlawan denagan aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya, "Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.

Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, "Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya. Akhinnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.

Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:

Siapa engkau, hai pahlawan?

Jawapnya, "Ali!

Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?

Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu Talib

Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali R.A. "Wahai anak saudanaku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seonang sahabat baikku.

Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata, "Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.

Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A. Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.

Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka itu.

Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, "Sejahteralah penduduk Hamdan.

Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini.

Mendengar perkataan Saiyidina Au R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan". Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.

Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.

Permesyuaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.

Apakala Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib.

Setelah wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A. menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman R.A. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera mengirim puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina Uthman R.A.

Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian kecil sahaja.

Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A. dan Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A. untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A. yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa pembunuhan itu.

Disebabkan adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu penbalahan yang sengit antana dua golongan itu. Satu pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pemnah dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasan kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.

Tiada ulasan: