Rabu, 3 Ogos 2011

SAMPAI BILA KITA DAN CAKAP BERPUSING2@BERBELIT....MENIPU...BERTANDING CARA TAK SIHAT...BIAR BERSIH DARI SEGALA PENIPUAN DAN NGELAT....

MB: Unisel terima perletakan jawatan Rosti
Ogos 3, 11 6:26pm

Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi meneliti permasalahan dalam pengurusan Universiti Selangor (Unisel ) berhubung perletakan jawatan secara mengejut oleh naib canselornya, Datuk Rosti Saruwono.

NONEMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan khas itu akan dikemudi oleh tiga individu yang berkelayakan bagi memastikan Unisel terus berkembang maju.

“Bagi memastikan peletakan jawatan ini tidak menggangu pembangunan UNISEL dan usaha menjadikan universiti tersebut sebagai salah satu universiti terbaik Malaysia, Kerajaan Negeri telah memberi tugasan kepada sebuah jawatankuasa.

“Jawatankuasa ini terdiri daripada Datuk Muhamad Zohadie Bardaie, Datuk dnan Alias dan Datuk Mohamed Ariffin Aton.

“Semua mereka ini ahli lembaga pengarah Unisel,” katanya dalam satu kenyatan akhbar.

Menurut Abdul Khlaid, ketiga-tiga mereka yang dilantik itu mempunyai kelulusan akademik yang sesuai bagi melihat pembangunan universiti itu dan juga mempunyai pengalaman pentadbiran organisasi-organisasi yang lebih besar daripada Unisel.

"Exco juga diberitahu mengenai penubuhan pasukan khas untuk selesaikan perkara yang berlaku di Unisel.

"Oleh sebab itu saya akan membuat perbincangan dengan tiga individu tersebut bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu dibuat untuk menentukan Unisel akan terus berkembang setanding dengan mana-mana universiti di dalam negara," katanya.

universiti industri selangor uniselRosti meletak jawatan sebagai naib canselor dengan notis 24 jam berkuat kuasa hari ini.

Beliau didakwa sebagai berkata tindakan meletakkan jawatan itu kerana tidak sanggup memecat tiga pegawai Unisel yang diarah meletakkan jawatan.

Mereka adalah pegawai pendaftar, Rokmaa Mat, dekan fakulti perniagaan, Profesor Khalifah Othman dan pengarah pemasaran dan komunikasi koporat, Halid Hasbullah.

Mengulas hal tersebut, Khalid berkata perkara itu telah dibincangkan lebih awal bersama Naib Canselor dan tiga Timbalan Naib Canselor.

“Dr Rosti terlibat dalam perbincangan ini dan beliau tahu keputusan yang telah dibuat. Malah beliau juga telah menandatanganinya,” katanya.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai timbalan presiden bahagian pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau dilantik sebagai naib canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Profesor Datuk Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

"Saya ingat dalam mana-mana institusi politik dalaman mesti ada, tetapi walau apapun, kerajaan negeri bersetuju menerima peletakan jawatan beliau, kita tidak ada halangan untuk perkara ini. Sebab itu adalah keputusan beliau," kata Abdul Khalid.


'Penipu punya akses pada rekod JPN'
Ogos 3, 11 5:39pm

Pendedahan demi pendedahan berhubung "penipuan" berkaitan daftar pemilih sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa pihak terbabit mempunyai akses kepada rekod di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), kata setiausaha PAS Selangor.

NONEMohd Khairuddin Othman (kanan) berkata, PAS Selangor mempunyai bukti jelas dalam bentuk cetakan berhubung status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web JPN, yang didakwa diubah dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

"PAS Selangor menyatakan bahawa ini adalah isu keselamatan negara yang mesti dijawab oleh perdana menteri dan menteri dalam negeri kepada rakyat yang mula bimbang dengan keadaan ini," katanya.

Sehubungan itu, Khairuddin berkata, PAS Selangor mendesak diwujudkan suruhanjaya diraja yang bebas dan tidak diragui rakyat supaya pihak terlibat didedahkan dan diambil tindakan undang-undang.

"PAS Selangor menyatakan bahawa perkara ini telah menghakis keyakinan rakyat terhadap proses pilihanraya di Malaysia khususnya Daftar Pemilih Induk (DPI) yang akan digunakann dalam pilihan raya kelak," kata Khairuddin.

Beliau juga berkata kesemua perkara itu mesti dijelaskan kepada rakyat sebelum plihan raya Umum ke-13 di samping penggunaan 'dakwat kekal' perlu dikuatkuasakan serta-merta tanpa berdolak dalik.

Sementara itu, Khairuddin juga mendakwa menjumpai 'penemuan menarik' dalam semakannya apabila mendapati seorang berbangsa Indonesia berumur 27 tahun dikatakan memiliki kad pengenalan warganegara dengan kod 71 (penduduk tetap kelahiran luar negara).

"Jika sekiranya ia dilahirkan di Malaysia, maka sudah tentu kod yang dinyatakan pada kad penegenalan tersebut adalah kod negeri kelahiran.

"Jika benar ia diilahirkan di luar Malaysia, mengapa orang ini memiliki keistimewaan sehingga ia memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?" soal Khairuddin lagi.


Pengundi Cina didakwa ramai cicir dari daftar SPR
Ogos 3, 11 5:08pm

PAS Selangor mengemukakan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) dalam proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang berakhir semalam.

NONESetiausahana Mohd Khairuddin Othman (kanan) berkata, mereka menemui beberapa perkara penting, antaranya RDPT didakwa dengan sengaja tidak disertakan alamat lengkap pengundi.

"Ini menyukarkan jentera pilihanraya PAS untuk mengesan lokasi mereka-mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi baru," kata Khairuddin.

Beliau juga mendakwa, rang tersebut juga disalahguna oleh pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi yang jelas tidak berkelayakan sebagai pengundi di Selangor.

Khairuddin juga mendakwa SPR gagal memasukkan nama pengundi yang berkelayakan di dalam RDPT, yang kebanyakannya pengundi Cina.

Sementara itu, PAS awal petang tadi mendakwa mengesan 1,100 penduduk PR di Selangor yang dimasukkan ke dalam daftar pemilih layak mengundi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzah berkata, maklumat itu mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


MB Kedah akan jalani 'buka'saluran tersumbat
Ogos 3, 11 3:22pm

Kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini semakin stabil dan beliau akan menjalani prosedur "angioplasty" bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kedah, Dr Ismail Salleh, berkata selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas, Azizan telah menjalani prosedur angiogram untuk mengesan saluran yang bermasalah.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03"Ada satu saluran tersumbat, beberapa prosedur dan pemeriksaan perlu dilakukan ke atas Datuk Seri Azizan sebelum angioplasty dilakukan, dan saya rasa mungkin sebulan lagi baru boleh buat correction (pembetulan saluran yang tersumbat) itu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Ismail berkata, sementara menunggu prosedur angioplasty dilakukan, Azizan akan dapat bertugas seperti biasa dalam tempoh seminggu lagi, namun beliau dinasihatkan supaya mengehadkan tugasan di luar pejabat.

"Saya rasa hari ini atau pun esok beliau akan dipindahkan dari CCU (Cardiac Care Unit) ke wad biasa dan kemudian dibenarkan balik. Dalam seminggu lagi sudah boleh memulakan tugas-tugas di pejabat tapi perlu dihadkan," katanya.

- Bernama


Wan Azizah: Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah
Salhan K Ahmad
Ogos 3, 11
10:44am

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.

Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."

NONEMenurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya masih belum dipecat daripada kerajaan BN.

Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

NONEKatanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.

Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.

Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan.

azlanBerlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.

Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    -Kak Wan : Saya bukan Rosmah, yang gila glamour.
    Rosmah: Sehayat sekali saja, kalau tak glamour , nak tunggu sampai bila?
    -Kak Wan : Tak kan lah nak panggil saya buang tudung?
    Rosmah: Kau bkan mazhad umno , memang kena pakai tudung.
    -Kak Wan: Nak saya semuanya bersemangat berjuang untuk rakyat. Nurul...
    ...See More
    • Dianna Foo
      Esok kite tengok ape kate TV3 dan utusan pulak?. Kak mah pandai menabung lagi ker?. Awet Mude?. Cuace kat Malaysia panas. So, I malas nak pakai tudung?. Apa yang rakyat boleh nampak sekarang, Pak Jib takut bini da.... Kahkahkah

      *You can cheat people anytime but you can't cheat people all the time*
    • Za Na · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      MC, kah kah kah...
    • A Jack Parow
      Rosmah bini Najib xtau malu ke ape? die kn dh tua.. spatutnye pakai lh pakaian yg menutup aurat.. kate blaja tafsir Al-Qur'an 30 juz'uk. tp gaya mcm org asli tasek gumum. adakah najib sgt selera dgn pmpn yg mcm tu? atau najib ni juga tok batin yg mempunyai 44 bini mcm d tasek gumum.
  • Kuning Berdaulat · Top Commenter
    First Lady Be end cuba ubah penampilan bertudung plk,,, aurat kena jaga, kesian la kt Pak Najib...jenuh dia nk jawab diakhirat nnt dah la masalah dgn rakyat dan negara nk kena jawab....Nahuzubillah...
    • Zulhafidz Yahaya · Top Commenter · Uitm seri iskandar
      mmg kesian sungguh orang yg menjawab soalan mcm ibrahim tompang.. yg pakai tudung mmg tak sempurna, tapi lebih baik dari yg buka aurat langgar perintah tuhan..bukan perintah pas... hidup di dunia ni adalah menompang bumi Allah...
    • Badoi Apis · Top Commenter · Ikm lumut
      ibrahim tompang ape kate pok cik gi sek pondok tompang belajar ilmu agame.. terlebih cerjik je tgk. mcm mane la nasib anak ni..ish.ish.ishh..
    • Simon Templer · Top Commenter · Engineer at Fairchild Semiconductor
      En brahim..hang lah manusia yg paling bangang tahap gaban..dulu hang tk pernah pg sekolah kot atau bapak hang hantar pi sekolah kristian kot..
  • Mata Hati · UITM
    kak wan dari dulu kini dan selamanya fesyen tudung yg sama....sederhana...
    • Za Na · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      MH, tudung tudung jugak, tp hati mesti mulia, kah kah kah...
    • Badoi Apis · Top Commenter · Ikm lumut
      za na.
      ketawe x abis2 mcm org 3 suku je....
      sape yg kenal tolong bwk budak ni gi chack d tanjung rambutam... kesian dah tgok.. msti meleleh2 air liur die...
    • A Jack Parow
      Za Na xketawa, dn xpernah ketawa. die hnye bt2 ketawa utk myedapkan hatinya yg luka. harapan nya tuk trus b'gantung dgn najib dh hancur. Za Na terpaksa ketawa tuk sakitkan hati kamu semua. walhal, hatinya lagi merana. apabila seseorg mlwn kehendak hatinya, itulh jadinya.
  • Halik Zaman · Top Commenter · Friends with Maba Budu
    Pada 25 Jun yang baru lalu, lawatan resmi Presiden PKR DS Dr.Wan Azizah kepedalaman Tenom. Saya dapat lihat perwatakan Presiden PKR DS Wan Azizah dengan jelas jauh perbezaannya dengan Rosmah. Bagi saya perbezaan yang unik sekali.

    Dalam perjalanan ke Kuala Tomani, beliau memberi tahu saya, "Gubuk gubuk buruk yang didiami oleh penduduk Kuala Tomani itu perlu diambil perhatian serius bila PR berkuasa. Kesihan mereka terbiar begitu sahaja oleh pemerintahan BN. Beliau tidak berkata apa apa "tapi dari kelopak matanya menitikkan air mata." Mungkin beliau sedih melihat kedaifan rakyat pedalaman Kuala Tomani Tenom.

    Pada sebelah malam kira kira jam 8.00 malam. Saya bersama Faekah Husin Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor ke Melalap daerah pedalaman Tenom untuk mengiringi DS Dr. Wan Azizah berjumpa rakyat disana.
    ...See More
  • Zai Ham · Top Commenter · Works at Freelance
    Insyallah semuga Kak Wan menjadi org yg beriman dan bertakwa. Ingat azab Allah amatlah berat sekira memakan duit dan harta rakyat yg telah diamanah kan kpd pemimpin2 yg telah dilantik. INGAT kita akan dipersoalkan di akhirat kelak, Janji ALLAH itu amatlah benar. amin

Maria Chin: Najib tak pernah tawar Stadium Shah Alam
Ogos 3, 11 9:58am

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat BERSIH 2.0 untuk berhimpun pada 9 Julai lalu bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

ipd kl bersih 090711 maria chin abdullahAhli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah (kiri) berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan mendakwa beliau menawarkan stadium itu tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?" kata Maria ketika dihubungi TV Selangor, semalam.

Maria bagaimanapun mengakui, Najib memang menawarkan supaya perhimpunan itu dilakukan di dalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat BERSIH memutuskan untuk berhimpun di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam.

azlan“Dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur BERSIH) memutuskan memilih stadium Merdeka.

“Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria dengan nada kesal.

Layanan baik

Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (MSLS) Kelima Ahad lalu mendakwa beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan BERSIH, namun ditolak.

NONE“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan.

"Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib.

Najib juga mendakwa, beliau menawarkan untuk himpunan itu diadakan di stadium berikutan ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta perhimpunan.

“Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," kata Najib.

NONEMengulas kenyataan itu, Maria menerangkan sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar perhimpunan BERSIH diteruskan di stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana-mana pertubuhan yang ingin berhimpun mestilah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan itu menyaksikan peserta BERSIH tetap mahu mematuhi arahan Yang di-Pertuan agong dan cuba berkumpul di Stadium Merdeka.

Namun usaha mereka gagal, kerana bukan sahaja disekat tetapi dihambat oleh pihak berkuasa dengan air berkimia dan gas pemedih mata.

NONETidak kurang 1,600 orang juga ditangkap manakala ramai lagi yang cedera dan mendakwa diri mereka dikasari.

Najib dan pihak polis bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu dan berkata peserta diberi layanan baik. Malah, kerajaan juga menerbitkan video-video bagi membuktikan, peserta itu tidak dikasari dan sememangnya diberi layanan yang baik.

Tiada ulasan: