Sabtu, 13 Ogos 2011

SAPE NAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN...DIHADAPAN ALLAH KELAK DAH TAK BOLEH NAFI...TUNGGU SEGALA KEJAHATAN AKAN ALLAH BALAS JUA...BERIMANLAH PD YG GHAIB

Umno nafi terlibat kes pengundi 'klon'
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 12, 11
6:36pm

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa tiga orang 'pengundi klon' yang didakwa telah dikenalpasti oleh PAS merupakan anggota Umno.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa Umno terlibat dengan kesulitan dalam daftar pemilih sehingga mewujudkan masalah 'pengundi klon' tersebut.

Tengku Adnan mendakwa, Umno tidak mengetahui mengenai masalah tersebut sehingga perkara itu dibawa kepada pengetahuannya.

"Ia tidak ada kena mengena dengan (Umno). Kami tidak tahu apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati PAS supaya mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meminta badan berkenaan untuk menyiasat perkara itu.

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut mengesahkan identiti bertindih bagi ketiga-tiga pengundi berkenaan setelah membuat pemeriksaan dengan SPR dengan menggunakan nombor MyKad yang diberikan kepadanya.

"Ya, anda betul. (Rekod) tersebut berada di hadapan saya sekarang. Tapi kami tidak ada kena mengena dengannya," katanya lagi.

Isu berhubung pertindihan identiti pengundi berkenaan ditimbulkan oleh ketua pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat yang khuatir sekiranya Umno bertanggungjawab ke atas kes berkenaan.


Pucuk pimpinan PAS jumpa Gereja Methodist Selasa ini
Ogos 12, 11 9:09pm

Pucuk pimpinan PAS Pusat akan berjumpa dengan pihak Gereja Methodist Damansara Utama Selasa depan, demikian menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, beliau berkata permintaan untuk berjumpa dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih belum dapat ditetapkan lagi.

"Pihak gereja telah bersetuju dengan permohonan PAS untuk bertemu pada 16 Ogos ini. Perjumpaan akan diadakan pada pukul 4 petang. Dengan Jais, kita belum dapat tarikh lagi. Kami dimaklumkan JAIS belum dapat berjumpa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata rombongan sembilan orang pucuk pimpinan PAS akan diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu memandangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berada di luar negeri.

Rombongan PAS turut akan disertai oleh Mustafa, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Idris Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat Ahad lepas telah memutuskan perjumpaan diadakan dengan pihak JAIS dan gereja itu bagi mendapatkan gambaran daripada kedua-dua pihak sebelum parti itu membuat sebarang pendirian mengenai isu JAIS memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini.

- Bernama

PAS dakwa Pemuda Umno Perak ingkar titah pemangku raja
Ogos 12, 11 4:39pm

Dewan Pemuda PAS Perak (DPPP) mendakwa pergerakan Pemuda Umno negeri itu ingkar titah pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk), melarang sebarang simbol politik kepartian dibawa ke dalam masjid.

DPPP mendakwa Pemuda Umno Perak telah menjadikan masjid sebagai pentas politik.Ini ekoran pelancaran program Tadarus al-Quran oleh Pemuda Umno Perak di Masjid Jamek, Ayer Kuning, Kampar pada 6 Ogos lalu.

"Dewan Pemuda PAS Perak secara jujurnya amat bersetuju dengan program (Tadarus al-Quran) yang diadakan oleh Pemuda Umno Perak bersempena di bulan Ramadhan ini.

"Tetapi yang peliknya ianya dianjurkan oleh sebuah parti politik yang mempunyai kuasa, dan tidak melalui penganjuran kerajaan negeri yang ditadbir oleh Umno/BN," kata timbalan ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Apa yang amat menyedihkan juga, tambahnya, ialah dengan kehadiran penasihat agama kepada menteri besar Perak, Kapteb (B) Datuk Mohd Najmuddin Alias, melancarkan majlis tersebut.

"Beliau yang juga dijemput hadir setiap kali mesyuarat MAIAMPk tentu maklum akan perkara ini.

"Persoalan yang timbul sekarang (ialah) kenapa majlis seumpama ini tidak diadakan oleh kerajaan negeri?

"Adakah Pemuda Umno Perak telah mendapat mendapat kelulusan untuk mengadakan majlis tersebut daripada MAIAMPk?" soalnya.

Berikutan itu, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya ingin mendapat kepastian MAIAMPk sama ada kebenaran diberikan untuk program tersebut diadakan di masjid.

Dalam hubungan itu, katanya, semua parti politik hendaklah diberikan ruang yang sama sekiranya Pemuda Umno Perak dibenarkan membawa lambang parti mereka ke dalam masjid berkenaan.

  • Honey Badger
    Kami Boikot Buletin Utama TV3.
    Akhbar Berita Harian Hari Ini Pertikaikan Keputusan P.Pinang Melarang Pembesar Suara Digunakan Ketika Bacaan Al-Quran Di Masjid2 Terserlah Kebodohan Puak2 Berita Harian Nie Bilamana Tiada Yg Pakar Agama Memberi Tunjuk Ajar Dalam Penulisan Mereka. Yang Mereka Tahu Timbulkan Provokasi Supaya Kemarahan Umat Islam Kepada Guan Eng & Kerajaan P.Pinang Kununnya Menunjukkan Kepimpinan Islam Di P.Pinang Tunduk Kepada DAP.

    LARANGAN PEMBESAR SUARA DI MASJID SELAIN DARI AZAN 2 - DR ASRI.
    TONTON, FAHAM DAN SEBARKAN. TERIMA KASIH Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam mas...jid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). SUMBER : http://www.youtube.com/wat​ch?v=DQEUOMh3BjA SUMBER : http://drmaza.com/home/?p=​1339See More.
    Length: 1:13
  • Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangor
    umno kan raja boleh buat apa saja.orang lain buat haram, salah, menderhaka, dan langgar undang2.uumno buat semua betul dan maksum semaksumnya.
  • Mohd Noor Ismail · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
    Apa nak dikata, kalau UMNO buat semuanya betul dan benar belaka. UMNO kan parti maksum disisi undang2 negara kita.
    • Adam Neuser · Pengulas Tertinggi · Sukabumi
      UMNO tu ibarat malaikat utk org Melayu.. Tanpanya Org Melayu buleh kebulur, hilang arah tuju dan tersesat dari jalan yg benar.. Manakala menteri2 UMNO sama maksum dgn para wali.. Jgn ckp sebarang nnti kena Tulah.
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      bila gua g masjid dan surau2 di tempat gua..kebanyakkannya ahli2 jemaah dan kariah adlh ahli2 dan pnkg PAS..mana ahli2 dan penykg umno ni? mesti tengah sbk tengokk buletin utama tv3..itu psl otak penuh daki..
  • Honey Badger
    bukan larangan azan da..ko pn xthu cter jgn ckp byk ma..
  • Ahmad Faiz Bin Zolkepli · SK PADANG HILIRAN
    dulu PAS nak gubal undang2 kt parlimen puak UMNO yg bangang.Skrg nak juara pulak . PORAHHH !

BN akan jumpa SPR bincang p'raya bersih, adil
Ogos 12, 11 8:58pm

Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan kaedah terbaik untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan dengan
bersih dan adil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu pilihan raya yang bersih dan adil juga menjadi perhatian dan komitmen parti dan bukan dimonopoli oleh pihak lain semata-mata.

"Kita akan berunding dengan SPR dan pihak-pihak lain juga boleh berunding, supaya SPR boleh merumuskan sesuatu kaedah yang boleh menjamin supaya pilihan raya ini tidak boleh dipertikaikan.

"Kita (BN) bersikap terbuka dalam hal ini dan apa-apa formula yang baik kita akan bincang dengan SPR. Semoga salah anggapan ini seolah-olah BN tidak memperjuangkan prinsip ini (bersih dan adil) untuk mengadakan pilihan raya yang bersih dan bebas, BN dapat sangkal sama sekali," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Mengenai sidang khas Parlimen yang dituntut oleh pihak pembangkang, Najib berkata: "Sampai pada masanya kita akan buat sesuatu kenyataan nanti".

Sementara itu, beliau berkata Dewan Tertinggi BN hari ini menerima empat pertubuhan sebagai anggota bergabung BN iaitu Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah.

Katanya, BN masih membuka permohonan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin bergabung dengan parti itu.

- Bernama

Tiada ulasan: