Jumaat, 15 Februari 2013

ADA YANG BERKUASA NAK CILUK DUIT RAKYAT...MUNGKIN DAH BANYAK CILUK...AKHIRAT KITA TENGOK SAPE KAKI CILUK NI

Buat demonstrasi kalimah Allah tapi sorok muka

ISU kalimah Allah terus dimainkan oleh media kawalan United Malays No Otak, Umno. Terbaru, kononnya ada sekumpulan penyokong PAS membuat bantahan di Kuala Terengganu berhubung isu kalimah Allah.

Namun apa yang lucunya, semua yang mengaku sebagai penyokong PAS ini langsung tak berani menunjukkan wajah mereka ketika gambar mereka ditangkap oleh wartawan.



Lihat wajah-wajah yang ditandakan dengan anak panah berwarna merah dalam gambar di atas. Masing-masing cuba menyorokkan muka daripada dirakam. Nampak sangat menyamar.

Sumber gambar: Bernama

Kecam Adik Najib! Pekerja demo depan CIMB Batu Pahat semalam

BERITA yang tidak akan disiarkan di media-media arus perdana kawalan Umno dan Barisan Nasional. Satu demonstrasi telah diadakan semalam di hadapan sebuah bank CIMB di Batu Pahat.

Gambar yang gua terima dari sahabat pembaca di bawah tidak menyatakan tujuan demonstrasi tersebut diadakan. Apa pun jelas terpapar dalam kain rentang, menunjukkan demonstrasi yang dianjurkan oleh pekerja-pekerja CIMB itu ada kaitan dengan adik Perdana Menteri, Nazir Razak.




Salah satu kain rentang tertulis kecaman terhadap adik Najib, "Adik PM, Nazir Razak mungkir janji". Gambar ini difahamkan telah diambil oleh salah seorang sahabat yang kebetulan lalu di lokasi demonstrasi itu diadakan semalam.


Gua sedang mendapatkan maklumat tentang demonstrasi ini. Gua pun nak tahu juga apa benda yang adik Najib ni janji kepada staff CIMB sampai diorang semua marah sangat?


ReJaM© "Nampaknya adik dengan abang sama-sama suka mungkir janji... "

Anak syarikat Kerajaan Negeri Sembilan dikuasai kroni dan wakil rakyat Umno


MENTERI Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan diberi tempoh seminggu untuk mendedahkan pemilikan 49% saham syarikat Negeri Roadstone Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan kepada MiLo SuaM, Ketua Penerangan Parti Islam, PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad mendakwa Negeri Roadstone Sdn Bhd, NRSB sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, PKNNS turut dikuasai oleh "orang kuat Umno dan BN".

Kenyataan itu mendakwa kehadiran orang-orang politik Umno dan BN termasuk wakil rakyat yang berselindung di belakang beberapa syarikat yang menguasai 49 peratus pegangan saham NRSB.

"51 peratus pegangan saham NRSB dimiliki oleh PKNNS manakala selebihnya sejumlah 49 peratus dikuasai oleh beberapa syarikat, seperti Pembangunan Bumi Sdn Bhd, Cekap Sejagat Sdn Bhd, Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd, Nestin Sdn Bhd dan Ahmia Sdn Bhd".

Norazman menyifatkan ia sebagai satu jenayah tadbir urus yang berat apabila kepentingan individu berselindung disebalik nama agensi dan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.

"Sebagai rakyat biasa saya mohon Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan untuk mendedahkan siapakah pemilik-pemilik dibelakang Negeri Roadstone Sdn Bhd sebelum pendedahan dibuat pihak kami" tambahnya lagi.

ReJaM© "Tak payah dedah pun, kita tahu Umno memang kaki sapu... "

Lagi menyamar jadi ahli PAS sensasikan isu kalimah Allah

LAGI berita bodoh di TV3 Al-Musyrikin untuk mensensasikan isu kalimah Allah. Kononnya ada 20 orang ahli PAS ranting Jerantut, Pahang membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang semalam.

Apa yang gua nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah...

Rujuk prontscreen yang gua cedok daripada laporan Buletin Utama di bawah ini.



Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting. Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...

Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu. Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting". Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting".


ReJaM© "Mampos kena gelak dengan orang kah kah kah... "

Risalah perang saraf bodoh untuk burukkan DAP disebarkan

SEORANG sahabat menunjukkan sebuah risalah "perang saraf" berbentuk buku kecil untuk memburukkan DAP disebarkan di Kampung Baru semalam. Difahamkan barangkali berpuluh ribu cetakan risalah ini sudah diedarkan seluruh Kuala Lumpur.

Gua sempat belek lebih kurang seminit, untuk snap risalah ini. Apa yang gua perhatikan risalah ini dipenuhi dengan fitnah yang terang-terangan kantoi. Contohnya, risalah ini ada memetik salah satu laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk "Tiada lagi DEB".




Si pembuat risalah ini masih memasukkan laporan bertajuk "Tiada Lagi DEB" yang tersiar di Utusan Malaysia sebelum ini meskipun akhbar itu sudah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM220,000 kepada Guan Eng kerana laporan fitnah tersebut.



Laporan yang terang-terang disahkan oleh mahkamah sebagai fitnah pun boleh dimasukkan dalam risalah ini, nampak sangat si pembuat risalah ini memang nak buat fitnah.

Tambahan pula, risalah ini sama seperti risalah memburuk-burukkan Anwar Ibrahim sebelum ini rujuk sini ~ Anwar sembah mayat Teoh Beng Hock, di mana tiada identiti orang-orang yang terlibat menghasilkannya.

Namanya pun nak buat fitnah, mana berani nak tulis nama, kalau tulis nama takut kena saman.


ReJaM© "Baling batu sembunyi tangan, sudah berak sembunyi punggung... "

Rayuan kes liwat Anwar-Saiful didengar Julai ini
Wartawan Sinar Harian
15 Februari 2013
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA - Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar Julai ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin berkata perkara ini dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N.Kanageswari ketika pengurusan kes itu hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi sebarang alasan mengapa rayuan itu perlu didengar Julai ini.

Noorin dan seorang daripada peguam Anwar iaitu Ramkarpal Singh bertemu Kanageswari dalam kamar untuk pengurusan kes tersebut.

Kanageswari menetapkan 22 Feb ini untuk pendakwaan dan pembelaan kembali dan memaklumkan tarikh yang sesuai untuk pendengaran rayuan.
"Pendakwaan meminta rayuan didengar dalam bulan Julai," kata Noorin kepada pemberita.

Sementara itu, Ramkarpal berkata beliau perlu berunding dengan peguam lain sama ada tempoh yang dipohon pendakwaan sesuai dengan mereka.

Beliau berkata pembelaan lebih menumpukan perhatian terhadap pemerolehan nota prosiding sebelum mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 65, daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 20 Jan tahun lepas dan petisyen rayuan pada 9 Julai 2012 yang mengandungi sembilan alasan.

Penghakiman bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setebal 80 muka surat mendedahkan dalam kes itu, 'ada berlaku penetrasi' namun ia tidak disokong bukti lain.

Hakim itu berkata mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya terhadap integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin boleh terjejas sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. - Bernama
Bayi perempuan berusia tiga bulan ditinggal di kawasan parkir

15 Februari 2013
SEREMBAN - Seorang bayi perempuan ditemui oleh sepasang suami isteri di kawasan letak kereta berhampiran Taman AST di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata bayi yang dianggar berusia tiga bulan seberat empat kilogram itu ditemui pasangan berkenaan pada kira-kira 7.35 malam.

"Bayi itu dipercayai ditinggalkan ibunya sebelum ditemui pasangan terbabit yang pergi ke kereta mereka yang diparkir di situ. Bayi itu diletakkan di parkir kawasan itu bersama peralatan yang lain seperti susu, tuala dan baju," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk pemeriksaan.

Katanya, siasatan akan diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi itu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri Datuk Zainab Nasir turut melawat bayi itu di HTJ hari ini. - Bernama
Lelaki tikam teman wanita belum sedar di hospital

15 Februari 2013
Tan Ching Chin
Tan Ching Chin
BUKIT MERTAJAM - Lelaki yang menikam teman wanitanya sehingga mati sebelum menikam dirinya sendiri hingga parah dilapor berada dalam keadaan stabil tetapi masih belum sedar.
Suspek yang berumur 31 tahun yang cedera di badannya akibat empat kesan tikaman masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Bukit Mertajam.
"Polis akan mengambil keterangan dari lelaki itu selepas dia sedar.
Sekarang keadaannya stabil tetapi masih belum sedar serta masih dirawat.
Kita juga anggap kes ini sudah selesai," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi semalam di rumah mangsa di Taman Hwa Seng di sini, suspek dipercayai menikam Tan Ching Chin, 24, ketika mangsa sedang mandi.
Sementara itu Azman berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti kerosakan rumah dan kereta yang dialami seorang pemandu lori yang dipercayai akibat balingan mercun ke arah rumahnya di Taman Seri Sejahtera kira-kira 4.30 pagi semalam. - Bernama
Pas Kelantan sangkal kenyataan Mahathir
Wartawan Sinar Harian
15 Februari 2013
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno tidak pernah menipu Pas ketika parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Dr Mahathir perlu bertanggungjawab atas perpecahan antara Umno dan Pas kerana ketika itu beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

“Ketika itu (tahun 1978), beliau dengan angkuh mengatakan 'kekuatan Melayu tidak terjejas jika Pas tidak bersama Umno'. Atas sebab peranan beliau, Kelantan ketika itu diisytiharkan darurat,” dakwanya di sini, semalam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha menyatupadukan orang Melayu dan menyatakan Pas ditipu oleh Umno ketika berada dalam BN.

Mohd Amar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah berkata, atas tindakan Dr Mahathir ketika itu, Pas sudah serik dan tidak mahu lagi peristiwa dipermainkan dan ditipu berulang.

“Orang beriman tidak akan benarkan dia 'digigit' kali kedua dan ditarik semula ke dalam parti tersebut.

“Apa perlu kita (Pas) kembali kepada Umno? Cukuplah sekali dipermainkan dan ditipu. Kita sudah ada pengalaman dengan BN, kita dah alami sendiri. Bagi kita, kenyataan itu tidak ada harga sebab kita ada pengalaman pahit dengannya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi ulasan mengenai kenyataan bekas anggota Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris yang menyatakan umat Islam perlu bersatu menyokong Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh jemaah Islam, iaitu BN.

“Perpaduan lahir atas agama sebagaimana al-Quran menyebut bersatu teguh dan perpaduan mesti berlandaskan asas agama.

“Pas tidak faham apa maksud beliau (Mohd Noor), namun pihaknya menegaskan Pas sentiasa menghulurkan tangan sejak dahulu bagi menegakkan Islam,” katanya.
Anwar hanya mahu berkuasa demi kepentingan sendiri

15 Februari 2013
Ali Rustam
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihati rakyat supaya menolak kepimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat mahu berkuasa demi kepentingan sendiri dan bukannya untuk membantu rakyat.

Beliau berkata sifat tersebut jelas tergambar ketika Anwar memegang jawatan penting dalam kerajaan sebelum ini.

"Dahulu demonstrasi (semasa jadi pelajar) di Universiti Malaya kata nak bela rakyat Kedah tetapi bila dia jadi Menteri Kewangan, jadi Timbalan Perdana Menteri tidak pun dia bantu orang Baling.

"Dia pun tidak bantu orang Sabah masa berkuasa dulu tapi bila hilang kuasa baru kata nak bantu...itulah dia Anwar Ibrahim yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama kakitangan, pelajar dan alumni Institut Latihan Bukit Katil di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan ketua pembangkang itu selama menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak pernah kesiankan rakyat Sabah. 

Justeru Mohd Ali berkata rakyat perlu jelas dan faham tentang sifat pemimpin pembangkang itu agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji kosong.

Mengenai hasrat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal, beliau berkata tindakan itu menunjukkan seolah-olah Abdul Khalid berada dalam keadaan rungsing.

"Dia hendak tunjukkan bahawa dia (Abdul Khalid) ada kuasa tapi cara guna kuasa itu tidak bijak sebaliknya jelas menunjukkan dia dalam keadaan yang amat runsing kerana sokongan rakyat Selangor terhadap pembangkang semakin merosot," katanya.

Beliau berkata pilihan raya berasingan tidak perlu diadakan bagi mengelak timbulnya suasana kelam-kabut dan pembaziran wang rakyat. - Bernama

Tiada ulasan: