Sabtu, 16 Februari 2013

TERMASUK JUGAK....TAK SANGKA...TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA PENGUNJUNG2...ALHAMDULLILLAH

PANAS! Himpunan Guru Muda 1M, Hebat..mahyidin Beri Bonus...!!!
Posted on Saturday, February 16 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Kedah Kini

Tadi Ada Cikgu.. PM dalam inbox admin ......

"Hr ni Tpm mai a star kat smk hutan kg...guru2 muda seluruh utara lbh kurang 5000 ribu org kena p...masa registet nama diberi buku ni..."


BONUS YANG DIBERI.......



...buku apa ini.... Buku FITNAH...... Bodoh betul BN ini bukan zaman surat layang....dah kehadiran dipaksa...kalau buat perjumpaan atau program janganlah buat cerita FITNAH.....kalau nak kempen tak kisah itu cara BN....biar cikgu2 yang bijak pandai buat pilihan sendiri.....

Kantoi ~ Guru guru di kedah dipaksa jumpa Muhyidin - dari blog KJO

banyak maklumat lagi yang dibocorkan.......



Himpunan PAKSA GURU MELUTUT SEMBAH UMNO

Kah kah kah!!! woikk!!! apa lanc** la geng2 umno ni plak dah!!

Maklumat terkini , geng Cikgu dikerah naik bas untuk pergi himpunan guru muda 1 malaysia. 5000 guru kawasan utara terlibat.

Hanya segelintir guru terpilih untuk sesi dialog, tapi kena pergi taklimat lain untuk praktis sesi soal jawab tu,Berlakon ikot skrip dulu.Ingat tak masa Najib dimalukan budak skolah pasal tak tahu jawab pasal jenis jenis air? haah!!! Najib pandang Muhtidin.. masing pandang memandang dua2 sakai tak tahu nak jawab!So untuk elak kejadian ni berlaku la mereka buat sesi lakon soal jawab ni.

Semalam jumaat 15/2/2013 kena amek tshirt percuma , .hari sabtu kena pergi berhimpun.Hari ni lah.. 16/2/2013.







Sapa yang ngelat tak datang .hari sabtu 16hb tu, kena tulis Surat tunjuk sebab ... ada press komprem siapppppp... Muhyidin Yassin yang akan datang ok.
Ni gambo shirt yang di hantar untuk dipakai 5000 guru dari area utara dan kena berkumpul pagi ni sebelum jam 7.

Sebelum naik BAS, kena isi kedatangan dulu sapa tak datang wajib lah menulis surat tunjuk sebab ok..

stressss!! lepas tu ada beberapa orang yang terpilih untuk sesi dialog.. geng2 ni telah dipanggil untuk taklimat cara nak bersesi dialog pada hari khamis lepas (before CNY) semua guru diwajibkan mengisi maklumat diri lepas tu kena letak nama pesbuk skali.. and most of us kata akaun pesbuk tak bukak.. kakakaka..



mampoih la depa nak intai apa cikgu2 ni buat updated status nanti.

tshirt free dan buku kenit muka mudin dibekalkan kat semua yang kena p esok.. pehtu tshirt yang depa supply cam haromjadoh ada ka patut saiz banyak takde sbb cutting jenis cool fit tu pehtu tak sampai setengah jam buka kaunter, saiz XL da abis tinggal M dan L.. aja.

Dah la cutting kecik..hampeh btoiiii... suma lengan pendek. geng muslimah kena pepandai la pakai inner.. apa2 hal hari ni kalau berkesempatan amek video, kami akan amik.. hehehe itu gambar baju tu nak pos dekat wall sndiri pon tak berani ok.. kakakka.. puak umngok ramai dalam list.. kenot2..

Cuba tengok gambar kat bawah tu.. surat arahan paksa.perkara nombor

4.Setiap guru dikehendaki "like" face book GM1M dan daftar ke 1M4U sebagai tanda sokongan untuk perhimpunan ini.
kah kah kah!!! woiii .....




face book jemputan tu kat sini klick

Face book yang depa paksa LIKE tu kat sini

Tonton LIVE si sembab tu merepek kat sini Kah kah kah....

Buku kenit yidin!!! kah kah kah..

Sumber: pkrl.blogspot.com


  Kesian kakitangan Imigresen Malaysia, derita mereka siapa yang tahu
Posted on Saturday, February 16 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"Hari ini Sabtu 16 Feb 2013 saya dan isteri ke Jabatan Imigresen Malaysia di Seremban untuk urusan membuat pasport antarabangsa. Dah lama saya tak pergi ke Jabatan Imigresen ini, rasanya berpuluh tahun dah tak ke sana. Dulu saya datang dengan arwah ayah, masa tu walaupun tidak ada sistem komputer canggih, masih menggunakan borang, tiada pengambilan nombor secara otomatik, namun tidaklah perlu tunggu seharian untuk urusan pasport rasanya.

Jadi saya dan isteri ingat , mungkin hari ini telah berubah, perkhidmatan buat pasport mungkin makan masa sejam saja.

Sebaik kami keluar lif tingkat 2 Wisma Persekutuan, kami amat terperanjat, jam baru 8.15 pagi, tapi dah sesah sampai kawasan luar lif. Tak boleh nak masuk. Tak berjalan. Tak berapa lama kemudian kawasan sekitar lif sudah padat macam dalam tin sardin.

Sebelum tu di pintu masuk Wisma Persekutuan sudah tertulis Nombor Giliran untuk urusan pasport hanya sampai 150 sahaja hari ini. Dalam fikiran saya , dapat ke tak nombor ni, orang dah padat, yang dalam pejabat imigresen saya tak nampak lagi berapa ramai.

Kami pun berhimpit-himpitlah masuk, kekadang terangkat juga pada ada yang tolak dari belakang.

Kesian tengok orang tua, warga emas, ibu yang bawa anak kecil, pakcik yang pakai kopiah putih 1Malaysia pun turut berhimpit-himpit untuk mendapatkan nombor giliran.

Dalam masa berhimpit tu ada kedengaran , ada yang mengeluh ini hari kedua, hari ketiga dia datang keadaan macam ni, sesak.

Ada pula yang kata dia datang tunggu nombor giliran sejak pukul 5 pagi.

Apabila menghampiri kaunter nombor kesian tengok kakitangan imigresen memberi penerangan dan nasihat supaya tidak potong barisan dan menolak-nolak.

Apabila hampir sampai giliran saya, nombor dah nak sampai 150, saya dah rasa kecewa, kena datang pula hari lain.

Tapi kakitangan imigresen tadi minta orang ramai beratur lurus, dia nak tolong tengok sampai berapa boleh beri nombor.

Alhamdulillah akhirnya saya dapat nombor 163 pada jam 9.14 pagi. Saya pun mencongak, kalau 1 jam , boleh selesai urusan 20 orang, jadi saya punya mungkin lepas 12 tengahari.

Kami pun keluarlah dulu , isi perut. Akhirnya urusan kami selesai sekitar jam 1.20 ptg. Selesai hantar borang je, pasport kena datang pula minggu depan untuk ambil. Untuk ambil pasport ada kaunter lain, tak perlu bersesak.

Kesian tengok orangramai yang datang bersesak-sesak, termasuk pakcik yang pakai kopiah putih 1Malaysia, merungut-rungut pakcik tadi, kata perut dia dah lapar sangat.

Lagi kesian saya rasa kakitangan imigresen, rasanya mereka dari sebelum pukul 8 pagi hingga jam lebih 2 petang terpaksa bekerja, tanpa banyak keluhan. Mereka hanya menurut perintah. Walhal hari Sabtu waktu pejabat sepatutnya sampai 1 petang sahaja.

Kuasa untuk menambah kakitangan imigresen bukan di tangan mereka, kerana ianya melibatkan kos.

Kuasa untuk menambah waktu perkhidmatan, sampai ke petang, atau sampai ke malam seperti nightcourt bukan di tangan mereka, kerana ianya melibatkan kos.

Kuasa untuk menambah kaunter juga bukan di tangan mereka.

Kuasa untuk menambah pejabat imigresen juga bukan di tangan mereka. Mereka hanya menurut perintah.

Satu perkara yang amat pelik ialah kos buat pasport antarabangsa, untuk 2 tahun RM100, untuk 5 tahun RM300. Tak ke pelik, beli sikit murah, beli banyak mahal. Beli kuih 2 biji 10 sen, beli kuih 5 biji 30 sen. Bila tanya pada kakitangan imigresen , kenapa kos macam ni. Sambil tersenyum kakitangan imigresen tu cakap, “Kalau rajin datang ke pejabat imigresen buat 2 tahun, kalau tak nak datang selalu buat 5 tahun”.

Saya dan isteri kerana urusan untuk menunaikan haji pada tahun ini insyaAllah.

Macamanalah pakcik-pakcik, atok-atok, nenek-nenek, terpaksakah mereka bersesak macam ni juga. Saya tanya pada kakitangan imigresen, setiap hari ke macam ni. Katanya memang setiap hari, kalau hari bekerja biasa Isnin-Jumaat , nombor giliran sampai 300, tapi pukul 10 pagi dah habis nombor.

Harap Tabung Haji Malaysia dan Jabatan Imigresen dapat bekerjasama agar dapat mengadakan urusan kaunter khas semasa kursus haji di masjid-masjid seluruh Malaysia selepas ini.

Lagi gambar-gambar kesesakan di Jabatan Imigresen Malaysia pada 16 Feb 2013 di rozmal.blogspot.com"


 Penahanan Nick Xenophon langgar protokol antarabangsa – Anwar
Posted on Saturday, February 16 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Keadilandaily

KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan senator bebas Australia, Nick Xenophon pagi ini dan menegaskan ia melanggar protokol antarabangsa.

“Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon di LCCT yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel sebagai ‘musuh negara’. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas,”

Anwar Ibrahim“Saya mengingatkan perdana menteri, Najib Razak bahawa beliau tiada hak untuk memperlaku tetamu sebagai musuh negara hanya kerana mereka kritikal kepada pentadbiran Umno.

“Malaysia bukan dimiliki Umno. Ia kepunyaan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik,” tegas Anwar.

Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun mengancam keselamatan negara.

“Tambahan pula, beliau disertai penggubal undang-undang Australia untuk bercakap kepada kami, serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya. Ini bukan sebab untuk menyenaraihitamkan beliau,” katanya.

Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa.

“Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam menerima kehadiran penggubal undang-undang daripada luar, khususnya ahli negara komanwel.

“Senator Xenophon mesti dibebaskan serta merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan selanjutnya,” tegas Anwar.

Sumber: Keadilandaily


  DAP menang, yang terhapus ialah MCA, GERAKAN dan MIC.
Posted on Saturday, February 16 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Pada PRU 12, DAP menang 100% kerusi yang dipertandingkannya di Penang dan parti yang kalah 100% ialah MCA, GERAKAN dan MIC. Tetapi bagi kerusi di kawasan melayu Majoriti kerusinya masih dikuasai UMNO. Akibatnya pembentukan kerajaan Penang memperlihatkan ianya dikuasai oleh orang Cina, sekaligus Melayu kelihatan menjadi pembangkang. Cuba bayangkan kalau PAS dan PKR yang menentang UMNO menang majoriti, apa akan jadi kepada pentabdiran Penang.

Barang diingat ketika BN masih memerintah Penang, ianya masih dikuasai oleh orang Cina menerusi GERAKAN. Cuma bezanya, UMNO mendakwa mereka masih menjadi pembela melayu berbanding sekarang melayu sudah dipinggirkan sejak DAP menguasai kerajaan, oleh itu UMNO mendakwa kalau PR menang maka melayu akan terhapus.

PGU atau PAS ganti UMNO bermakna PAS serius untuk menjadi wadah atau jemaah pengganti kepada UMNO untuk membela melayu Islam. Kalau seruan PAS disambut oleh melayu dengan tangan terbuka, apa akan jadi kepada komposisi kerajaan dan pembangkang selepas PRU 13? Pasti tiada lagi pembangkang yang ramai dari kalangan melayu, tiada lagi kelebihan yang ketara kepada DAP dalam kerajaan, jadi orang tolol mana yang boleh mendakwa kalau DAP menang melayu akan terhapus?

Begitu juga dengan Karpal Singh yang didakwa menolak Islam. Siapa Karpal? dan siapa pula UMNO? Kalau Karpal menolak Islam menang patut, tetapi penolakan syariat Islam yang sebenar oleh UMNO bagaiama? Bukan lebih mudah untuk menyakinkan Karpal tentang keindahan Islam berbanding menyeru dan berdakwah kepada UMNO yang sudah lebih 50 tahun menolak syariat Islam? Malah anak melayu yang paling cerdikpun menghabiskan hidupnya untuk meminta kerajaan UMNO supaya segera patuh kepada syariat Islam pun tidak pernah didengari sehingga beliau menghempuskan nafas yang terakhir. Arwah Prof Ahmad Ibarahim, sepanjang hayatnya tidak pernah menjemu menasihati kerajaan UMNO malah menyediakan prasarana undang undang dengan harapan satu hari nanti undang undang Islam bakal terlaksana di Malaysia.

Sedarkah UMNO bahawa mahkamah syariah yang ada hari ini merupakan persediaan yang disediakan oleh arwah prof Ahmad Ibrahim kepada terlaksana hukum Islam. Laluan sudah disediakan tinggal lagi kemahuan untuk melaksanakan sahaja yang tidak ada pada UMNO sejak dulu sehingga kini dan mungkin selama lamanya.

UMNO kini menggunakan Karpal dan DAP untuk menunjukkan kepada orang melayu bagaimana melayu bakal hilang kalau DAP berkuasa. Satu dakwaan yang bebal kerana semua tahu DAP bakal bertanding di kawasan MCA, GERAKAN dan MIC jadi tiga parti ini yang berisiko hilang bukannya orang melayu, malah kalau orang melayu menerima pelawaan PAS sebagai pengganti maka kekuatan orang melayu tidak akan terjejas malah bakal bertambah bilamana peraturan ALLAH dilaksanakan. Karpal Singh bukan penghalang kerana apabila sampai masa kita bakal berhujah dengannya dan kita tahu Karpal seorang yang terbuka mindanya yang sentiasa menerima hujah yang ada justifikasi. Kita orang Islam sentiasa ada hujah yang ada justifikasi sepertimana diajar oleh Baginda Nabi, para sahabat dan para ulamak muktabar. Sejarah membuktikan seorang athies yang banyak hujahpun pernah dikalahkan oleh seorang anak remaja yang kemudiannya menjadi salah seorang Iman mazhab 4.

Arwah Ahmad Deedat serta Dr. Zaki Naik, juga banyak menunjukkan jalan bagaimana mahu berdepan dengan orang bukan Islam. Lebih baik berdepan dengan orang bukan Islam seperti Karpal daripada berdepan dengan orang Islam yang berbelit belit seperti UMNO dan kuncu kuncunya. "



Wan Ahmad serah kes Mat Sabu kepada peguam
Posted on Saturday, February 16 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyerahkan kepada peguamnnya berkenaan tindakan selanjutnya ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung kenyataan berbaur fitnah.

Beliau juga berkata terpulang kepada Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu jika tidak mahu memohon maaf.

"Saya serahkan kepada peguam saya, jika Mat Sabu tak mahu minta maaf, itu tindakannya.

"Saya mengambil tindakan yang patut dan benar untuk bersihkan nama saya dan jaga maruah saya," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Mat Sabu menegaskan tidak akan mohon maaf kepada Wan Ahmad berhubung kenyataan yang mendakwa Timbalan Pengerusi SPR itu tidak boleh dipercayai, sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguamnya untuk tindakan lanjut.

Mat Sabu juga berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan dan beliau menunggu tindakan susulan peguamnya.

"Saya tidak mahu mengulas perkara tersebut. Yang pasti, tiada maaf. Saya sudah serahkan semuanya kepada peguam. Tunggu sahaj nanti," katanya.

sumber"


 Projek Pecahkan PAS Dari Pakatan
Posted on Saturday, February 16 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Tukar Tiub



gambar banner yang sedang dicetak
dan sudah mulai digantung sejak semalam.

banner ini dicetak melebihi 10 ribu
di beberapa buah kilang di ampang / pandan.

INI BUKAN KERJA HARUN DIN
INI BUKAN KERJA MUSTAPHA ALI
INI JUGA BUKAN KERJA HAJI HADI
kerja siapa ini?




Sumber: tukartiub.blogspot.com


Lakonan Hebat Pencacai Umno Terbongkar.. Saksikanlah!!
Posted on Saturday, February 16 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Addin Deen

Lakonan hebat pencacai Umno Melaka terbongkar lagi. Kali ini pencacai Umno menyamar sebagai ahli PAS dan berdemo di masjid Selat adalah lawak yang hebat.

Sudahlah gaya pun takde macam ahli PAS, buat demo di masjid yang terpencil dari orang ramai. Di hadiri tak sampai sedozen penyokong.

Lawak hebat dari pencacai Ali Rustam.



So.. confirmlah!! yang buat demo ni adalah pencacai Umno.. Satu lagi yang pelik, pencacai-pencacai ni tutup muka? Takut penyokong PR dapat kesan identiti-identiti pencacai tegar ni ke.

Buat pencacai-pencacai.. lain kali nak buat demo biarlah nampak real baru lah orang percaya. Untuk makluman pencacai, dari maklumat Addin terima.. tiada arahan demo oleh pimpinan PAS Melaka kepada ahli-ahlinya untuk buat demo.

Sumber: addin77.blogspot.com
  


 Top100 Ranking Blog PR 16 Februari 2013 - CartaDaunKari
Posted on Saturday, February 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Cenangau Daun Kari

Top50 blog PR pilihan Daunkari kali ni macam ranking lepas jugak naik cuma sikit 3,669 mata kepada 95,043 mata.

Blog Orang Ni paling meningkat dengan cuma 6,409 mata dan blog Jalan Pulang paling menurun dengan -1,529 mata. Ada lagi yang paling menurun tapi turun terkeluar dari carta top50.

Untuk top100, blog Otai Manjung paling meningkat, naik 46 anak tangga dan blog Pakat-pakat kalih paling menurun, turun 27 anaktangga

Walaupun parlimen akan dibubarkan dah tak lama lagi, nampaknya ranking blog politik tak banyak meningkat pun. Mungkin sebab semakin ramai yang lebih selesa bergantung kepada facebook sebagai sumber maklumat.

Apa pun, layan ja la...

TopBlog PR
Pilihan Cenangau
Malaysia
16/02/13
Topblog
16/02/13
Malaysia
01/02/13
Topblog
01/02/13
Turun
Naik
AmenoWorld255124410
Anak Sungai Derhaka265225320
Kelab Greenboc369335541
Milosuam42743033-1
Addin465540550
Tukar Tiub503651860
Omak Kau658763381
Salehudin716867791
ek-eleh76695697-2
Cenangau88910811100
Manjongmari1008111322187
Mohd Sayuti Omar1010121012120
Gendang Perang1053131040130
MediaPerak.net1095141081140
Bloglist Malaysia1198151137150
Era Pasca124116100111-5
IdaMan138917131216-1
Warta Maya144718131317-1
Kerajaan Rakyat1491191366190
Kedahlanie.info1618201566222
Kedah.kini1703212104276
Biaqpila172122146421-1
Kachip Emas1767232128296
Kerabu Bersuara183324145320-4
Batu vs kayu1922251903250
Sakmongkol203926188024-2
Cipan Tapir Tenuk2158272151303
Kerengga2272282365313
Ikutsukaaku ISA2299292520323
Muslimeen United2316302629366
Al-Husseyn23973129724110
Dunia Cacamerba25473232054311
Haluan Kiri2571332652374
Pencacai Semalaysia259334212428-6
Ibnu Hasyim263135200326-9
Zakri Ali273736255034-2
Idah Salam2768372935403
Nizar Coretanku2928382814391
PASPB294639253033-6
Yong suka kuning2970403687466
Aspan Alias299741260035-6
Pahang Daily3063423357442
Mountdweller31574354675916
Jalan Pulang315944163023-21
Cananglahnie318045312542-3
Sedaka Sejahtera3430464549537
Orang Ni35284799377124
Sisi Bukit37204862346012
Mutaligat3828494222490
Mimpi Senja4029504473511
Warta Subhi415351428050-1
Mat Indera Sipejuang441052420048-4
Sharpshooter4615534644541
Penburuk4638545114562
Malaysiaberih477755399447-8
Aiyang532556365445-11
Siyasahsyariah5664575363570
Bicara Abu Nawas621758119587820
Blog Hangit632659544858-1
Paklong Online6645606305611
Perakite Daily666661104957211
Naimnikmat676162450352-10
Paapaada724963688862-1
AnakMudaMalaysia797164113637511
Al-Brangi8024658784661
Tempayan Retak808266162028923
Pulakdah887067150248417
Karat Hijau893068507555-13
Sokong PR898069752463-6
sabahdaily901170145648313
Libang Libu944571903367-4
LibangLibu944572BaruBaruBaru
Utusankini951273949469-4
Dialog Rakyat1009274949570-4
Penyokong PAS1012175773764-11
Kedah-Online108997611686760
Wfauzdin1109177156648710
M3M11889781103274-4
Jasin Daily12624792136810324
Telok Bakong12945801181777-3
AgenDSAI141958114029821
Aduka Taruna14498821099573-9
Laksamana Bkt Bintang145038317068907
Dango Mamamat1465084195559713
Marhaen15022851381281-4
Ajijoi170878617935937
Bujang Susah17314872194710518
Hanief17423881528786-2
Nusajayakini17461892156210415
Lagi Berita17503903342912232
Gaya Peneroka176629117173910
Sanggah Tok Sago179759218125942
Otai Manjung1833993no data13946
Semut Malaysia1904194207861028
Pakat-pakat kalih1910295937868-27
Fendi Tazkirah19114962577311216
Ahmad Seekers19150971380680-17
Batu Gajah Mari19596981852495-3
Wartawan Lmn Reformasi2042899223371078
Ada Aku Kesah204311001379079-21


*Data pada 16 Jan 2013 10.35am.

Kalau nak tengok carta yang sebelum-sebelum ni, boleh klik di sini.

Akhirnya, macam biasa, kalau ada yang patut masuk carta ni tapi tak masuk, jangan segan-segan bagitau. Kalau segan nak tulis suruh masukkan blog sendiri kat ruang komen, email terus kat aku pun takpa. Aku takdak masalah, "tanpa prejudis." Pun begitu, aku akan screen dulu untuk pastikan "bukan blog part-time prono/hiburan sensasi melampau"

Cumanya, nak tambah sikit, kalau boleh tu, 'paparkan' la blog aku dalam bloglist hangpa sebagai tanda sokongan.

Kat bawah ni macam biasa jugak, aku sediakan 'borang' khas Alexa. Kalau nak semak ranking masukkan alamat blog lepas tu terus tekan "enter" (jangan sibuk nak cari "button enter", memang tak nampak.) Lepas tu ruang tu akan paparkan keputusan terkini kedudukan ranking blog tu.

Kalau blog hangpa patut masuk ranking tapi tak masuk jangan segan-segan bagitau kat aku.

Sumber: cenangau.blogspot.com 


  AWAS : Apa nie....!!
Posted on Saturday, February 16 @ 18:04:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tokpepijat

" Rakyat perlu memandang serius terhadap beberapa kenyataan dan peristiwa membabitkan pimpinan UMNO menjelang PRU 13 ini.

Bermula kata-kata Dr Mahathir, Najib, Zahid dan Muhyiddin tentang menang,kalah dan huru hara. Tidak ketinggalan dengan kenyataan Pengerusi SPR tentang protes dan perarakan selepas PRU 13. Dan mantan IGP Musa ke sana ke mari seperti merancang sesuatu.

Pimpinan UMNO seiya sekata dalam memperkatakan tentang huru hara menjelang PRU dan selepasnya.

Petanda awal ialah tentang dakwaan ancaman nyawa terhadap penyanyi Korea. Bagi menutup malu PMNajib dalam Perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, maka dibuat alasan keselamatan tentang majlis tersebut.

Alangkah "kartun"nya alasan yang diberi demi menutup malu besar yang menimpa PMNajib !

Berbalik kepada "wirid dan ratib" pimpinan UMNO tentang huru hara bakal menimpa samada dalam kempen PRU atau jika PR tawan Putrajaya.

Suasana dan provokasi pimpinan UMNO ini seperti PRU 1969 yang menyebabkan terjadinya Mei 13.

Sekali imbas Mei 13 terjadi akibat sentimen komunis dan perkauman, tetapi faktor terbesar ialah "rampasan kuasa secara halus" oleh ayah PMNajib dari Tunku Abdul Rahman.

Pada masa itu, UMNO  meniupkan sentiman perkauman, anti Cina manakala puak MCA pula meniupkan sentimen anti Melayu. Melayu -Cina bergaduh, UMNO kekal sebagai pemerintah.

Nampaknya peristiwa ini seakan bakal berulang kembali. Dan "modal" mereka lebih besar lagi. Antaranya :
i) Isu Kalimah Allah.
ii) Bible versi Melayu.
iii) DAP bakal jadi PM.
iv) PR diresapi anasir luar.
v) Mei 13.
vi) Negara Kristian.

Isu di atas "digaul- gaul" setiap hari. Apabila telah "sebati", barulah di"bakar" sehingga terjadinya MAGERAN. Apabila MAGERAN, tiada PRU dan tiada peralihan kuasa seterusnya UMNO kekal sebagai pemerintah.

Cuma bezanya barangkali, PM sahaja bertukar. PMNajib akan didesak oleh Mahathir untuk berundur untuk diangkat Muhyiddin menjadi PM. Sama seperti Tunku Abdul Rahman didesak letak jawatan untuk diganti oleh ayah PMNajib.

Tiada diketahui berapa peratuskah skrip ini telah dilakonkan dan berapa peratuskah lagi baki penggambaran ini akan siap?

Berjayakah skrip ini dilunaskan oleh UMNO untuk "santapan lazat" rakyat Malaysia ?

Mereka merancang dan Allah juga merancang. Hanya perancangan Allah Taala yang terbaik.

AWAS : Apa nie....!!"


 Australia mahu senatornya dibebaskan dari ditahan di Malaysia
Posted on Saturday, February 16 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"SEPANG, 16 Feb ? Canberra mahu pembebasan segera senator Nicholas Xenophon yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) hari ini.

Xenophon ditahan di LCCT dan dijangka akan dihantar pulang kerana pihak imigresen menganggap beliau sebagai “risiko keselamatan”.

“Kebimbangan Australia telah dikemukakan kepada Menteri Luar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia.

“Kerjasama mereka diminta untuk memastikan Senator Xenophon dibebaskan dari tahanan,” kata Menteri Luar Australia, Bob Carr (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

“Penahanan Senator Xenophon memeranjatkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia anggap rakan diplomatik yang kuat,” katanya lagi.

Xenophon tiba di Malaysia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu hadapan bagi membincangkan sistem pilihan raya Malaysia, kata pegawai kanan Anwar, Ibrahim Yaacob hari ini.

sumber"

Tiada ulasan: