Khamis, 11 Ogos 2011

JIKA BENAR BAHAYA...MEROSAK IMAN SERTA AKIDAH...MENGHALANG ISLAM BERKEMBANG...SEOLAH2 MENOLONG GERAKAN MEMUSUHI ISLAM...AWAS JANGAN TERPERANGKAP....

Umno sekat ilmu agama untuk kekal berkuasa
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Tindakan Umno BN yang menyekat perkembangan ilmu, terutama ilmu agama yang membabitkan tasauf, dari disebarkan di masjid-masjid amat dikesali kerana ia jelas bertujuan untuk membolehkan parti itu kekal berkuasa, walaupun jelas akan merugikan rakyat.

Dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh parti itu, rakyat negara ini pasti akan kerugian berpanjangan, terutama dari segi perkembangan kerohanian, peningkatan iman serta amal, jika terus berada di bawah pemerintahan Umno BN.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menegaskan, tindakan Umno yang menyekat perkembangan ilmu di kalangan rakyat amat jelas apabila diteliti peraturan yang dikenakan oleh mereka bagi penyampaian tazkirah di masjid-masjid.

Menurut beliau, antara peraturan yang dikenakan itu termasuklah larangan kepada para penceramah menyampaikan ceramah-ceramah yang menyentuh perkara-perkara besar terutama tasauf dan kepentingan politik Islam kepada umat Islam.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan untuk menjadikan rakyat jahil tentang tasauf dan ilmu politik Islam kerana jika rakyat memahami ilmu-ilmu itu dibimbangi rakyat tidak akan menyokong Umno BN dalam pilihanraya.

"Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai.

"Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah.

"Perkara-perkara lain yang besar, penting seperti tauhid, tasauf, politik Islam, jihad tidak boleh disampaikan kerana dilarang oleh para pemimpin Umno BN menerusi sekatan-sekatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung di masjid-masjid dan surau-surau," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dengan keadaan itu, menurutnya, ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, surau- surau yang dikuasai Umno BN itu dengan sendirinya tidak memerlukan penceramah-penceramah yang hebat.

Katanya, kalaupun penceramah-penceramah itu juga tergolong dalam golongan penceramah hebat seperti mufti, mereka juga tidak perlu membaca banyak kitab untuk meneliti banyak perkara besar kerana ceramah-ceramah yang perlu disampaikan hanyalah membabitkan perkara-perkara kecil sahaja.

"Dengan itu, secara langsung, jika terdapat soal jawab dalam ceramah tersebut sekiranya ada ruang soal jawab yang dibuka oleh penceramah kepada orang ramai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta juga tentu sekali hanyalah perkara-perkara kecil yang tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk dijawab oleh penceramah-penceramah itu," katanya.

Perkara itu, tegasnya, berbeza dengan ustaz haraqi yang tentunya boleh mengajar pelbagai bidang dalam Islam termasuk tauhid, fekah, usuludin, tasauf, politik Islam, jihad dan sebagainya, sejajar dengan tahap pengajian mereka yang tinggi yang meliputi pelbagai bidang pengajian dalam Islam.

Ceramah-ceramah yang melibatkan ustaz haraqi atau guru-guru tasauf itu, tegas beliau, tentunya bukan anjuran pihak yang mempunyai kaitan dengan Umno BN, tetapi PAS dan NGO-NGO Islam.

"Walaupun para pemimpin Umno BN berusaha keras untuk terus menjahilkan rakyat dalam agama terutama yang menyentuh tentang tasauf, politik Islam dan jihad untuk mengelakkan rakyat menentang mereka balik, PAS dan NGO-NGO Islam tetap berusaha mendokong perkembangan ilmu dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu di seluruh negara.

"Kalau di Kuala Lumpur, hanya nak belajar atau tak nak belajar sahaja, majlis-majlis ilmu anjuran PAS dan NGO-NGO Islam itu berada di mana-mana. Begitulah juga di tempat-tempat lain di seluruh negara," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban menegaskan, setiap umat Islam perlu bijak mengambil peluang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu itu bagi menambah ilmu kerana ia sememangnya diadakan untuk setiap umat Islam yang juga untuk setiap manusia oleh pejuang-pejuang Islam.

"Tindakan para pejuang Islam tentunya berbeza sama sekali dengan pihak Umno. Kepada pejuang-pejuang Islam, setiap ilmu yang dimiliki apatah lagi ilmu-ilmu yang membabitkan perkara besar dan penting pasti akan diusahakan disebarkan kepada orang ramai, berbanding tindakan Umno BN yang hinggakan nak bagi kuliah pun nak menyusahkan," ujar beliau.


Ramadhan di perantauan, suatu catatan
http://www.drazmanibrahim.com

Bagi Negara yang mempunyai empat musim, setiap Ramadhan ditempuh dalam suasana berbeza. Dalam konteks Negara teluk seperti Iraq, bulan Julai dan Ogos yang sedang kita lalui sekarang ini adalah kemuncak musim panas dengan suhu mampu mencecah antara 47° - 49°C, suatu keadaan yang tentunya agak asing untuk kita tempuhi. Siang hari akan menjadi lebih panjang dari malam dengan azan subuh akan berkumandang sekitar 4.40 pagi dan maghrib sekitar 8.20 malam. Kesabaran dan keimanan yang tinggi amat dituntut untuk berpuasa dalam keadaan cuaca sebegini.

Sepanjang 6 tahun di perantauan, Alhamdulillah, Ramadhan tiba pada musim sejuk yang tidak begitu mencabar untuk ditempuhi. Musim sejuk di Iraq yang menjelang sekitar Oktober akan berakhir pada penghujung Mac dengan kemuncaknya sekitar Januari dan Februari. Di Baghdad kemuncak musim sejuk dengan suhu sekitar 3°-4°C, tidak ada salji yang turun berbeza dengan bahagian utara Iraq seperti Wilayah Sulaimaniya yang didiami komuniti Kurdi akan dilitupi salji. Wilayah dengan bentuk geografi bergunung-ganang ini begitu indah dilitupi keputihan salji. Sayangnya, situasi politik dan keselamatan di wilayah autonomi Kurdi ini, tidak mengizinkan untuk kita menjelajah jauh menikmati keindahannya.

Berbanding suasana musim panas, siang hari akan menjadi pendek di musim sejuk dengan azan subuh berkumandang sekitar jam 6.30 pagi dan kami akan mengadap hidangan berbuka puasa sekitar jam 5.30 petang. Saudara mara di Malaysia baru siap sembahyang asar, kami sudah berbuka.
Tinggal di perantauan ditambah lagi berseorangan di University Of Baghdad, Ramadhan selalunya dimeriahkan dengan jiran-jiran dan kawan-kawan masyarakat setempat yang menerima saya seadanya sebagai sebahagian dari komuniti mereka. Walaupun diperingkat awal mereka selalu bertanya adakah saya berpuasa dan apa makna puasa bagi saya. Semuanya ini adalah kerana lemahnya pengetahuan mereka tentang Malaysia. Mereka tidak begitu memaklumi tentang adanya sebuah Negara umat Islam bernama Malaysia di sebelah selatan Thailand yang selalu dikunjungi oleh masyarakat Arab untuk bercuti ketika musim panas. Ramai yang saya temui menyatakan mereka pernah ke Bangkok tetapi tidak tahu di mana lokasi Malaysia. Astaghfirullah…

Alhamdulillah, lokasi tempat tinggal saya di Adhamiya sebuah Bandar kecil kira-kira 20 km dari pusat Bandar Baghdad, di pinggiran Sungai Dajlah dengan masyarakat di persekitaran Jamek Imam Al Adham (Masjid Imam Abu Hanifah) adalah masyarakat yang agak kuat berpegang dengan agama dan masih mengekalkan nilai hidup tradisi masyarakat Arab. Budaya mengajak kawan-kawan berbuka puasa di rumah walaupun dengan hidangan yang sangat sederhana masih menjadi amalan. Beberapa rumah kawan-kawan yang agak dhaif yang sempat saya kunjungi untuk memenuhi undangan, tuan rumah kelihatan teragak-agak untuk makan bersama bimbang kita tetamu tidak dapat menikmati makanan dengan sempurna. Hanya lebihan tetamu akan dijamah mereka.

Kawan-kawan yang bermazhab syiah tidak akan berbuka bersama kita kerana bagi mereka masuknya waktu maghrib, belum lagi dibolehkan berbuka sehinggalah hilang mega merah di kaki langit saat menghampiri waktu isyak barulah mereka menjamah makanan. Permulaan puasa pula bagi mereka pula ialah apabila terbit matahari bukannya menjelang masuk waktu fajar sebagaimana kita Ahlu Sunnah Wal jamaah. Jangan merasa pelik kalau melihat ada orang yang sedang mengadap hidangan selepas solat subuh kerana mereka adalah penganut mazhab syiah yang sedang bersahur! Walaupun begitu mereka meraikan apa yang menjadi amalan kita. Dalam bab-bab sebegini, kawan-kawan yang bermazhab syiah biasanya boleh bertolak ansur Cuma pantang teramat pantang! Sekiranya kita mengagungkan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w seperti Abu Bakar dan Umar r.a. di hadapan mereka. Jangan sekali-kali membuatkan wajah mereka menjadi merah padam dan mata bersinar kemarahan dengan mengiringi ucapan radiallahuanhu bila menyebut nama Muawiyyah bin Abu Sufian. Musuh nombor satu penganut syiah. Kita akan putus sahabat dengan mereka dunia dan akhirat! Awas! Saya pernah mengalaminya.

Ketika di perantauan menjadi kegemaran untuk kita mengunjungi masjid-masjid yang berbeza pada malam-malam Ramadhan, mungkin untuk memperkayakan lagi maklumat dan pengalaman. Tidak ada tempat yang indah dan mendamaikan di bulan yang mulia di Iraq pada pendapat saya lebih dari Ramadhan di Fallujah yang terletak kira-kira 200 km dari Baghdad. Mungkin Kelantan adalah bandingan kalau di Negara kita. Bandar dengan penduduknya begitu komited dengan Islam dan tidak menghairankan sama sekali apabila penentangan jihad paling hebat terhadap pencerobohan dan penjajahan US berlaku di sini dan di bandar inilah berlakunya kemusnahan paling dahsyat angkara tentera-tentera kuffar US.
Berkesempatan berkunjung ke sana bersama teman-teman sekuliah yang bermastautin di bandar ini, menikmati malam-malam Ramadhan yang sangat indah sebagaimana yang diistilahkan dalam syair-syair Arab, ‘Ramadhan ibarat musim bunga bagi manusia yang beriman’. Solat tarawih 20 rakaat dengan imam hafiz yang begitu indah lantunan ayat-ayat suci Al Quran, disambung dengan tadarrus sehingga menjelang tengah malam. Jiran-jiran sekampung berebut-rebut mengajak untuk bertamu ke rumah mereka, kalau tak sempat untuk iftar, bersahur pun tak apa. Begitulah mereka sangat memuliakan seorang anak rantau yang tak punya apa-apa, sekadar menghargai segala kebaikan saudara seagama. Menghidupkan malam dengan qiyamullail, linangan air mata mengiringi dan menghayati keindahan ayat-ayat suci yang memecah keheningan dinihari, sungguh suatu suasana yang sangat mengujakan. Seminggu menjadi tetamu di sana terasakan begitu singkat dan cepatnya ia berlalu. Saya selalu memasang impian, sekiranya berkesempatan kembali semula ke Iraq bersama isteri dan anak-anak, Fallujah adalah tempat wajib saya ingin mereka kunjungi. Sayangnya, Bandar yang sebegini indah telah hancur dek keganasan US.

Suatu yang menjadi tradisi tahunan, menarik dalam pengamatan saya, masyarakat Iraq selalunya berkampung di masjid-masjid menjelang hari 26 Ramadhan untuk beribadat semaksimun mungkin menjelang malam 27 Ramadhan yang kebanyakkannya meyakini itulah malam Lailatul Qadar. Habis dibawanya anak isteri, tikar bantal, periuk belanga untuk berkhemah dalam kawasan masjid. Berbagai ragam manusia terutamanya mereka yang datang sembahyang cuma semalam dalam setahun dengan harapan mendapat fadhilat beribadat seribu bulan.

Di Masjid Abu Hanifah, ada seorang penjual daging yang saban tahun saya perhatikan dengan jubah putihnya yang kotor dengan kesan darah dan pelbagai lagi kotoran menunaikan solat sambung-menyambung dengan penuh ‘kesungguhan’ sedangkan hari-hari yang lain bayangnya tak pernah kelihatan di masjid. Saya amat mengenalinya kerana pasar tempat beliau berniaga hanya kira-kira 200 meter dari rumah sewa. Apabila saya bertanya sambil bergurau kenapa sampai begitu bersungguh sekali beliau ‘beribadat’ semalam, jawabnya… “kamu tak tahukah semalam lailatul Qadar? Beribadat di dalamnya mendapat ganjaran seribu bulan…” Dengan penuh simpati atas kejahilannya, saya sekadar memberikan pandangan… “Ammu, (Pak Cik) kita wajib menunaikan perintah Allah sepanjang tahun, bukannya hanya semalam dalam setahun, insyaAllah, Allah akan menganugerahkan kita dengan lailatul Qadar.”

Sayangnya di sana, peraturan tidak membenarkan untuk para imam mengadakan ceramah atau tazkirah secara terbuka. Ramai di kalangan mereka yang berilmu dan boleh merubah masyarakat, tapi peranan dikecilkan dengan sistem yang ada walau tidak dinafikan sebagaimana di Negara kita ada imam yang dipilih di atas dasar fahaman politik parti Baath yang memerintah dengan mengenepikan orang lain yang lebih berilmu, berakhlak dan lebih baik ilmu Al Qurannya.

Di sana tidak ada bazaar Ramadhan. Restoran dan kedai-kedai makan dibuka seperti biasa Cuma dilingkungi dengan kain putih dan ditulis ‘Tidak dibenarkan muslim masuk’. Melihatnya, saya agak musykil, kalau tidak dibenarkan muslim masuk untuk tujuan apa ianya dibuka dan siapa lagi yang nak masuk, sedangkan Iraq adalah Negara lebih 90 % penduduknya muslim. Tentu sekali dalam sebuah Negara sosialis seperti Iraq, tiada penguatkuasaan undang-undang syar’ie. Di jalanan biasa kita jumpa kelompok manusia yang meremehkan perintah Allah dengan pelbagai alasan. Kesihatan selalunya dijadikan modal utama untuk tak berpuasa. Itu baru Ramadhan di musim sejuk, Ramadhan musim panas seperti sekarang, bagaimana?



“لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ “

8 Syarat Syahadat


delapan

Setiap ibadah memiliki rukun dan syarat yang harus dipenuhi agar ibadah tersebut sah. Seseorang yang hendak sholat tentu akan berwudhu terlebih dahulu, karena suci adalah syarat sah sholat. Begitu pula ibadah yang lain seperti haji, puasa dan zakat juga memiliki rukun-rukun dan syarat yang tidak boleh tidak harus dipenuhi. Segala sesuatu yang harus dipenuhi sebelum mengerjakan sesuatu yang lain disebut syarat. Lalu bagaimana pula dengan mengucapkan kalimat Laa Ilaaha Illalloh? Tidak diragukan lagi bahwa syahadat adalah setinggi-tingginya derajat keimanan dan rukun islam yang paling utama. Di sana ada syarat-syarat yang harus dipenuhi agar kalimat Laa Ilaaha Illalloh yang kita ucapkan dianggap sah.

Para ulama menjelaskan bahwa syahadat Laa Ilaaha Illalloh memiliki delapan syarat:

1. Ilmu

Sebuah pengakuan tidak dianggap kecuali dengan ilmu. Oleh karena itu, wajib bagi kita untuk mengucapkan kalimat syahadat ini dengan mengilmui makna dari kalimat tersebut. Alloh berfirman, “Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Alloh tidak dapat memberi syafa’at; akan tetapi (orang yang dapat memberi syafa’at ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini(nya).” (Az Zukhruf: 86). Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa mati dalam keadaan mengilmui Laa Ilaaha Illalloh pasti masuk surga.” (HR. Al Bukhori dan Muslim). Dan makna yang benar dari kalimat Laa Ilaaha Illalloh yaitu tidak ada sesembahan yang haq melainkan Alloh Ta’ala.

2. Yakin

Yakin adalah tidak ragu-ragu dengan kebenaran maknanya sehingga tidak mudah terombang-ambing oleh berbagai cobaan. Alloh berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Alloh dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Alloh. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al Hujurat: 15)

Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang engkau jumpai dari balik dinding ini dia bersaksi Laa Ilaaha Illalloh dengan keyakinan hatinya sampaikanlah kabar gembira untuknya bahwa dia masuk surga.” (HR. Muslim)

3. Menerima

Alloh menceritakan keadaan orang kafir Quraisy yang tidak menerima dakwah Nabi Muhammad dalam firman-Nya, “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: ‘Laa ilaaha Illalloh’ (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Alloh) mereka menyombongkan diri. Dan mereka berkata: ‘Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami karena seorang penyair gila?’.” (As Shoffat: 35-36)

Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia. Inilah sifat orang kafir, tidak menerima kebenaran kalimat Laa ilaaha Illalloh. Sungguh hanya Alloh lah yang berhak disembah dan diibadahi.

4. Tunduk

Maksudnya yaitu melaksanakan konsekuensinya lahir dan batin. Alloh berfirman, “Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Alloh, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Alloh-lah kesudahan segala urusan.” (Luqman: 22)

Nabi bersabda, “Tidaklah sempurna iman kalian sehingga hawa nafsunya tunduk mengikuti ajaranku.” (HR. Thabrani)

5. Jujur

Alloh berfirman, “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Alloh mengetahui orang-orang yang benar (jujur) dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al ‘Ankabut: 2-3)

Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tak seorang pun bersaksi Laa Ilaaha Illalloh dan Muhammad hamba Alloh dan rasul-Nya dengan kejujuran hati kecuali Alloh mengharamkan neraka untuk menyentuhnya.” (HR. Al Bukhori dan Muslim)

Betapa kejujuran menjadi syarat sahnya syahadat. Lihatlah bagaimana syahadat orang munafik ditolak oleh Alloh karena tidak jujur. Sebagaimana firman-Nya, “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: ‘Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Alloh.’ Dan Alloh mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Alloh mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.” (Al Munafiqun: 1)

6. Ikhlas

Ikhlas hakikatnya mengharapkan balasan dari Alloh saja, tidak kepada selain-Nya. Alloh berfirman, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Alloh dengan mengikhlaskan keta’atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan sholat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al Bayyinah: 5)

Apa yang dimaksud dengan ikhlas?

Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh Alloh mengharamkan bagi neraka menyentuh orang yang mengatakan Laa Ilaaha Illalloh karena semata-mata mencari wajah Alloh.” (HR. Al Bukhori dan Muslim)

7. Cinta

Alloh berfirman, “Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Alloh; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Alloh. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Alloh. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Alloh semuanya dan bahwa Alloh amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).” (Al Baqoroh: 165)

Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tiga hal barangsiapa memilikinya pasti akan merasakan kelezatan iman: Alloh dan rasul-Nya lebih dia cintai dibanding selain keduanya, dia mencintai seseorang karena Alloh, dan dia benci untuk kembali kafir sebagaimana kebenciannya jika dilempar ke dalam api.” (HR. Al Bukhori dan Muslim)

8. Mengingkari peribadatan kepada Thoghut.

Thoghut adalah segala sesuatu selain Alloh yang ridho disembah/diibadahi. Alloh berfirman, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thoghut dan beriman kepada Alloh, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Alloh Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al Baqoroh: 256)

Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa mengucapkan Laa Ilaaha Illalloh dan mengingkari sesembahan selain Alloh, haramlah harta dan darahnya sedang perhitungannya adalah terserah kepada Alloh Azza Wa Jalla.” (HR. Muslim)

Perlu diperhatikan, syarat-syarat ini tidak bermanfaat sama sekali jika sekedar dihafalkan, tanpa diamalkan. apakah kita sudah mengevaluasi syahadat kita? Sudahkah terpenuhi delapan syarat ini dalam syahadat Laa Ilaaha Illalloh yang kita ikrarkan? Belum terlambat. Berbenahlah! Semoga kita bertemu dengan Alloh sebagai seorang yang bertauhid, bukan sebagai seorang musyrik. Wal ‘iyaadzu billah.

***

Penulis: Nurdin Abu Yazid
Artikel www.muslim.or.id


7 Hal Penyebab Syahadat Batal

Kita tidak hanya bersaksi tapi juga BERSUMPAH dan merupakan sebuah komitmen yang harus dipenuhi dan dijadikan acuan dalam segala tindakan kita setelah kita mengucapkan syahadat. Terdapat hal-hal yang dapat membatalkan syahadat yang telah kita ikrarkan di hadapan Allah SWT. Uzt. Said Hawa menyebutkannya ada 20 bentuk.



Berikut adalah 7 dari 20 hal yang dapat membatalkan syahadat kita, yang memiliki konsekuensi kekufuran kepada Allah:



1. Bertawakal dan bergantung pada selain Allah. Allah berfirman (QS. 5 : 23) yang artinya:
“Dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”

2. Bekerja dan beraktivitas dengan tujuan bukan hanya karena Allah, karena sebagai seorang muslim seyogyanya kita memiliki prinsip yang selalu kita ucapkan bahkan kita sumpahkan di dalam shalat kita apa yang tercantum dalam Quranul Karim (QS.6:162)yang artinya:
“Katakanlah: "Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”

3. Membuat hukum dan perundangan selain dari hukum Allah. Allah berfirman (QS. 5 : 57)yang artinya :
“Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik.”

4. Menjalankan hukum selain hukum Allah. Allah berfirman dalam (QS. 5 : 44) yang artinya :
"Dan barang siapa yang tidak menughukum dengan apa yang telah ditirunkan Allah (Al-Qur’an), maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”

5. Lebih mencintai kehidupan dunia dari pada akhirat. Allah berfirman (QS. 14 : 2-3)yang artinya :
“Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir karena siksaan yang sangat pedih. (yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.”

Dalam ayat lain Allah berfirman (QS. 9 : 24) yang artinya :
“Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”

6. Mengimani sebagian ajaran Islam dan mengkufuri (baca; tidak mengimani) sebagian yang lain. Allah berfirman (QS. 2 : 85) yang artinya:
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat.”

7. Menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Allah berfirman (QS. 5: 51) yang artinya:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Semoga bermanfaat.

copied from insanshalih.blogspot.com





Assalamu alaikum Ustadz,

Apakah dalam bersyahadat seorang muslim bisa menjadi batal seperti Sholat atau Puasa? Sekiranya ada hal-hal apakah yang bisa membatalkan Syahadat.

Jazakumullah khairan

Abu Kais

Jawaban

Wa'alaikumussalam wr. wb.

Saudara Abu Kais yang dimuliakan Allah swt

Bisakah Syahadat Batal?

Syeikh Thahawi menjelaskan bahwa kita menamakan ahli kiblat adalah kaum muslimin mukminin selama mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan segala yang disebutkan dan diinformasikan oleh beliau saw… dan kita tidak mengkafirkan seseorang dari ahli kiblat dikarenakan suatu dosa selama dia tidak menghalalkannya …

Sesungguh Allah swt menjadikan pengikraran dua kalimat syahadat sebagai pintu seseorang memasuki islam dan iman. Dan barangsiapa yang masuk islam dari pintu ini maka tidaklah ia bisa dikeluarkan kecuali dikarenakan adanya perkataan, perbuatan atau keyakinan yang membatalkan pernyataan sebelumnya, yaitu dua kalimat syahadatnya.

Sebagaimana diketahui bahwa dua kalimat syahadat berisi pernyataan seseorang untuk tidak mengambil tuhan selain Allah swt, tidak hanya didalam rububiyah-Nya atau keyakinan bahwa Allah sebagai Pencipta, Pemilik, Pemberi manfaat dan mudharat atau yang lainnya tetapi juga didalam uluhiyah-Nya yaitu hanya menyembah dan beribadah kepada-Nya saja serta didalam tauhid asma dan sifat-sifat-Nya.

Selain itu dua kalimat syahadat juga berisi tentang pernyataan bahwa tauladan seorang muslim adalah Muhammad Rasulullah saw dengan mengimani apa yang dibawa dan meyakini berita berita dan informasi yang datang darinya.

DR. Muhammad Na’im Yasin, Ustadz di Fakultas Syari’ah Universitas Kuwait mengatakan bahwa barangsiapa yang mengatakan suatu perkataan atau melakukan suatu perbuatan yang menunjukkan pengingkarannya terhadap itu semua (kandungan dua kalimat syahadat, pen) maka sesungguhnya orang itu telah membatalkan dua kalimat syahadatnya dan telah keluar dari agama Allah swt.

Dan apabila perkataan atau perbuatan itu sesuai dengan hakekat niat dan keyakinannya maka ia telah kafir di dunia dan di akherat dan diperlakukan seperti hukum seorang yang kafir di dunia, diterapkan baginya hukum murtad dan yang paling mendesak baginya adalah diminta untuk segera bertaubat kemudian dibunuh apabila dia tidak mau brtaubat dan kelak dia termasuk orang-orang yang kekal di neraka jahanam apabila ia meninggal dalam keadaan seperti itu (tidak bertaubat).

Adapun apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa dengan mengatakan perkataan atau melakukan suatu perbuatan yang menurut syariat dianggap sebagai perbuatan maksiat terhadap Allah swt maka hal itu tidak bisa dijadikan dalil untuk mengeluarkannya dari keimanan walaupun orang itu tidak bertaubat selama tidak ada sesuatu yang bisa menunjukkan pembatalan dua kalimat syahadatnya atau salah satu dari dua kalimat syahadat itu.

Orang itu berada dibawah kehendak Allah swt apakah akan mengadzabnya karena dosa dan maksiatnya dan memasukkannya ke neraka lalu menempatkannya ke surga berdasarkan berbagai dalil shahih tentang dikeluarkannya dari neraka orang yang mati sementara dihatinya masih terdapat keimanan sebesar biji sawi.

Atau Allah swt akan mengampuninya dan tidak mengadzabnya serta memasukkannya ke surga tanpa diadzab di neraka, sebagaimana firman-Nya :

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Artinya : “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka Sesungguhnya ia Telah tersesat sejauh-jauhnya.” (QS. An Nisa : 116)

Yang Bisa Membatalkan Syahadat

Syeikh Naim Yasin mengumpulkan berbagai perkataan atau perbuatan yang bisa membatalkan syahadat menjadi empat macam :

1. Segala macam yang mengandung pengingkaran terhadap Rububiyah Allah swt atau percercaan terhadapnya, seperti : meyakini bahwa pancipta dan pengatur alam ini adalah selain Allah atau meyakini bahwa Allah lah yang menciptakan semua makhluk lalu Dia swt membiarkannya, tidak mengatur urusannya dan menjaga mereka.

2. Segala macam yang mengandung pencercaan terhadap nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya, seperti : menafikan bahwa Allah swt memiliki kesempurnaan, kekuasaan atas segala sesuatu, pendengaran atau penglihatan-Nya. Termasuk dalam hal ini juga pengukuhan seseorang bahwa Allah memiliki anak, istri atau Allah tidur, mengantuk, lengah, mati.

3. Segala macam yang mengandung pencercaan terhadap uluhiyah-Nya, seperti : seorang meyakini bahwa ada selain Allah yang berhak diibadahi, atau meyakini bahwa ada selain Allah yang memiliki hak membuat syari’at tanpa seidzin Allah swt, memiliki hak untuk menghalalkan yang dharamkan atau mengharamkan yang dihalalkan syari’at, merubah batasan-batasan syari’at, taat atau berwala kepada oang-orang kafir atau thoghut (sembahan-sembahan selain Allah swt).

4. Segala macam yang mengandung pengingkaran terhadap risalah atau pencercaan terhadap para sahabatnya saw, seperti : orang yang mencerca kejujuran, amanah, iffah, keshalehan akalnya saw atau melakukan penghinaan terhadapnya. Termasuk juga mengingkari berita-berita ghaib yang datang darinya saw, seperti : pengingkaran terhadap hari kebangkitan, perhitungan, shirath, surga, neraka atau lainnya. Termasuk juga orang yang mengingkari sesuatu dari ayat-ayat Al Qur’an, ridho kepada kekufuran dan tidak ridho kepada islam.

Keempat macam tersebut meliputi perkataan, perbuatan maupun keyakinan dan seluruhnya bisa membatalkan dua kalimat syahadat dan mengeluarkan si pelakunya dari islam—naudzu billah--.

Wallahu A’lam.



Sumber : Dr. Yusuf Al Qardawi


Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah.Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan sebagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan yang diharamkan,


sebagaimana arti (maksud) dari ayat di bawah ini:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi merekapilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Surah Al-Ahzab: 36) .


Perlu diketahui bahwa ada diantara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajiban-kewajiban, atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan oleh para ulama: "Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui." Misalnya, kewajiban salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam.

Ada yang diharamkan, misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan sebagainya. Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya. Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi S.A.W yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke generasi.

Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini, bererti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin. Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum baginya./ Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Perkara yang boleh membatalkan shahadah

Pertama

Syirik dalam ibadat kepada Allah (SWT). Allah (SWT) berfirman,yang bermaksud:-

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا (٤٨

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya" (4: 48)

لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ‌ۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬ (٧٢)

"…bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. "(5:72)

Contoh perbuatan syirik adalah berdoa kepada orang-orang yang telah mati dan memohon pertolongan dari mereka; bersumpah janji kepada mereka dan menyembelih binatang untuk mereka seperti orang-orang yang menyembelih binatang untuk jin atau kuburan.


Kedua

Barangsiapa yang menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara dirinya dan Allah (SWT), dan berdoa dan meminta syafa’at dari mereka, serta bertawakkal kepada mereka, telah kufur menurut ijmak ulamak.

Ketiga

Barangsiapa yang tidak mengkafirkan orang-orang mushrik (seperti Hindu dan Majus), atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka, atau menganggap cara dan agama mereka benar; telah melakukan kufur.


Keempat


Barangsiapa yang percaya bahawa ada petunjuk yang lain yang lebih sempurna dari petunjuk dan ajaran Nabi (SAW), ataupun hukum selain dari hukumnya adalah lebih baik; seperti orang-orang yang memilih hukum taghut ke atas hukumnya, maka orang itu adalah kafir.

Kelima

Barangsiapa yang membenci sesuatu daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) , walaupun ia beramal dengannya, telah kufur.

Firman Allah (SWT):-

ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلَهُمۡ


"Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka." (Muhammad :9)


Keenam


Barangsiapa yang memperolok-olokan sesuatu daripada agama Islam ataupun daripada ganjaran dan seksaannya telah kufur.

Firman Allah (SWT):


سَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَڪُمۡ إِذَا ٱنقَلَبۡتُمۡ إِلَيۡہِمۡ لِتُعۡرِضُواْ عَنۡہُمۡ‌ۖ فَأَعۡرِضُواْ عَنۡہُمۡ‌ۖ إِنَّہُمۡ رِجۡسٌ۬‌ۖ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ جَزَآءَۢ بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٩٥)
يَحۡلِفُونَ لَڪُمۡ لِتَرۡضَوۡاْ عَنۡہُمۡ‌ۖ فَإِن تَرۡضَوۡاْ عَنۡہُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يَرۡضَىٰ عَنِ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (٩٦)

"Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang), supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menempelak mereka); oleh itu berpalinglah dari mereka kerana sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati dengan kufur) dan tempat kembali mereka pula ialah Neraka Jahanam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan. (95) Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik. " (At-Taubah:65-66)

Ketujuh

Sihir. Dan daripadanya adalah membuat orang membenci atau menyayangi sesuatu. Maka barangsiapa yang melakukan sihir atau meredhainya telah kufur.

Firman Allah (SWT):

سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 102)


Kelapan

Menolong dan membantu orang-orang mushrikin ke atas orang-orang Islam.

Firman Allah (SWT):

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَہُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَ‌ۘ بَعۡضُہُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُ ۥ مِنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

…sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. (5:51)




Kesembilan


Barangsiapa yang percaya bahawa sebahagian manusia adalah bebas untuk keluar daripada shariah Nabi Muhammad (SAW), seperti bebasnya Al-Khidir daripada shariah Nabi Musa, maka orang itu adalah kafir.

Firman Allah (SWT):

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali-Imran:85)


Kesepuluh


Berpaling dari agama Allah (SWT) dengan tidak mempelajarinya maupun beramal dengannya.

Firman Allah (SWT):

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعۡرَضَ عَنۡهَآ‌ۚ إِنَّا مِنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُنتَقِمُونَ

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya. Sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang yang berdosa. (As-Sajadah:22)

Dan tiada perbezaan dalam semua pembatal-pembatal shahadah ini antara orang yang melakukannya sama ada ia berlawak, atau bersungguh-sungguh, atau takut; kecuali yang dipaksa. Semua pembatal-pembatal shahadah ini adalah daripada yang terbahaya dan paling banyak berlaku dalam masyarakat.

Maka adalah satu kemestian untuk seorang muslim berjaga-jaga darinya, dan takut akan dirinya melakukan perkara-perkara itu. Dan kami memohon lindungan Allah (SWT) daripada kemarahan dan seksaannya. Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan sahabatnya.



Assalamualaikum...ana tertarik dgn perkara yg ke-3 yg mmbatalkkan syahadah 2..erm, ini peringatan buat ana jugak since mmg kadang2 lidah ni lebih laju untuk bercakap dari otak yg kena fikir..hidup dgn masy berbagai agama & kaum kt m'sia membuatkan kita dengan senang hati menuturkan ayat,
"alah xksh agama mn2 pn, as long as kita buat bnda baik sbb semua agama ajar manusia untk jd baik".. ni ayat jaga hati yg kita selalu dengar n sometimes kita yg ucpkn bila berborak ttg agama dengan yg belum muslim..hurmmm,maaf jk trsilap cnth, tp inilah situasi yg berlaku kt malaysia skrg...sedih jugak coz dh la kt xmmpu nk dkwh kt diorang, then, kita samakan Islam dgn agama yg lain..nauzubillah..

Perkara Yang Merosakkan Iman

Oleh : Ustaz Zamri bin Mat Isa

Perkara asas yang membawa kepada kerosakan aqidah ialah melalui tiga cara:

1. Iktiqad

Iktiqad kepada yang selain dari Allah sebagai Tuhan. Akidah yang salah seperti akidah penganut agama kristian, akidah orang yahudi dan sebagainya. Konsep bertuhankan kepada dewa-dewa dan penunggu.

2. Perbuatan

Perbuatan yang merosakkan akidah seperti rukuk (dengan niat membesarkan makhluk) atau sujud kepada makhluk yang selain dari Allah. Melakukan upacara pemujaan seperti menyembelih kerbau balar kepada dewa atau penunggu dan sebagainya.

3. Perkataan

Mengatakan dengan tidak wujud Allah. Termasuk di dalam pengucapan yang merosakkan akidah seperti mengatakan tuhan kepada Fir’aun, atau melalui penghinaan terhadap agama Islam.

  • Dari tiga perkara tersebut kerosakan akidah akan terhasil pada rukun iman:

a) Akidah bertentangan terhadap Allah

Seperti tidak percaya kepada kewujudan Allah, sepertimana pegangan ethiesisme dan komunisme. Percaya kepada sesuatu dari makhluk seperti busut, pohon besar dan lain-lain, seperti kepercayaan animesisme. Percaya kepada kekuasaan batu berhala, patung dan sebagainya, seperti kaum hindu, buddha dan sekutunya. Berpegang kepada konsep berbilangnya Allah, seperti kepercayaan penganut kristian dengan konsep trinity. Berpegang dengan konsep Qadimnya alam, atau tiada pencipta alam ini.

b) Akidah bertentangan terhadap Malaikat

Akidah bertentangan terhadap malaikat seperti menafikan kewujudan mereka. Menafikan sikap kepatuhan mereka di dalam menjalankan tugasan. Menafikan kebenaran tugasan para malaikat, seperti pegangan sesetangah puak syiah, bahawa malaikat Jibril tersalah menurunkan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad, yang sebenar kepada Syaidina Ali.

c) Akidah bertentangan terhadap Rasul

Berpegang kepada kepercayaan yang menyalahi dari sifat-sifat wajib bagi rasul. Seperti beriktikad nabi atau rasul dari kalangan pendusta, penipu, si hidung belang atau sebagainya. Adanya dibangkitkan nabi selepas dari nabi Muhammad, atau membenarkan dakwaan nabi palu tersebut.

d) Akidah bertentangan terhadap Kitab

Tidak percaya dengan kebenaran kitab-kitab Allah. Tidak percaya dengan al-Qur’an, Taurat, Injil dan Zabur (yang asli, sebenar dari Allah).

Menolak al-Qur’an atau hukuman di dalamnya.

e) Akidah bertentangan terhadap hari akhirat

Tidak percaya kepada kebangkitan semula selepas kematian. Menafikan syurga dan neraka. Menafi dosa dan pahala. Menafi hari kiamat. Menafikan perhitungan segala amalan

f) Akidah bertentangan terhadap qada’ dan qadar

Tidak percaya dengan ketetapan baik atau buruk semua dari Allah.

Tidak tetap hati dengan Islam iaitu berpapah hati antara menjadi Islam dengan menjadi kafir (penganut agama lain) atau bercita-cita untuk menjadi penganut agama lain pada suatu masa akan datang, juga menjadi perkara yang merosakkan iman.

Bab 6 Perkara-Perkara Yang Merosakkan Iman

SEPERKARA lagi yang perlu kita tahu ialah tentang perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. Tujuannya ialah supaya kita dapat mengelakkan diri dari membuat perkara- perkara tersebut yang boleh merosakkan iman kita. Ada tiga perkara atau tiga cara iman itu boleh rosak:

  1. Iktiqad.
  2. Perkataan.
  3. Perbuatan.

1. Iktiqad

Melalui iktiqad, iman boleh rosak dengan sebab-sebab antara yang berikut:

  1. Kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Contohnya: Ragu dengan Qudrat (kekuasaan) Allah. Sebaliknya ia yakin bahawa ada kuasa lain yang boleh memberi bekas selain Allah.
  2. Ragu dengan perkara-perkara ghaib seperti wujud- nya malaikat, Hari Qiamat, Alam Barzakh, gyurga, Neraka dan lain-lain seumpamanya.
  3. Ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat nabi dan rasul.
  4. Ragu tentang mampunya Islam, dengan panduan Al Quran dan Sunnah, sebagai pembawa keselamatan.

Secara ringkas, semua keraguan tentang perkara yang disuruh beriman dengannya oleh Allah, adalah membawa kepada rosaknya iman seseorang. Oleh itu amat perlu bagi tiap-tiap individu menilik ke dalarn hatinya, untuk memasti- kan bahawa tidak ada sebarang keraguan olehnya kepada perkara-perkara yang dikehendaki meyakininya.

2. Perkataan

Iman boleh juga rosak melalui perkataan. Ianya boleh berla- ku sama ada sedar atau tidak. Antara perkataan-perkataan yang boleh merosakkan iman ialah:

  1. Mengatakan Allah itu kejam, zalim, tidak adil dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah.
  2. Mengata dan mencaci Rasulullah sama ada tentang perkataan, perbuatan dan seluruh ajaran baginda.
  3. Mengatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Ia hanya sesuai untuk "zaman unta" dan sebagainya.
  4. Menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Contohnya: Menghalalkan riba, zina, arak, judi dan lain-lain. Mengharamkan poligami dan lain- lain.

Secara ringkas, bolehlah dikatakan apa sahaja perkataan yang dikeluarkan berbentuk cacian dan penghinaan pada kemuliaan dan kebenaran Islam, sama ada sengaja atau tidak, adalah merosakkan iman seseorang. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga perlulah kita berhati-hati dalam bercakap, dan jagalah perkataan yang keluar dari mulut kita. Di samping itu kita mendalami pengetahuan tentang apa-apakah bentuk perkataan yang boleh membawa kepada rosaknya iman kita.

3. Perbuatan

Kerosakan iman boleh juga berlaku kerana perbuatan kita. Di antara perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman ialah:

  1. Sujud pada selain Allah, sama ada pada patung, pokok kayu, matahari, bulan dan lain-lain.
  2. Meraikan dan membesarkan hari-hari agama lain.

Seseorang yang melakukan salah satu dari tiga cara di atas, dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain ia telah murtad. Ini adalah dosa terbesar. Dosa yang tidak terampun. Firman Allah:

Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik sebaliknya Dia mengampuni dosa-dosa selainnya pada sesiapa yang Dia kehendaki. (An Nisa': 116)

Kerana itu seseorang yang telah murtad wajiblah bertaubat. Syarat-syarat taubat orang murtad ada dua.

  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Membaharui dan membetulkan keyakinan tentang apa yang telah diragukan, dikatakan atau dilakukan.

Hanya dengan memenuhkan syarat-syarat ini sahaja dosa akan diampun dan amal ibadah akan dinilai oleh Allah SWT.

=== sekian ===

Bab 10 Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

Bab 10 Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

10. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman

10.1. Pengertian Iman

10.1.1. iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

10.1.2. Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan

10.1.2.1. membentuk keperibadian Muslim sejati

10.1.2.2. berani tegakkan kebenaran

10.1.2.3. sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan

10.1.2.4. pencetus semangat jihad

10.2. Perkara Yang Membatalkan Iman

10.2.1. syirik

10.2.2. kufur

10.2.3. riddah

10.2.4. khurafat

10.2.5. sihir

10.2.6. nifak

10.3. Syirik

10.3.1. syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya

10.3.2. syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah

10.3.3. bahagian syirik

10.3.3.1. syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan dan sebagainya

10.3.3.2. syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur

10.4. Kufur

10.4.1. kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

10.4.2. orang yang melakukannya adalah kafir

10.4.3. Bahagian Kufur

10.4.3.1. kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa

10.4.3.2. kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya

10.4.4. Faktor2 Kufur

10.4.4.1. pegangan agama lemah

10.4.4.2. terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan

10.4.4.3. terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama

10.4.4.4. kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

10.5. Riddah

10.5.1. riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad

10.5.2. Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:

10.5.2.1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam

10.5.2.2. perkataan: mengisytihar keluar Islam

10.5.2.3. perbuatan: menganut agama selain Islam

10.5.3. Faktor Riddah:

10.5.3.1. lemah pegangan agama

10.5.3.2. jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam

10.5.3.3. terpengaruh dengan tawaran kebendaan

10.5.3.4. tidak bimbingan memahami Islam

10.5.4. Kesan Riddah

10.5.4.1. perkahwinan terbatal

10.5.4.2. haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam

10.5.4.3. hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam

10.5.4.4. menjadi penghuni neraka selama-lamanya

10.5.5. Cara Menangani Orang Murtad

10.5.5.1. memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam

10.5.5.2. memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

10.5.5.3. melaksanakan hukum hudud (bunuh)

10.5.6. Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad

10.5.6.1. memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan

10.5.6.2. menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah

10.5.6.3. menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya

10.6. Khurafat

10.6.1. khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam

10.6.2. Contoh Perbuatan Khurafat

10.6.2.1. mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya

10.6.2.2. membuang anjak bagi menghalau hantu

10.6.2.3. mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial

10.6.2.4. mempercayai kubur yang dianggap keramat

10.6.3. Faktor Khurafat Masih Berterusan

10.6.3.1. iman kurang matap terhadap Allah

10.6.3.2. terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat

10.6.3.3. ambil langkah mudah cepat kaya

10.6.3.4. wujud tempat pemujaan khurafat

10.6.4. Cara Mengatasi Khurafat

10.6.4.1. menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu

10.6.4.2. mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat

10.6.4.3. memberi kesedaran tentang keburukan khurafat

10.6.4.4. mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat

10.6.5. Kesan Buruk Khurafat

10.6.5.1. menyebabkan syirik dan terbatal iman

10.6.5.2. membazir masa, tenaga, harta

10.6.5.3. masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia

10.6.5.4. menyekat akal berfikir logik dan sistematik

10.7. Sihir

10.7.1. sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan

10.7.2. sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia

10.7.3. Akibat Sihir

10.7.3.1. merosakkan akidah dan membatalkan iman

10.7.3.2. memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah

10.7.3.3. pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim

10.7.3.4. membazir wang, masa, tenaga

10.8. Nifak

10.8.1. nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

10.8.2. orang yang melakukannya digelar munafik

10.8.3. Ciri-Ciri Munafik

10.8.3.1. bercakap bohong

10.8.3.2. khianat apabila diberi amanah

10.8.3.3. mungkir janji

10.8.3.4. melampaui batas apabila bertengkar

10.8.4. Akibat Buruk Munafik

10.8.4.1. menghilangkan sikap percaya-mempercayai

10.8.4.2. melemahkan perpaduan masyarakat

10.8.4.3. menghancurkan kekuatan umat Islam

10.8.4.4. menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam


Pendidikan Islam Tingkatan 4




1 ulasan:

ANNAS berkata...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu