Selasa, 23 Ogos 2011

SAPE YANG TAKUT...BAGI CALON SEMUA UNDI MEREKA MAU...UNDI PELACUR PUN SATU UNDI..UNDI ORANG MISKIN SATU UNDI..ORANG KAYA PUN SATU UNDI...BAGITU ULAMAK

Umno S'gor: Pakatan takut hilang sokongan Kristian
Salhan K Ahmad
Ogos 23, 11
4:58pm
Ketua penerangan Umno negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, penubuhan majlis syura yang diumumkan kerajaan negeri semalam menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bimbang akan kehilangan sokongan daripada masyarakat Kristian.

Tindakan itu juga menunjukkan kerajaan Pakatan "lebih takut kepada hukum orang daripada hukum tuhan," kata Abdul Shukor lagi.

NONEBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri mengumumkan penubuhan majlis syura itu.

Majlis syura itu ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut yang timbul ekoran serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church pada awal bulan ini.

Penubuhan majlis syura itu bagaimanapun tidak lebih daripada satu "lakonan untuk mengaburi mata rakyat," kata ADUN Kuang itu lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak berani mengakui bahawa isu yang timbul daripada serbuan Jabatan Agama Islam Selangor itu adalah berhubung isu "orang Islam hendak dimurtadkan."

"Apa yang berlaku baru-baru ini pun mereka tidak mahu mengaku – ini sebenarnya isu orang Kristian nak murtadkan orang islam – kerana ini hanya satu lakonan.

"Sebabnya, mereka lebih takut hilang sokongan daripada orang Kristian daripada takut kepada hukum Allah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketika ditanya, Abdul Shukor berkata kerajaan tidak sepatutnya meneruskan "lakonan" itu dengan mengadakan majlis syura yang akan dianggotai menteri besar, mufti serta timbalan mufti.

Sebaliknya, kerajaan Pakatan Selangor perlu bertindak mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam perlembagaan, katanya.

"Kena ikut undang-undang persekutuan, mengapa kita hendak lindung sana lindung sini? Ikutlah hukum kita," katanya lagi.

Ditanya apakah tindakan yang akan diambil BN sekiranya parti itu berkuasa dalam pentadbiran pada masa ini, Abdul Shukor sekadar berkata: "Bagi kita kuasa dulu, kita tahulah hendak buat apa. Kalau mereka tidak tahu nak (uruskan), buat pilihan rayalah."

NONEMenteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam dilaporkan berkata, idea berhubung penubuhan majlis syura itu sendiri telah dicadangkan oleh Sultan Selangor dalam perbincangan yang diadakan pada minggu lalu.

Majlis syura berkenaan akan mengkaji isu yang dibimbangi golongan Islam dan bukan Islam di negeri itu dan ia juga juga akan mengeluarkan garis panduan untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terpelihara, menurutnya lagi.

Penubuhan majlis berkenaan diumumkan semalam selepas pemimpin Pakatan Selangor terus dihujani kritikan sejak isu berkenaan meletus pada awal bulan ini.

Pemimpin Pakatan, terutamanya PAS, mengesyaki Umno terlibat dalam isu berkenaan, lebih-lebih lagi apabila laporan awal siasatan serta rakaman serbuan JAIS itu mula dibocorkan di laman web pro-Umno.

Difahamkan, siasatan JAIS itu adalah berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian.



Najib jumpa Pope: Penganut Kristian tulis surat nyatakan kebimbangan

KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican 18 Julai lalu.

Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli.

Najib bertemu Pope Benedict XVI di Rom 18 Julai lalu, bagi meningkatkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan Wismaputra- Gambar Reuters

Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam.

Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya.

Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia.

Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.

“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.

“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013,” tulis mereka dalam surat itu.

Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib

“Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia,” kata mereka.

Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo.

Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya, Najib membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17031


Najib dan rombongan temui Pope Benedict XV1


NAJIB ketika mengunjungi Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di Rom

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.

pope benedict visit palestine israel 110509 04Najib, yang membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama, kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ini merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.

Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See.

- Bernama

Tiada ulasan: