Rabu, 3 Ogos 2011

TAK TAHU LAH MACAM MANA....ALLAH SAJA YANG TAHU...TEKTIK APA YANG DIGUNAKAN...SAMPAI BILA....SAMPAI KIAMAT KE NAK MENANG....

JPN: Mismah diberi kerakyatan Januari lalu
Ogos 3, 11 6:44pm

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.

azlanKetua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238).

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

azlanBagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Jariah dalam kenyataan medianya juga berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.

  • Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

  • Nor Hisham Hornet
    tu dia....29290 telah diluluskan untuk jadi warganegara. hoi hishamudin ko ingat negara ni bapak ko punya!!! kalu bapak ko hidup balik dah disepak terajangnya ko .... kecik2 taknak mampos.!!!!!!!!!!!!!
    • Bo Ks · Top Commenter
      Bodus punya Nor Hisham..macm la bapak ko tu bukan pendatang. Ko ingat klu PKR memerintah takde Cina yg dapat kerakyatan express ke? Pergi mengaji lagi la bongok.
    • Mat Mamat · Top Commenter
      DIA LUPA KUT APA DAH JADI KAT PERAK MASA PR MEMERINTAH...
  • Ipoh Mali · Top Commenter · 17 years old
    lagi Depa Jawab.. lagi Kantoi. SAH JPN dan SPR Jadi Barua UMNO Gadai Kedaulatan Negara! Takde Cara Lain.. REVOLUSI BERSIH 3.0! Kita dah bagi peluang pada SPR dan JPN Berbicang dan bertindak.. Lepas ni biaq sape pun bertitah.. BERSIH 3.0 Di Teruskan.. Revolusi 3.0 PAS mesti Pimpin..
  • Mohd Ridwan · Top Commenter
    Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.

    Yg lulus kan sepupu najib! besar btul kuasa yg ada kt hisham nih..kah3.
    dlm masa 2 tahun hampir 30000 diberi kerakyatan..patut la makin bertambah manusia kt malysia nih..ramai pendatang dri anak jati malaysia sendiri.kah3.
    • Bo Ks · Top Commenter
      Lebih baik ada pendatang yg rajin dari anak jati yg pemalas.
    • Mohd Ridwan · Top Commenter
      yg malas pencacai umno jer..hari2 mkn suap!!kah3..lupa lak..tu bukan rasuah.tu kire komisen!!halal..wakakakak
    • Nawawi Mohamed
      yelah yang rajin untuk pangkah umno,,,,,,elok la ....sokong lu bo
  • Zidan Zinadin · Top Commenter
    Ini menunjukkan pembangkang cuba membuat satu lagi penipuan melalui portal penipu terbaik Malaysiakuno, terbukti semuanya satu penipuan, Jangan percaya kepada pembangkang.
    • Syed Kamal Syed Nordin · Top Commenter · University of Southern California
      dalam senyap rakyat dah tak percaya kat kerajaan dan ...sekarang bukan zaman P Ramlee.zaman menipu rakyat dah habis ....
    • Zidan Zinadin · Top Commenter
      sebab kakitangan kerajaan yang banyak berpolitik, malam dengar ceramah waktu kerja buka komputer fitnah di Blog, itulah kerja mereka
    • Hus Oth · Top Commenter
      orang bengap je yang masih percayakan kerajaan yang ada hari ini.
  • Khairul Shahar Bin Zubir · Top Commenter
    Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan untuk menjadi pengundi Be End....hahahhahaha.

SPR tukar status 'Mismah' dalam draf senarai pemilih
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 3, 11
3:43pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status Mismah, yang namanya telah dimasukkan dalam draf senarai pendaftaran pemilih.

Ini berdasarkan kepada semakan pada sistem pengesahan dalam talian SPR pada jam 2 petang hari ini.

NONE'Status rekod' (rujuk rajah) menyatakan permohonannya untuk mendaftar sebagai pengundi adalah 'dalam proses pengesahan daftar pemilih'.

Namanya terdapat dalam draf daftar pemilih tambahan yang telah dibuka untuk penelitian awam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi, menjelaskan bahawa tempoh bantahan berakhir semalam.

"Mereka yang tidak menerima apa-apa bantahan akan diwartakan (sebagai pengundi). Mereka yang menerima bantahan akan tertakluk kepada proses pengesahan," katanya.

Sewaktu proses tersebut, siasatan awam akan diadakan untuk mendengar kedua-dua pihak - bakal pengundi dan pengadu.

NONESemalam Malaysiakini mendapati Mismah telah dikategorikan sebagai seorang penduduk tetap (PR) dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Sistem pengesahan JPN dalam talian, yang membolehkan pengguna untuk menyemak status individu, menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.

Kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan semalam, status Mismah dalam sistem pengesahan dalam talian JPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Abdul Aziz, ketika dihubungi kemudiannya, berkata ia mungkin berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak JPN, serta menegaskan bahawa hanya warganegara layak didaftarkan sebagai pengundi.

  • Kamaruddin Abdullah · Top Commenter · Bagan Serai, Perak, Malaysia
    Serius aku rasa macam nak cari je orang yang nama Mismah ni... Jom kita pakat2 cari tengok orangnya mcmmana....
    • Wan Don · Top Commenter · Pembantu Tadbir (P/O) at Pesara
      Bulan Puasa niSPR masih nak berdolak dalih salah menyalahkan pihak lain yang mana satu telus buat keje.
    • Xyza Caution · Top Commenter · Kampung Aje
      alamak...alamak....camna nk cover ni....dah kantoi la....kena cari wartawan utk karang cerita agar perkara ni dpt d putar belit kan....klau makan 1 bulan pun ok lagi...janji dapat spin habis2an.....kepada 5 wartawan yg pandai buat karangan putar alam...sila lapor diri...kerja anda masih belum selesai....
    • Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
      setakat org suruhan umporno ni walau pakai songkokpun xder org percaya...biarpun songkoknya besar bakul...
  • Cai Chee Meng
    "berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak JPN, serta menegaskan bahawa hanya warganegara layak didaftarkan sebagai pengundi." ini jawapan seorang bos? macam cibai...sekali lagi yer isu hantu mismah ni wujud @ xwujud kendian citer...ini isu mcmana hantu ni boleh menjadi salah seorang data dalam server SPR/JPN...itu saje...wat keje elok2 la...kecik2 xnak mapus, besaq2 menyusahkan worang...haiyooo.
  • Iskhandar Dzulkharnain · Top Commenter · Xder
    nak menang punya pasal mana punya pendatang asing pun dapat jadi kerakyatan malaysia.. sikit hari lagi jenayah semakin bertambah.. budak lombok, banjar, jawa dan bugis mampu berjalan dengan medabik dada.. ini malaysia juga negara gue.. lo mau bilang apa.. gue juga punya IC biru macam lo..
  • Iskhandar Dzulkharnain · Top Commenter · Xder
    kah kah kah kah.. nak menang punya pasal.. sanggup jadi mcm org bodoh.. cover sana cover sini.. mcm ni teruk dan busuknya politik umno ni.. sistem negara jadi tonggang terbalik..
    • Noriman Saari · Top Commenter
      sedap kot makan gaji haram ni...sebab ramai orang buat....lagi sedap kalau bagi mak bapak diorang makan....derhaka punya anak...masa kecik mak ayah membanting tulang cari rezeki halal...bila blaja tinggi2 bila kerja balas duit haram kat mak bapak sendiri....
    • Jariah Bob · Top Commenter · Penoreh Getah at LADANG GETAH
      sokong dan setuju NH, adakah mereka bekerja dengan jpm, dan spr ni orang agama apa? adakah islam? atau sebaliknya?, kalau dah tau ada penipuan, bagaimana dengan gaji bulanan mereka adakah berstatus halal atau sebaliknya?

      dan kalau benar-benar tidak disengajakan, dan benar2 terlalai munkin juga boleh dimaafkan maafkan, pikir-pikirkan lah....wahai orang-orang islam.
    • Bewok Kwok Kwok · Top Commenter · College
      dulu kalau kerja acapkali cuai,,tersalah gantung keja/buang..sekarang cuai dianggap pekerja cemerlang..hahahahaa...set​ang dah naik pangkat jd jin firaun...
  • Asyraf Ibrahim
    benda ni boleh bawak masuk tivi tree ni..Aduan Rakyat..haperrrr pon tak boleeyyhh! suh tivi tree interview mismah..ada brann tivi tree?
    • Azan Nik Mohd Azan · Universiti Utara Malaysia
      Pah ni ramai la indon jd warganegara....bengong nate najib..royak ko PKR dan PAS suruh bubar la parti..kita pakat sokong najib smpai mampuh...
    • Bewok Kwok Kwok · Top Commenter · College
      Melayu@Malaysia dah lama hancur...cuma akhir2 ni sudah tahap merbahaya yg tak dpat nak baiki lg..smpai agama pun dia orang lacurkan...hanya PAS yg akan dapat menyelamatkan melayu n islam di smping mejaga agama lain..dunia umno hampir kiamat...

Anak KM S'wak berdepan prosiding hina mahkamah
Hafiz Yatim
Ogos 3, 11
6:49pm

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Shahnaz A Majid untuk memulakan prosiding menghina terhadap bekas suaminya, yang juga anak lelaki Ketua Menteri Sarawak.

NONEIni ekoran kegagalan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib untuk mematuhi tuntutan bekas isterinya, Shahnaz (kiri), berhubung perintah mengenai harta sepencarian, yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Jun.

Tiada tempoh masa ditetapkan dalam perintah tersebut. Bagaimanapun, Perintah 135 Prosedur Sivil Mahkamah Syariah menyatakan jika tiada tempoh masa diberikan, maka ia hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah tersebut.

Ekoran ianya tidak dipatuhi, maka prosiding menghina mahkamah akan didengar pada 12 September depan, setelah Hakim Mohd Amran Mat Zain membenarkan permohonan tersebut hari ini.

NONEPermohonan tersebut dibuat oleh peguam Dr Shahnaz Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader hari ini.

Shahnaz, yang merupakan kakak ratu jazz Sheila Majid, menuntut harta sepencarian bernilai RM400 juta.

Rafie berkata sudah lebih sebulan sejak sesi yang lalu dan mereka masih lagi belum menerima dokumen-dokumen yang perlu mengenai harta sepencarian tersebut.

Tiada ulasan: